CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3210|Reply: 21

[Politik] Update: Perbahasan JAWATANKUASA akan PANAS! #20 DAP akur demi bangsa dan negara

[Copy link]
Post time 26-11-2020 09:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 30-11-2020 03:50 AM

I told PH MPs to allow budget to pass, but only for now, says Anwar
Predeep Nambiar -November 26, 2020 7:43 PM



PETALING JAYA: Opposition leader Anwar Ibrahim today said he told Pakatan Harapan MPs to allow Budget 2021 to pass the first vote, but to mount a fight in the coming committee stage debate on Monday.

He said while the finance minister had conceded to “some” demands made by PH, the opposition coalition was leaning towards rejecting the budget.

Anwar said the opposition’s nod for the passage at the policy stage was to allow salaries for the civil service, allowances and other payments to be made.

“While some decisions made by the finance minister appear to answer some of our demands, we can’t reject it strongly, so I told our friends to agree with the first round.

“This is the first round, the detailed committee stage debate is on Monday,” he told a press conference at Parliament today.

He added that they would likely ask for bloc voting then.

He said Dec 15 was the “ultimate date” when the fate of the budget would be decided.

Anwar also raised concerns over the budget tabled by Finance Minister Tengku Zafrul Aziz, saying it was highly unrealistic. He said the projected revenue, which was estimated to be higher than in 2019, was a cause for concern.

“There are improvements but there are no itemised figures. We expect the minister to be clear about this. Give us numbers. How can you say no increase when you are clearly spending more?” he asked.

He said there were some demands by PH that were not included in the budget, such as to address non-Malay concerns and include other“acceptable measures” for the rakyat.

Anwar said the EPF withdrawal of RM10,000 was good but appeared to be “loose”. He said Zafrul had agreed that the loan moratorium would be extended, adding: “All will be known in the committee stage”.

Anwar was then asked if the opposition’s passing of the budget at the policy stage was made out of respect for the Yang di-Pertuan Agong’s call to MPs to approve the budget.

He said the palace had also asked for inclusivity and a Covid-19 focused budget, which he said was hardly the case.

Anwar also slammed Speaker Azhar Harun for trying to limit the debate, saying he was “blatantly biased” by interrupting Zafrul to ask him to “summarise everything”.

“I want to give notice, I want to alert the Speaker, please use your powers responsibly and ensure there is an adequate avenue for MPs to express their views.”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2020 09:53 PM | Show all posts
Jangan rai terlalu awal, Belanjawan boleh ditolak peringkat jawatankuasa, kata Anwar
FMT Reporters -November 26, 2020 7:38 PM



PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengingatkan Ahli Parlimen pemerintah supaya jangan meraikan ‘kemenangan’ terlalu awal, kerana Belanjawan 2021 masih boleh ditolak di peringkat jawatankuasa, walaupun lulus di peringkat dasar.

Anwar berkata keputusan majoriti pembangkang untuk tidak menyokong cadangan mengadakan undian secara belah bahagi hari ini kerana tidak mahu mengganggu Belanjawan 2021 di peringkat awal, memandangkan masih terdapat proses yang perlu dilalui.

Anwar mengingatkan Belanjawan 2021 masih boleh ditolak pada bacaan dan perbahasan seterusnya sekiranya ia masih tidak memenuhi aspirasi rakyat.

“Masih terlalu awal untuk mereka merayakan berlebihan, walhal yang kita fikirkan ini bukan soal kemenangan politik tetapi kemenangan rakyat dan kebajikan rakyat,” katanya.

“Kita ambil keputusan untuk tidak (undi) berbelah bahagi, (kerana) tidak mahu ganggu di peringkat awal.

“Hal ini kerana ada gambaran tidak tepat dalam kalangan rakyat, kalau kita tolak sepenuhnya, ia akan menyebabkan terjejasnya gaji penjawat awam, elaun buat petugas barisan hadapan dan kemudahan lain serta bantuan rakyat,” katanya di Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Dewan Rakyat meluluskan RUU Perbekalan 2021 di peringkat dasar melalui undian suara selepas sebahagian besar Ahli Parlimen, termasuk pembangkang tidak menyokong cadangan undian secara belah bahagi.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengumumkan perkembangan itu selepas mendapati majoriti suara Ahli Parlimen menyokong Belanjawan 2021.

Sebaliknya, Anwar menegaskan pada minggu hadapan, semasa perbahasan di peringkat jawatankuasa dan bacaan RUU Perbekalan peringkat ketiga, blok pembangkang akan menolak Belanjawan 2021 sekiranya ia tidak memenuhi aspirasi rakyat.

“Minggu depan kita akan bertarung dengan lebih sengit kerana kita akan dengar perincian. Ini hanya pusingan pertama, perbahasan lebih teliti akan dilakukan di peringkat jawatankuasa bermula Isnin depan. Kita akan ambil keputusan untuk undi belah bahagi.

“Ia sekiranya beberapa kementerian bercanggah dengan pendirian kita dalam soal pengurusan kerajaan, penyelewengan, peruntukan untuk Jasa.

“Ini kita akan teruskan pada Isnin. Kita menolak belanjawan ini dari segi prinsipnya,” katanya.

Tambahnya, beberapa isu membabitkan elaun untuk petugas barisan hadapan, bantuan bagi rakyat miskin seperti kelompok petani dan nelayan tidak dihiraukan kerajaan dan perkara inilah yang akan dibawa semasa perbahasan di peringkat jawatankuasa.

Perbahasan Belanjawan 2021 akan diteruskan ke peringkat jawatankuasa. Pusingan undian seterusnya akan menyaksikan sama ada belanjawan tersebut diluluskan dengan sebarang pindaan atau sebaliknya.

Difahamkan pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memenuhi dua tuntutan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, iaitu melanjutkan moratorium ke atas pembayaran pinjaman bank dan membolehkan pencarum mengeluarkan sehingga RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2020 09:56 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2020 09:56 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahkah. Point nya bang non? Nk bagitau yg MP dgr ckp bang non ya? OK fineeeee aku percaya... Aku percaya (dgn nada pelakon bertelekung dlm pementasan dlm man laksa)
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 10:09 PM | Show all posts
aku sebenarnya melopong jugakla tadi.wtf?rupanya baru stage 1.x tau pun ada 3 stage.baru aku teringat bajet thn lepas peruntukan kementerian wanita hampir dibakul sampahkan, aku x tau apa sbb.ph leka kot?tapi aku ingat lagi hannah yeoh suruh ingat muka2  yg tolak  ..antarannya MIL mira filzah.jadi boleh jela tolak peruntukan jasa tu.sbb dia tak remove...cuma reduced.istana pun happy sbb matang katanya.tapi aku sebenarnya kecewa dr dzul.sbb katanya mlm smlm dah keluar arahan.yg macam s.alam,sepang tu aku tak heran.warisan,ss pun dah x mo follow atuk ular
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2020 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
bangnon ni mesti bagi arahan kat grup wassap yg takde PAN kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2020 10:20 PM | Show all posts
[youtube]FwPjfEzi9p0[/youtube]
Round Pertama Kita Bagi Laluan, Minggu Depan Kita Bertarung - Anwar Ibrahim
1,480 views • Nov 26, 2020

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2020 10:30 PM | Show all posts
bakingsoda replied at 26-11-2020 02:16 PM
bangnon ni mesti bagi arahan kat grup wassap yg takde PAN kan?

Atau lambat buka Whatsapp...


Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 26-11-2020 10:09 PM
aku sebenarnya melopong jugakla tadi.wtf?rupanya baru stage 1.x tau pun ada 3 stage.baru aku teringa ...

Ada 4 peringkat sebenarnya, bacaan pertama, bacaan kedua petang td.. peringkat jawatankuasa, n bacaan ketiga
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku benci, benci, benci.. Kata mat sabu dlm satu ceramah
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 10:41 PM | Show all posts
aku ni baru tau...ingtkan bila bentang belnjawan tu... terus settle gitu je...

rupanya ada lg kisah terima bangkang nya....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 10:57 PM | Show all posts
Technically, susah nak tolak tadi dengan banyak perubahan yang menguntungkan rakyat. Di peringkat jawatankuasa at least dorang boleh tolak budget dengan lebih specific, contoh JASA dan apa apa budget yang tidak menuntungkan rakyat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2020 12:03 PM | Show all posts
Sabar warga forum, masih boleh ditolak nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2020 12:04 PM | Show all posts
Tolak ka apa ka

PH DAP dah tak relevan

sama nasib dengan Parti Komunis Malaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2020 12:07 PM | Show all posts
dizekni replied at 27-11-2020 04:04 AM
Tolak ka apa ka

PH DAP dah tak relevan

Sebaiknya saudara pergi ambil wuduk untuk solat Jumaat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2020 12:09 PM | Show all posts
I.am.PH replied at 27-11-2020 12:07 PM
Sebaiknya saudara pergi ambil wuduk untuk solat Jumaat...

Sentiasa ambil

sebelum ke masjid ambil lagi

saudari nampaknya masih komited untuk tarik Melayu sokong
DAP nampaknya

walopun hasilnya makin ke laut

tak pe la, kipidap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2020 12:49 PM | Show all posts
dizekni replied at 27-11-2020 04:09 AM
Sentiasa ambil

sebelum ke masjid ambil lagi

Loke arah MP DAP tak minta undi belah bahagi selepas terima mesej Anwar
FMT Reporters -November 27, 2020 6:58 AM



PETALING JAYA: Ketua Whip DAP, Loke Siew Fook memohon maaf dan akan mengambil tanggungjawab penuh kerana mengarahkan ahli Parlimen partinya tidak bangun meminta undi belah bahagian bagi menolak Belanjawan 2021 di peringkat dasar semalam.

Katanya, arahan itu dibuat selepas menerima mesej daripada ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, jika pembangkang menolak belanjawan di peringkat dasar, Perikatan Nasional akan memainkan sentimen dengan mendakwa kami mengingkari nasihat Yang di-Pertuan Agong dan menyebabkan gaji penjawat awam tidak dibayar, tidak menyokong bantuan untuk B40, menyekat elaun sara hidup bagi petani serta nelayan.

“Saya faham ramai ahli dan penyokong DAP sangat kecewa dengan keputusan ini dan mengkritik tindakan kami.

“Saya memohon maaf secara terbuka, jika anda merasakan keputusan ini salah,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Loke yang juga setiausaha organisasi DAP berkata, keputusan itu tidak bermakna pembangkang menyokong Belanjawan 2021 sepenuhnya.

“Ada perkara yang kita boleh setuju dan sokong, seperti pembayaran gaji untuk kakitangan awam, elaun khas untuk petugas barisan depan, bantuan tunai kepada rakyat, subsidi gaji untuk majikan, peruntukan untuk pengangkutan seperti MY30 dan lain-lain peruntukan yang memberi manfaat terus kepada rakyat.

“Namun, banyak juga peruntukan yang kita tolak seperti peruntukan RM85 juta untuk JASA, pemotongan peruntukan untuk pelbagai jenis aliran sekolah dan isu lain yang dibangkitkan oleh ahli Parlimen pembangkang.”

Katanya, pembangkang akan meminta undi belah bahagi untuk menolak peruntukan bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia kerana JASA ialah agensi di bawah kementerian itu.

Beliau berkata, perkara yang tidak dipersetujui pembangkang dalam Belanjawan 2021 akan dibantah dalam perbahasan peringkat jawatankuasa mulai Isnin depan.

Terdahulu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021 di peringkat dasar melalui undian suara, selepas sebahagian besar ahli Parlimen, termasuk pembangkang tidak menyokong cadangan undi belah bahagi.

Hanya 13 ahli Parlimen yang bangun menyokong cadangan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) untuk undi belah bahagi diadakan berbanding syarat minimum 15 ahli Parlimen untuk menyokong cadangan itu.

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2020 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kencing la..kalau da sampai peringkat jawatankuasa Tu.. tinggal nak endorse je

Walaupun 13 yg berdiri Tu layak dikecam tapi at least diaowg Ada pendirian Dalam politik

Berbanding Yang duduk tapi kat luar Dewan duk pung pang pang .. mana pendirian diaowg ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2020 11:48 AM | Show all posts
Belanjawan 2021: Perbahasan peringkat jawatankuasa dijangka 'panas'
Astro Awani November 30, 2020 10:06 MYT



KUALA LUMPUR: Sesi Dewan Rakyat yang menyambung persidangan hari ini dijangka terus panas dengan tumpuan sudah semestinya ke arah perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan 2021) peringkat jawatankuasa.

Perbahasan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa dijangka bermula pada 11 pagi ini dan dijadual berlangsung selama 10 hari hingga 15 Disember.

Sebanyak 27 kementerian akan menggulung perbahasan dan persoalan yang dibangkitkan Ahli-Ahli Parlimen semasa sesi tersebut.

Hari ini, dua kementerian iaitu Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan akan memulakan perbahasan dengan sesi penggulungan dan undian dijangka diselesaikan sebelah petang.

Menurut aturan mesyuarat, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz turut dijadual membentangkan RUU Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Pindaan) 2020 bagi bacaan kali pertama.

Difahamkan sebanyak dua atau tiga kementerian akan menggulung perbahasan setiap hari sehingga hari terakhir perbahasan RUU.

Antara isu panas yang dijangka menjadi pertikaian ialah peruntukan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang dijenamakan semula sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), pengagihan peruntukan RM620 juta bagi penyelenggaraan 10,223 sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan, dan isu peruntukan melawan pandemik COVID-19.

Kelulusan RUU berkenaan akan membolehkan kerajaan menggunakan dana di bawah Kumpulan Wang Disatukan untuk tujuan perbelanjaan negara bagi tahun depan.

Sesi penggulungan RUU bacaan ketiga ini penting untuk membolehkan setiap peruntukan diunjurkan dalam Belanjawan 2021 selepas dua minggu dibahaskan di Dewan Rakyat dan diluluskan pada peringkat dasar pada 26 November lalu.

Perbahasan peringkat jawatankuasa ini juga dijangka panas susulan kenyataan daripada pemimpin pembangkang yang dijangka tidak akan memberi laluan mudah untuk mencapai kelulusan Belanjawan 2021.

Belanjawan 2021 memperuntukkan RM322.5 bilion iaitu RM236.5 bilion disediakan untuk perbelanjaan mengurus, RM69 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, RM17 bilion kepada Kumpulan Wang COVID-19.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.316889 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list