CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2592|Reply: 27

[Tempatan] Edisi rules of law: Rakyat pelbagai kaum gembira pencemar Sungai Selangor didakw

[Copy link]
Post time 24-11-2020 09:42 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Xim at 24-11-2020 11:40 PM

https://www.sinarharian.com.my/a ... enjara-seumur-hidup


Pihak polis membawa R Nathan dan Lim Kian Aik ke Mahkamah Sesyen Selayang hari ini bagi pendakwaan kes pencemaran Sungai Selangor, tiga minggu lalu.


SELAYANG – Dua lelaki menjadi individu pertama berdepan hukuman penjara seumur hidup apabila didakwa atas pertuduhan melakukan sabotaj kepada perkhidmatan air dan lima pertuduhan lain berhubung pencemaran Sungai Selangor, tiga minggu lalu.

Kontraktor jalan, R Nathan, 43, dan pengarah sebuah syarikat, Lim Kian Aik, 42, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.


Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa bagi mencapai niat bersama, telah melakukan sabotaj dengan niat mendatangkan mudarat kepada perkhidmatan air di Selangor.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Velox 2, Taman Velox, Rawang, di sini antara 2 hingga 10 November lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 124K Kanun Keseksaan (Akta 574) dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun sama dan boleh dihukum penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Iskandar Ahmad tidak menawarkan sebarang ikat jamin kepada kedua-dua tertuduh kerana kesalahan yang dipertuduhkan itu, disenaraikan di bawah Bab 6 Kanun Keseksaan yang menggunakan prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Kes itu membabitkan kesalahan terhadap keselamatan negara dan perlu mengguna pakai prosedur SOSMA, di mana kes akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

“Justeru, pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan untuk mendapatkan izin agar kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi,” katanya.

Bagaimanapun, peguam Erni Ahmad dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili Nathan memohon mahkamah memberikan ikat jamin dengan alasan tindakan pendakwaan yang tidak menawarkan jaminan adalah bersifat ultra vires (melampaui kuasa).

"Anak guam saya merupakan seorang penghidap penyakit kencing manis dan merupakan penanggung utama keluarga dan perlu menyara dua anak berusia 12 dan 22 tahun," katanya.

Sementara itu, peguam Harcharanjit Singh yang mewakili Kian Aik membuat permohonan sama, dengan alasan anak guamnya memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sepanjang siasatan dilakukan.

"Meskipun pihak pendakwaan tidak menawarkan ikat jamin kerana kes di bawah SOSMA, mahkamah masih mempunyai budi bicara untuk memberikan jaminan," katanya.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, mahkamah tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin bagi pertuduhan pertama itu.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa dengan niat bersama telah melepaskan bahan berbahaya ke dalam tempat rawatan kumbahan awam milik Indah Water Konsortium Sdn Bhd di Jalan Velox Utama, Taman Velox, Rawang yang mana tindakan tersebut mengurangkan fungsi tempat rawatan kumbahan tersebut.

Pendakwaan dikemukakan di bawah Seksyen 61 (1)(b) Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 655) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 61(2) akta industri sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, mereka didakwa dengan niat bersama telah menjalankan aktiviti yang ditetapkan iaitu kemudahan penstoran (luar tapak) yang merupakan aktiviti yang diseneraikan di perenggan 14 (a) (iii) di dalam jadual pertama, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (aktiviti yang ditetapkan) (penilaian kesan kepada alam sekeliling) 2015 tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan laporan penilaian tersebut daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada jam 10.45 malam di lokasi dan tarikh sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 34A (2) Akta Kualiti Sekeliling 1974 (Akta 127) dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 34A(8) Akta Kualiti Sekeliling 1974 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan keempat, mereka didakwa dengan niat bersama telah menggunakan premis tersebut untuk menempatkan buangan terjadual seperti dalam jadual pertama, Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (buangan terjadual) 2005 iaitu pelarut organik bukan terhalogen yang dikategorikan sebagai SW322 tanpa terlebih dahulu mendapat apa-apa kelulusan daripada Ketua Pengarah sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 34B(1)(a) akta sama yang memperuntukkan penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum RM500,000, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kelima dan keenam, mereka didakwa dengan niat bersama menggunakan premis itu untuk penempatan bahan buangan terjadual dan menempatkan 40 tangki IBC seperti diperuntukan dalam jadual sama iaitu pelarut organik bukan terhalogen yang dikategorikan sebagai SW322 tanpa lesen daripada Ketua Pengarah sama, pada masa, lokasi dan tarikh sama.

Pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 18(1) dan 19(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, boleh dihukum dan boleh didenda atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.



Maziah kemudiannya membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin bagi pertuduhan kelima dan keenam berjumlah RM30,000 setiap seorang berserta syarat tambahan, pasport diserahkan kepada mahkamah selain dilarang mengganggu saksi dan melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 8 Januari 2021 sebagai sebutan semula kes.

Sementara itu, dalam prosiding berasingan, di Mahkamah Majistret di sini hari ini, Nathan turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjalankan aktiviti perniagaan di premis sama tanpa lesen yang didakwa di bawah Undang-undang kecil 3 Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Selayang) 2007.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dan menetapkan tarikh sama untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, pihak Pengurusan Air Selangor Berhad (Air Selangor) memaklumkan, berlaku gangguan bekalan air tidak berjadual akibat penutupan empat Loji Rawatan Air (LRA) ekoran pencemaran di muka sauk LRA Rantau Panjang dikesan pada tahap 8 ton manakala LRA Sungai Selangor bagi Fasa 1,2 dan 3 adalah 4 ton.

LRA itu adalah Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan LRA Rantau Panjang yang dihenti tugas jam 12.20 hingga 12.45 tengah hari ini.

Ini merupakan kejadian ketiga berturut-turut berlaku dalam tempoh tiga bulan bermula September lalu yang mengakibatkan henti tugas di LRA sama.

Pada 11 November lalu, lebih 1.1 juta pengguna akaun melibatkan 1,279 kawasan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan penutupan empat LRA.



Kawasan tersebut merangkumi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... enjara-seumur-hidup
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk tt.. buatkan aku nak baca artikel ni betul2..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 10:20 AM | Show all posts
tajuk ni yang sebetulnya rakyat pelbagai kaum termasuk ayamph dodolgemuk paderi maideen dan cleaner pyropura  tq tt
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 10:25 AM | Show all posts
Kontraktor jalan, R Nathan, 43, dan pengarah sebuah syarikat, Lim Kian Aik, 42.


Uish... Baru aku tau PENGGANAS ALAM SEKITAR dan PENSABOTAJ BEKALAN AIR SELANGOR rupanya dari bangsa suci kesayangan Urban berkerak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
lmao tajuk mengundang


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2020 10:50 AM | Show all posts
sarah82 replied at 24-11-2020 10:25 AM
Kontraktor jalan, R Nathan, 43, dan pengarah sebuah syarikat, Lim Kian Aik, 42.

Kalau ikut track rekod macam itulah statistiknya.

https://www.astroawani.com/berit ... dak-bersalah-266522

https://www.bharian.com.my/berit ... mpung-baru-balakong

Itu yang pelik bila dituduh GLC seperti IWK yang cemar Sungai.




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2020 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
kluangman replied at 24-11-2020 10:50 AM
Kalau ikut track rekod macam itulah statistiknya.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pe ...

Kiranya IWK kena fitnah la kan.. IWK boleh saman fitnah balik la adun DAP yg tuduh kata IWK sabotaj.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 10:56 AM | Show all posts
sarah82 replied at 24-11-2020 10:54 AM
Kiranya IWK kena fitnah la kan.. IWK boleh saman fitnah balik la adun DAP yg tuduh kata IWK sabota ...

adun mana tu?

saman je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 24-11-2020 10:56 AM
adun mana tu?

saman je

Kerajaan Selangor mengesyaki pencemaran bau terbaru yang menyebabkan gangguan bekalan air kepada lebih sejuta pengguna hari ini, mungkin disebabkan sabotaj.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli, dan Hal Ehwal Selain Islam, Hee Loy Sian berkata demikian semasa sidang DUN hari ini

Sumber malaysiakini.

Sejak dari tu.. IWK kena tuduh sabotaj air Selangor.. Sampai la 4 org kena tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 24-11-2020 10:56 AM
adun mana tu?

saman je

Pembetulan dia bukan DAP.. Tapi adun PKR.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 11:10 AM | Show all posts
SELAYANG – Dua lelaki menjadi individu pertama berdepan hukuman penjara seumur hidup apabila didakwa atas pertuduhan melakukan sabotaj kepada perkhidmatan air dan lima pertuduhan lain berhubung pencemaran Sungai Selangor, tiga minggu lalu.

wow ada perkataan sabotaj, jadi MB bukan lah cakap kosong ada org saja2 sabotaj sungai sebab nak malukan gomen selangor
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 11:38 AM | Show all posts
Saya dan rakan2 dari berbilang kaum amat suka dgn berita ini
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 11:41 AM | Show all posts
Happy betul dengar berita ini. Semoga masalah air di Selangor dapat diselesaikan.

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 11:46 AM | Show all posts
Alhamdulillah.....rakyat selangor berbilang kaum amat bersyukur dgn tertangkapnya 2 pensabotaj
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2020 12:20 PM | Show all posts
ally9970 replied at 24-11-2020 11:38 AM
Saya dan rakan2 dari berbilang kaum amat suka dgn berita ini

semoga bermanfaat
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 12:28 PM | Show all posts
Netizen berbilang kaum menzahirkan rasa bahagia dengan tertangkapnya manusia sampah ini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 12:44 PM | Show all posts
Baguslah dua lagi dah didakwa moga tak ada lagi yang nak ikut jejak langkah mereka
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak sebagai penduduk selangor berbilang kaum terkejut dengan berita ini. Mana mungkin kaum suci murni tergamak melakukan sesuatu yang menyusahkan orang ramai. Mungkinkah mereka hanyalah mangsa yang dianiaya oleh pembangkang melayu?
Semoga dengan kebijaksanaan pemimpin yang disokong oleh bangsa yang mulia, kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:28 PM | Show all posts
sarah82 replied at 24-11-2020 10:59 AM
Kerajaan Selangor mengesyaki pencemaran bau terbaru yang menyebabkan gangguan bekalan air kepada l ...

betul la kata Adun tu.. disabotaj...

RBA kot mencipta persepsi IWK yg sabotaj, twist kenyataan pemimpin..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 24-11-2020 01:28 PM
betul la kata Adun tu.. disabotaj...

RBA kot mencipta persepsi IWK yg sabotaj, twist kenyataan  ...

Masa tu depa tuduh IWK.. Teruk kena.. Sekali bila kena tangkap 4 org.. Terus hilang dari radar iwk sabotaj.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.072913 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list