CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6816|Reply: 77

[Tempatan] Rakyat Malaysia gelandangan di SINGAPURA

  [Copy link]
Post time 23-11-2020 05:34 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 23-11-2020 09:02 AM

Demi keluarga, rakyat Malaysia sanggup jadi gelandangan di Singapura

MEREKA dilaporkan tidur di tepi jalan atau di tempat-tempat duduk awam, mandi di tandas awam dan kadangkala terpaksa berlapar untuk berjimat.

Inilah realiti berat yang terpaksa dihadapi oleh ratusan rakyat Malaysia bekerja di Singapura, yang terpaksa hidup seperti gelandangan berikutan pandemik Covid-19 menyebabkan penutupan sempadan Malaysia—Singapura.

Rakyat Malaysia jadi gelandangan di Singapura

Antara lain kos sara hidup yang tinggi di republik itu, ditambah dengan pemotongan upah oleh majikan membuatkan mereka terpaksa mencari jalan drastik untuk menjimatkan setiap sen wang yang diperolehi.

Demi untuk menjaga 'periuk nasi' serta mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh segelintir majikan juga dikatakan memaksa mereka untuk terus kekal di Singapura.

Antara peraturan yang boleh menjejaskan pekerjaan mereka ialah perintah kuarantin wajib selama 14 hari bagi individu yang masuk ke republik itu dari Malaysia.

Shahruddin Hael Helmy Mohd Noh, 34 yang bertugas di sebuah syarikat minuman di Singapura berkata lebih 100 orang rakyat Malaysia di sana kini tiada tempat tinggal, kerana tidak mampu menyewa bilik atau tempat tidur.

Menurutnya dengan pendapatan purata bulanan di antara S$800 (RM2,441) dan S$1,400(RM4,271), ramai di kalangan mereka tidak mampu untuk menyewa tempat tidur berharga di antara S$300(RM915) dan S$500(RM1,525) sebulan atau menanggung sendiri bilik yang berharga di antara S$700(RM2,135) dan S$1,200(RM3,660).

"Jumlah itu belum termasuk perbelanjaan harian seperti makanan sekitar S$20 (RM61) dan kos pengangkutan S$3 (RM9) dan S$4 (RM12) untuk setiap trip.

"Sebilangan kami hanya tinggal S$100 (RM304) untuk dibelanjakan selama sebulan, selepas menghantar wang S$700 (RM2,134) kepada keluarga di Malaysia dan S$300 bagi bayaran sewa katil tempat tidur,"

Katanya untuk menjimatkan duit kebanyakkan mereka hanya makan mi segera ketika sarapan, makan tengah hari, dan makan malam.

"Ketika masa lapang, saya akan cari roti yang tidak laku dari lori pembawa roti untuk diberikan kepada kawan-kawan gelandangan," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya kebanyakkan rakyat Malaysia di Singapura terpaksa kekal di sana kerana mereka merupakan satu-satunya pencari nafkah dalam keluarga.

"Jika mereka pulang ke Malaysia, mereka mungkin hadapi kesukaran untuk mencari kerja semasa situasi sukar ini. Bagaimana mereka nak sara keluarga nanti?" katanya.

Menurut Shahruddin yang sudah bekerja di Singapura sejak enam tahun lalu, kembali ke Malaysia bukan pilihan terbaik waktu ini.

"Mereka perlu melalui ujian saringan dan membayar kos pengasingan wajib selama 14 hari di Malaysia. Saya diberitahu kita perlu membayar RM2,200 untuk kedua-dua kos tempat kuarantin dan ujian Covid-19,"

"Bukan saja mereka perlu berhenti kerja (seperti peraturan yang ditetapkan oleh sebahagian majikan), mereka juga perlu keluarkan wang yang banyak untuk pengasingan dan ujian saringan. Jadi mereka pilih untuk tinggal di sini,"

Menurutnya masalah itu hanya boleh diselesaikan sekiranya sempadan Johor Bahru—Singapura dibuka semula untuk laluan harian.

"Barulah mereka nanti ada tempat tinggal dan boleh mencari rezeki,"

Tambahnya lagi, kebanyakkan keluarga mereka yang menjadi gelandangan di Singapura tidak mengetahui keadaan itu.

"Mereka berahsia kerana tidak mahu keluarga di rumah berasa bimbang. Mereka ini sanggup bekerja keras dan berlapar untuk keluarga tersayang,"

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2020 05:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukurlah Kita berada dalam negara sendiri .....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 07:08 AM | Show all posts
bangla vietnam dtg sini disediakan tmpat oleh majikan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2020 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 23-11-2020 07:08 AM
bangla vietnam dtg sini disediakan tmpat oleh majikan

Majikan Singapork X buat ke ???
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 07:30 AM | Show all posts
isteri kepada office mate meols, stay sana terpaksa sewa bilik master bedroom SGD900 sebulan @ RM2700, share dengan kakak dia. Nak buat macam mana, terpaksa la.. gaji dia kat Spore lebih dari SGD3000 sebulan @ almost RM10k
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2020 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 23-11-2020 07:30 AM
isteri kepada office mate meols, stay sana terpaksa sewa bilik master bedroom SGD900 sebulan @ RM270 ...

Jika Ada keje ok la .......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2020 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau untuk terus bekerja utk family...tabah je la at least ada kerja. Nanti duk mesia takde kerja...jd gelandangan juga..sabar utk beberapa ketika...gaji singapore tinggi..kt mesia pun ramai org menganggur..bersyukur lah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 08:15 AM | Show all posts
Bila tinggal di Malaysia , exchange rate tinggi, tapi bila duduk sana nak menyewa pun tak mampu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2020 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Zielathefatlady replied at 23-11-2020 08:15 AM
Bila tinggal di Malaysia , exchange rate tinggi, tapi bila duduk sana nak menyewa pun tak mampu

Aku pernah keje Singapore masa muda2 .Bila balik Malaysia ,convert ke ringgit ,bestnya shopping ....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:00 AM | Show all posts
Zielathefatlady replied at 23-11-2020 08:15 AM
Bila tinggal di Malaysia , exchange rate tinggi, tapi bila duduk sana nak menyewa pun tak mampu

bagaimana org singapura boleh hidup selama ini dengan hidup & bekerja disana?
yg rasa terkesan sangat org yg kerja dis'pura tapi duduk dimalaysia selama ini agak mewah
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:02 AM | Show all posts
Ok lah jadi gelendangan di Singapore, jikalau jadi gelendangan di Indonesia akan sangat memalukan seluruh warga malaysia!
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:26 AM | Show all posts
kenapa tak balik malaysia???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2020 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 23-11-2020 09:26 AM
kenapa tak balik malaysia???

Balik kampung ada keje ke ? Ada sebab n alasannya .
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:53 AM | Show all posts
Punye la pung pang pung pang dek Saddick

nak election dulu konon nak ubah nasib rakyat johor

tak perlu ulang alik keja bagai kat singaporn lagik
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:53 AM | Show all posts
abcdotcom replied at 23-11-2020 09:28 AM
Balik kampung ada keje ke ? Ada sebab n alasannya .

sana merempat, ada kerja kah???
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:57 AM | Show all posts
demi sayangkan kerja di singapura tu, mereka sanggup berjudi nasib.  tp menyampah bila derang bising2 plak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2020 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 23-11-2020 09:53 AM
sana merempat, ada kerja kah???

Ada keje ....dpt hntr duit bg famili .Cuma kena Jimat2 .OT kurg .
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 10:10 AM | Show all posts
Edited by Zielathefatlady at 23-11-2020 10:11 AM
sensa replied at 23-11-2020 09:00 AM
bagaimana org singapura boleh hidup selama ini dengan hidup & bekerja disana?
yg rasa terkesan sa ...

I tak rasa gaji nya sama local and foreigner. Dan mestilah diorang ada family tak payah menyewa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 10:20 AM | Show all posts
teringat masa kecik mamat2 yg keja kat sg balik cuti raya pakai motor besar, masa tu tak tau rupanya kat sana boleh sewa motor
ada gak yg sakai riak siap park motor tgh jalan
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kdg2 ksian tgok, tp time byk duit and gaji what both of u buat?bmewah2 kah?cth kwn aku.perh blagak naw2..tiap hari mroyan laki ta blik,dah ko suh dia keje sana..mintak brg kemas,uma saje mnthly 2k,kereta jnama malaysia not in list.bdoh btol,pgl laki blik la keje msia.sng!tau xnk kang miskin katanya.btw aku da block wasap dia,hari2 mroyan.adik bradik ipo pun da block,mcm laki dia diletak sabit kt leher eh.Allah bg apa yg ko perlu je,bkn yg ko mintak so try bsyukur jelah!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.291139 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list