CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9338|Reply: 69

Wani Syaz, Anak Ustazah Yang Semakin Berani Cuba Pelbagai Genre Muzik

[Copy link]
Post time 24-11-2020 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Walaupun anak Ustazah, ia tidak membataskan penyanyi, Wani Syaz, 24, untuk mencuba pelbagai genre muzik, termasuklah irama padang pasir dengan sentuhan muzik moden.


Tahun lalu, Wani mendapat kecaman atas cubaan menari menerusi video muzik lagu Pendusta Cinta, namun kali ini, berani mencuba sesuatu yang segar menerusi single terbaharu berjudul Habibi.


Wani atau nama sebenarnya, Nursyazwani Selamat berkata, dia kini lebih berani mengambil risiko untuk tampil dengan sesuatu yang berbeza menerusi single Habibi.




Foto: IG




"Ramai netizen menyokong tindakan berani saya yang dahulu, tidak kurang juga mengecam. Namun, jika dilihat dari sudut positif, tindakan yang diambil amat bertepatan dengan lagu Pendusta Cinta, sekali gus menyerlahkan sisi kematangan saya.


"Sebagai anak seni, saya kena berani mencuba walaupun hakikatnya saya seorang yang pemalu, apatah lagi orang mengenali saya anak seorang Ustazah. Jujurnya, apabila mencuba, saya rasa selesa dan seronok pula.


"Jika tak mencuba, saya tak akan keluar daripada zon selesa, bimbang peminat akan bosan. Alhamdulillah, walaupun dikecam, muzik video Pendusta Cinta berjaya mencecah 26 juta tontonan menerusi laman di YouTube," katanya kepada BH Online.




  



Berkongsi lanjut mengenai single Habibi, Wani berkata, single yang dilancarkan di saluran YouTube FMC Music pada 16 November itu adalah ciptaan lDJ Fuzz, Aziquebeats dan Waris.


Ia juga adalah single kedua hasil kerjasamanya bersama Waris.


  



"Saya tiada masalah untuk menyanyikan lagu irama padang pasir kerana diterapkan sentuhan moden. Ia adalah genre kesukaan saya dan sangat bersesuaian dengan vokal.


"Saya mengharapkan orang ramai menonton muzik video Habibi, tiada yang akan kecam saya lagi. Berilah peluang kepada saya untuk keluar dari zon selesa.


"Jika boleh saya mahu mencuba genre yang jauh lebih berbeza pada masa akan datang supaya saya dapat membuktikan keupayaan dan mencabar kemampuan vokal," katanya.


  



Wani berkata, dia berharap muzik video Habibi meraih tontonan lebih tinggi berbanding muzik video Pendusta Cinta yang berjaya mencatat 26 juta tontonan dalam laman YouTube.


Tidak hanya itu, Wani berkata, menyertai pertandingan Gema Gegar Vaganza (GGV) musim pertama juga adalah salah satu langkah beraninya sepanjang bergelar anak seni.


"Sebelum menyertai GGV, ramai yang tidak tahu dan tak yakin dengan kemampuan saya membawakan lagu bernada tinggi, tetapi saya berjaya membuka mata ramai pihak termasuk syarikat rakaman, FMC Music," katanya.


  



Memulakan langkah sebagai penyanyi pada 2013, Wani muncul dengan single pertama berjudul I Cinta Jer, kemudian popular dengan lagu Lepaskan dan Gemala serta single duet bersama Wany Hasrita, Sinar Terindah.


Terdahulu, Wani pernah menghasilkan single bersama Juzztin berjudul Kembalilah dan Alhamdulillah, seterusnya bergandingan bersama Waris dalam Pendusta Cinta.




  



Mengulas mengenai dirinya yang boleh dikatakan antara penyanyi yang tidak mempunyai gosip dan cerita panas, Wani berkata, ia kerana sikap berhati-hati dan kurang bergaul sesama artis dalam industri hiburan.


"Saya bukan sombong atau tak suka bergaul, tetapi saya lebih selesa bersama Ummi walau ke mana sahaja pergi. Sekiranya Ummi tak ikut ke Kuala Lumpur, saya akan selalunya terus pulang ke Batu Pahat, Johor jika habis kerja. Saya lebih selesa dengan cara begini," katanya yang juga menguruskan Restoran Beezer box di Batu Pahat. -CARI


Sumber: Berita Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Keras kejunggg tarian tp gigih nk menyanyi menari.. Mak ustajah xajar ke hujung zaman ni kena byk nyanyi #eh ngaji
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak berminatlah dik.. Kejap tudung labuh, pastu menari2 lak..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekejap kata anak ustazah,sekejap kata anak seni..mana satu ko ni?
#pembaris
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 12:19 PM | Show all posts
cannot hadam la dik... rupa macam hafaz quran 30juzuk tapi tergelek2 padang pasir walopon kejung jah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
menyampah betul tgk muka dia ni. tak tahu lah kenapa. tp mmg xleh tgk lama2, naik menyampahhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2020 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry la diknon, kalau terserempak dgn dia ni pun mungkin tak tahu dia ni artist... desa and budak sangat wajah sheols. Pastu menari tarian padang pasir tu i rasa nak menyumpah. Tak mampu tgk sampai habis. Dikk wani jadi ustazah sajo sudahlah
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Headgear video clip dah macam acik kelly azman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam pelapis dewan muslimah PAS.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 12:39 PM | Show all posts
ramainya Wani/ Wany jadi penyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 12:46 PM | Show all posts
banyak nau nama wani jadi penyanyi nih..wany booster, wani kayrie la, wani syaz la..dia ni ksian padahal dia ni wani yg terawal sebelum wany booster tapi mgkin sbab pendek n muka xbrape nk ada komersial kot..soryy
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 12:55 PM | Show all posts
iman tak dapat di warisi.. saka tu maybe la kot .

bila kejar mendunia benda yang jelas haram pun di halalkan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel....ok tu jah nk komen
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini dikatakan cantik, ok lah, natural beauty, takderk buat2 muka. Pakai tudung labuh pun ada nafsu nak nyanyi ke dek?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Acu cite
Amende dia buat dlm mv sblum ni sampai kne kecam??
Dia pakai 2 piece dancing tepi pantai ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok je tengok bukan tergedik2 pun. Tengok family dia pun baik2 je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknya kecaman. Aduhhh. Tapi lawak pulak dibaca.

Kaka ucapan selamat maju jaya ajelah dik. Hihihi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
@Kurex dah melaharkah
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
komen sume kelakar.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia takde aura.  Sebelum, semasa waima selepas braces pun kau masih sendu sis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.162554 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list