CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2323|Reply: 19

Seorang anggota polis maut kejar penjenayah, dua suspek diburu.

[Copy link]
Post time 3-11-2020 06:18 AM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Polis melancarkan gerakan memburu dua suspek menaiki Perodua Myvi yang bergesel dengan kereta peronda polis (MPV) di Jalan Kangkar Tebrau, Kampung Kangkar Tebrau awal pagi tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya yakin kedua-dua suspek lelaki itu dapat dikesan dan ditahan dalam masa terdekat.

"Nombor pendaftaran kereta dinaiki suspek sudah ada dan gerakan memburu mereka sedang giat dilakukan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menziarahi keluarga mendiang Konstabel Nicholester Dadup Unggat, 20, di Unit Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, hari ini.

Anggota dari Balai Polis Bandar Dato' Onn itu maut apabila kereta MPV itu terbabit kemalangan dengan Perodua Aruz selepas bergesel dengan kereta dinaiki suspek.

Ayob Khan berkata, kejadian itu menyebabkan Konstabel Nicholester meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala manakala pemandu, Lans Koperal Mohd Khairul Musa, 32, cedera parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI.

"Sebelum kejadian, kedua-dua anggota terbabit sedang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan sebelum terserempak dengan sebuah Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan.

"Anggota mengarahkan suspek memberhentikan kenderaannya namun mereka bertindak melarikan dan anggota berkenaan mengejarnya.

"Ketika tiba di Jalan Kangkar Tebrau dan Jalan Tun Teja, MPV bergesel dengan kereta suspek sebelum terbalik dan dilanggar sebuah Perodua Aruz yang dinaiki dua orang awam dari arah bertentangan," katanya

Ayob Khan memaklumkan jenazah mendiang Nicholester Dadup yang masih bujang itu akan diterbangkan ke Sibu, Sarawak petang ini untuk disemadikan di kampung halamannya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Kita juga akan lakukan siasatan ikut seksyen lain-lain selepas suspek berjaya ditangkap," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2020 06:19 AM | Show all posts


AYOB Khan menziarahi keluarga mendiang Konstabel Nicholester Dadup Unggat di Unit Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) hari ini. FOTO Omar Ahmad
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2020 06:22 AM | Show all posts
Mendiang adik janji mahu belikan rumah untuk ibu

Johor Bahru: "Adik berjanji belikan rumah lebih besar untuk ibu selepas dia dinaikkan gaji, tetapi semuanya tidak sempat adik lakukan," kata Elizcavelynicy Unchi Unggat, kakak kepada Konstabel Nicholester Dadup Unggat, 20, yang maut ketika mengejar penjenayah pagi tadi.

Nicholester Dadup maut selepas kereta peronda MPV polis terbabit kemalangan semasa mengejar penjenayah di Jalan Kangkar Tebrau Kampung Kangkar Tebrau, kira-kira jam 5 pagi tadi.

Elizcavelynicy, 23, yang juga jururawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Ismail (HSI) berkata, mendiang baru melaporkan diri pada April lalu di Balai Polis Bandar Dato' Onn, di sini, selepas tamat latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuching, Sarawak.

"Dia memang adik dan anak yang sangat baik. Adik beritahu dia baru naik gaji dan berjanji dengan ibu di Kuching mahu membelikan rumah yang lebih besar kerana kami mempunyai keluarga besar di sana.

"Kami jumpa kali terakhir minggu lalu di rumah sewa adik di Bandar Dato' Onn. Adik sangat gembira kerana kami sememangnya rapat," katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik HSI, di sini, hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay turut melawat keluarga mangsa di Jabatan Perubatan Forensik HSI.

Elizcavelynicy berkata, dia menerima panggilan dari Balai Polis Bandar Dato' Onn pada jam 8.30 pagi tadi yang memaklumkan kemalangan itu.

"Saya ingatkan adik kemalangan biasa saja tetapi tidak sangka dia meninggal dunia," katanya.

Menurutnya, mendiang adiknya yang juga anak ketiga dari lima beradik itu akan disemadikan di kampung halaman di Sibu, Sarawak.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2020 06:26 AM | Show all posts
Johor Bahru: Perodua Myvi yang digunakan dua suspek dalam kemalangan maut membabitkan anggota polis di Jalan Kangkar Tebrau, Kampung Kangkar, Tebrau, awal pagi tadi, ditemui.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kereta berwarna ungu itu ditinggalkan di tepi jalan Kampung Pandan, kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kemalangan.

Katanya, semakan awal mendapati ia disewa atas penyewa lain.

"Unit Forensik sudah membuat pemeriksaan dan analisa terhadap kenderaan itu. Memang terdapat peralatan berkaitan dadah. Kita syaki suspek terbabit sama ada dalam penyalahgunaan dadah ataupun pengedar dadah, sebab itu mereka melarikan diri.

"Sama ada kereta ini mempunyai saman atau tidak, kita sedang semak kerana ada kesukaran. Kereta ini adalah kereta yang disewa dan penyewa menyewakannya kepada orang lain," katanya pada majlis penghormatan terakhir kepada mendiang Konstabel Nicholester Dadup Unggat di Balai Polis Bandar Dato'Onn, di sini, hari ini.



Majlis penghormatan itu turut disaksikan kakak mendiang, Elizcavelynicy Unchi Unggat, 23, bersama kira-kira 30 saudara-mara.

Ayob Khan berkata, beliau percaya dua suspek itu dapat dikesan dalam masa terdekat.

"Kita percaya suspek masih berada di Johor," katanya.

Kemalangan itu menyebabkan Nicholester Dadup meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala pemandu MPV, Lans Koperal Mohd Khairul Musa, 32, cedera parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI.

Jenazah mendiang akan diterbangkan ke Sibu menggunakan pesawat khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 1 tengah hari esok.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2020 06:28 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2020 06:30 AM | Show all posts
Jasad Konstabel Nicholester Dadup dijangka tiba di Sibu



SIBU: Jasad mendiang Konstabel Nicholester Dadup Unggat, 20, dijangka tiba di bandar ini, petang ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, proses membawa jasad mendiang sama ada melalui jalan darat atau menggunakan pesawat masih belum dapat dipastikan.

Katanya, ketika ini beliau masih belum menerima arahan terbaru daripada pihak yang bertanggungjawab membawa balik jasad mendiang.

"Sama ada dibawa balik melalui jalan darat atau udara, kita belum dapat pastikan lagi pada waktu ini," ujar beliau menerusi aplikasi WhatsApp.

Ditanya, sama ada terdapat prosedur operasi standard (SOP) perlu dipatuhi sepanjang upacara 'nyengaie' (upacara pengurusan mayat di rumah), Stanley menjelaskan ia akan diuruskan oleh pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

Mendiang Nicholester Dadup maut manakala rakan setugas parah apabila kereta peronda polis (MPV) yang dinaiki mereka terlibat kemalangan di Jalan Kangkar Tebrau/Jalan Tun Teja di Johor pada awal pagi Ahad.

Kejadian dipercayai berlaku pada jam 5 pagi, ketika mangsa mengejar sebuah kereta Perodua Myvi yang dipercayai dinaiki penjenayah.

Kereta Perodua Myvi yang dinaiki dua penjenayah terbabit telah bergesel dengan kereta peronda dinaiki dua anggota berkenaan sebelum ia terbalik dan dilanggar sebuah SUV Perodua Aruz dinaiki orang awam.

Insiden itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala manakala pemandu kereta peronda itu, Lans Koperal Mohd Khairul Musa, 32, cedera parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Ismail.

Kedua-dua anggota terbabit dari Balai Polis Bandar Dato' Onn.


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-11-2020 06:34 AM | Show all posts
Datuk sukar menerima hakikat Konstabel Nicholester Dadup sudah tiada


Stanley hadir memberi sokongan moral kepada ahli keluarga mendiang petang tadi. Turut kelihatan ialah datuk mendiang, Salang (berdiri kiri).

SIBU: Selepas dua orang anak angkat lelakinya terbunuh dalam kemalangan jalan raya, kini giliran cucunya, Konstabel Nicholester Dadup Unggat, 20, pula pergi buat selamanya.

Menurut Salang Kaya, 76, sukar bagi beliau menerima hakikat itu, apatah lagi mendiang dibesarkannya sejak kecil lagi selepas kedua-dua ibu bapanya berpisah.

"Sukar buat saya menerima hakikat pemergiannya, lebih-lebih lagi setelah dua anak angkat saya juga meninggal dunia dalam nahas jalan raya," luah Salang ketika ditemui di kediamannya di No 6G, Lorong 8, Sibu Jaya di sini hari ini.

Katanya, anak angkat lelaki pertamanya meninggal dunia pada tahun 1996 manakala anak angkatnya yang kedua meninggal dunia pada tahun 2016.

Menurut Salang, meskipun cucunya berkhidmat di Balai Polis Bandar Dato' Onn, Johor setelah tamat latihan sekitar Mei, mereka saling berhubung menerusi panggilan telefon.

"Kami sering berhubung menerusi telefon ketika ada kelapangan kerana bagi saya dia masih muda lagi dan baru berumur 20 tahun.

"Sebelum kejadian, kami juga ada berhubung dan mendiang ada memaklumkan kepada saya yang dia (bertugas) operasi dari jam 12 tengah malam hingga sebelah pagi," katanya.

Menurut Salang, mendiang sangat meminati bidang kepolisan dan ketenteraan.

Jelas beliau, sebelum diterima masuk ke pusat latihan kepolisan, mendiang terlebih dahulu mengikuti pemilihan sebagai Anggota Tentera Malaysia (ATM).

Bagaimanapun, mendiang gagal dalam dua kali sesi pemilihan sebagai ATM yang diadakan di sini.

Sementara itu, ibu mendiang, Elizabeth Salang, 42, memberitahu beliau menerima kematian anak lelakinya pada kira-kira jam 8 pagi.

"Bagaimanapun, saya tidak dapat meneruskan perbualan tersebut kerana sangat terkejut dan saya terus serahkan telefon kepada suami.

Elizabeth berkata, mendiang juga ada bercadang untuk pulang bercuti pada akhir hujung tahun ini.

Katanya, kira-kira tiga hari lalu mendiang ada mengirimkan gambar dirinya yang sedang menggenakan pakaian istiadat (No 1 dress).

"Mendiang bercadang untuk mengambil gambar dengan menggenakan pakaian tersebut bersama ahli keluarga apabila dia pulang bercuti kelak," ujar beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit turut menemui ahli keluarga mendiang untuk memberi sokongan moral.

Ketika ditemui, beliau memberitahu mendiang dijangka akan dikebumikan di Taman Peringatan Nirvana, Sibu, pada pagi Khamis.

Katanya, mendiang akan dikebumikan dengan istiadat pengebumian polis.

Difahamkan, jasad mendiang dibawa ke kediaman keluarga di Sibu Jaya malam ini menggunakan jalan darat, selepas perancangan awal untuk membawanya dari Kuching menggunakan pesawat udara dibatalkan berikutan cuaca buruk.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2020 06:39 AM | Show all posts
Konstabel maut kejar penjenayah: Polis tahan empat suspek
NOR AZURA MD AMIN



JOHOR BAHRU - Polis Johor berjaya menahan tiga suspek lelaki dan seorang wanita susulan penemuan sebuah Perodua Myvi berwarna ungu yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan seorang anggota polis maut di Jalan Kangkar Tebrau, pagi semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua suspek berusia 24 hingga 27 tahun itu ditahan menerusi tiga serbuan berasingan di Kampung Melayu Seelong, Senai dan Kampung Melayu Pandan sekitar jam 2 petang hingga 9 malam.

Menurutnya, susulan penahanan suspek pertama iaitu wanita yang juga seorang janda anak dua berusia 27 tahun pada jam 2 petang semalam di Kampung Melayu Seelong, tiga lagi suspek berjaya diberkas polis termasuk pemandu Perodua Myvi berusia 25 tahun.

"Wanita yang bekerja kilang itu telah menyewa Perodua Myvi terbabit daripada sebuah syarikat sewa kereta. Dia seterusnya memberi pinjam kereta itu kepada kekasihnya yang juga suspek berusia 24 tahun.

"Mengikut keterangan daripada wanita itu, tiga hari sebelum kejadian semalam, mereka semua mengambil dadah jenis methamphetamine.

"Hasil ujian saringan air kencing dilakukan ke atas kesemua suspek mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine dan dua suspek memiliki rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan dadah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Menurut Ayob Khan, berdasarkan keterangan daripada pemandu Perodua Aruz yang turut terbabit dalam kemalangan itu, wajah pemandu Perodua Myvi sewaktu kejadian kemalangan semalam sama dengan wajah suspek berusia 25 tahun.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2020 06:41 AM | Show all posts


Katanya, hasil pemeriksaan yang dilakukan di dalam Perodua Myvi itu, polis menjumpai dua botol alat digunakan untuk menghisap syabu.

"Kesemua suspek ditahan empat hari bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15( 1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Orang awam diminta mematuhi undang-undang ditetapkan dengan memberi kerjasama kepada polis sekiranya diminta memberhentikan kenderaan mereka," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi semalam, Nicholester Dadup Unggat, 20, maut manakala rakan setugas Mohd Fadhirul Musa, 32, cedera parah selepas kereta peronda MPV Polis dinaiki mereka terlibat kemalangan sewaktu mengejar sebuah Perodua Myvi di Jalan Kangkar Tebrau.

Kenderaan MPV itu telah bergesel dengan Perodua Myvi sebelum berlanggar dengan sebuah Perodua Aruz.

Seterusnya kira-kira jam 10 pagi semalam, polis menemui Perodua Myvi berwarna ungu itu di tepi jalan Kampung Pandan, Taman Johor Jaya yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari lokasi nahas.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2020 06:43 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2020 06:45 AM | Show all posts
4 suspek d tangkap...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2020 06:46 AM | Show all posts
KEMATIAN POLIS | 4 Suspek Ditahan

Empat suspek termasuk seorang janda ditahan bagi membantu siasatan, kes seorang anggota polis maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kangkar Tebrau, Johor Bahru, awal pagi semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, semua suspek ditahan dalam tiga serbuan berasingan sekitar kampung Melayu Selong, Senai dan Kampung Melayu Pandan bermula jam 2 petang hingga 9 malam semalam.

Suspek wanita berumur 27 tahun yang ditahan dan bekerja di sebuah kilang adalah penyewa kereta Myvi yang dinaiki tiga suspek lelaki ketika kejadian.

Polis turut menemui peralatan menghisap dadah dalam kenderaan yang ditinggalkan suspek di tepi jalan di Kampung Melayu Pandan beberapa jam selepas kejadian.

Semua suspek ditahan reman selama empat hari bermula semalam hingga 5 November bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Merbahaya 1952.

Dalam kejadian jam 5 pagi semalam, seorang anggota polis berpangkat konstabel maut manakala rakannya  parah selepas kereta peronda yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta Perodua Aruz, di Jalan Kangkar Tebrau selepas bergesel dengan kereta suspek yang sedang dikejar.

Mendiang Nicholester Dadup Anak Unggat maut di tempat kejadian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2020 06:48 AM | Show all posts
Wanita berusia 27 tahun berstatus janda anak dua yang juga pekerja kilang itu ditahan dahulu, kemudiannya membawa kepada tangkapan susulan dua lelaki masing-masing berusia 24 tahun dan tangkapan terakhir iaitu lelaki berusia 25 tahun yang membawa kenderaan berkenaan.

Hasil siasatan awal, mengikut kenyataan wanita itu, tiga hari sebelum kejadian mereka mendakwa ada mengambil methamphetamine.

Kereta ini disewa oleh janda berkenaan. Janda ini memberi pinjam kepada dua lelaki, yang mana seorang daripadanya adalah teman lelaki wanita itu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2020 06:52 AM | Show all posts
Alhamdulillah ...
semoga cepat sembuh ...

Lans Koperal Mohd Fadhirul beransur pulih


JOHOR BAHRU - Rakan setugas konstabel polis yang maut dalam kejadian kemalangan di Jalan Kangkar Tebrau ketika mengejar sebuah Perodua Myvi semalam, sudah beransur pulih.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Lans Koperal Mohd Fadhirul Musa, 32, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini semalam sudah dipindahkan ke wad biasa hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati anggota polis itu tidak mengalami kecederaan pada organ dalaman.

"Pagi ini anggota kita yang berada di wad ICU semalam sudah dipindahkan ke wad biasa, dia sudah sedarkan diri.

"Dia cedera pada hidung dan bahagian gusi. Doktor pakar buat pemeriksaan, tidak ada kecederaan serius pada organ anggota kita," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2020 06:55 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2020 06:57 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2020 07:11 AM | Show all posts
Credit to Polis Johor









Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Dato ayob. Pantas. Takziah untuk keluarga mendiang. Semoga mangsa lain cepat pulih. Untuk 4 suspek terlibat, padan muka ko dik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2020 01:57 AM | Show all posts

SIMPATI: Dr Annuar (dua kanan) memberikan kata-kata semangat kepada Salang, Unggat (tiga kiri) dan ibu Nicholester, Elizabeth Salang (kiri). Turut kelihatan ialah Stanley (kanan).

SIBU: Bapa kepada mendiang Konstabel Nicholester Dadup Unggat mengakui tidak menyalahkan mana-mana pihak, jauh sekali menuding jari kepada sesiapa.

Unggat Piun, 44, memberitahu, beliau akur dengan tragedi yang menimpa anak lelakinya itu.

“Mendiang sangat meminati bidang kepolisan sehingga diterima menyertai latihan walaupun beberapa kali gagal dalam sesi temu duga.

“Saya akur dengan takdir ini dan menerima hakikat bahawa beliau sudah pergi selamanya,” katanya ketika ditemui di rumah datuk Nicholester, Salang Kaya di Sibu Jaya di sini, semalam.

Unggat yang juga anggota polis yang bertugas di Kuching berkata, mereka sering kali berhubung walaupun tinggal berjauhan.

Katanya, beliau juga kerap memberikan nasihat kepada Nicholester, 20, terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan pekerjaan.

“Kali terakhir kami bertemu adalah pada Mei lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching semasa menghantarnya ke Johor Bahru.

“Mendiang memberitahu saya bahawa dia sangat gembira kerana pada akhirnya dia mencapai cita-citanya untuk menjadi anggota polis.

“Mendiang juga memberitahu dia sangat bersyukur dengan pekerjaannya kerana dengan itu dia dapat membantu antara satu sama lain,” ujarnya sambil menambah beliau tidak akan lupa dengan kata-kata anaknya itu.

Nicholester terbunuh dalam kemalangan jalan raya pada jam 5 pagi ketika mengejar penjenayah di Jalan Kangkar Tebrau/Jalan Tun Teja di Johor Bahru, Ahad lalu.

Sementara itu, Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapaee berkata, pengorbanan Nicholester kepada negara harus dihargai.

“Datuknya telah berjaya membesarkan beliau sehingga menjadi seorang lelaki yang hebat.

“Mendiang sangat berani. Beliau adalah pahlawan kerana terkorban ketika menjalankan tugasnya kepada negara.

“Lebih-lebih lagi tugas mendiang adalah menjaga keamanan negara,” katanya ketika ditemui setelah memberi penghormatan terakhir kepada Nicholester.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2020 02:02 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.328005 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list