CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

Pra-Matang, Isteri Dr Sheikh Muszaphar Terpaksa Dibedah Ketika Usia Kandungan Ke

  [Copy link]
Post time 13-11-2020 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada orang memang suka anak ramai. Contohnya adik aku, anak dah 5. Tapi anak2 semua elok well behaved, takde pun comot2. Umur 4 tahun semua dah pandai baca sebab makpak rajin ajar anak kat rumah. Aku anak 3 pun dah surrender
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2020 07:51 AM | Show all posts
twin pregnancy ni memang depa plan ka?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
peacock.bass replied at 12-11-2020 04:50 PM
tula sis ni yg baru dua orang ni rasa nak tutup kilang dulu,bukan apa takut xboleh nak bahagi masa ...

Ada maid, makcik tu dah jadi maid fanilt drp Dr halina kecik. Now jaga anak2 dieorg plak. Maid tu pun dah tua
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 09:47 AM | Show all posts
Edited by TalibanRock at 13-11-2020 09:49 AM

Pre-Eclampsia : Amaran bahaya sebelum sawan ketika hamil
Pra-eklampsia adalah keadaan yang disebabkan oleh kehamilan, dan ianya berlaku pada trimester kedua kehamilan lazimnya selepas 20 minggu kehamilan.

Pra-eklampsia berkaitan dengan tekanan darah yang tinggi, bengkak yang berlaku secara tiba-tiba dan kenaikan berat badan yang mendadak disebabkan pengumpulan air dalam tubuh, dan kehadiran protein dalam air kencing.

Punca sebenar terjadinya pra-eklampsia masih lagi tidak diketahui.
Apa yang terjadi dalam pra-eklampsia ialah terdapat pengurangan aliran darah ke uri sekaligus membahayakan bayi dalam kandungan . Tumbesaran bayi menjadi terbantut disebabkan kuantiti oksigen dan nutrien yang sampai kepada bayi tidak mencukupi.
Air mentuban juga akan menjadi kurang. Sekiranya tumbesaran bayi menjadi sangat terbantut, bayi boleh mati secara mengejut di dalam kandungan. Maka kehamilan dengan pra-eklampsia akan dipantau dari semasa ke semasa untuk mengesan bayi-bayi yang bakal mengalami komplikasi ini supaya tindakan segera dapat diambil untuk menyelamatkan bayi.

Mengapa perlu tahu mengenai pra-eklampsia?
Pra-eklampsia sangat biasa berlaku di kalangan wanita hamil.
Pra-eklampsia ringan berlaku bagi 7 daripada setiap 100 kehamilan manakala eklampsia (sawan hamil) pula jarang berlaku; hanya 1 dalam setiap 100 wanita dengan pra-eklampsia akan mengalaminya. Hampir separuh kes eklampsia (44 peratus) berlaku selepas bersalin, dalam tempoh berpantang (postpartum).
1 dalam 200 kehamilan (0.5%) akan mengalami pra-eklampsia yang serius ketika hamil. Gejala-gejala pra-eklampsia lazimnya ditunjukkan pada penghujung kehamilan, tetapi ada juga yang menujukkan gejala-gejala selepas bersalin.

Gejala-gejala pra-eklampsia yang serius adalah :
❗️Sakit kepala yang tidak dapat dilegakan oleh ubat tahan sakit
❗️Mata menjadi kabur
❗&#65039edih pada ulu hati yang tidak dapat dilegakan oleh ubat-ubatan gastrik
❗️Bengkak pada kaki dan muka yang makin bertambah
❗️Berasa tidak sihat

Gejala-gejala ini adalah tanda-tanda amaran bahaya, dan memerlukan perhatian pihak hospital dengan kadar yang segera. Dalam pra-eklampsia yang serius ini, organ-organ penting di dalam badan – fungsi hati dan buah pinggang mungkin akan terjejas, sekaligus menjejaskan proses pembekuan darah yang normal di dalam badan.

Pra-eklampsia serius ini jika tidak dirawat boleh menjadi lebih teruk ke tahap eklampsia dimana sawan boleh terjadi. Walaupun ianya jarang terjadi 1 dalam 4000 kehamilan, eklampsia memberikan komplikasi dan impak yang serius kepada ibu dan bayi, dan boleh membawa maut
Anda lebih cenderung untuk mendapat pra-eklampsia jika ini merupakan kehamilan sulung anda atau jika terdapat jarak yang besar, selalunya 10 tahun, antara kehamilan ini dengan kehamilan yang terdahulu.

Anda mempunyai risiko yang lebih jika anda:
✅berumur 40 tahun atau lebih;
✅berat badan berlebihan ketika hamil, BMI 35 atau lebih.
✅mempunyai masalah perubatan yang kronik yang menjejaskan sistem darah anda, termasuk tekanan darah yang tinggi, lupus,masalah buah pinggang, atau diabetes;
kandungan kembar atau lebih;
✅mempunyai sejarah pra-eklampsia dalam keluarga, contohnya, terdapat emak atau kakak yang mengalaminya

Berbincang dengan doktor anda, tentang faktor-faktor yang anda ada. Setelah penilaian doktor, anda akan dinasihatkan memakan ubat aspirin 75mg sehari sekali dari pada awal kehamilan (12 minggu) sehingga bersalin untuk mengurangkan risiko anda mengalami pra-eklampsia. Suplemen kalsium juga akan turut dimulakan.

Tiada cara yang pasti 100 % untuk mencegah terjadinya pra-eklampsia. Tetapi, cara yang terbaik untuk memastikan yang anda atau bayi tidak dalam bahaya ialah dengan berjumpa doktor anda secara kerap untuk temujanji antenatal anda. Ujian air kencing dan bacaan tekanan darah dijalankan oleh doktor atau jururawat semasa anda hadir untuk temujanji antenatal anda, adalah untuk mengesan tanda-tanda awal pra-eklampsia.

Bagaimana saya dirawat, sekiranya saya mengalami pra-eklampsia?
Jika tekanan darah naik secara sederhana, anda akan dinasihatkan untuk mendapatkan seberapa banyak rehat yang boleh, dan caranya ialah dengan berbaring di sisi kiri anda sebab ini akan membantu aliran darah ke uri. Anda mungkin diminta pergi ke klinik kesihatan setiap hari untuk memeriksa tekanan darah anda.

Sekiranya tekanan darah anda naik melambung, anda akan diminta masuk ke hospital supaya keadaan anda boleh dipantau dengan rapi. Kadar tumbesaran bayi akan diperiksa. CTG (cardiotocography) akan digunakan untuk memeriksa kadar denyutan jantung bayi anda dan kesihatannya secara umum. Tujuannya ialah untuk memanjangkan tempoh kehamilan anda seberapa lama yang boleh, untuk memberi peluang kepada bayi supaya tidak dilahirkan secara pramatang. Ubat untuk mengawal tekanan darah juga turut akan diberikan.
Anda juga akan diberikan suntikan ubat magnesium sulfat. Satu kajian penyelidikan yang besar yang diterbitkan pada tahun 2002 mendapati bahawa jika ibu yang mempunyai pra-eklampsia diberikan magnesium sulfat, risikonya mendapat eklampsia dikurangkan hingga separuh. Anda akan dirawat di wad rawatan rapi untuk ibu mengandung. Doktor juga akan menilai sama anda anda perlu diberikan ubat untuk mematangkan peparu bayi, sekiranya perlu dilahirkan lebih awal.

Sekiranya tekanan darah anda sukar dikawal dengan ubat-ubatan, akan dicadangkan supaya anda supaya menjalani proses induksi (induction of labour) atau melahirkan bayi anda melalui pembedahan caesarean.

Pra-eklampsia hanya akan pulih dengan sendirinya setelah anda melahirkan bayi. Tetapi, anda masih lagi berisiko sehingga empat minggu selepas bersalin, terutamanya jika pra-eklampsia anda itu serius atau dikenalpasti apabila kehamilan anda sudah mencapai minggu ke-37 atau lebih. Anda mungkin perlu meneruskan ubat untuk mengawal tekanan darah walaupun sudah bersalin.

Jika bayi dilahirkan kecil dan pramatang, bayi akan dipantau di unit rawatan rapi bayi sehingga bayi benar-benar sihat dan selamat untuk pulang. Tiada masalah untuk meneruskan penyusuan susu ibu

Segera dapatkan rawatan jika ada gejala-gejala pre eclampsia. Jangan tunggu

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
Kementerian Kesihatan Malaysia

Www.facebook.com/drmuhammadizzat
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 10:06 AM | Show all posts
Apa2 pun semoga semua selamat hendakNya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 12:05 PM | Show all posts
better 37 weeks lungs lebih matang alhamdulillah adae steroids untuk cepatkan surfactant production, but alhamdulillah berat baby tu dalam julat yg normal takut baby premature ni weight depa kecik...ni ada risiko, being premature ni yups.

semoga dimudahkan segala urusan.

pre -eclampsia ni - hmm serious and sangat bahaya. pilihan terbaik and i suka dr Muszaphar ni dia calm. the key is to be calm .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2020 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
seronok dpt twin tp kalau suami faham xpala kan.. btw dah selamat ke dr halina
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 12:55 PM | Show all posts

tak silap twin kali ni girl & boy, reveal by dr Halina.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2020 01:26 PM | Show all posts
mmg pnh sheikh ni kata nak anak ramai.. tp rezeki dia la.. 3kali pregnant jek anak dah 5.. acane dia plan utk dpt twin ek.. mcm seronok jek ada anak twin.. yg twin dia muka x sama .. makna nye, 2 telur n 2 berudu.. subur betulll
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 01:45 PM | Show all posts
Semoga dipermudahkan dan  ibu dan kembar selamat. Btw, pregnancy  ni conceived  naturally ke? Sebab dah 2x kembar. Sorry iols tertinggal train
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg jarang2 orang sekarang nak dan ada anak ramai. Siapa ada anak 4 orang tu pun dah consider ramai zaman skrg. Harap dipermudahkanlah.

Pasal parenting I think they are doing great job as parents mmg didik dan heavily involved in ensuring their children membesar dengan baik. So takde masalah la anak ramai pon.

Yg rengsa org anak ramai tapi tak jalan tanggungjawab sebagai parents
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
peacock.bass replied at 13-11-2020 12:50 AM
tula sis ni yg baru dua orang ni rasa nak tutup kilang dulu,bukan apa takut xboleh nak bahagi masa ...

rasanya ada. dr.halina pernah cerita maid dia tu jg dia jgk dr kecik. dah anggap keluarga sbnrnya
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 08:28 PM | Show all posts
Ya. Pengasuh lama wife. Ingatkan dah balik kampung atau stay dengan relatives somewhere aku baca.

mungkin dah ada balik back with SMS & family ini.

Takkan dia seorang buat sure ada another helper. Driver confirmed ada.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 09:00 PM | Show all posts
ok je anak ramai, i pun suka tp setakat ni ada 4 je...mmg tak dah la since  dh berumur. kalau jenis hands on dan suka bdk beranak je la ramai2. kalau tak mampu & malas nk membesarkan anak2, sibuk dgn hobi sendiri je & struggle juga financially better jgn beranak byk, kesian anak2 membesar dlm poverty & tak dpt opportunity
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam ni anak ramai tapi berkualiti takde hal.

Jgn jenis dok kat pondok mana2 anak setahun satu, tak sekolah pulak tu...
Pastu mak pak mintak bantuan orang nak bg anak makan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 13-11-2020 09:05 AM
Ada maid, makcik tu dah jadi maid fanilt drp Dr halina kecik. Now jaga anak2 dieorg plak. Maid tu  ...

Krenye dr halina pn bkn bisher2 la fam dia..bkn rkyat marhaen cm kekita ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2020 11:02 PM | Show all posts
Edited by mawarputih2612 at 13-11-2020 11:05 PM

dorang ni sejenis yg aku sokong klu beranak sampai 10 org pun

dr sms tu yg full time jaga anak kt rumah kan
dahla strict sungguh mereka ni
mak bapak berpendidikan

dr awal nk bcinta pun dr sms check btol2 background dr harlina tu
apalagi bila dia ada anak sendiri, haruslah dididik betol2
cuma respect la dr smsdia umur 48 tahun dah
tp masih handsome
sanggup lg ehh nak jaga anak kecik
lelaki klu lebih 40 ni malas dh nk jaga anak kecik
lainlah ada maid


moga dipermudahkan dr harlina bersalin. Aaaminnn
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie replied at 13-11-2020 02:58 PM
Krenye dr halina pn bkn bisher2 la fam dia..bkn rkyat marhaen cm kekita ni

Mak dia cikgu, bapak dia askar pangkat tinggi gak. Adik dia semua 3 orang doc, yg bongsu tu tak sure kerja apa. Yg 2 lagi tu dok kerja di ireland.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 11:33 PM | Show all posts
peacock.bass replied at 13-11-2020 12:50 AM
tula sis ni yg baru dua orang ni rasa nak tutup kilang dulu,bukan apa takut xboleh nak bahagi masa ...

aah dia ada maid utk jaga rumah
aku pun nak mcmtu
beranak dan jaga anak jer
tak perlu mengemas, memasak, lipat baju semua
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 11:35 PM | Show all posts
nazzse replied at 13-11-2020 11:11 PM
Mak dia cikgu, bapak dia askar pangkat tinggi gak. Adik dia semua 3 orang doc, yg bongsu tu tak su ...

dr harlina ni wpun body mengembang, tetap nampak cantik dan bijak
klu dia stay slim, confirm lagi cantek
suami maintain dah.
klu aku ada suami ganteng mcmtu, aku pastikan berat aku tak jejak 50kg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.299358 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list