CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9955|Reply: 104

[Tempatan] Batu Nisan Dipercayai Dari Dinasti Qing Abad Ke-17 Dijumpai Di Rumah Bekas MB

  [Copy link]
Post time 18-11-2020 09:12 PM | Show all posts |Read mode
Batu Nisan Dipercayai Dari Dinasti Qing Abad Ke-17 Dijumpai Di Rumah Bekas MB

PEKAN, 18 Nov (Bernama) — Penemuan sembilan batu nisan dengan tulisan Cina kuno di perkarangan rumah bekas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Muhamad Jusoh di Kampung Pekan Lama di sini, dipercayai membuktikan negeri ini pernah menjadi laluan perdagangan utama pada masa dahulu.

Kurator Unit Arkeologi Perbadanan Muzium Negeri Pahang Noridayu Bakry berkata berdasarkan data awal, batu nisan itu dipercayai berkaitan Dinasti Qing, sekitar abad ke-17 hingga abad ke-20 dan penemuan jirat tersebut dipercayai yang pertama di negeri ini.

“Kami percaya ia batu nisan daripada Dinasti Qing kerana bahan yang digunakan ialah batu granit dan bukan konkrit selain penggunaan teknologi lama menyebabkan saiz batu nisan itu berbeza-beza  iaitu antara 122 sentimeter (cm) hingga 75.5cm panjang manakala lebar antara 47.4cm hingga 33.5cm.

“Penemuan ini boleh mengukuhkan lagi pendapat Pahang pernah menjadi lokasi tumpuan pedagang dari China, berdasarkan penemuan seramik di Pulau Tioman, Rompin dan juga penemuan artifak lama di Kuala Pahang yang dipercayai dari Dinasti Song, Tang dan Min sebelum ini,” katanya kepada Bernama semasa ditemui di rumah kediaman bekas menteri besar itu di sini, hari ini.

Untuk rekod, Muhammad ialah Menteri Besar Pahang kesembilan, yang menjawat jawatan itu selama sepenggal mulai 1 Sept 1974.

Noridayu berkata kajian lanjut berkaitan penemuan itu akan dilakukan Muzium Pahang dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara dan bantuan pakar Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia (USM) bagi mengesahkan kesahihan artifak sejarah tersebut.

Buat masa ini, kawasan penemuan batu nisan kuno itu diletakkan di bawah  pengawasan Pejabat Daerah dan Tanah Pekan sehingga kajian selesai.

Sementara itu, penghuni rumah Norhazlinda Abdul Rahman, 47, berkata kewujudan ‘jirat kecil’ itu hanya disedari pada minggu lalu, selepas suaminya Razali Embong, 55, meminta bantuan rakannya untuk memotong rumput pada minggu lalu dan menemukan ketulan batu.

“Rakan yang memotong rumput itu berhenti untuk memeriksa batu tersebut dan terkejut apabila melihat ada tulisan Cina di atasnya. Kami terus memeriksa kawasan itu dengan lebih teliti dan terkejut kerana mendapati jumlahnya agak banyak.

“Anak perempuan saya pernah belajar di Beijing, China namun dia juga tidak tahu membaca tulisan di atas batu nisan itu dan merasakan ia adalah tulisan lama menyebabkan kami bertanya dengan rakan-rakan lain menerusi WhatsApp,” katanya.

Norhazlinda yang juga seorang guru berkata beliau tidak menyangka gambar tersebut tular sehingga mendapat perhatian Perbadanan Muzium Negeri Pahang yang menghantar wakil ke rumah mereka untuk melihat sendiri batu nisan tersebut.

Beliau berkata rumah itu merupakan pusaka keluarga dan pernah mendengar kisah kewujudan jirat cina di rumah itu sejak kecil, namun tidak mengambil serius selain mengetahui terdapat tokong berdekatan rumahnya, namun telah dirobohkan.

Oleh Siti Dzulaikha Mazlan – BERNAMA













Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2020 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Deme dok kat tanah perkuburan ke hapa?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 09:17 PM | Show all posts
wow.. menarik.. nak tahu juga apa makna tulisan tu.. cuma kalo aku duk situ mlm2 terpikir gak sblm tido psl batu nisan kat depan rumah ni.. huhu.. kalo x tau xde rasa apa2...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
wohaaaa....satu penemuan menarik..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dok atas kubur..agak agak ada tak Mimpi maharani zaman tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 18-11-2020 09:16 PM
Deme dok kat tanah perkuburan ke hapa?

kann??
kantoii... bijak cara mb dpt tanah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2020 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 18-11-2020 09:16 PM
Deme dok kat tanah perkuburan ke hapa?

Iye la tu...
Nampak gambar dah dalam tanah pun batu nisan tu.. selama ni tak perasan sbb tak mencangkul kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 18-11-2020 09:20 PM
kann??
kantoii... bijak cara mb dpt tanah.

Ingat leh lepas..tapi kantoi . Nanti geng2 dap mau bising
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2020 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 18-11-2020 09:21 PM
Iye la tu...
Nampak gambar dah dalam tanah pun batu nisan tu.. selama ni tak perasan sbb tak menc ...

Iols dok bayangkan adegan pet sematary

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya Kerajaan Melayu dulu memang hebat  & bukan level cikai tapi sayangnya kehebatan tu disembunyikan oleh orientalis. Sejarah kat buku teks tu sepatutnya dirombak semula
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
marla69 replied at 18-11-2020 09:19 PM
Dok atas kubur..agak agak ada tak Mimpi maharani zaman tu

Halaman rumah member kubur lama, elok je dia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
dari gambar nampak batu nisan tu dah terbenam...aku rasa maybe 300 tahun lepas kwsn ni ada perkampungan sementara pedagang China sebelum ditinggalkan...bila dah tinggal lama hilang dari keadaan asal...jadi peneroka baru tak sedar yg kwsn tu sebenarnya jirat cina.

lagi satu..Mb sendiri tak sedar maknanya tak ada gangguan dari jirat cina tu la
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 09:31 PM | Show all posts
wahhh menarik.. sebab cina punya batu nisan... kalau melayu punya dekat sini pun memang ada malah lebih lama... tapi sayangnya dah jadi macam makam raja hijau, raja ungu, raja biru... tinggal nak hancur lebur dan terkambus je takde sape jaga
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 09:32 PM | Show all posts
mikasa replied at 18-11-2020 09:22 PM
Ingat leh lepas..tapi kantoi . Nanti geng2 dap mau bising

lama tak dgr gang dapig bising semenjak dua menjak nih.
geng umngok je dok tembak geng abah cow tiap2 hari.

cilaker dapig layan super ring je


Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun saya tak reti baca tulisan cina atau bahasa cina tapi saya ada mengkaji sedikit sebanyak dari segi sejarah. Tulisan dlm gambar ni nampak seperti tulisan cina tradisional (fanti) . Bukan cina kuno. Tulisan ni masih diguna di Taiwan dan Hong Kong. Di Malaysia, tulisan ni digunakan di sekolah2 sehingga hujung 70an kalau tak silap, sehinggalah tulisan simplified Chinese diguna mengikut PRC (jianti). Sehingga sekarang, akhbar cina Malaysia masih guna tulisan fanti untuk tajuk berita dan jianti untuk badan berita. Ini kerana fanti lebih banyak strokes dan lebih berseni dan cantik. Tujuan PRC menukar ke simplified Chinese atau ialah untuk memudahkan pembelajaran tulisan dan mengurangkan kadar buta huruf di kalangan rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
marla69 replied at 18-11-2020 09:19 PM
Dok atas kubur..agak agak ada tak Mimpi maharani zaman tu

Mimpi maharani ke mimpi menda lain...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2020 09:44 PM | Show all posts
entah2 dalam tu ada pyramid  bola2 api
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow! Amazing!
Dulu buat rumah tu xde tambak tanah kot ye
Shallow je tertanam
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tulang belulang ada ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 18-11-2020 09:34 PM
Walaupun saya tak reti baca tulisan cina atau bahasa cina tapi saya ada mengkaji sedikit sebanyak da ...

Apakah maksud tulisan atas nesan tu??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.487972 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list