KAJANG - Seorang operator kilang maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai mabuk dalam kejadian di Kilometer 4 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi, kereta Mercedes Benz yang dipandu lelaki berusia 41 tahun itu dalam perjalanan dari pekan Kajang menghala ke Plaza Tol Lekas.
“Sebaik tiba di lokasi, pemandu yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol itu melanggar dari arah belakang sebuah motosikal jenis Modenas dinaiki seorang lelaki berusia 37 tahun.
"Rempuhan itu menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, menurut saksi yang melihat kejadian memaklumkan kereta itu dipandu laju dalam keadaan ‘zig zag’ selepas melepasi Plaza Tol Lekas sebelum merempuh motosikal mangsa.
Katanya, ujian alkohol dilakukan terhadap pemandu itu mendapati kandungan alkohol melebihi paras dibenarkan.
"Soal siasat pemandu terbabit mengaku ada minum minuman keras sebelum kejadian," katanya.
Tambahnya, pemandu terbabit yang tidak mengalami sebarang kecederaan ditahan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Arwah meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak yang masih kecil.
Semoga roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Jurujual mabuk sebabkan kematian operator kilang didakwa
BERNAMA
JURUJUAL, Hoi Kew Seng, 41, diringi polis ke mahkamah bagi menghadapi tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang operator kilang di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) di Mahkamah Majistret Kajang. NSTP/Hairul Anuar Rahim
Kajang: Seorang jurujual mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang operator kilang di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Jumaat lalu.
Tertuduh Hoi Yew Seng, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain.
Mengikut pertuduhan, Hoi didakwa memandu kereta di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian penunggang motosikal, Nelzin Didal Mat Lazim, 44, di kilometer 3.8 LEKAS, Hulu Langat di sini, pada 11.35 pagi, 27 Nov lalu.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 44 (1) (b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda RM50,000 serta hilang kelayakan memandu selama 10 tahun.
Terdahulu, Hoi yang berada di dalam kandang tertuduh hanya menundukkan kepala sepanjang prosiding yang bermula jam 10.30 pagi.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairul Iqram Hairuddin menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Tan Teck Yew memohon mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dengan alasan perniagaan anak guamnya sangat terjejas sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula.
"Tertuduh juga mempunyai tiga anak yang masih bersekolah serta isteri tidak bekerja," katanya.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah.
Syahrul Sazly turut menetapkan 4 Februari tahun hadapan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 28-11-2020 06:24 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku antara penyokong arak diharamkan terus di Malaysia ni sebab aku benci gila kes pemandu mabuk melanggar mati orang. Dan bunuh terus pemandu2 mabuk ni....
Post time 28-11-2020 08:11 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Langkah had penjualan arak ikut time tu dah betul. Sepatutnya lesen penjualan arak dan beer diberi kepada kedai yg jual arak semata. Dari situ barulah lebih senang nak buat enforcement. Mcm nombor ekor boleh dibeli di kedai nombor ekor sahaja