View: 2161|Reply: 11
|
[Jenayah]
Brader Ini Buat Live Facebook Dedahkan Banyak Kedai Judi di Puchong Indah. PDRM
[Copy link]
|
|
Subang Jaya: Pemilik akaun Facebook, Hussein Bob yang membuat siaran langsung di media sosial mengenai aktiviti judl dalam talian di Taman Puchong Indah di sini, pada 12 November lalu diminta tampil bagi menyalurkan maklumat.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya sudah membuat pemantauan di lokasi berkenaan dan mengenal pasti tujuh daripada sembilan premis yang ditunjukkan individu berkenaan dalam siaran langsung terbablt.
“Daripada jumlah itu, kami mendapati terdapat satu premis di sebuah rumah kedai terletak di tingkat tiga kawasan berkenaan yang menjalankan keglatan terbabit.
Abd Khalid menunjukkan antara premis yang disyaki menjalankan aktiviti perjudlan dalam talian di Taman Puchong Indah dekat Subang Jaya.
“Susulan itu, kami melakukan serbuan pada 13 November lalu yang membawa kepada pnahanan enam lelaki warga aslng serta dua lelaki tempatan bersama 10 komputer riba yang dipercayai digunakan untuk aktiviti judl dalam talian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau premis yang dikatakan menjalankan aktiviti judl dalam talian di Taman Puchong Indah di sini, hari ini.
Abd Khalid berkata, pihaknya juga mendapati kebanyakan premis ditunjukkan oleh individu berkenaan adalah kedai lama yang pernah menjalankan aktiviti berkenaan.
Enam daripada tujuh premis yang dikenal pasti dalam video berkenaan adalah kedai lama yang sudah ditutup susulan tindakan pemotongan elektrik dilakukan kira-kira tiga bulan lalu.
“Pemantauan dilakukan setiap hari di kawasan berkenaan sepanjang tempoh itu dalam usaha memastikan kegiatan terbabit tidak ber0perasi semula di premis itu.
“Saya minta individu yang membuat rakaman berkenaan (Hussein Bob) tampil untuk memberikan maklumat kepada pihak polis supaya tindakan lanjut dapat diambil,” katanya.
Menurutnya, pihaknya memandang serius terhadap perkara itu dan tidak akan berk0mpromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam aktiviti berkenaan.
Terdahulu, satu rakaman video siaran langsung berdurasi tujuh minit 47 saat yang menunjukkan seorang lelaki mendedahkan beberapa premls menjalankan kegiatan judl dalam talian di Taman Puchong Intan tular di media sosial minggu lalu.
Sumber : Kosmo |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Biar la pidiarem buat keja depa.nak ajar2 kang,depa londeh kita sampai tinggai spenda pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat kes lama.. Bukan hari tu kwsn ni juga? |
|
|
|
|
|
|
|
apabila....'TAK TULAR,TAKDE LA TU......'.Payah nau...sistem penguatkuasa negara ini.Sedih........ |
|
|
|
|
|
|
|
Apa pun.. Semoga berjaya hapuskan judi haram ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 21-11-2020 01:04 PM
Biar la pidiarem buat keja depa.nak ajar2 kang,depa londeh kita sampai tinggai spenda pulak.
Nak bagi anak makan santau boleh la |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm dejavu pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Megikari replied at 21-11-2020 02:27 PM
Mcm dejavu pulak
Mesia dengan pidiarem sentiasa dejavu.berulang...berulang..lagi dan lagi |
|
|
|
|
|
|
|
hasil pemantauan setiap hari,
HANY SATU JE tempat judi beroperasi.
ps: cmne boleh tumbuh satu tu? pantau macam mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Sblm tular, takde pemantauan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Polis skrg bodoh buat keje. Kena netizen mentioned baru jalan. Elaun naik setiap tahun tp keje makin xreti nk bt |
|
|
|
|
|
|
|
Patut la bangsa cina pandang rendah pada polis melayu sbb takda integriti. |
|
|
|
|
|
|
| |
|