CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7788|Reply: 22

Skandal Kalung Berlian Marie Antoinette

  [Copy link]
Post time 7-11-2020 04:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 5-12-2020 08:05 PM

Tajuk alternatif ala2 Mastika: Kerana Kalung Berlian, Kepala Marie Antoinette Terpisah Daripada Badannya







Saya percaya nama Marie Antoinette bukan nama asing kpd para poremer sekalian, terutamanya peminat sejarah. Puteri Austria yg diangkat sbg permaisuri Perancis dari thn 1774 hingga 1792, isteri kpd Raja Louis XVI (ke-16), peminat kemewahan, dan diingati dlm sejarah kerana cara hukuman matinya.

Hukuman guillotine yg dijatuhkan ke atas dirinya dikatakan berpunca drpd rasa tidak puas hati rakyat kelas bawahan yg berlanjutan bertahun2 lamanya. Di saat rakyat hidup dlm kemiskinan dan kelaparan, Marie Antoinette tanpa segan silu bermewah2, boros dan suka membazir. Tambahan pula dia seorg kerabat diraja negara asing, menambahkan lg rasa benci rakyat Perancis terhadapnya. Mereka memanggil Marie sbg ‘l'Autrichienne’ (Org Austria) dgn menekankan sebutan ‘chienne’ yg membawa maksud ‘jalang’ dlm bahasa Perancis. Selain itu, Marie digembar-gemburkan menjalinkan hubungan seks dgn pelbagai pasangan, tidak kira lelaki ataupun perempuan.

Tidak dinafikan sikap buruk dan kurang sensitif Marie berkenaan penderitaan rakyatnya memang mengundang cercaan, tetapi punca utama kehancuran negara mereka adalah korupsi dan hutang negara akibat Perang Tujuh Tahun (Perancis vs Britain) dan Perang Revolusi Amerika (di mana Perancis bertindak sbg penyokong) – yg seterusnya menaikkan cukai hingga ‘mencekik’ rakyat biasa. Apapun, rakyat Perancis menganggap Marie Antoinette sbg simbol kelakuan hina dan tak bermoral, dan utk itu saja sudah cukup utk mengheret wanita tersebut bersama2 suaminya ke pentas guillotine.

Kebangkitan revolusi rakyat Perancis sebenarnya bagaikan bom jangka. Lahir drpd ketidakpuashatian dgn kerabat diraja dan bangsawan, bara kemarahan rakyat bertambah bagai disiram dgn minyak, dgn Skandal Kalung Berlian – yg menjadi titik tolak kpd tamatnya pemerintahan monarki Perancis yg berusia 950 tahun.

Skandal kalung berlian bermula dgn Raja Louis XV (ke-15) iaitu ayahanda mertua Marie Antoinette yg ingin menghadiahkan barang kemas kpd salah sorg gundik kesayangannya, Jeanne Becu yg lebih dikenali sbg Madame du Barry. Louis XV bercita2 ingin menjadikan barang kemas tersebut paling hebat pernah disaksikan oleh Eropah. Maka dia menempah seutas kalung bertatahkan berlian yg direka dgn penuh teliti dan berseni (utk zaman itu) drpd tukang emas terkemuka Paris, Charles Auguste Boehmer dan Paul Bassange. Bertatahkan 650 biji berlian dan seberat 2800 carats, harga utk kalung tersebut mencapai 2 juta livres atau USD 15 juta mengikut nilai sekarang.


Madame du Barry



Replika kalung berlian tempahan Louis XV


Namun Louis XV meninggal dunia sebelum kalung itu siap dan belum dibayar sepenuhnya. Boehmer dan Bassange berdepan dgn risiko muflis apabila tiada siapa yg ingin membeli kalung tersebut. Mereka cuba menjualnya kpd raja yg baru ditabalkan, Louis XVI dan isterinya Marie Antoinette tp mereka menolak dgn berkata,”Kami lebih memerlukan 74 buah kapal drpd kalung berlian.”




Walau bagaimanapun, kisah kalung ini tidak berhenti di situ saja. Ia akan berlanjutan hingga menjadi penipuan paling terbesar abad tersebut di Perancis.

Jeanne de Valois-Saint-Rémy atau gelaran ‘bangsawan’nya, Comtesse de la Motte berasal dari sebuah keluarga yg sgt miskin. Dikatakan bapa Jeanne merupakan keturunan tidak sah taraf salah satu keluarga diraja Perancis, dinasti Valois. Namun, ini tidak menghalang Jeanne drpd bercita2 tinggi dan mencapai kekayaan, tidak kira dgn apa cara sekalipun. Dia mengahwini seorg tentera yg juga mengakui dirinya berketurunan bangsawan, Marc Antoine-Nicolas de la Motte. Pasangan suami isteri itu memperkenalkan diri mereka kpd org ramai dgn gelaran  comte (count) dan comtesse (countess) de La Motte Valois, walaupun diragui kesahihannya. Berbekalkan status bangsawan itu, Jeanne cuba mendekati istana diraja Perancis dan berkenalan dgn Marie Antoinette – Namun Marie enggan bertemu walau sekali pun dgn wanita itu.



Jeanne de la Motte


Setelah bbrp tahun berkahwin, Jeanne dan Nicolas berpisah tetapi mereka masih tinggal di rumah yg sama. Jeanne berkenalan dgn seorg bekas tentera yg pernah berkhidmat bersama Nicolas, dan kini bekerja sbg gigolo bernama Rétaux de Villette. Tidak lama kemudian mereka pun menjadi pasangan kekasih dan Villette tinggal bersama2 pasangan de la Motte. Setelah gigih berusaha memasuki golongan bangsawan dan kerabat, akhirnya Jeanne dipertemukan dgn Cardinal berprestij bernama Louis de Rohan, putera dari salah satu cabang keluarga diraja Perancis dan juga pegawai tertinggi gereja Katolik. Hasil drpd bercampur dgn golongan atasan tersebut, Jeanne juga terdengar kewujudan kalung berlian tersohor Madame du Barry itu dan merancang utk mendapatkannya.

Rohan yg tergoda dgn kecantikan dan mulut manis Jeanne, mengambil wanita tersebut sbg gundiknya. Harus diingatkan pd masa ini, Jeanne masih mempunyai suami dan kekasih. Kedua2 lelaki ini nanti akan memainkan peranan penting dlm skandal kalung berlian.



Cardinal Rohan


Datang drpd keluarga yg bukan calang2, Louis de Rohan antara figura berpengaruh di kalangan bangsawan Perancis. Keluarga Rohan menguasai jawatan bishop Strasbourg dan diiktiraf sbg sebahagian drpd Empayar Suci Rom. Oleh itu, Louis de Rohan dgn mudah memperolehi salah satu jawatan tertinggi di dlm pemerintahan Raja Louis XV. Rohan dipilih sbg duta ke Austria – di mana dia dgn selamba mempamerkan perangainya yg suka memboros dan berpoya2. Ini membuatkan Maharani Austria, Maria Theresa yg juga bonda kpd Marie Antoinette tersinggung dan sgt marah. Sudahlah Rohan mensabotaj hubungan baik Austria-Perancis, dia bersikap biadap tak padan dgn statusnya sbg tetamu di negara itu. Kisah Rohan tersebut sampai ke pengetahuan Marie Antoinette dan suaminya.



Maharani Austria, Maria Theresa


Sebaik saja Louis XV meninggal dunia dan digantikan oleh Louis XVI, Rohan diarahkan utk pulang ke Perancis. Setibanya di Paris dia menerima layanan dingin oleh raja dan permaisuri baru – ramai kerabat dan bangsawan tidak mahu berurusan dengannya. Namun Keluarga Rohan masih berpengaruh, Louis de Rohan dipilih sbg bishop di Strasbourg dgn gelaran Cardinal, mengantikan bapa saudaranya.

Hebat bagaimanapun kedudukan Cardinal Rohan, dia tidak dpt memperbaiki imejnya di mata Marie Antoinette. Bukan saja dia menyinggung perasaan bonda Marie ketika di Austria, Marie juga mendapat tahu tentang insiden Rohan menghiburkan Madame du Barry (waktu itu musuh ketat Marie) dan tetamu2nya dgn cerita2 buruk mengenai Maharani Maria Theresa.

Louis de Rohan yg ingin berbaik2 dan diterima kembali dlm keluarga diraja baru Perancis, cuba mengambil hati Permaisuri Marie Antoinette tp selalunya berakhir dgn kegagalan. Bagi Rohan, pangkat dan kedudukannya tidak bermakna tanpa restu dan pengisytiharan Raja Louis XVI. Dia sangat terdesak dan sanggup lakukan apa saja sehingga tidak menyedari dirinya menjadi mangsa manipulasi.

Selaku penipu profesional Jeanne de la Motte dpt menghidu masalah Rohan itu, dan mula merancang bersama suaminya Nicolas dan kekasihnya Villette utk mempergunakannya bg mendapatkan kalung berlian terkenal itu.

Pada satu hari, Jeanne memberitahu Rohan bahawa dia mengenali Marie Antoinette secara rapat. Lelaki itu pun meminta agar Jeanne membantu memperbaiki hubungannya dgn Marie. Maka Jeanne mencadangkan kpd Rohan utk menulis surat dan dia akan menjadi org tengah menghantar suratnya itu. Hakikatnya wanita itu dan Villette bersekongkol menyamar sbg Permaisuri dan membalas surat tersebut dgn tulisan mereka sendiri.

Menurut surat2 yg kononnya drpd Permaisuri Marie Antoinette kpd Rohan, ‘dia’ menyuarakan keinginan utk memiliki kalung itu tetapi terhalang kerana dia tahu suaminya sedang tersepit dgn situasi kewangan negara. Oleh itu, ‘Marie Antoinette’ berharap agar si Cardinal akan meminjamkan wang kpdnya sbg tanda berbaik2. Rohan yg percaya dgn keaslian surat2 itu, bersetuju utk membelikan Marie kalung berlian tersebut. Untuk memperkuatkan lg penipuannya, Jeanne ‘mengaturkan’ pertemuan Rohan dan ‘Marie’ di taman Istana Versailles pd satu tengah malam. ‘Permaisuri Perancis’ yg muncul di hadapan Rohan pd realitinya adalah seorg pelacur bernama Nicole le Guay d'Oliva yg wajahnya saling tidak tumpah seperti Marie. Dalam pertemuan itu, ‘Marie’ memberi jaminan yg dia telah mengampunkan kesalahan Rohan.

Dengan rasa yakin, pd keesokan harinya Rohan memberitahu tukang emas Boehmer dan Bassange bahawa dia akan membeli kalung itu dan membayar secara ansuran. Mereka diarah utk menyerahkan kalung kpd Jeanne, yg selaku org tgh akan memberikannya kpd Marie Antoinette. Walau bagaimanapun, Jeanne dgn segera menghantarnya kpd suaminya Nicolas, yg menjual batu2 berlian kalung tersebut secara berasingan di London.

Akhirnya penipuan dan pembohongan Jeanne de la Motte terungkai apabila Cardinal Rohan gagal membayar ansuran pertamanya dan tidak memulangkan kalung itu. Kedua2 tukang emas pun pergi mengadu dan menagih wang drpd si Permaisuri. Marie Antoinette bermati2an menafikan dia ada kaitan dgn pembelian kalung berlian itu. Setelah disiasat, Raja Louis XVI mengarahkan agar Rohan, Jeanne, Villette, Count Cagliostro – kenalan Cardinal yg dituduh oleh Jeanne sbg perancang utama penipuan itu, dan d’Oliva ditangkap. Nicolas de la Motte pula berjaya melarikan diri dan bersembunyi di London. Dia kembali ke Perancis selepas tamatnya Revolusi.

Untuk membersihkan nama Louis XVI dan Marie Antoinette, pesalah2 itu dibicarakan secara terbuka. Malangnya, perbicaraan itu hanya menghancurkan lg reputasi Permaisuri dan membuatkan rakyat semakin membencinya. Sedikit pun tidak percaya dgn apa yg diperdengarkan kpd khalayak, malah mereka percaya bahawa kes ini adalah idea Marie Antoinette – dia yg memanipulasi Jeanne utk menjatuhkan musuhnya, si Cardinal.

Cardinal Rohan dilepaskan, tetapi dibuang negeri ke salah sebuah kawasan hartanah miliknya di selatan Perancis dan tinggal di situ hingga ke akhir hayatnya. Rétaux de Villette didapati bersalah memalsukan surat, dan mati dlm buangan di Itali. Count Cagliostro juga dibuang negeri, yg kemudiannya didapati bersalah dlm Roman Inquisition dan mati dlm penjara.  Manakala si pelacur d’Oliva pula dibebaskan.

Dalang penipuan, Jeanne de la Motte dijatuhkan hukuman sebatan, dicucuh dgn besi panas dan dipenjarakan seumur hidup di Salpêtrière, penjara yg terkenal dgn mengurung pelacur. Namun dia berjaya lari dari penjara tersebut dgn menyamar sbg budak lelaki. Seperti suaminya, dia bersembunyi di London dan sempat menulis buku berkenaan kes kalung berlian utk menjustifikasikan perbuatannya dan menyalahkan Marie Antoinette. Beberapa tahun kemudian, Jeanne ditemui mati selepas terjatuh dari tingkap hotelnya di London. Dia dikatakan sedang melarikan diri drpd pengutip hutang.

Kemarahan rakyat yg membuak2 dgn konsep monarki mutlak, penindasan, cukai tinggi utk membiayai parti mewah golongan atasan dan peperangan yg tiada kena mengena dgn mereka, perbicaraan kalung berlian menambahkan lg duri di dlm hati, menyebabkan dinasti Bourbon sudah hilang taringnya - Louis XVI dan Marie Antoinette bersama hampir seluruh kerabat bangsawan dan kelas atasan dihukum pancung.



Nasib yg sama menimpa kpd individu yg sepatutnya menerima hadiah kalung berlian, Madame du Barry. Sebelum itu, dia sendiri terpaksa menyaksikan kepala kekasihnya, Louis Hercule Timoléon de Cossé-Brissac dibuang di halaman rumahnya oleh geng pemberontak. Madame du Barry kemudian ditangkap dan dihukum pancung apabila dikhianati oleh Zamor, org gaji berbangsa Bengali Chittagong, yg bertindak sbg pemberi maklumat kpd kumpulan revolusi.

Kalung berlian itu diakui tidak akan dijumpai lg kerana berliannya telah dipisah2kan dan dipotong kecil.


Sumber:
history.com
discoverwalks.com
wikipedia 1/2/3/4


Turut menyumbang, kenapa ai lambat siapkan post nih: bod CI, instagram, bideo2 kucing, tumblr, bideo live Rage Against the Machine hahaha



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2020 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
ni era king louis dlm netflix tajuk Versailles tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2020 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeyeyeyee.. Tq dani.. Jap nak baca..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2020 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuhh padat & mudah faham..
Next story please tt
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2020 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
I bace smpai habis. Next story please.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2020 12:33 AM | Show all posts
bintangct replied at 7-11-2020 07:40 AM
ni era king louis dlm netflix tajuk Versailles tu ke?

yg dlm tv tuh, Louis XIV (ke-14) moyang somi Marie Antoinette, Louis XVI
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2020 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Dani.. I dah dm admin minta jadikan thread u sebagai artikel kat cari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2020 12:36 AM | Show all posts
sarah82 replied at 9-11-2020 12:14 AM
Dani.. I dah dm admin minta jadikan thread u sebagai artikel kat cari.

Ok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2020 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 9-11-2020 12:36 AM
Ok

Tq sebab sudi buka thread kat sini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2020 12:57 AM | Show all posts
sarah82 replied at 9-11-2020 12:48 AM
Tq sebab sudi buka thread kat sini..

no problem, sarah. nanti kalau ada masa dan tenaga, ai post lg.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 9-11-2020 12:57 AM
no problem, sarah. nanti kalau ada masa dan tenaga, ai post lg.

Tqqq chuols..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 06:11 PM | Show all posts
Marie Antoinette ni memang legend.  Bila aku banyak membaca pasal Revolusi Perancis ni, aku rasa dia bukanlah 100% patut disalahkan..hutang negara Perancis memang dah menimbun sejak sebelum Marie jejakkan kaki di Versailles lagi. She happened to be at the wrong place, wrong time.  She was only 15 when she got married and 19 bila ditabalkan sebagai Queen of France..camne lah Marie ni tak lavish berparty bagai..tu escapism dia kot..7 tahun pertama perkahwinan diorang tak penah buat sex coz husband dia ada masalah nak erect ke apa ntah..fungsi Marie is basically lahirkan pewaris..her mom put high hope on her..the French judge her..gila tak stress..banyak lagi citer pasal Marie ni yg aku baca..nanti dah tak busy sangat aku sambung lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tragic kan ending dia. Good one from tt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2020 09:48 AM | Show all posts
shop_girl replied at 9-11-2020 06:11 PM
Marie Antoinette ni memang legend.  Bila aku banyak membaca pasal Revolusi Perancis ni, aku rasa dia ...

Ai pun berminat psl Marie nih, bbrp thn dulu terbuka mata bila ayat "Let them eat cake" adalah mitos semata2
Mohon Shop share info lg

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 09:16 PM | Show all posts


Gambar kat atas ni nampak lebih kurang sama kan? Just beza pada pakaian dan aksesori. Ada kisah di sebaliknya..Marie kan kena kecam coz suka lifestyle yg lavish, gowns dia pun mewah2 belaka..so, untuk menunjukkan yg beliau tidaklah 'shallow' sangat macam yang dikecam tu, Marie minta pelukis yang dia gemari, Elisabeth Vigee Le Brun untuk lukis potret beliau dalam persalinan yang lebih ringkas dan low profile seperti dalam gambar sebelah kiri tu..Marie digambarkan berpakaian seperti seorang 'shepherdess' di mana material gaun itu daripada kain muslin..potret Marie dalam gaun muslin in dipaparkan di istana untuk tatapan khasnya golongan bangsawan.

Marie teruk dikritik kerana memaparkan imej yang tidak sesuai sebagai Queen of France..Orang2 cakap baju muslin yang dia pakai tu macam underwear..memang material underwear zaman tu dari kain muslin pun..plus, golongan bangsawan kecam Marie seolah2 tak support industri penghasilan sutera Perancis bila pakai kain marhaen macam tu..kesian gak Marie..niat baik dah tapi back fire balik pulak..huhu..so, Marie minta pelukis yang sama untuk ubah balik gambar tu..Le Brun edit balik le kiranya dengan melukis Marie dalam persalinan court dress yang mewah dan formal, lengkap dengan aksesori.

Ada historians yg cakap peristiwa ni merupakan tanda2 awal kejatuhan Marie..orang bila dah tak suka, semua benda serba tak kena..Insyaallah nanti aku sambung dengan info lain lagi nanti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2020 12:40 AM | Show all posts
shop_girl replied at 15-11-2020 09:16 PM
Gambar kat atas ni nampak lebih kurang sama kan? Just beza pada pakaian dan aksesori. Ada kisah  ...

Wah... thanks for the info sis!
Ai dah report mod supaya bg tacang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2020 12:47 AM | Show all posts
shop_girl replied at 15-11-2020 09:16 PM
Gambar kat atas ni nampak lebih kurang sama kan? Just beza pada pakaian dan aksesori. Ada kisah  ...

ai rasa sbb pakaian nih, Marie juga digosip suka cosplay sbg shepherdess - konon nak merasa hidup rakyat marhaen. menurut cerita, dia bina ladang yg siap dgn rumah dan bangsal termasuk hewan ternakan sekali kat kawasan istana. di situlah dia dan kawan2nya bermain, acah2 jd gadis pengembala dan pemerah susu lembu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 09:37 PM | Show all posts
masa i pergi paris, i just ikut je kwn i bwk pergi versailles tanpa tahu tempat apa tu...pada pandangan i masa tu versailles ni just a big and lavish palace. x tau apapun sejarah pasal tempat tu. Kosong. Apa hal aku buat kat sini

then, lepas terjumpa artikel pasal quote let them eat cakes, owh baru tahu pasal marie antoinette, versailles...how 10 000 people gathered  outside the palace untuk heret king and queen ke tuileries palace nak jatuhkan hukuman pd mereka.  Tempat yang menyaksikan sejarah perubahan sistem pemerintahan dr monarki kepada republic. I rasa satu kerugian pergi ke sesuatu tempat tanpa ilmu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 10:47 PM | Show all posts
Annaquinn009 replied at 16-11-2020 09:37 PM
masa i pergi paris, i just ikut je kwn i bwk pergi versailles tanpa tahu tempat apa tu...pada pandan ...

U pegi tak kat Petit Trianon?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 11:02 PM | Show all posts
Aku suka tengok Kirsten Dunst berlakon jadi Marie Antoinette..This is personally my favourite scene..kat sini kita boleh tengok mcm mana Marie lari dari life kat Versailles yg penuh dengan protokol..nama tempat ni Petit Trianon..husband Marie hadiahkan sempena kelahiran anak diorang..Kat sini didirikan sebuah perkampungan Perancis yang lengkap dengan windmill, kebun sayur, haiwan ternakan etc..tempat ni mmg sgt private..hanya utk Marie dan teman2 rapat..di Petit Trianon ni la Marie main 'masak2' ngan kawan2 dia..they will pretend to be a common villager yang keje perah susu, kutip telur ayam bagai..unfortunately, realiti sebenar di sebalik tembok Versailles dan Petit Trianon jauh berbeza..kat Petit Trianon ni, maid akan bersihkan dulu telur2 ayam sebelum Marie ngan anak dia kutip..aku respek gak Marie ni coz dia very involved ngan life anak2 dia..considering how distant other queens used to be with their children during that era..here, in Petit Trianon, Marie got to be herself, a mother, and just a woman..bukan sebagai Queen of France..landskap dan architecture Petit Trianon ni pun lebih feminin berbanding dengan Versailles yg lebih nak tunjukkan male power.  Aku suka scene ni coz nampak tenang je..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.930553 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list