View: 5328|Reply: 75
|
[Tempatan]
Hotel-hotel di Langkawi mula offer penginapan serendah RM50 sejak tamat PKPB sem
[Copy link]
|
|
MYBHA Langkawi tawar harga penginapan serendah RM50
November 22, 2020 @ 3:11pm
LANGKAWI: Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) Langkawi menawarkan harga penginapan serendah RM50 satu malam bagi menarik pelancong yang dijangka kembali ke pulau peranginan itu susulan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semalam.
Pengerusi MyBHA Cawangan Langkawi, Datuk Noorazly Rosly, berkata diskaun itu diberikan oleh 70 ahli persatuan yang rata-rata terjejas teruk susulan pelaksanaan PKPB itu.
"Tawaran ini pernah diberikan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) namun ekoran pelaksanaan PKPB, tempahan banyak dibatalkan, bagaimanapun kita terus melanjutkan tawaran seperti dalam tempoh PKPP," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Orang ramai yang merancang untuk bercuti ke pulau itu boleh melayari laman sesawang https://golangkawi.com.my/ untuk melihat harga bilik penginapan yang ditawarkan, katanya.
Beliau turut menyifatkan keputusan kerajaan menamatkan PKPB di Kedah lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu 6 Disember ini sebagai sesuatu yang amat positif kepada sektor pelancongan dan ekonomi Langkawi.
Sementara itu, pengurus Warisan Saju Enterprise Normilawati Noor Muhamad, 41, berkata penamatan PKPB berkenaan diharap dapat menggerakkan semula perusahaan produk berasaskan gamat milik keluarganya.
"Pengusaha ubat tradisional di Langkawi ketika ini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila pelancong atau pelanggan dari luar tak boleh masuk dalam tempoh PKPB.
"Industri ini hampir 100 peratus mengharapkan orang luar, memang ada penduduk setempat yang beli produk berasaskan gamat tetapi bukan dalam kuantiti yang banyak.
"Selain tiada pelancong, pemborong juga tidak dapat masuk berikutan pergerakan yang terbatas, ini juga memberi kesan kepada perniagaan kami. Saya amat berterima kasih dengan keputusan kerajaan menamatkan PKPB di Kedah, ini akan bantu kami bangkit semula selepas terjejas teruk akibat pandemik COVID-19," katanya.
Jumaat lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penamatan PKPB berkuat kuasa 21 November di Kedah (kecuali di daerah Kulim), Melaka, Johor dan Terengganu, lebih awal berbanding 6 Disember yang diumumkan sebelum ini. - BERNAMA
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 ramai la boleh pi jjcm sana... |
|
|
|
|
|
|
|
Org2 kl tak blh gi lagi...cepat2 la buka .. |
|
|
|
|
|
|
|
pkpb kl sampai bila..rengsa la lama tak drive jauh2 |
|
|
|
|
|
|
|
Aduhaiii berduyun tibaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
hotel kl lame dh buat offer huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas tu puak2 pprt la yang book. Jadi cam grand lexis dulu. Sekampung dok dalam bilik hotel bawak periuk nasi. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Sabah, decent 3 stars hotel offer RM 19 semalam. Manjang sold out. Tak dapat akak nak beli. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 22-11-2020 04:12 PM
Kat Sabah, decent 3 stars hotel offer RM 19 semalam. Manjang sold out. Tak dapat akak nak beli.
RM19?? Wohaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Hurm...
Iols rasa nak tengok laut chinq selatan jah....
Tak.mau.lah selat.melaka...
Cepat la.habis pkpb niiii |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 22-11-2020 04:27 PM
RM19?? Wohaaaa
Aiol pernah stay situ dulu. Dlm 120 semalam. Selesa. Dia murah sebab agak jauh dari pusat bandar, dalam 10-15 minit drive. Ummah Korea suka stay sana dulu. Now dah takda Koreans berpeleseran di KK, terpaksa bergantung harap kat lokals sampai bagi harga murah gila camtu. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 22-11-2020 04:32 PM
Aiol pernah stay situ dulu. Dlm 120 semalam. Selesa. Dia murah sebab agak jauh dari pusat bandar, ...
Kalau iols boleh bercuti ke Sabah skrg.. Mmg iols nak la.. RM19..tadi iols tengok harga Langkawi.. Yg 300++ tinggal rm100.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alah... Offer best pun tetap iols tak dapat rentas. Haihhhhhh... Bila la boleh jjcm. Dah bercendawan rasa |
|
|
|
|
|
|
|
Aseana tu offer smpai rm118 je kot. Sblm2 ni semlm pon dh rm300+. Dh la pemegang rekod pool terpanjang di Asia smpai skrg. |
|
|
|
|
|
|
|
Siap offer untuk buat keje kat situ.. Sapa yang bosan WFH boleh tempah pi buat keje kat bilik hotel.. Ingat nak jugak try hari tu.. Tapi tak pegi2..
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 22-11-2020 04:32 PM
Aiol pernah stay situ dulu. Dlm 120 semalam. Selesa. Dia murah sebab agak jauh dari pusat bandar, ...
For goodness sake, kau jgn rekomen any hotel la chzy, remember your klebang? Mana yg kau pernah duduk mesti berantu....
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
bagus lah hotel-hotel di sana sudah mula balik buat penurunan harga, ini sangat penting bagi memastikan bisnes yang sedia ada boleh survive walaupun balik modal sahaja |
|
|
|
|
|
|
|
Covid ni, kalo dpt turun sampai mcm lps pkp, sebelum prn sabah tu, aku rasa selamat nak jjcm mana2, tapi skrg ni rasa yg terbaik duduk di rumah je dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah boleh pergi langkawi tp xminat plak ke situ
Sebab aku tunggu nak ke penang...bila la nak clear ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|