CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1054|Reply: 13

[Tempatan] Malaysia ke arah negara tua. Tujuh peratus penduduk berumur 65 tahun dan ke atas

  [Copy link]
Post time 24-11-2020 05:37 PM | Show all posts |Read mode
Malaysia perlu dasar produktiviti, perlindungan pendapatan, penjagaan orang tua - Bank Dunia
Oleh Mahanum Abdul Aziz - November 24, 2020 @ 4:43pm


KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan pelaksanaan dasar menggalakkan produktiviti, perlindungan pendapatan dan pembangunan sistem penjagaan orang tua yang menyeluruh bagi menjamin kesejahteraan rakyat dalam mendepani cabaran masyarakat tua, demikian cadangan Bank Dunia.

Dalam laporan terkini bertajuk 'A Silver Lining: Productive and Inclusive Aging for Malaysia', Bank Dunia berkata, lebih tujuh peratus penduduk negara ini akan berumur 65 tahun dan ke atas pada 2020, sekali gus menandakan Malaysia akan menjadi negara tua.

Ia berkata, kadar penuaan akan meningkat dalam tahun mendatang dan jumlah penduduk berumur 65 tahun dan ke atas dijangka sekali ganda kepada sebanyak 14 peratus menjelang 2044 dan mencapai 20 peratus menjelang 2056.

Pengarah Negara Bank Dunia bagi Malaysia Dr Firas Raad, berkata menuju ke arah masyarakat tua memberi cabaran kepada pembuat dasar di negara ini kerana keadaan itu akan memberi kesan kepada kedudukan fiskal makro negara, pasaran pekerjaan, sistem perlindungan sosial dan perkhidmatan penjagaan orang tua.

Justeru, beliau berkata, pembaharuan perlu dilakukan sekarang bagi memastikan warga tua di negara ini akan menjalani kehidupan dengan lebih produktif dan berada dalam sistem yang melindungi keselamatan pendapatan dan memenuhi keperluan penjagaan warga tua.

"Trend penduduk tua memberi cabaran baharu kepada Malaysia dalam pekerjaan, keselamatan pendapatan dan penjagaan orang tua. Namun, ia juga membuka peluang baharu seperti potensi produktif mereka yang berumur lebih 50 tahun akan mengurangkan kesan pertumbuhan ekonomi penuaan dan kekurangan bakat.

"Malah, penjagaan orang tua juga boleh menjadi pemacu ekonomi baharu," katanya pada sidang media selepas pelancaran laporan terkini Bank Dunia itu secara dalam talian hari ini.

Mengulas mengenai kedudukan masyarakat tua di Malaysia, Pemimpin Latihan Pembangunan Manusia Bank Dunia, Dr Achim Schmillen, berkata berdasarkan kajian mendapati orang tua yang berumur lebih 85 tahun di negara ini berada dalam kelompok B40, yang mana mereka memerlukan perhatian dari segi perlindungan pendapatan dan penjagaan.

Beliau berkata, kadar pekerjaan adalah rendah bagi mereka yang berumur antara 55 tahun hingga 64 tahun terutama wanita dan perlindungan persaraan juga rendah membabitkan kumpulan B40.

Justeru, katanya, Malaysia memerlukan dasar yang bersepadu untuk menangani cabaran dan merebut peluang yang ditawarkan daripada penuaan.

"Penyediaan perlindungan pendapatan minimum untuk rakyat Malaysia yang lebih tua akan memerlukan penambahbaikan dalam liputan dan kecukupan skim insurans sosial.

"Pencen sosial yang dibiayai dengan cukai yang disasarkan secara meluas mungkin juga diperlukan merangkumi penduduk secara menyeluruh," katanya.

Schmillen berkata, Bank Dunia juga mencadangkan beberapa dasar seperti memperluas liputan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pekerja yang bekerja sendiri dan tidak formal, meningkatkan standard kualiti rumah penjagaan warga tua dan meningkatkan peluang untuk latihan dan pembelajaran sepanjang hayat.

Beliau berkata, keperluan untuk hidup yang lebih lama seterusnya juga akan memerlukan penyesuaian secara beransur-ansur terhadap umur persaraan minimum dan umur pengeluaran minimum KWSP sejajar dengan jangka hayat yang semakin meningkat.

Katanya, adalah penting bagi Malaysia untuk mengambil langkah melindungi penduduknya yang semakin tua dan memastikan negara

tidak ketinggalan pada masa akan datang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 07:50 PM | Show all posts
ramalan kaka akan hadapi problem sama cm korea. cm korea bila pencen habis kerja buka kedai makan kedai runcit . kalau kt malaysia ternak lembu ternak kebun.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk negara kan yg menuju ke arah negara tua, mcm jepun?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 10:11 PM | Show all posts
bila kualiti kesihatan dan ramai menjaga kesihatan maka lebih ramai warga tua nanti...so terima seadanya
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 24-11-2020 07:50 PM
ramalan kaka akan hadapi problem sama cm korea. cm korea bila pencen habis kerja buka kedai makan ke ...

Semeningkat usia senja masih nak menternak lembu, kerjakan kebun yg tak setara dgn kudrat tenaga?

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 24-11-2020 08:50 PM
Byk negara kan yg menuju ke arah negara tua, mcm jepun?

Dah bersedia utk hari tua? Dah assign anak anak buah utk jaga kau bila kau capai usia tersebut?

Kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2020 11:50 PM | Show all posts
stingerpie replied at 24-11-2020 11:15 PM
Semeningkat usia senja masih nak menternak lembu, kerjakan kebun yg tak setara dgn kudrat tenaga?
...

trend yg kaka nampak cmtu. ada jenis pawah. ada pula anak xkerja suruh anak ternak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu la wujud covid. Senang kasi basmi warga tua so x ada la isu berebut jawatan dgn warga tua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2020 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
[youtube]8nLMyO0JO6M[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
[youtube]o-mAmUaFOLw[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
[youtube]LQ0y6Nz9pBA[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
[youtube]lkKbIyYyIxE[/youtube]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2020 09:44 AM | Show all posts
tu sebab ada beberapa negara tgh cadang nak naikkan umur bersara sehingga ke 65 tahun
so kerajaan tak perlu fikir pasal pencen
so tak ada isu la negara tua
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 09:49 AM | Show all posts
no need lah doa2 pjg umur murah rezki lg

just wish murah rezki jer


zaman2 moden nih bg la lah cucu bbnu pulak merase idop

no need menyusahkan anak menantu nak kena jage


depa suma sibuk carik rezki di tgh dunia yg semakin kompleks

suma perlukan duit utk survive


da nak masuk 4 series dah nih

hopefully time aku esok mcm umur nabi cukupla 63 tahun


yg penting anak suma da abis blaja time tu

perabis duit da bg ilmu dunia&akhirat cukup2 tinggal duit harta sket

utk depa survive & doakan aku di alam sana nnti

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.160559 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list