CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9831|Reply: 131

[Tempatan] Update: Jurujual mabuk sebabkan kematian operator kilang didakwa

[Copy link]
Post time 28-11-2020 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by antikorokprovok at 30-11-2020 02:04 PM

Operator kilang maut dirempuh pemandu mabuk

KAJANG - Seorang operator kilang maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai mabuk dalam kejadian di Kilometer 4 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi, kereta Mercedes Benz yang dipandu lelaki berusia 41 tahun itu dalam perjalanan dari pekan Kajang menghala ke Plaza Tol Lekas.

“Sebaik tiba di lokasi, pemandu yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol itu melanggar dari arah belakang sebuah motosikal jenis Modenas dinaiki seorang lelaki berusia 37 tahun.

"Rempuhan itu menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, menurut saksi yang melihat kejadian memaklumkan kereta itu dipandu laju dalam keadaan ‘zig zag’ selepas melepasi Plaza Tol Lekas sebelum merempuh motosikal mangsa.
Katanya, ujian alkohol dilakukan terhadap pemandu itu mendapati kandungan alkohol melebihi paras dibenarkan.

"Soal siasat pemandu terbabit mengaku ada minum minuman keras sebelum kejadian," katanya.

Tambahnya, pemandu terbabit yang tidak mengalami sebarang kecederaan ditahan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Sinar Harian
https://www.sinarharian.com.my/article/112201/BERITA/Tragedi/Operator-kilang-maut-dirempuh-pemandu-mabuk


Arwah meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak yang masih kecil.
Semoga roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2020 01:56 PM | Show all posts
Edited by antikorokprovok at 30-11-2020 02:39 PM

Jurujual mabuk sebabkan kematian operator kilang didakwa

BERNAMA


JURUJUAL, Hoi Kew Seng, 41, diringi polis ke mahkamah bagi menghadapi tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang operator kilang di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) di Mahkamah Majistret Kajang. NSTP/Hairul Anuar Rahim


Kajang: Seorang jurujual mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang operator kilang di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Jumaat lalu.

Tertuduh Hoi Yew Seng, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain.

Mengikut pertuduhan, Hoi didakwa memandu kereta di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian penunggang motosikal, Nelzin Didal Mat Lazim, 44, di kilometer 3.8 LEKAS, Hulu Langat di sini, pada 11.35 pagi, 27 Nov lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 44 (1) (b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda RM50,000 serta hilang kelayakan memandu selama 10 tahun.

Terdahulu, Hoi yang berada di dalam kandang tertuduh hanya menundukkan kepala sepanjang prosiding yang bermula jam 10.30 pagi.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairul Iqram Hairuddin menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Tan Teck Yew memohon mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dengan alasan perniagaan anak guamnya sangat terjejas sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula.

"Tertuduh juga mempunyai tiga anak yang masih bersekolah serta isteri tidak bekerja," katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah.

Syahrul Sazly turut menetapkan 4 Februari tahun hadapan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 02:12 AM | Show all posts
bagi kad oku lepas la tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kit pemandu mabuk:

Kad OKU
Jurubahasa
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Hurrrmmm....semoga terbela la kematian mangsa
Mcm jln makbapak dia je bw kete sesedap kepala tingtong dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
tak apa..esk lusa masa bawa ke mahkamah muncul la kad OKU mcm kes AMOI PEMBUNUH kat penang tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2020 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku antara penyokong arak diharamkan terus di Malaysia ni sebab aku  benci gila kes pemandu mabuk melanggar mati orang.  Dan bunuh terus pemandu2 mabuk ni....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Bape kali nak cakap, bukan arak yg salah, tapi peminum arak yg salah.. Ada paham??

- Pendewa Arak petala langit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2020 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Ustaz kata aarak tu hak yg.diberi allah kpd.kapir hokay. Jangan bantah.



https://youtu.be/lIZEatmRCTY
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukankah Nabi Avraham pbuh yang cipta arak, discoverer pleasure of the vines?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
nanti siti kasim cakap tak beriman kalau tembak pemandu mabuk tak?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni protes sbb xde arak jual kt 7e ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah pada keluarga mangsa..sedih jugak lah baca. Balik kerja ditimpa musibah


Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemandu mabuk tak salah, arak tak salah, mabuk tak salah, yg salah mangsa sebab berada di tempat kejadian - manusia bodoh hina
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Langkah had penjualan arak ikut time tu dah betul. Sepatutnya lesen penjualan arak dan beer diberi kepada kedai yg jual arak semata. Dari situ barulah lebih senang nak buat enforcement. Mcm nombor ekor boleh dibeli di kedai nombor ekor sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Lengkong replied at 28-11-2020 07:57 AM
Takziah pada keluarga mangsa..sedih jugak lah baca. Balik kerja ditimpa musibah

Tu la. Yg melanggar xde apa2 ok je. Mmg kesian pada mangsa dan Keluarga yg hilang tempat bergantung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2020 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd mangsa. Bila kerajaan atap nak hukum pemandu mabuk ni?? Xkan nak lepaskan begitu saja??
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 28-11-2020 07:10 AM
Ustaz kata aarak tu hak yg.diberi allah kpd.kapir hokay. Jangan bantah.



Ni kalau Mujahid yg cakap, seluruh ummah Kelantan turun padang merbok utk berguling. Apa kata lobai @dino @dizekni terhadap ucapan ini ya?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 28-11-2020 07:17 AM
Bukankah Nabi Avraham pbuh yang cipta arak, discoverer pleasure of the vines?

Ostad2 pon cakap sungai di shorga itu berperisa arak yah. Hadap sgat nak minum arak Ostad2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 28-11-2020 08:37 AM
Ostad2 pon cakap sungai di shorga itu berperisa arak yah. Hadap sgat nak minum arak Ostad2 ni.

Iya, di sorga nanti ada sungai-sungai arak yang mengalir lazuart, tetapi menurut mereka jua, arak di sorga tidaklah memabukkan katanya, Wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg x have2 pon blh lepas. Inikan pulak have2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.306371 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list