CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 19363|Reply: 31

Perbandingan pelan pra-tempah siri iPhone 12: Celcom, Digi, U Mobile, Maxis, ser

  [Copy link]
Post time 11-11-2020 06:24 AM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 11-11-2020 06:25 AM






Setelah siri iPhone 12 dilancar, anda pasti sudah mempunyai pelan tersendiri mengikut kewangan anda sama ada ingin mendapatkan siri iPhone 12 secara ansuran, terus membelinya melalui syarikat telekomunikasi atau membelinya melalui laman dan penjual rasmi Apple yang sah. Jika anda ingin membeli siri iPhone 12 secara ansuran atau pembelian terus melalui syarikat telekomunikasi, ini adalah tempat yang betul!
Kami akan mengulas ringkas tentang perbandingan pra-tempahan siri iPhone 12 di antara Maxis, Digi, Celcom dan U Mobile. Anda boleh menyemak apa yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi ini.

Maxis – Ansuran serendah RM110 sebulan, beli serendah RM1,736
Maxis menawarkan pembelian siri iPhone 12 secara ansuran melalui pakej Zerolution. Pelan Zerolution ini tidak memerlukan kad kredit, tanpa pembayaran pendahuluan (berdasarkan kelayakan tertentu), dan 0% kadar faedah. Maxis menawarkan kesemua model bermula dari harga RM110 sebulan untuk iPhone mini, RM129 sebulan untuk iPhone 12, RM167 sebulan untuk iPhone 12 Pro dan RM182 sebulan untuk iPhone 12 Pro Max.
Anda boleh melihat keseluruhan harga berdasarkan varian storan untukpelan ansuran Zerolution dan pembelian kontrak biasa disini.





Pelan ansuran Zerolution
Untuk kontrak biasa (pembelian tanpa ansuran) pula, pelanggan Maxis boleh membeli iPhone 12 mini bermula pada RM1,736 sehingga harga tertinggi iPhone 12 Pro Max RM3,895 bergantung kepada varian dan pelan Maxis Postpaid 128/158/118 yang anda pilih. Terdapat penjimatan besar dilihat untuk pelanggan Maxis kerana ia mempunyai harga permulaan terendah untuk pembelian terus siri iPhone 12.

Digi – Ansuran serendah RM98 sebulan dengan perlindungan Digi Shield, iCloud 50GB percuma
Seperti biasa, telekomunikasi kuning ini menawarkan pelan ansuran Digi PhoneFreedom 365. Harga ansuran bermula pada RM98 sebulan untuk iPhone 12 mini 64GB, RM118 sebulan untuk iPhone 12 64GB, RM158 sebulan untuk iPhone 12 Pro 128GB dan RM173 sebulan untuk iPhone 12 Pro Max 128GB. Namun, perlu diingatkan bahawa permulaan harga yang dinyatakan hanya jika anda melanggan pelan pascabayar Digi Postpaid 190.
Anda boleh lihat pelan harga ansuran siri iPhone 12 untuk pelan yang lebih rendah seperti Digi Postpaid 120 dan 160 di pautan ini, tetapi harga ansurannya lebih tinggi dari harga permulaan yang dinyatakan.







Melalui pelan ansuran ini, anda akan mendapat perlindungan percuma Digi Shield seperti baiki telefon percuma. Anda juga tidak perlu membayar bayaran pendahuluan, boleh menaik taraf telefon percuma pada 18 bulan ke atas dan kadar faedah 0%. Lebih menarik, anda akan mendapat akses iCloud 3 bulan percuma!


Celcom – Ansuran EasyPhone iPhone 12 serendah RM99 sebulan, percuma pengecas

Seterusnya, pelan dari telekomunikasi biru ini menawarkan sesuatu yang agak berbeza. Anda boleh memilih beberapa pakej ansuran EasyPhone dalam tiga pilihan iaitu mana-mana model siri iPhone12, siri iPhone 12 + Apple Watch SE atau siri iPhone 12 + AirPods Pro. Anda juga boleh membuat pembelian siri iphone 12 bermula pada harga RM1,738, tetapi melalui pilihan pelan Celcom Mega Lightning.
Untuk ansuran EasyPhone iPhone 12 mini, ianya bermula pada RM110 sebulan, iPhone 12 lebih jimat pada harga bermula RM99 sebulan, iPhone 12 Pro bermula RM129 sebulan dan iPhone 12 Pro Max vermula RM182 sebulan. Lebih menarik, anda boleh mendapat Apple 20W USB-C Power Adapter percuma (stok terhad), akses Apple TV+ percuma setahun dan akses iCloud 50GB percuma selama tiga bulan melalui pra-tempah ini.
Anda boleh menyemakharga untuk ansuran EasyPhone atau pembelian terus yang berbeza berdasarkan storan dan langganan pelan Celcom Mega Lightning.










Jika anda sememangnya inginkan seutas Apple Watch SE atau AirPods Pro, sememangnya pelan yang ditawarkan oleh Celcom adalah menjimatkan. Namun, jika anda tidak memerlukannya, anda boleh memilih pakej biasa sahaja.


U Mobile – Jimat untuk iPhone 12 Pro 128GB, serendah RM151 sebulan

Untuk pelanggan U Mobile, anda boleh mendapatkan siri iPhone 12 juga dengan ansuran UPackage atau pembelian terus. Jika anda ingin membeliiPhone 12 Pro 128GB, anda bertuah sebagai pelanggan U Mobile kerana ianya boleh dibeli hanya pada harga RM3,419 (harga asal RM4,899) dengan langganan HERO P139. Untuk siri iPhone 12 lain pula, ianya bermula pada harga RM2,059 dengan pelan Unlimited HERO Postpaid.
Untuk pelan ansuran UPackage pula, iPhone 12 mini bermula pada RM94 sebulan, iPhone 12 bermula pada harga RM113 sebulan, iPhone 12 Pro bermula pada RM151 sebulan dan iPhone 12 Pro Max pada harga RM166 sebulan yang perlu dilanggan bersama pelan Unlimited Hero P99/P139. Jika anda adalah 120 pelanggan pertama, anda akan menerima AirPods percuma yang akan disertakan bersama siri iPhone 12 yang dibeli.
Anda boleh melihat harga ansuran UPackage atau harga pembelian terus berbeza mengikut storan di pautan ini.




Kesimpulannya, setiap syarikat telekomunikasi menawarkan pelan menarik untuk pelanggan masing-masing. Terdapat kebaikan dan penjimatan dalam setiap pelan. U Mobile menawarkan ansuran bulanan terendah RM94 sebulan, Celcom menawarkan pakej jimat dengan pengecas dan akses perkhidmatan Apple percuma, Maxis menawarkan harga pembelian terus terendah RM1,736 dan Digi menawarkan bersama Digi Shield termasuklah servis membaiki peranti percuma dan sebagainya. sumber



-----------------------
yang saya nampak,ada la juga plan murah ,kalau korang rasa
nak tambah hutang dan  ansuran tak berapa mahal,bolehla beli,tapi ada la cara lain.
trade in iphone ni masih mahal kedai ambil,trade in model terkini sekarang
dan ambil yang baru,tambahlah duit, takla berhutang dah.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2020 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak nak la.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2020 07:42 AM | Show all posts
berbaloi ke beli ansuran mcm ni?
aku tnya sbb aku pakai android and slalu beli cash je..almaklum la hp harga 1k lebih je..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2020 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
rosasen replied at 11-11-2020 07:42 AM
berbaloi ke beli ansuran mcm ni?
aku tnya sbb aku pakai android and slalu beli cash je..almaklum l ...

mungkin berbaloi...sbb apa yg aku baca dari review pngguna iPhone, komen kwn2 aku yg pakai iPhone dan juga komen dalam ni, iPhone diaorg guna bertahun...kwn aku pakai iPhone 5 tak salah dari mula keluar sampai skrg masih ok lagi..dah 6-7 tahun tak salah aku.

iPhone ni sesuai utk org yg bukan jenis tukar2 phone setiap 1-2 tahun sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2020 08:08 AM | Show all posts
sarah82 replied at 11-11-2020 07:55 AM
mungkin berbaloi...sbb apa yg aku baca dari review pngguna iPhone, komen kwn2 aku yg pakai iPhone  ...

i see...patut ramai yg pakai ada kontrak 1-2 tahun.. pastu pakai sampai la xleh nk upgrade iOs ye... hihi
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2020 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
rosasen replied at 11-11-2020 08:08 AM
i see...patut ramai yg pakai ada kontrak 1-2 tahun.. pastu pakai sampai la xleh nk upgrade iOs ye. ...

yap...pakai sampai x boleh upgrade baru beli pulak...walaupun harga mahai utk mula2 beli tapi berbaloi la sbb tahan lama.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2020 08:34 AM | Show all posts
nak cuba pulak pakai yang plan punya, tapi takut pulak... selalu beli cash je, last pakai iPhone zaman iPhone 5S
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2020 08:40 AM | Show all posts
Edited by tagas at 11-11-2020 08:41 AM

selamat menambah hutang
utk show off penuhi nafsu

demi gaya & kepuasan idop
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2020 09:32 AM | Show all posts
pelan nampak menarik dan boleh KIV..
current phone masih okay dan memuaskan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2020 09:36 AM | Show all posts
sarah82 replied at 10-11-2020 11:55 PM
mungkin berbaloi...sbb apa yg aku baca dari review pngguna iPhone, komen kwn2 aku yg pakai iPhone  ...

& iphone juga sesuai untuk golongan yang gigih bawak power bank ke sana-sini..

BTW dah nak masuk 2021 ni, ada lagi ke yang pakai power bank?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2020 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 11-11-2020 09:36 AM
& iphone juga sesuai untuk golongan yang gigih bawak power bank ke sana-sini..

BTW dah nak masu ...

ada..iols...hahahaha...iols ada powerbank 30k mAh fast charging
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2020 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
rosasen replied at 10-11-2020 11:42 PM
berbaloi ke beli ansuran mcm ni?
aku tnya sbb aku pakai android and slalu beli cash je..almaklum l ...

Skrg bukan masa sesuai buat hutang baru. Lagipun phone ni kehendak je bukan priority. Baiklah beli byr sekaligus
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2020 02:55 PM | Show all posts
nazzse replied at 11-11-2020 02:47 PM
Skrg bukan masa sesuai buat hutang baru. Lagipun phone ni kehendak je bukan priority. Baiklah beli ...

setuju... kalau nk kata duit x habis pn, baik beli cash je kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2020 04:34 PM | Show all posts
rosasen replied at 11-11-2020 07:42 AM
berbaloi ke beli ansuran mcm ni?
aku tnya sbb aku pakai android and slalu beli cash je..almaklum l ...

nama pun hutang kan hehe.lainlah hutang yang tiada faedah.
nasihat saya, beli saja lah cash.hutang2 ni buat sakit kepala aje
kalau Android tu agak murah harganya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2020 04:44 PM | Show all posts
nazzse replied at 11-11-2020 02:47 PM
Skrg bukan masa sesuai buat hutang baru. Lagipun phone ni kehendak je bukan priority. Baiklah beli ...

betul sangat tu awak.hanya kehendak. di sebab kan kehendaklah
saya agak,asikla keluar model baru,sebab pengeluar dapat agak
orang akan beli sebab kehendak ni la kelemahan manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2020 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat nk layan forum dgn wasap,pakai jer la yang ada nihh..hp mahai2 ,kereta tayar nampak benang,tak guna jugakk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2020 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 11-11-2020 08:56 PM
Setakat nk layan forum dgn wasap,pakai jer la yang ada nihh..hp mahai2 ,kereta tayar nampak benang,t ...

Awk ckp psl sy ke
Takat bkk forum dgn wsp
Hahaha

Sy mmg xde socmed lain selain wsp
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2020 10:58 PM | Show all posts
Belibis replied at 11-11-2020 08:56 PM
Setakat nk layan forum dgn wasap,pakai jer la yang ada nihh..hp mahai2 ,kereta tayar nampak benang,t ...

kan haha.bukan saja nampak benang,



sampai termasuk paku pun tak ganti,sebab nak handphone model baru saja


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi acik, bayar ansuran ni hanya layak digunakan utk utang rumah dan keta saja. Lain2 tak ferlu
Sakit demam, make sure ada medical insurance plan
Henpon mahai bayar bulan2, gaji pokok 3k pun tak sampai, bangun pagi sila pi jerut diri dgn wayar usb
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 01:52 AM | Show all posts
sarah82 replied at 11-11-2020 08:20 AM
yap...pakai sampai x boleh upgrade baru beli pulak...walaupun harga mahai utk mula2 beli tapi berb ...

Telepon akak ni dah 6 tahun Iphone 6 masih Boleh gagah ni. Kawan2 gelakan aje anak dia Darjah 1 pun pakai yang hebat. Lagi tak pecah berderai ni tak tukar la kot.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.427761 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list