View: 1755|Reply: 11
|
[Politik]
Saksikan video rakyat menerusi gabungan NGO serah memorandum kepada Agong memoho
[Copy link]
|
|
Gabungan NGO serah memorandum kepada Agong
Oleh FAZLI RADZI Foto WAN ZAHARI WAN SALLEH November 24, 2020 2:51 pm
[youtube]60CL873VBRg[/youtube]
Sekumpulan NGO memohon Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dalam isu pelantikan Perdana Menteri.
Penegasan tersebut terkandung dalam memorandum Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) yang diserahkan kepada Istana Negara hari ini.
GBMRM merangkumi beberapa badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Otai Reformis 98, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Pertubuhan Ikatan Cendekiawan Muslim Malaysia (ICMA).
Koordinator GBMRM, Mustafa Mansor, berkata Perdana Menteri mesti mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat selain turut memohon Yang di-Pertuan Agong menggunakan kuasa mengikut Perkara 40(2)(b) Perlembagaan Persekutuan.
“Ia supaya tidak memperkenankan permintaan pembubaran Parlimen. Yang ketiga, memohon Agong menasihatkan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) supaya meletak jawatan sekiranya tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Parlimen,” katanya.
Mustafa berkata demikian pada sidang media di pekarangan Pintu 2, Istana Negara hari ini.
Terdahulu, Mustafa bersama beberapa ahli gabungan itu dilihat tiba di pintu berkenaan pada jam 11 pagi, untuk menyerahkan memorandum terbabit kepada Pegawai Perhubungan Awam Istana Negara, Mohd Husni Yusop.
Mengulas lanjut, Mustafa berkata, pihaknya turut memohon Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan beberapa ahli akademik supaya kerajaan interim ditubuhkan.
“Perkara itu tiada dalam Perlembagaan. Kita turut memaklumkan laporan mengenai Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang dikatakan tidak membenarkan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri dibentangkan di Dewan Rakyat.
“Kami mohon Yang di-Pertuan Agong menggunakan kuasa dalam Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan untuk mengarahkan usul itu dibentangkan bagi melihat sama ada Muhyiddin mempunyai sokongan majoriti atau sebaliknya,” katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dan ini bukanlah kali pertama rakyat menyampaikan memorandum sepertinya...
Bolehlah membacanya di thread berkualiti di bawah ini...
Kemuncak kemarahan rakyat! Saksikan video NGO Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) serah memorandum kepada AGONG mohon perkenan arahkan USUL TIDAK PERCAYA dan PECAT PM #MuhyiddinOut
https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1220852
|
|
|
|
|
|
|
|
seramai tu jer.....mewakili 32.7 juta suara rakyat Malaysia??? |
|
|
|
|
|
|
|
Bodohnya orang pee esh ni, dah la kau dekat public, mask dekat leher.. bodoh punya pee esh |
|
|
|
|
|
|
|
Sesuatu yg baik . Sekurang2 nya negara jangan terlalu dijongkong orang2 politik . Rakyat juga perlu sama2 ambil berat . Macam cina , politik oleh orang politik , tapi utk kepentingan bangsa .. ada kumpulan cenfikiawan yg luar dari lingkup politik . Perlu ada kumpulan pendesak . |
|
|
|
|
|
|
|
Satu persatu drama timbul lepas kepimpinan BN ditumbangkan guna fitnah
juga selepas MP Pekan lafaz sumpah laknat |
|
|
|
|
|
|
|
Saksikan perjuangan rakyat... |
|
|
|
|
|
|
|
Baru la semua tahu
nak ubah kerajaan bukan macam tukar spender
salah pilih buruk padahnya |
|
|
|
|
|
|
|
#muhyiddinstay
Saya dan rakan berbilang kaum masih sokong muhyiddin |
|
|
|
|
|
|
|
nak jugak mantan bakal pm-8 selaku bakal pm-9 jadi pm-9 tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|