View: 5595|Reply: 101
|
[Tempatan]
Sarawak bakal miliki syarikat penerbangan sendiri
[Copy link]
|
|
Sarawak bakal miliki syarikat penerbangan sendiri
myMetromutakhir
Melvin Joni
Kuching: Kerajaan Sarawak optimis menubuhkan syarikat penerbangan sendiri bagi membolehkan negeri ini dihubungkan dengan lokasi strategik seperti Hong Kong, Korea, Jepun, Australia termasuk destinasi berdekatan yang lain.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata melalui perhubungan udara yang strategik seperti itu, ia akan membawa serta meningkatkan kemasukan pelancong ke Bumi Kenyalang ini.
"Kami masih menelitinya (rancangan menubuhkan syarikat penerbangan sendiri) dan saya optimis kita mesti mempunyai syarikat penerbangan sendiri untuk berhubung dengan lokasi strategik bagi membawa masuk pelancong ke Sarawak.
" Kerajaan Sarawak sebelum ini ada merancang untuk membeli bahagian syarikat penerbangan tertentu namun ia tidak dapat dilaksanakan disebabkan syarikat penerbangan terbabit mempunyai tanggungjawab tertentu," katanya.
Beliau berkata demikian semasa Webinar Ketua Menteri bertajuk 'Bajet Sarawak 2021: Menuju Masyarakat Berpendapatan Tinggi Pada 2030' yang dianjurkan oleh Persekutuan Perniagaan Sarawak, hari ini.
Beliau berkata, jika melalui pembelian atau memperoleh saham serta berada di blok minoriti, ia tidak memberi kesan dan oleh itu lebih baik menubuhkan syarikat penerbangan sendiri.
Selain itu, Abang Johari berkata usaha sedang dilakukan bagi menghidupkan semula dan meningkatkan hubungan udara dengan melakukan penerbangan sewaan dari Sarawak ke negara berdekatan seperti Singapura.
"Saya telah meminta Hornbill Skyways Sdn Bhd (pengendali perkhidmatan pesawat sewaan di Sarawak) untuk melihat kemungkinan menyediakan penerbangan sewaan.
"Dengan pandemik Covid-19 secara drastik, ia banyak mempengaruhi industri terutama pelancongan. Penerbangan sewaan dapat berfungsi sebagai salah satu aset yang dapat dimanfaatkan untuk memacu sektor pelancongan negeri," katanya.
Sementara itu, Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak merancang untuk memperluaskan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) memandangkan lapangan terbang ini sudah mencapai kapasiti penuh.
"Berdasarkan statistik yang diterima, LTAK yang ditetapkan kapasiti lima juta penumpang setahun tidak lagi dapat menerima jumlah penumpang yang ditetapkan. Oleh itu, rancangan mesti dibuat sekarang untuk mengatasi masalah ini.
"Masih terlalu awal bagi saya untuk mengungkapkan apa yang ada di fikiran kami pada masa ini, tetapi kami pasti mencari lapangan terbang yang lebih besar untuk menampung peningkatan jumlah penerbangan dan potensi kedatangan pelancong selepas wabak Covid-19," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2020 @ 4:52 PM
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Antara cara cara nak kasi periap hasil bumi dan minyak Sarawak?????
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by PristineOne at 23-11-2020 06:22 PM
Boleh belajar ngan bosAsia...mcm mana dia deal ngan Ayerbas ...berapa tumbuk rusuk yg dapat atas tiap satu keterbang....yang mana biaya beli kapal datang dari public fund dan duit loan yg airline tanggung.
Tu la Bowing tak pandai....Ayerbas tao rate tumbuk rusuk nak kasi personal kat Bigboss Asia |
|
|
|
|
|
|
|
Wow tatkala company penerbangan lain bakalan bungkus, sarawak nk tubuh yg baru... |
|
|
|
|
|
|
|
Bakal menjadi seperti rayani air kah |
|
|
|
|
|
|
|
Except for COVID 19, saya rasa memang dah sampai waktu nya Sarawak buka penerbangan sendiri. They can focus domestic flight untuk tourism. Upgrade rumah panjang di kawasan kawasan dan yang penting infrastructure lain juga
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh jer deal ngan Malindo.....banyak kapal Malindo gronded..... satu kapal boleh amik 5-6 juta perbezaan harga....kalao airline baru nak tubuh...paling tidak satu fleet kena ada 10 kapal minimum.....situ dah ada 50-60 juta...kalao kengkunun nak serve Asia Pasifik kena lak ada widebody sikit....lenjan lagik 50-60 juta perbezaan harga kapal.
Apa ada hal....bukan pakai duit elaun Dewan Undangan dan gaji menteri....beli kapal pakai duit kerajaan negeri. Ni la masa nak periap hasil bumi negeri sendiri.
Bila lagi...
Zaman Tok Uban dah berlalu...dari Datu Patinggi dah pakai gelaran diraja - Pehin
Tok Nan pun dah aruah...
Senang jer...tubuh ja airline negeri - lingkup setahun dua lagi....apa ada hal...Janji 100 juta masyukkk...
Jual kapal masa airline negeri melingkup esuk....ada chance buat duit lagik..
Syabas semua..... Good idea semua nih demi kesejahteraan negeri
|
|
|
|
|
|
|
|
apa yg menarik di Sarawak untuk dilawati...??????? Sampaikan nk ada syarikat penerbangan sendiri bawa pelancong msk. |
|
|
|
|
|
|
|
Stupid idea by Sarawak Gomen |
|
|
|
|
|
|
|
Ok lah tu, pasni boleh buka lebih bnyk route ke pedalaman2 srwk, boleh la bantu rakyat sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg ada kt Sarawak..?
Pantai2 pon banyak belum di komersilkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus juga
tengok pada saiz, sarawak patut ada sekurangnya 3 lapangan terbang antarabangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Selain dari tourism, ianya lebih kepada kemudahan dan praktikaliti. Sebagai contoh Royal Brunei Link, yang menghubungi Kuching, Sibu, Bintulu ke Brunei, demand amat meberangsangkan dimana kos untuk connecting international from Brunei lebih kos effective daripada menggunakan KLIA2.
I think ini yang kerajaan Sarawak nampak pada masa ini...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jangan sempitkan pemkiran..
Tau ka anda, sayur midin, ikan talapia dan patin Sarawak diterbangkan setiap hari ke Singpura sekarang.
Pd masa ini, 2 hub pengangkutan udara sedang dibina supaya dapat diterbangkan ke negara lain terus dari ladang... |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan katanya operasi MAS di Sarawak pun di subsidized oleh international operations. Viable ka nak setup airline sendiri? |
|
|
|
|
|
|
|
dizekni replied at 23-11-2020 08:50 PM
Bagus juga
tengok pada saiz, sarawak patut ada sekurangnya 3 lapangan terbang antarabangsa
Airport Kuching, Sibu, Bintulu, Miri tu semua International bro. Ada immigresen untuk ummah Malaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa nya jumlah Airport kat Sarawak lebih banyak dari Semanjung kot....
|
|
|
|
|
|
|
|
Reymz replied at 23-11-2020 09:26 PM
Selain dari tourism, ianya lebih kepada kemudahan dan praktikaliti. Sebagai contoh Royal Brunei Li ...
Apa destinasi dari Brunei yg tak boleh fly dari Kuching? |
|
|
|
|
|
|
|
sesuai ke dgn situasi sekarang? airline yg dah established pon semput ... |
|
|
|
|
|
|
|
Mostly dari Kuching pun kena transit KLIA. One good thing transit kat Brunei nie, Airport dia kecil dan tak crowded sangat... memang santai dan relax
|
|
|
|
|
|
|
| |
|