CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5170|Reply: 23

BAGI PENDAPAT GUYS. NAK TUNTUT GAJI DARIPADA MAJIKAN (RETRENCHMENT EDITION - COM

[Copy link]
Post time 12-11-2020 09:54 AM | Show all posts |Read mode

aku nak mintak pendapat korang. sama ada korang pernah experienced, atau arif bab ni, mintak tolong bagi pendapat.


aku kena retrenched by company masa bulan Julai 2020 haritu. company bagi surat berhenti dengan notis satu bulan. masa dipanggil masuk dalam meeting room tu, memang tak expect pun akan kena retrench. alasan diorang sebab covid lah (alasan paling relevan buat masa ni). nak minimize manpower. bila dah duduk, and diorang (HR) bagitahu aku kena retrench, terkejut jugak. terkejut bercampur risau sebab dah fikir lepas ni macam mana nak survive apa semua. masa tu HR manager tu explain la apa yang aku akan dapat. company bagi pampasan (dikira ikut formula yang termaktub dalam akta buruh), annual leave yang tak digunakan tu company akan reimburse, dan gaji sebulan (sebab aku still bekerja dan notis sebulan diorang bagi tu, aku masih kena bekerja). and dia bagi masa kat kitorang (bukan aku sorang kena. ada lagi 8 orang kena retrench) 24 jam untuk sign surat tu dan bagi balik copy of signed termination letter. and yes, kitorang sign surat tu. aku masa tu still in shock and tak boleh nak fikir apa-apa lagi selain "what will happen to me in future?". so aku sign je and return balik copy.

lepas 1 minggu macam tu, barulah aku rasa calm, dan boleh terima kenyataan yang aku dah jobless, dan masa tengah duk termenung tu aku compare balik apa yang HR bagi according to termination letter tu, dan apa yang termaktub dalam offer letter. and baru aku perasan kat dalam offer letter ada menyatakan yang kalau nak terminate staff, company kena bagi 3 months of termination notice. so kat situ dah nampak yang benda ni tak tally. so aku pun tanya lah elok-elok kat akak HR manager tu balik,

aku: kak, kenapa dalam surat terminate company bagi notice sebulan je? bukan kena bagi notice 3 bulan ke?
akak HR: kan akak ada bagi amended offer letter dulu. ada banyak benda yang company amend. kan akak ada buat conference call. check balik dengan manager awak.
aku: tapi saya takde sign apa-apa offer letter yang baru pun
akak: memang tak ada offer letter baru.

aikk?!

so conversation tu mati kat situ. aku dan staff lain ada juga request dia bagi softcopy offer letter yang disebutkan tapi akak HR tu boolayan. masa ni kitorang semua dah lepas daripada tempoh bekerja dalam company tu. agaknya diorang serabut kitorang semua duk bising-bising nak mintak offer letter, dia call (email langsung tak reply, call boleh pulak) kami semua sorang demi sorang untuk bagitahu yang diorang tak boleh bagi offer letter tu sebab kami semua no longer the company's staff. haha. aku tahu hardcopy offer letter semua staff simpan kat mana. so aku mintak staff (yang rapat dan paling boleh dipercayai) kat outlet tu tolong cari dan snap gambar. TAPI, tiba-tiba file tu dan GHAIB. haha. berbulan-bulan duk sadai kat situ, tapi kali ni tiba-tiba boleh lenyap.

actually kitorang ada je offer letter tu (softcopy) tapi saja je nak mintak kot kot memang ada yang dia kata 'amended banyak benda tu'. tapi takde. bukan kitorang je yang takde letter yang baru, tapi SEMUA STAFF memang takde offer letter baru yang akak tu gembar-gemburkan.

masa tengah kecoh pasal isu offer letter, tiba-tiba company call sorang demi sorang datang ke HQ untuk sign surat baru.
siap keluarkan memo lagi dan semua kena sign.


so dalam hal ni, boleh tak fight kat pejabat buruh untuk tuntut gaji lagi 2 bulan tu? mohon pendapat guys.  


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2020 10:09 AM | Show all posts
Simpan semua dokumen berkaitan dengan pembuangan kerja anda. Dalam masa 60 hari dari tarikh pembuangan kerja, sila buat aduan ke Pejabat Perhubungan Perusahaan Kementerian Sumber Manusia yang terdekat mengguna kan seksyen 20 Akta berkenaan mengenai pembuangan kerja yang dirasakan tidak adil.

"Under Section 20 of the Industrial Relations Act 1967, an employee who feels that he has been unfairly dismissed without just cause or excuse by his employer, may lodge a representation to the Director General of Industrial Relations within 60 days from the date of his termination."

Ingat ya dalam masa 60 hari, jika dibuat selepas tempoh 60 hari ianya sudah tidak valid lagi aduan tersebut.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2020 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Odyman replied at 12-11-2020 10:09 AM
Simpan semua dokumen berkaitan dengan pembuangan kerja anda. Dalam masa 60 hari dari tarikh pembuang ...

Maknanya saya masih boleh tuntut hak saya walaupun saya dah sign surat terminate tu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 10:16 AM | Show all posts
Mungkin anda boleh baca disini sebagai rujukan:

https://themalaysianreserve.com/ ... -malindo-air-staff/
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya titipkan doa semoga urrusan dan hak dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 10:23 AM | Show all posts
current issue ke sister?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-11-2020 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 12-11-2020 10:23 AM
current issue ke sister?

Itu je yang nampak relevan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2020 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
hungryhenry replied at 12-11-2020 10:20 AM
Saya titipkan doa semoga urrusan dan hak dipermudahkan

Terima kasih. Insyaallah. Amiin. :,(
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2020 10:26 AM | Show all posts
Mashi17 replied at 12-11-2020 10:24 AM
Itu je yang nampak relevan.

pergi labour court sister... kat forum ni byk loyar buruk je

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 10:33 AM | Show all posts
Modngengade replied at 12-11-2020 10:26 AM
pergi labour court sister... kat forum ni byk loyar buruk je

kat malaysia tak ada Labour Court, yang ada adalah Industrial Relation Court. tetapi sebelum sampai ke mahkamah perusahaan, banyak step-step penyelesaian yang akan dibuat oleh Pegawai Perhubungan Pekerja, penuntut dan majikan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
tak salah tanya. utk rujukan silent reader jugek
moga dipermudahkan urusan dan dpt tegakkan keadilan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau amendment macam notice period ni selalunya company tak bagi offer letter baru. Just memo or just 1 page letter yg stated the amendment. Both parties kena sign

Cuba check balik. Kalau takde wajarlah report ke jtk. Jangan lupa apply EIS jugak
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 12-11-2020 10:33 AM
tak salah tanya. utk rujukan silent reader jugek
moga dipermudahkan urusan dan dpt tegakkan keadila ...

Yes betul, dapat gak ilmu. Semoga dipermudahkan tt....!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 10:57 AM | Show all posts
kalau tak silap, labour law diguna pakai utk pekerja gaji di bawah 2k...
kalau level exec selalunya akan dicover oleh polisi com tu sendiri...
kalau polisi com mmg one month notice... diorg tak boleh nak buat pape...
tapi kalau ada bukti yg com tak ikut cara yg betul dan didapati bersalah...
staff yg diberhentikan kna diambil balik bekerja dan com kena bayar denda & gantirugi...
make sure cukup bukti tuk heret com...
make sure check caruman epf & socso com dah bayar...
ada certain com bile staf dah berenti diorg tak bayar...
sementara tu apply EIS cepat2... atleast nnt dptlah 80% drp gaji akhir tuk bulan pertama slps kena retrench...
kalau dah dpt kerja baru takyah apply EIS... nak apply boleh juga nnt akan dpt Elaun Bekerja Awal...
tp kalau kita dah pernah apply EIS... dlm masa 24 bulan tak boleh apply lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 12:40 PM | Show all posts
Dari cerita Xim, nampak macam employer x ada buat amendment kpd employment terms, khususnya notis 3 bulan tu, tetapi surat tukar termination notice period dibuat kemudian lepas dah beri termination notice (sepatutnya you boleh berhujah balik kat HR, dah tak boleh amend terms of employment selepas you dah tak jadi employee kalau nak ikut lame excuse your employer).

X jelas juga your salary adakah kurang dari 2k sbb employer beri termination benefits ikut peruntukan Employment Act?

Walau bagaimanapun, kalau gaji you di bawah 5k, masih boleh buat aduan ke Jabatan Buruh di bawah Seksyen 69 Employment Act dan siasatan akan dibuat. Bukan setakat tempoh notis mesti cukup, your employer nak retrench pun mesti hantar notis sebulan ke Jabatan Buruh, jika tidak employer kena denda. Rentchment dibenarkan dalam undang-undang tapi employer tak boleh sewenang2nya ambil kesempatan atas masalah covid ni, mesti ada sebab2 yang konkrit dan kalau you dah chalenge mesti justify kedudukan kewangan syarikat tak mampu bayar gaji etc. Ada banyak faktor2 lain yang mesti diambil kira, misalnya adakah you dan pekerja2 yang dibuang tu pekerja2 senior atau tidak kerana pekerja2 senior tak boleh dibuang dahulu. Kalau nak retrench kena retrench pekerja2 yang junior dlm perkhidmatan.

Selain dari aduan untuk retrenchment x ikut prosidur, you boleh buat aduan untuk wrongful dismissal juga di bawah Seksyen 20 Industrial Relations Act, kat sini ada forumer dah sebut, tapi berdasarkan fakta-fakta yang you sebut , aduan di bawah Seksyen 69 lebih sesuai.

Btw, I bagi nasihat kat sini sbg lawyer betul, bukan loyar buruk ye.. tapi berdasarkan apa yang you disclose kat sini je lah, full disclosure kena ada baru boleh advise banyak... semoga bermanfaat

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 12:41 PM | Show all posts
Eh silap... Mashi 17 I nampak mcm ada 2 thread yang sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2020 12:50 PM | Show all posts
Odyman replied at 12-11-2020 10:33 AM
kat malaysia tak ada Labour Court, yang ada adalah Industrial Relation Court. tetapi sebelum sampa ...

Biasanya kalau Jabatan Buruh buat penyiasatan dan keluarkan Perintah atau Award lepas inquiry di bwh Employment Act, ia dikeluarkan atas nama Labour Court. Untuk kefahaman employees tak jadi masalah kalau nak dirujuk sebagai Labour Court. Mahkamah Perusahaan biasanya dengar wrongful dismissal or constructive dismissal of employees under S.20 of IRA. Fungsi lebih kurang sama je
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 12:53 PM | Show all posts
Modngengade replied at 12-11-2020 10:26 AM
pergi labour court sister... kat forum ni byk loyar buruk je

Pergi labour department(to be exact instead of labour court), disebut juga Jabatan Buruh atau pejabat buruh  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2020 07:02 PM | Show all posts
okay guys, date sebutan kes aku adalah pada 17 november ni. aku tak tahu apa aku fikir tapi aku go with the flow je lah. kalau betul ini yang terbaik untuk aku, moga-moga Allah permudahkan segala urusan sebutan kes nanti.

aku tak pernah ada experience attend any sebutan kes kat pejabat buruh sebelum ni. dan aku totally tak ada idea how it gonna work there. ni dikira first experience aku lah ni. misal kata aku tak berjaya dalam kes ni, tak tahulah company tu boleh buat apa kat aku lepas ni. rasanya paling tidak pun diorang boleh claim untuk kos travel apa semua sepanjang kes berjalan lah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 09:19 AM | Show all posts
Mashi17 replied at 12-11-2020 07:02 PM
okay guys, date sebutan kes aku adalah pada 17 november ni. aku tak tahu apa aku fikir tapi aku go w ...

diorg xleh buat apa2 tuntutan termasuk saman sivil bagi kes ni..klu baru buat repot, rasanya kene berjumpa face to face dulu ngan wakil syarikat..cari solution..
itupon klu IR..jabatan buruh x pasti plak..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.254289 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list