View: 6649|Reply: 41
|
[Jenayah]
Suspek kuning cuba ragut pelanggan restoran sebelum ragut pelanggan farmasi
[Copy link]
|
|
Susulan viral video kes ragut di dalam sebuah farmasi di Gombak Sabtu lalu, viral juga kes ragut yang didalangi oleh dua suspek yang sama pada malam itu di sebuah restoran.
Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) restoran berkenaan, suspek berbaju kuning berjalan mundar-mandir di depan pintu utama, sementara rakannya pula menunggu di tepi.
Sebaik saja seorang pelanggan wanita keluar, suspek cuba meragut beg tangannya tetapi tidak berjaya dan terus melarikan diri.
Di penghujung video tersebut, suspek yang menaiki kereta Myvi berwarna merah itu dikejar oleh orang ramai. Suspek yang takut ditangkap segera mengundurkan kenderaan sehingga ke jalan utama sebelum beredar meninggalkan kawasan kejadian.
Terdahulu, seorang wanita diragut oleh dua lelaki terbabit semasa sedang membuat pembayaran di kaunter farmasi. Dua rantai emas mangsa bernilai RM10,000 diragut. Mangsa juga ditumbuk oleh suspek di bahagian muka sehingga menyebabkan kecederaan.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Rajab Ahad berkata, mangsa didatangi suspek dari arah belakang sebelum menarik rantai lehernya dan menumbuk mukanya.
Menurutnya, suspek terus melarikan diri dengan sebuah kenderaan.
"Hasil daripada maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju ke tempat kejadian uintuk menjalankan siasatan.
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 8.47 malam, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dapat merakam pergerakan mereka (suspek)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rajab berkata, kedua suspek didapati memakai pelitup muka dan siasatan lanjut mendapati mereka menggunakan nombor pendaftaran kenderaan palsu dipercayai bagi mengelirukan pihak berkuasa.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.
"Saya menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini diminta segera menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Shahrizal Saleh di talian 017-713 4705 atau Inspektor Aisyah Mohd Noor di talian 013-933 8214 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya.
Polis kini sedang menjalankan siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/11/645100/wanita-ditumbuk-muka-dilarikan-rantai-leher
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
gila! tengok pakaian semua elok. apa yang buat dia terdesak sangat tu sampai samun orang? dua orang plak tu dalam sehari! |
|
|
|
|
|
|
|
Ini kalau dapat elok lah kena belasah sampai lunyai. Maknusia tersi*l GTH!!!! Puihhhh!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan skali die buat keje ni.. dah pro dah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Jahat! Dia target perempuan. Lepastu boleh plak tampar |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 24-11-2020 01:13 AM
gila! tengok pakaian semua elok. apa yang buat dia terdesak sangat tu sampai samun orang? dua orang ...
Itu yg dlm cctv..ntah2 sebelum2 tu dah byk da |
|
|
|
|
|
|
|
tu la... kalau mat pet selalu sorang je sehari... ni sampai dua di samunnya...
nampak macam terdesak ada nak kena bayar hutang ahlong ke apa
|
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 24-11-2020 01:13 AM
gila! tengok pakaian semua elok. apa yang buat dia terdesak sangat tu sampai samun orang? dua orang ...
Nak kaya cepat, cari duit mudah tanpa usaha teruk kerja cam orang normal, beginilah caranya. Cam perompak la. Ada yg terdesak dan ada yang nak cepat kaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Adoyaiii ni yang serammm sekarang ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kalau dapat tangkap elok hukum gantung smpi mati jah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kena buang kerja kot... Huhu..
Orang2 perempuan, berhati2 lah sekarang ni.... Jgn pakai barang kemas, jgn melenggang je bawak handbag... Tak terkecuali lelaki pun sama kena berhati2...
Sejak2 pkp/ pkpb ni ramai yg tengah x da keja...
Ragut / rompak cara mudah nak dpt duit... |
|
|
|
|
|
|
|
1 malam sampai 2 job ko buat ye
syabbas bette!
tunggu masa je nak kena job pulak dgn 9mm
rugi je tanggung biawak macam ni dalam penjara
takde nya insaf |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang ni pakai brg kemas(emas dll hiasan berharga) yg terlihat dimata org, adalah bahaya tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
take extra pre-cautions people! |
|
|
|
|
|
|
|
patut baling je batu / bata kat kete dia pastu tarik keronyok ramai2 |
|
|
|
|
|
|
|
dlm keadaan sekarang ni nak komen lebih2 pun x berani...'
mungkin ada yg merompak sebab terdesak...
bila dah gawat...
jenayah akan meningkat...
harap semuanya berhati2...
sebab tu aku sangat2 sapot pengeluaran KWSP RM10K.. |
|
|
|
|
|
|
|
moga tak terkena dalam keluarga nya sendiri satu masa nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga peragut and the gang mampus digelek lori.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia teringin nk mkn ayam kepci yg flavour baru ayam tandoori tu kot. Duit xde, terpaksa la menyamun. Suci x hati aku? Berhusnudzon gitu |
|
|
|
|
|
|
|
baghal_bortuqal replied at 24-11-2020 08:48 AM
patut baling je batu / bata kat kete dia pastu tarik keronyok ramai2
Yes...terfikir benda yg sama...geram..sakit hati bc berita mcmni..
Hmmm..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|