KUALA LUMPUR: Pernah memuat naik entri dalam laman sosial yang menyentuh masalah komunikasi dalam keluarga, pelakon Lisdawati menafikan ia berkaitan dengan hubungannya bersama suami, Fauzi Nawawi.
Lisda atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin, 42, mendedahkan hubungannya bersama suami baik, apatah lagi selepas melahirkan anak keempat yang kini berusia dua tahun.
Bukan itu sahaja, ibu kepada lapan cahaya mata termasuk empat anak tiri membuat pengakuan jujur, banyak belajar daripada setiap dugaan yang ditempuhi.
“Secara jujurnya, hubungan saya dengan Fauzi, Alhamdulillah sentiasa baik sejak kami mendirikan rumah tangga pada 2007. Orang selalu memandang saya memegang watak wanita lemah lembut, Fauzi pula watak antagonis.
“Orang menyifatkan Fauzi suka buat perangai, saya pula selalu teraniaya. Tetapi, Alhamdulillah, hubungan saya dan suami sangat baik dan saling memahami.
“Semua kisah tersebar saya anggap sebagai ujian yang perlu ditempuh. Sebagai isteri, saya percaya ujian bukan datang dengan sengaja. Jujurnya, saya bahagia sejak melahirkan anak keempat. Malah, saya merasakan melalui fasa kembali bercinta dengan Fauzi saat hamil anak keempat,” katanya kepada BH Online.
Lisdawati berkata, dia menyeru kepada isteri, jangan mudah melenting dan membuat spekulasi. Ujian pula hadir melihat kekuatan diri.
“Saya percaya ujian Allah tidak datang bersahaja, tetapi untuk kita belajar.
“Setiap masalah dilalui dan selesaikan dengan cara baik. Lebih baik daripada marah dan melenting. Saya bahagia dengan cara ini. Saya percaya jika hubungan baik akan memberikan rezeki dalam keluarga. Saya dan Fauzi bukan manusia sempurna, ada kekurangan.
“Saya kena belajar untuk tidak melenting dan mencari kesalahan orang lain. Setiap kali musibah berlaku saya tanya diri apa salah saya hari ini. Saya selalu ambil masa berbicara dengan Allah SWT, terutamanya ketika ditimpa ujian. Saya selalu yakin Allah peluk saya. Disebabkan itu, saya tenang menghadapi segala-galanya,” katanya
Netizen selalu memandang Lisdawati memegang watak wanita lemah lembut, Fauzi pula watak antagonis. Bagaimanapun, mereka bahagia dan saling memahami.
Akuinya, setiap masalah yang hadir mendidiknya mencari kesalahan pada diri.
“Jika diberikan ujian, saya selesaikan masalah saya dahulu. Sebab ujian untuk saya hadap. Jika Fauzi boleh tenang, jadi saya pun kena tenang.
“Jadi, saya kena bersikap positif, anak-anak pun tenang. Saya juga selalu bercakap dengan anak-anak, fitnah datang pada bila-bila masa, jadi hadapi dengan baik,” katanya.
“Saya mula memakai stoking dan bertudung labuh. Saya akui, semuanya mulai berubah. Setiap hari saya akan mencari jalan pulang. Pada masa sama, saya mahu bawa anak-anak ke jalan yang sama.
“Setiap hari saya fikir, esok saya akan mati, jadi lebih baik saya berbaik dengan semua orang. Saya fikir perkara yang baik sahaja. Jika saya buat salah, saya takut tak sempat minta maaf. Memikirkannya saya jadi takut. Tambah lagi, apabila saya selalu baca berita kematian mengejut.
“Saya akan bercakap dengan anak-anak, mereka perlu bersedia jika saya tiada nanti. Alhamdulillah, anak menerima dengan baik. Anak tiri pun sedang belajar. Saya bersyukur, anak tiri ada kerenah, tetapi mereka anak-anak yang baik,” katanya
Tenang hadapi Musibah
Lisdawati mengaku dirinya sekarang lebih tenang menghadapi musibah.
Lisda atau nama sebenar, Nisdawati Nazaruddin, berkata dia sering mengingatkan diri soal kematian, lantas menjadikan dia lebih positif melalui hari mendatang.
“Tambah lagi, apabila saya selalu membaca berita kematian secara mengejut. Disebabkan itu, hari-hari saya berpesan kepada anak-anak agar bersedia kerana bila-bila masa Mama akan pergi.
“Hari-hari yang berlalu adalah hari-hari untuk saya mencari jalan pulang. Pada masa sama, saya mahu bawa anak-anak ke jalan sama dengan memberi didikan agama yang betul
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 21-11-2020 01:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
orang yg ada masalah komunikasi dgn famili hari hari doa supaya allah ambik nyawa dia cepat2 supaya famili gembira bila dia xde ... in other way mmg hari2 ingat mati , tapi bukan nak bunuh diri pon ..
kadang2 bukan masalah apa pun
just ada ahli kuarga suka bodoh2 kan dia
and pendapat dia x di dengari
and famili anggapa apa yg dia ckp semua bull shit
famili punya mental torture org selalu x nampak
sbb org hanya anggap “why u so serious , org gurau je”
Post time 21-11-2020 01:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
adelea replied at 21-11-2020 01:08 PM
orang yg ada masalah komunikasi dgn famili hari hari doa supaya allah ambik nyawa dia cepat2 supaya ...
Agree... Especially bila involved parents or family members lebih tua... Mula la pakai religion card.. berdosa la, kena jaga hati la... dorang mulut lepas cakap sukahati layan sukahati takpe pulak... lagi2 kalau perangai sendiri mcm taik tp dibolehkan sebab lebih tua...
Actually orang2 toxic mcm ni elok distant yourself je...
Post time 21-11-2020 01:49 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Yang ada masalah keluarga, kalau jumpa jodoh suami isteri yang baik mesti seronok. Dah ada kawan rapat sebantal yang boleh kongsi suka duka mengadap parents dan adik beradik toksik.
Post time 21-11-2020 02:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Patutnya respect tu diberikan pada fauzi bapa 8 beranak yang bertanggungjawab. Ingat lisdawati tak takut ke kalau apa2 jadi kat laki dia di zaman kovid ni
Post time 21-11-2020 03:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Suchi replied at 21-11-2020 02:28 PM
Maksudnya start bahagia lepas beranak anak ke 4 ke?
Ha ah.. sblm tu tak bahagia kott
“Semua kisah tersebar saya anggap sebagai ujian yang perlu ditempuh. Sebagai isteri, saya percaya ujian bukan datang dengan sengaja. Jujurnya, saya bahagia sejak melahirkan anak keempat. Malah, saya merasakan melalui fasa kembali bercinta dengan Fauzi saat hamil anak keempat,” katanya kepada BH Online.
kesiannya lisdawati terpaksa memilih utk mengalah dan redha dgn tingkahlaku fauzi nawawi demi kebahagiaaan...mungkin fauzi cinta mati dia kot...so pilihan utk memberontak adalah lebih menyiksakan bagi dia...