CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6647|Reply: 41

[Jenayah] Suspek kuning cuba ragut pelanggan restoran sebelum ragut pelanggan farmasi

[Copy link]
Post time 24-11-2020 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Susulan viral video kes ragut di dalam sebuah farmasi di Gombak Sabtu lalu, viral juga kes ragut yang didalangi oleh dua suspek yang sama pada malam itu di sebuah restoran.

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) restoran berkenaan, suspek berbaju kuning berjalan mundar-mandir di depan pintu utama, sementara rakannya pula menunggu di tepi.

Sebaik saja seorang pelanggan wanita keluar, suspek cuba meragut beg tangannya tetapi tidak berjaya dan terus melarikan diri.

Di penghujung video tersebut, suspek yang menaiki kereta Myvi berwarna merah itu dikejar oleh orang ramai. Suspek yang takut ditangkap segera mengundurkan kenderaan sehingga ke jalan utama sebelum beredar meninggalkan kawasan kejadian.

Terdahulu, seorang wanita diragut oleh dua lelaki terbabit semasa sedang membuat pembayaran di kaunter farmasi. Dua rantai emas mangsa bernilai RM10,000 diragut. Mangsa juga ditumbuk oleh suspek di bahagian muka sehingga menyebabkan kecederaan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Rajab Ahad berkata, mangsa didatangi suspek dari arah belakang sebelum menarik rantai lehernya dan menumbuk mukanya.

Menurutnya, suspek terus melarikan diri dengan sebuah kenderaan.

"Hasil daripada maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju ke tempat kejadian uintuk menjalankan siasatan.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 8.47 malam, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dapat merakam pergerakan mereka (suspek)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rajab berkata, kedua suspek didapati memakai pelitup muka dan siasatan lanjut mendapati mereka menggunakan nombor pendaftaran kenderaan palsu dipercayai bagi mengelirukan pihak berkuasa.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

"Saya menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini diminta segera menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Shahrizal Saleh di talian 017-713 4705 atau Inspektor Aisyah Mohd Noor di talian 013-933 8214 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya.

Polis kini sedang menjalankan siasatan dan kes disiasat di bawah  Seksyen 392 Kanun Keseksaan.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/11/645100/wanita-ditumbuk-muka-dilarikan-rantai-leher

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 01:13 AM | Show all posts
gila! tengok pakaian semua elok. apa yang buat dia terdesak sangat tu sampai samun orang? dua orang plak tu dalam sehari!
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini kalau dapat elok lah kena belasah sampai lunyai. Maknusia tersi*l GTH!!!! Puihhhh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan skali die buat keje ni.. dah pro dah ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahat! Dia target perempuan. Lepastu boleh plak tampar
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 24-11-2020 01:13 AM
gila! tengok pakaian semua elok. apa yang buat dia terdesak sangat tu sampai samun orang? dua orang  ...

Itu yg dlm cctv..ntah2 sebelum2 tu dah byk da
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2020 01:43 AM | Show all posts
mosti replied at 24-11-2020 01:38 AM
Itu yg dlm cctv..ntah2 sebelum2 tu dah byk da

tu la... kalau mat pet selalu sorang je sehari... ni sampai dua di samunnya...
nampak macam terdesak ada nak kena bayar hutang ahlong ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 24-11-2020 01:13 AM
gila! tengok pakaian semua elok. apa yang buat dia terdesak sangat tu sampai samun orang? dua orang  ...

Nak kaya cepat, cari duit mudah tanpa usaha teruk kerja cam orang normal, beginilah caranya. Cam perompak la. Ada yg terdesak dan ada yang nak cepat kaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 03:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoyaiii ni yang serammm sekarang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni kalau dapat tangkap elok hukum gantung smpi mati jah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena buang kerja kot...  Huhu..
Orang2 perempuan,  berhati2 lah sekarang ni.... Jgn pakai barang kemas, jgn melenggang je bawak handbag...  Tak terkecuali lelaki pun sama kena berhati2...  
Sejak2 pkp/ pkpb ni ramai yg tengah x da keja...  
Ragut / rompak cara mudah nak dpt duit...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 08:04 AM | Show all posts
1 malam sampai 2 job ko buat ye

syabbas bette!

tunggu masa je nak kena job pulak dgn 9mm

rugi je tanggung biawak macam ni dalam penjara

takde nya insaf
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ni pakai brg kemas(emas dll hiasan berharga) yg terlihat dimata org, adalah bahaya tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 08:46 AM | Show all posts
take extra pre-cautions people!
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 08:48 AM | Show all posts
patut baling je batu / bata kat kete dia pastu tarik keronyok ramai2
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 09:14 AM | Show all posts
dlm keadaan sekarang ni nak komen lebih2 pun x berani...'
mungkin ada yg merompak sebab terdesak...
bila dah gawat...
jenayah akan meningkat...
harap semuanya berhati2...
sebab tu aku sangat2 sapot pengeluaran KWSP RM10K..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 10:20 AM | Show all posts
moga tak terkena dalam keluarga nya sendiri satu masa nanti.

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 10:29 AM | Show all posts
semoga peragut and the gang mampus digelek lori..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia teringin nk mkn ayam kepci yg flavour baru ayam tandoori tu kot. Duit xde, terpaksa la menyamun. Suci x hati aku? Berhusnudzon gitu
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 24-11-2020 08:48 AM
patut baling je batu / bata kat kete dia pastu tarik keronyok ramai2

Yes...terfikir benda yg sama...geram..sakit hati bc berita mcmni..

Hmmm.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.069245 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list