CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12113|Reply: 57

Aku Anak Tak Berguna

  [Copy link]
Post time 15-11-2020 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Aku seorang lelaki yang bakal menginjak usia 30 dalam masa kurang daripada sebulan. Sewaktu rakan2 seusiaku majoritynya sudah berada dalam keadaan yg stabil dari segi kerjaya dan kehidupan peribadi masing2, aku masih berada di tahap yg biasa. Jika diputar kembali masa 10 - 12 tahun yang lalu, I wouldn't have  thought that my life would end up this way.

Aku merupakan seorang pelajar yang cemerlang sejak zaman persekolahan lagi. Hasil result SPM yg baik, aku menyambung pengajian ke salah sebuah universiti terkemuka dan akhirnya menamatkan pengajian sebagai pelajar Terbaik fakulti aku hasil keputusan yg baik setiap semester. Segalanya kelihatan seperti berjalan lancar dengan hidup aku.

Aku mendapat tawaran utk bekerja dengan Oil & Gas company paling tersohor negara ini dengan gaji yg agak lumayan untuk seorang fresh grad. Semua orang sekeliling aku yakin masa depan aku cerah dan aku bakal menjalani hidup yg selesa. Namun tanpa semua orang sedari, aku telah menjalani hidup sejak kecil dengan mindset "I need to meet the expectation of others"  My parents, relatives, friends. I was living my life struggling so much to please others and fulfill their expectations.

Apa yg telah menjadi kebiasaan pada aku sejak kecil akhirnya mula memberi kesan pada aku physically and mentally apabila aku mula bekerja. Kesihatan aku terjejas. Keluar masuk hospital menjadi perkara normal. Aku didiagnosed mengalami depression. Mental aku sgt rapuh dan tak stabil. Sometimes aku menangis pada waktu pagi sebelum ke office dan pernah pengsan kerana hal yg sama di office

Dalam masa kurang daripada setahun setelah bekerja di Oil & Gas company tersebut, aku akhirnya meletak jawatan demi fokus pada proses penyembuhan dan pemulihan. Berat rasanya ketika aku Ingin mengambil keputusan tersebut. Aku menangis berhari2, memohon beribu ampun kepada ibu bapa aku kerana aku telah mengecawakan mereka. Namun ibu bapa aku sangat memahami dan mereka yg mahu aku meletak jawatan supaya aku boleh fokus utk mendapatkan rawatan.

Aku pulih setelah kira2 dua tahun mendapatkan rawatan sepenuhnya. Aku dinasihatkan utk tidak lagi menjalani hidup yg seperti dulu yg mungkin boleh memudaratkan aku mentally. Aku mula mencari pekerjaan namun bukanlah mudah. Dengan experience bekerja dgn Oil & Gas Co sebelum ni yg kurang drpd setahun, aku sukar utk mencari pekerjaan.

Aku mula rasa down sekali lagi. Aku rasa bersalah pada parents aku. Hidup kami sgt sukar kerana banyak simpanan telah digunakan utk aku menjalani rawatan sebelum ni. Parents aku telah banyak berkorban. Aku betul2 rasa aku seorang anak yg  tak berguna. Aku mengecawakan mereka. Sometimes di waktu malam, aku masuk ke bilik mereka sewaktu mereka tidur. Aku duduk memerhatikan mereka dan menangis sendiri. Aku mohon maaf pada mereka kerana aku betul2 menyusahkan dan menghampakan mereka. I felt like I'm a nothing but a failure in their lives.

Setelah almost 3 tahun menganggur, alhamdulillah aku akhirnya dapat pekerjaan. Pekerjaan aku biasa sahaja. Gaji juga sekadar cukup makan dan sama level dgn gaji biasa seorang fresh grad hinggalah sekarang.  Namun aku betul2 selesa dan tidak rasa sebarang tekanan dgn pekerjaan aku sekrang ini. Aku suka dgn pekerjaan aku sekarang. Walupun gajinya kecil namun aku bahagia dan sangat bersemangat melakukan tugas aku. Aku dapat juga membantu meringankan beban parents aku walaupun tidaklah mampu memewahkan mereka.

Sepanjang aku ditimpa semua masalah tersebut, aku menjauhkan diri daripada semua rakan2 aku. Tak siapa pun yg tahu aku mengalami semua masalah tersebut. Aku malu dgn apa yg terjadi dan decided utk menjauhkan diri. Aku mula hilang satu persatu teman baik aku. Mereka kebanyakannya menganggap aku sudah tak mahu lagi berkawan dengan mereka. Hasilnya, aku sering diperli, dipulaukan dalam social media  mereka. Segala reunion yg diadakan juga aku tak pernah lagi hadir. Jika ada sebarang wedding, aku selalu mengelak sebab aku xtahu bagaimana hendak berhadapan dengan mereka. Aku rasa rendah diri.

Kawan baik aku semua sudah stabil dan berjaya dalam hidup mereka. Ada yg sudah berkahwin beranak pinak,  ada yg menjadi assistant manager, ada yg sudah bergelar CEO perniagaan sendiri yg berjaya, ada yg sudah berkahwin dengan keluarga yg ternama dan ada juga yg menjadi personality TV. Sebaliknya aku, masih di tahap biasa2. Jauh jika nak dibandingkan dengan mereka. Aku sering mengelak drpd bertemu mereka. Mereka juga sudah lama give up dgn aku. Aku langsung tidak menyalahkan mereka. Aku yg memilih jalan ni. Jadi walaupun aku disalah anggap, aku terima. Namun tipulah jika aku katakan aku tidak rasa rindu pada mereka. Aku hanya mampu
melihat mereka bersama2 dalam setiap perjumpaan, percutian. Namun aku tahu jika aku berjumpa dgn mereka, aku akan hanya merasa rendah diri, lebih tertekan. Jadi aku memilih utk sendiri.

Sehingga sekarang aku masih tertanya, betulkah keputusan yg aku ambil dulu utk meletak jawatan dan fokus utk mendapatkan rawatan?
Patutkah dulu aku teruskan saja hidup utk meet expectation orang walaupun aku tersiksa?  Salahkah jika aku selesa hidup sederhana dan tidak bercita2 tinggi dlm hidup?
Parents aku mesti sangat kecewa dgn aku sebab aku hanyalah sebuah kegagalan buat mereka walaupun mereka tidak menyatakannya. Kalau aku terus kan saja hidup aku  seperti dulu, sekarang mungkin aku sudah mampu membahagiakan dan memewahkan mereka selayaknya. Mereka mungkin dulu mengimpikan yg aku akan berjaya dalam hidup dan aku akan memberikan kehidupan yg selesa di hari tua mereka setelah banyak mereka berhabis wang sejak aku kecil utk melihat aku berjaya. Namun, aku hanya banyak buat merdeka bersedih dan kecewa dgn aku.
Aku bukan anak yang baik.  Aku memang anak yang tak berguna...




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2020 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah satu bebanan besar dalam hidup adalah mengukur dan membandingkan kejayaan kawan2 dengan kita.cari kawan2 baru yang setaraf dan jangan layan media sosial.insyaAllah aman sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 10:11 AM | Show all posts
Dan sekarang you nak jadi anak tak berguna sebab pandangan kekawan you.

Aiyo sangat tak berbaloi..

Sepatutnya dengan apa berlaku, you lebih kuat, lebih matang, lebih berani,

Kenapa nak pedulikan pandangan orang, you jaga diri you ajelah.

Ucap aje bye bye dengan kekawan camtu, biar tak da kawan, you bukan rugi apa pun.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 10:18 AM | Show all posts
ko je rasa mcm tu,tp alhamdulillah ko ade kesedaran,sbnarye ko dah berusaha bagi lebih kat parent ko,
bukan ko isap dadah,lupe diri,jadi penjenayah,ko cuma jd org yg sederhana,
kita kalau x dpt bantu org sekurang2nye jgn menyusahkan org,
ok la ko dikira berjaya la,slow2 la bangkit,
jgn tengok org diatas kita tapi lihat org2 yg ada kat bawah kita,dan kita akan sedar kita lebih beruntung....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
kepada tt..jangan duk fikir sangat benda yg dah lepas..fikir sampai sakit pun takleh ubah apa2..sebab tu just fokus masa sekarang dan masa depan..kalau happy dengan kerja sekarang, just enjoy ur work...about ur old friends, its not too late untuk contact balik mereka..dan boleh je cerita segala yg berlaku dalam hidup tt..mereka akan paham dan selalunya tak ambil hati sangat..about ur parents, jangan pikir macam tu..saya sebagai parents pun dah rasa..saya tak boleh nak benci anak2 saya..walaupun perlakuan dan perkataan mereka mengguris hati, tapi saya selalu memaafkan dan tak simpan dalam hati, apatah lagi anak2 yang selalu berterus terang minta maaf macam tt..just be nice to them, bagi duit pada mereka, luangkan masa dgn mereka..percayalah mana2 mak dan ayah cuma nak tengok anak2 happy saje..itu pun dah cukup bagi mereka..

so, mari kita berfikiran positif..enjoy hidup ni..buat baik pada ibubapa dan orang lain..insyaallah hidup akan berkat dan rezeki pun murah..


Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Perlu ke meet expectations orang lain?
Perlu ke kawan2 sekeliling yg ramai?
Perlu ke sama dgn org lain?

Jawapan dia TAK!

Live your life ikut kemampuan & cara kau. Go to hell org lain tu kecuali parents & family. Stay dlm circle yg kecil yg support & sentiasa bersama kau, simple je hidup ni sebenarnya. Ada Dia, ada family cukup.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2020 11:42 AM | Show all posts
seeking validation will keep you trapped.
you dont need anyone or anything to approve of your worth
when you understand this, you'll be free

setiap mak bapak mahukan yang terbaik untuk anak mereka
yes money is important but nothing beats the happiness.
with great money comes great responsibility. if the responsibility stole your happiness, so what's the point of having great job with great money?

if you are happy, you make them happy too. dont worry too much. you are doing great right now. keep it up. remember to #selflove
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 12:19 PM | Show all posts
Edited by Meiizu at 16-11-2020 11:10 AM

Problem ni aku gelarkan problem budak pandai..aku dah penah jumpa few time.kes terbaru kenalan kawin 2bulan je dgn lelaki depresion, cemerlang,belajar sampai oversea.
mujur ko sedar.belum terlambat..tempuh jln hidup skrg.berkawan dgn kawan2 yg skrg.gembirakan hati..

cepat2 zikir astaghfirullahalazim tiap kali otak menerawang compare hidup success org lain.
Aku tak nafikan fb ig buat kita duk telek life org & rendah diri life sendiri. Ye ...aku lah tu.bila sedih cepat2 seringan ringan amalan astaghfirullahalazim mohon keampunan Allah.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2020 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Lorrrr...live ur life to the fullest for yourself..kalau sis hidup utk org lain,rasa x bahagia taw..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 02:55 PM | Show all posts
masuklah pasar malam
atau mengaji agaama
anda akan tahu, bukan manusia saja hidup didunia...
ade spesis setan manusia dan jin yg lebih teruk jahat dr anda
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
lebih kurang cite aku la tt. bezanya aku masa study lagi kena depression dan aku tak buat rawatan ape pon melainkan pendam sorang2. aku nak bgtau sesape pon tak berani, nak drop out tapi tak berani buka mulut punya pasal tau2 dah grad bayangkan dari first sem 2nd year lagi meronta nak lari balik rumah selamanya.

keje aku ulang alik klinik U tapi alasan pelbagai sakit lain, sampai penuh stok ubat dlm bilik. yg masalah sebenar aku consult ngan dr google jah. ubah diet mambantu la sikit. layan show2 yg kelakar pon rasa hambar je, tapi kalau yg seram atau terlalu dark boleh trigger pulak. waktu paling teruk aku rasa petang ke malam, penah satu petang tu duk tepi tingkap mampu tengok je budak2 kat sports complex tgh riadah sambil bersuka ria, masa tu jugak rasa nk terjun tingkap

dulu life goals sblm depression nak jd kaya successful bla bla typical materialist. bila dah kena tamparan depression satu2nya benda yg aku nak ialah happiness. dan mmg aku betul2 akan buat ape yg aku nak je, peduli lah mulut2 sekeliling nak kata ape pon. masa fresh lagi habis study ada offer kat kl aku tolak mentah2 sampai bertahun tanam anggur tapi rezeki dapat jugak aku kerja dlm comfort zone aku hasil daddykasi pinjam, nak kaya tu entah la tapi aku bahagia gila hidup skrg dan modal daddykasi tu aku dah berjaya settlekan bayar balik.

tapi penting jugak ada parents bukan jenis memaksa suruh ikut standard piawaian bawang sedunia. parents aku buat ape yg jd tanggungjawab dorang tapi bila aku tolak sekali dorang ok je dan bagitau siap2 dorang takkan campur dah lepas ni. dorang pon tau aku keras kepala.

pada tt kalau skrg happy takyah la peduli orang mengata, berbakti pada parents tu tak semestinya dlm bentuk material pon. hulur yg sikit tapi ikhlas lagi baik dari hulur banyak semata nak brag kat orang luar

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
TT....mentally ...TT mmg sakit....

satu je akak nk pesan...apa yg kita buat biarlah kita rasa happy...sayangi diri kita...hormatilah ibu bapa bukan hidup dibawah telunjuk manusia lain tapi HORMATI....nk ikut telunjuk orang arah hidup kita matilah kita macam tu...

buatlah sesuatu yg buat TT happy...walau kerja gaji kecik yg penting HAPPY...gaji besar hidup tertekan dgn kerja pun x guna...

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu lagi pedulikan hidup kawan2 dan jgn rasa rendah diri atau buat perbandingan yg boleh downkan mental kita...yg penting kita happy cara kita..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
iols pon skrg kuar masuk hospital sebab anxiety. umur lebih kurang tt. tt kena terima hakikat dengan kelemahan tt. semua manusia ade kelemahan dan kita kena akui dan terima benda tu. tak perlu malu tak perlu rendah diri dengan kelemahan tu. apa pon ingat. dunia ni sementara je. yang penting nanti akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
TT muda lagi TT...you have so much more waiting for you.. Akak ni dah 40an, I've/am going through what you are going through right now. Dah kat bawah dah ni haaa TT.. with me I have close friends which I made while going through this crisis. Kami semua diuji bila cecah usia hujung 30an. Who would have thought right? Good school..good uni..best job..Easy 20s, easy early 30s...build career, family etc tup tup dah jatuh tersembam. Muka dalam lumpur, angkat kepala tersembam balik over & over & over. Untuk bandingkan usia TT dengan kami..kami lagi tua TT, with very little time left to make things right. Kalau sempat. Ujian akan datang, muda ke tua ke kita sentiasa akan diuji.

1. Jaga hubungan dengan Allah, solat & mengaji. It will give you peace. Dunia ribut cemana pun akal & hati tenang. Let go & let god.

2. Let go of your past. It serves you nothing.

3. Stop ambik tau pasal your so called "friends". Hide block whatever you need to do. Bukan severe ties ye. Be respectful, mind your distance. Real friends would show up. Bukan yg perli2, kutuk2 kat social media. Kalau betul2 kawan they'd take the time to ask you what's going on. Dan, you don't need that many friends...treasure those yg ada dengan TT while things are hard. Ada sebab kenapa Allah tarik dan tolak orang dalam hidup kita. Those yg no longer in your life right now, peranan dia dah tamat.

4. Some days are hard, some days are even harder...whatever it is make your bed & just show up.

5. No matter what, utama kan family..u know why..

6. All that matters is how u finish.

7. Learn a new skill and be good at it. Skill yg boleh buat duit lebih bagus.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt berhak untuk bahagia...pedulikan apa kengkawan nak kata,banyak lagi cara tt nak bahagiakan mak ayah,bukan setakat nak meet the expectation semata,kalau tt happy nescaya parents tt pun happy sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2020 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nefnefnef at 15-11-2020 11:19 PM

Q1. Sehingga sekarang aku masih tertanya, betulkah keputusan yg aku ambil dulu utk meletak jawatan dan fokus utk mendapatkan rawatan?
A1 : Ya, keputusan awak betul. Health is wealth.  

Q2 : Patutkah dulu aku teruskan saja hidup utk meet expectation orang walaupun aku tersiksa?
A2 : No, you don't owe other people anything. They don't pay your bills.

Q3 : Salahkah jika aku selesa hidup sederhana dan tidak bercita2 tinggi dlm hidup?
A3 : Tak salah langsung. Not everyone needs to live life like kings. Some find happiness in being ordinary people like you and I.

Q4 : Parents aku mesti sangat kecewa dgn aku sebab aku hanyalah sebuah kegagalan buat mereka walaupun mereka tidak menyatakannya. Kalau aku terus kan saja hidup aku  seperti dulu, sekarang mungkin aku sudah mampu membahagiakan dan memewahkan mereka selayaknya. Mereka mungkin dulu mengimpikan yg aku akan berjaya dalam hidup dan aku akan memberikan kehidupan yg selesa di hari tua mereka setelah banyak mereka berhabis wang sejak aku kecil utk melihat aku berjaya. Namun, aku hanya banyak buat merdeka bersedih dan kecewa dgn aku.
A4 : You're so wrong there. Any parents would be so happy when their children are happy. They'd sacrifice their lives even. If you want to repay what they've done for you, you make sure you're well again and bounce back on your feet.

Sometimes, apa yang kita rancang tak menjadi because Allah is the best planner. Man propose, God dispose. Walaupun masa sekarang uols tak nampak apa yang Allah prepares for you in the future, in the end, everything will make sense.

Keep the faith hokkay!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2020 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
no.life is perfect TT. semuanya ade kelompangan, kecacatan dan keburukan. semua juga mahu mencari ketenangan n kebahagiaan. u dont owe anythg to.anyone except for Allah. dan Allah shj yg benar2 memahami diri kita lebih dari kita memahami diri kita. confide in Allah more n more.manusia x kiransiapa.lah ia jatuh no.2. just move on with ur life n dont measure success ikut ukuran dunia n manusia..kajilah dlm Al-Quran siapakah manusia yg sebenarnya berjaya?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 04:29 AM | Show all posts
I perhati kebanyakan org yg berjaya ni dia ada mindset begini:

'Just give it a go'
'If failed, at least I've tried. It's just not meant to be for me'

Dan dia continue doing whatever they are doing.

Org2 ni pula x semestinya jenis highly educated. Pencapaian akademik biasa2 je. Tapi very strong-willed. Dia percaya pd diri dia dan sabar yg satu hari dia akan jumpa jalan tu. Atau Tuhan akan tunjukkan jalan tu.

Hari tu tertengok ceramah salah sorg mufti malaysia yg terkenal, soalan yg dia dpt, apa hukum isteri yg asik mintak cerai? Jwpn dia -- Hidup ni singkat. Jgn serabut disebabkan wanita/lelaki. Somehow i mcm setuju. Dlm kes you ni, terlalu byk tenaga dan masa dibuang sbb dok fikir perkataan KALAU, patut ke, perlu ke fikir perasaan orang lain...then you sit there crying for the past dan x boleh move forward...serabut dik oiii...

Keluarlah dr kepompong pemikiran yg terbelenggu ni..free yourself..free your mind..do what you think is right for you...bila jatuh terus bangun...jgn tgu kat situ tertanya2 kenapa aku jatuh, sape letak batu ni, kalau aku jalan ke kiri sikit mesti tak jatuh...sudahnya kena gelek dgn lori...ni analogi saja ye

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 05:47 AM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 16-11-2020 06:34 AM

Nope. Kalau you stay dengan O&G, you mungkin dah kena berhenti kerja 3 tahun lepas lagi dan masih dalam depression sebab nama dah blacklisted hutang berlambak tak mampu bayar. Takde future dah O&G ni, bukan pekerja je yang dalam "mode bertahan" ambil pay cut kurang elaun bagai, tapi company pun dalam mode bertahan lama dah.





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.260572 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list