CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Catpaw

Misteri 3 Petang

  [Copy link]
Post time 16-11-2020 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 16-11-2020 08:56 PM
Cerita kat radio ada tiga segmen diselang-seli dengan lagu.

1) sketsa setakat ni dikatakan be ...

Oooo..tp link xde daa tu..da kena take down kot..xsempat dgr pn...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2020 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 16-11-2020 09:29 PM
Oooo..tp link xde daa tu..da kena take down kot..xsempat dgr pn...

Boleh pergi kat fb Pahang fm, pergi kat video, skroll kat situ ade.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2021 07:10 PM | Show all posts
Kisah Susuk 3 Feb 2021


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2021 07:26 PM | Show all posts
Ada satu kisah tu pendengar bercerita. Masa ni dah tengah2 siaran selama dua jam tu. Ni saya kongsi sementara masih ingat.

Ada sorang laki ni, dia nak kuat, jadi dia cari la bomoh... Nak kuat tu dia kena minum darah perempuan datang bulan selama 99 hari. Laki ni ada dua orang adik perempuan, bila adik dia datang bulan, masa tido malam2 abang dia akan ambil dan minum, macam mana ambil dan minum tu Wallahhualam... Dia nak kuat sebab dia kerja mekanik.

Dah cukup tempoh tu memang dia kuat, kalau angkat kereta tu, mana la kita ni larat nak angkat, tapi laki tu mampu angkat guna sebelah tangan aje...
Kalau tukar tayar orang akan pusing banyak2 kali nak buka, tapi dia sekali pusing je tayar tu... kuat tak kuatnya dia...

Suatu hari malang tidak berbau, dia terlibat kemalangan, dilanggar treller. Dah mati tapi
jantung masih berdegup macam orang hidup. Dah dua tahun tu, ibu bapanya bawa la pulang. Dah bawa pulang tu ada kejadian menakutkan penduduk kampung, dia minta darah haid untuk minum. Sehinggalah berlaku kejadian ini pada malam hari, dia muncul depan ibunya nak minum darah datang bulan ibunya, masa tu ibunya masih subur, lidah panjang menjalar nak minum ke arah ibunya. menjerit la ibu dia terkejut ketakutan sampai si suami terjaga. Ayahnya baca la apa2 yang patut lalu lembaga menyerupai anaknya tu hilang....

Kemudian diorang jumpa ustaz, ustaz cakap la dah lama anak lelaki mereka ni keninggal dunia... jadi diorang berusaha la berubat  sebab yang tu sebenarnya jin, bukan anak diorang. Jin tu marah la sebab dia nak makan dan bomoh tu marah juga. Bomoh yang dia guna tu bomoh orabg asli. Sampai la berjaya berubat nampak banyak susuk yang keluar dari hujung rambut ke hujung kaki.

Sampai masa nak tanam, jenazah tak diterima bumi, bumi tendang keluar. Nilah cerita menurut pemnaggil tersebut... Dia berkawan dengan orang tersebut jadi dapat la dia kongsikan. Sekian serba sedikit  terkurang lebih chuols dengar sendiri lebih tepat dan best.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Cemana nk dgr ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2021 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 28-2-2021 02:47 PM
Cemana nk dgr ni..

Tak tahu kenapa link fb iols tepek tu tak jadi... Kalau nak dengar boleh pergi fb Pahangfm, pergi kat video, tatal kat situ tajuk misteri 3 petang susuk. ada macam2 tajuk
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-2-2021 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan cerita lelaki tersebut yang kuat angkat kereta tu, dia cerita yang laki ni kena pantang makan kambing, buluh2 ni tak boleh.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2021 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada pendengar bercerita yang ada perempuan cantik ni ( sebab pakai susuk) tiap kali nak bersama dengan suami mesti keluar taring ke tengkuk laki dia. Dia tak sedar pun jadi macam tu. Sampai la berubat dia kena buang susuk dia baru la aman...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2021 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Menurut ustaz corner, pemakai susuk ni boleh je buang dengan orang lain yang ada kemahiran, bukan semestinya dengan orang yang pakaikan. Mungkin masa tu dia jahil tak tahu susuk2 ni haram. Yang tukang pakaikan tu dah meninggal boleh je keluarkan dengan orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 28-2-2021 02:51 PM
Tak tahu kenapa link fb iols tepek tu tak jadi... Kalau nak dengar boleh pergi fb Pahangfm, pergi  ...

Ada ke..xnmpk pun..misteri ni..hehe

Phgfm patut buh dlm youtube.boleh tarik ramai subscribers..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2021 04:21 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 28-2-2021 03:13 PM
Ada ke..xnmpk pun..misteri ni..hehe

Phgfm patut buh dlm youtube.boleh tarik ramai subscribers..

Kan, kalau letak kat youtube lagi senang nak tengok hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2021 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah 12 : Bidan
13.1.2021

Masa ke 1:13:41

Seorang pemanggil dari Raub bernama Kak Yah.
Masa Kak Yah bujang, ada mak sedara ni kawin dengan orang Kelantan ada orang berhijrah ke situ. Kak Yah panggil dia  Mak Teh.

Masa Mak Teh ni bersalin, mak mentua dia pesan, jangan balik rumah mokmu. Bila Mak Teh ni dah bersalin (tegak bulu roma Ka Yah) Bekas sireh naik sendiri, orang Kelantan buat sireh dalam besen. Dia melompat atas gerai, tempat orang bersalin tu. Mak sedara ni tendang besen tu. Bila dah jatuh, besen tu melompat balik atas gerai.

Mak Teh cakap, "apa benda besen ni mek?" "takpo, pegang je elok2," kata mentua dia.
Mak sedara tendang lagi, "bakpomu tende tu," kata mak mentua dia.

Suami Mak Teh ni (Pak Teh) jemput arwah ayah. Arwah ayah ni guru.

"Ni We, besen ni melompat2" Mak Teh ckp kat arwah ayah tu. "Mana boleh buat macam ni, ada orang bersalin," arwah cakap kat Mak Mentua. "Takpo tu besen sireh, buke besen gapo2," balas mak mentua tu. Kak Yah takut sambil bercerita.

Esoknya Mak Teh ni pengsan,  keluarlah belalai dia merah, muncung merah, mata dia merah. Belalang hijau, belalang kunyit tu. Belalang tu besar ibu kaki.

"Aku taknak tengok benda2 ni mengganggu anak2 buah aku," kata arwah ayah. Esoknya Mak Teh pengsan lagi. Datang lagi arwah ayah "kautak pandai jaga hokmu," aku tahumu ada bela satu2. "Kalau ya, muambiklah," dia cabar arwah ayah, arwah baca2 tu baca ni, orang dulu2 dia ada kepandaian dia. Dapatlah benda tu dalam botol.

Kak Yah tengok dalam botol, merah belalai merah, ayah bawa balik letak dalam botol. Biarkan macam tu, benda tu diam je.

Cukup seminggu, mak mentua Mak Teh tu datang. "Tolonglah lepaskan kita, dah seminggu tak makan...". "Aku takkan lepaskan, kamu tak tahu jaga," balas arwah. Lama2 mak mentua tu sakit2 membawa maut.

Kak Yah memang tengok, belalang tu ditanam hidup2 dalam tanah. Kepak dia hijau, mulut tu merah. Arwah ayah cakap kat luar pelesit, bila masuk dalam jadi polong. Ank Mak Teh tu dah besar dah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2021 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah seteruanya, pemanggil Aki.

Kisah ni berlaku tahun90-an. Perempuan anak sedara dia bersalin dengan bidan kampung.

Bila dia membidan, hairanlah sebab uri dia nak basuh. Basuh uri kat bilik air tu dengar gelak2. Gelak kecil je la bukan kuat.

Sekali anak sedara pupu ni g la intai dengar gelak2 ingat cakap dengan siapa. Tengok2 dia makannya uri tu sambil dia suka.
-Ini benar2 berlaku =kata pemanggil tu.

Dia suka dapat benda tu. "Awak buat mende tu wan?". "Takda mende, koi basuh uri," balas wan tu sambil tengok mulut dia penuh dengan darah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2021 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ajang, minit ke 1:30

Letak daun pandan berduri bawah tempat bersalin, pengalaman anak sulong. Pokok pandan tu kerat hujung pangkal buat letak keliling macam tiang rumah =tidak ada gangguan.

Petua dan pengalaman pemanggil.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2021 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Opah.

Kisah tahun 1969.

Opah cerita kisah yang berlaku kat negeri Opah. Opah beranak sulong kat kampung kat negeri Perak. Kg. Padi Baru Terendak. Opah lama baru dapat anak. Periksa2 kat klinik, anak menyonsang. Perut kecik je. Dah buat cara dia tapi tak boleh. Panggil la bidan Mendailing. Masa malam tu bidan ni tarik2 kaki macam tarik ubi tu, bila bayi keluar dia hisapnya sampai bayi meningval. Buruk muka bidan tu tapi jumpa hari2 lawa. Bayi tu dihisapnya sampai lebam biru. Bayi lelaki rambut keriting putih kalau ada umur dah 50 lebih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2021 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ustaz Corner.

Ustaz Asmadi.
Kaitan bidan dengan ilmu hitam.
Tujuannya nak memudahkan proses perbidanan dalam tahun 30an, 40an, 50an dahulu. Usaha menyambut bayi ni complicated.

Bidan2 guna makhluk luar untuk mempermudahkan urusan. Sama ada diupah dan sebagainya. Ini berlaku dulu, sekarang sikit. Sekarang banyak peralatan moden.

Mungkin dahulu disebabkan kejahilan, guna untuk bantu mudahkan urusan perbidanan.

Ustaz pernah dengar. Bidan duduk seberang sungai, kayuh basikal ke kampung sebelah jauh kena lalu sungai. Bila balik dr panggil bidan tengok bidan dah sampai dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.176931 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list