CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2468|Reply: 8

Historiografi Alam Melayu, Aspek Arkeologi & Kedatangan Islam

[Copy link]
Post time 28-11-2020 09:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 28-4-2021 03:43 PM

Assalamualaikum warahmatullah

berikut adalah sesi bedah buku oleh Prof Tatian Denisova


Book Club with Prof Tatiana Denisova: Sumber Historiografi
We are excited to announce a special Author's Talk session for the next Book Club with Prof Tatiana on Saturday, 28 November at 8pm via Zoom (online).

In conjunction with the release of the latest edition of her book, Sumber Historiografi Alam Melayu: Koleksi Peribadi John Bastin, Prof Tatiana will be focusing on the significance of the new chapter included in this edition, in addition to a discussion on the John Bastin collection as a whole. This is an event not to be missed for anyone with a serious interest in the history of the Malay World.

pautan asal:
https://www.facebook.com/963438850483407/videos/748107779390408/





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2021 03:45 PM | Show all posts
Dalam thread ini , saya akan kembangan isi ilmiah  bebenang ini untuk  tatapan para pembaca budiman yang mahu menambah maklumat tentang naratif sejarah Kepulauan Melayu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2021 03:49 PM | Show all posts
SEJARAH PURBA DAN ARKEOLOGI
by shajar233 | Apr 3, 2021 | Book Discussion, Sumber Historiografi Alam Melayu
Pautan asal:
https://www.utm.my/casis/blog/20 ... P3eQSUT_RR8HscDN4eE


BOOK CLUB “SUMBER HISTORIOGRAFI ALAM MELAYU (KOLEKSI PERIBADI JOHN BASTIN)”
bersama Prof. Dr. Tatiana Denisova
SESI KEDUA| 9hb JANUARY 2021 | ONLINE
Renungan dan Rumusan oleh Niswa Noralina Abdullah (pelajar Phd RZS-CASIS)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2021 03:51 PM | Show all posts
Pengetahuan tentang masa lalu adalah asas kepada kesedaran sejarah Kebangsaan sesebuah masyarakat yang memberi nilai kefahaman terhadap pengenalan asal usul diri, kepercayaan beragama, tradisi dan budaya. Kesempurnaan nilai kefahaman tidak hanya tertumpu pada proses pengislaman kepulauan Melayu tanpa memahami atau meminggirkan latar sejarah purba dan arkeologi yang pernah menjadi tumpuan pengkajian para orientalis terdahulu. Pada sesi kedua bicara buku Sumber Historiografi Alam Melayu (Koleksi Peribadi John Bastin), Profesor Tatiana meneruskan perbincangan mengenai koleksi bahan-bahan zaman pra sejarah, sejarah purba, arkeologi dan antropologi. Penentuan kelompok-kelompok bahan dalam koleksi itu mencerminkan kecenderungan pemikiran ilmiah John Bastin, antaranya beliau mempunyai beberapa karya ahli arkeologi terkenal H.G Quaritch Wales dan Alastair Lamb, pakar epigrafi dan toponimi seperti Sir Roland Braddell, J.V Mills, W. Linehan, Paul Wheatley, F.W Douglas dan ramai lagi. Sebahagian daripada tokoh-tokoh ini merupakan penggerak konsep “Greater India” yang menjurus terhadap pengaruh dan unsur-unsur kebudayaan Hindu – Buddha dalam pengkajian mereka.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2021 03:51 PM | Show all posts
Penyebaran agama dan kebudayaan Hindu berlangsung semasa kerajaan-kerajaan Melayu awal seperti Funan, Srivijaya, Majapahit dan kemasukannya telah melalui proses pengembangan yang dipelopori oleh golongan pemerintah dan Brahmin. Proses pengembangan ini dikenali sebagai Brahmanisasi (Brahmanization) atau Indianisasi (Indianization) dalam erti kata untuk menyebarkan pemikiran India. Selepas itu, agama Buddha mula meresap masuk sekitar awal abad ke 5M yang berasaskan pengajaran Hinayana, kemudiannya pada pertengahan abad ke 7M ajaran Mahayana pula mula mendapat ruang dalam amalan kehidupan masyarakat ketika itu. Menurut G. Coedes, proses indianisasi diertikan sebagai berikut :-
Indianization must be understood essentially as the expansion of an organized culture that was founded upon the Indian conception of royalty, was characterized by Hinduist or Buddhist cults, the mythology of the Puranas, and the observance of the Dharmasastras, and expressed itself in the Sanskrit language. – G. Coedes (1968), The Indianized States of Southeast Asia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2021 03:52 PM | Show all posts
Dalam koleksi peribadi John Bastin (bahagian 1 – Sejarah Purba dan Arkeologi) menyediakan daftar dalam pelbagai perkara bermula pada zaman pra sejarah sehingga kurun ke 15M – 16M. Penyusunan yang dilakukan oleh John Bastin dilihat memberi maksud bahawa kurun ke 15M hingga 16M dikategorikan sebagai “sejarah purba”, sedangkan jika diteliti secara menyeluruh, pada kurun tersebut telah bertapak kukuh agama Islam di kepulauan Melayu. Menyentuh berkaitan pembahagian periodisasi sejarah alam Melayu, para orientalis membahagikan tiga period yang berbeza iaitu (1) Zaman pra sejarah – peristiwa-peristiwa sebelum orang India datang ke alam Melayu (2) Zaman Hindu Buddha – zaman emas atau kemuncak keagungan budaya Melayu dan (3) Zaman kemerosotan budaya Melayu – zaman selepas kedatangan Islam. Periodisasi ini adalah tidak tepat kerana mengetepikan peranan Islam dan melihat seolah-olah kedatangan Islam di kepulauan ini sebagai faktor negatif yang tidak menyumbang perkembangan peradaban.


Profesor Tatiana telah mengetengahkan salah seorang tokoh utama penggerak konsep “Greater India” iaitu H.G Quaritch Wales yang mengetuai jawatankuasa penyelidikan Greater India (Field Director of the Great-India Research Committee). Sebagai seorang ahli arkeologi yang menumpukan penggalian artifak-artifak Hindu Buddha di negeri Kedah, Perak dan Johor, beliau telah mengemukakan tempoh periodisasi kedatangan dan penyebaran tamadun India yang dikenali sebagai konsep 4 Waves of Indian Cultural Expansion, (1) Amarawati (kurun ke 2 hingga ke 3M), (2) Gupta (4-6M), Pallava (55-750M) (3) Pala 75-900M). Walaupun tumpuan pengkajian beliau terhadap subjek seperti dinyatakan di atas, Wales dalam monografnya bertajuk The Making of Greater India menyatakan bahawa pengaruh tamadun India di kepulauan Melayu tidak memajukan budaya tempatan bahkan hanya dapat dilihat dari sudut adat istiadat istana, seni patung dan sastera sahaja. Hal ini menunjukkan bahawa unsur-unsur ajaran yang terkandung dalam agama Hindu Buddha tidak berjaya mempengaruhi segenap aspek kehidupan masyarakat dan penyebarannya hanya dalam lingkungan kaum bangsawan istana.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-4-2021 03:53 PM | Show all posts
Antara perkara lain yang disentuh oleh Profesor Tatiana ialah satu bentuk kajian ilmiah dalam koleksi peribadi John Bastin iaitu toponimi (analisis nama-nama tempat). Biasanya, pengkajian nama-nama (umum) dikenali sebagai “anthroponomastics”, manakala nama tempat pula disebut sebagai “toponomastic” atau toponimi dalam penggunaan yang lebih meluas. Istilah toponim (nama tempat) berasal daripada dua kombinasi perkataan Greek iaitu “topos” (tempat) dan “onoma” (nama). Makalah S.Q Fatimi bertajuk “The Identification of Jazirat al-Yaqut” menumpukan kajian terhadap nama tempat (toponim) “Jazirat al-Yaqut” yang terdapat dalam Kitab Futuh al-Buldan oleh sejarawan Islam, Ahmad al-Baladhuri (w.279H/892M). Baladhuri dalam kitabnya merujuk “Jazirat al-Yaqut” sebagai Ceylon (kini – Sri Lanka), walaubagaimanapun, S.Q Fatimi telah mengenal pasti bukti yang lebih sahih berdasarkan analisis perbandingan terhadap sumber-sumber sejarah Arab dan China terutamanya catatan-catatan oleh al-Biruni, al-Khawarizmi, al-Idrisi, Chau Ju-Kua serta tidak ketinggalan karya utama Ptolemy, Geographika Huphegesis. Sumber-sumber tersebut telah menatijahkan bahawa toponim “Jazirat al-Yaqut” adalah Sumatera (Ptolemy – Iabadiu, China – Ye-po-ti, Hindu – Yavadwipa atau Yabadiu). Di samping itu, pada bahagian akhir makalah S.Q Fatimi, begitu menarik apabila beliau menghubungkan tulisannya pada tahun 1963 bertajuk “Two Letters From the Maharaja to the Khalifah (A A Study in the Early History of Islam in the East) yang salah satu warkahnya daripada Maharaja Srindravarman kepada khalifah pada zaman Umayyah, Umar Abdul Aziz (717-719M). Warkah itu bertujuan meminta supaya khalifah Umar Abdul Aziz menghantarkan seorang alim untuk mengajar beliau tentang syariat Islam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2021 03:54 PM | Show all posts
Kajian Fatimi menafikan pandangan orientalis barat yang menyatakan kemasukan Islam ke kepulauan Melayu bermula pada abad ke 14M hingga 15M, sedangkan hubungan diplomatik antara kerajaan Melayu dengan negara luar pada masa itu telah wujud sejak abad pertama hingga ke 2M.

Maklumat utama dalam warkah tersebut yang perlu diberi perhatian dan mampu menyokong kenyataan dalam Hikayat Raja Pasai berkaitan seorang alim yang diutuskan untuk menyebarkan Islam membuktikan bahawa penyebaran Islam dilakukan secara terancang dan dirintis oleh golongan alim ulama. Hal ini dapat dibuktikan dengan kenyataan yang terdapat dalam Hikayat Raja Pasai seperti berikut :-
…. Hatta maka berapa lamanya kemudian daripada hadirat Nabi SAW wafat, maka terdengarlah khabarnya kepada Syarif yang di Makkah ada suatu negeri di bawah angin bernama Samudera, maka oleh Khalifah Syarif, maka ia menyuruh sebuah kapal akan membawa segala perkakas alat kerajaan ke negeri Samudera. Setelah sudah kapal itu lengkap, maka disuruh Syarif Syeikh Ismail itu singgah ke negeri Mengiri. Setelah sudah maka Syeikh Ismail pun naiklah ia ke kapal maka lalu ia berlayar. Hatta maka berapa lamanya berlayar, maka sampailah ia ke negeri Mengiri itu, maka berlabuhlah ia di Teluk Mengiri. – Russell Jones (1999) Hikayat Raja Pasai

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2021 03:55 PM | Show all posts
Seterusnya, sebagai penutup bicara Profesor Tatiana menyebut tiga orang orientalis berpengaruh iaitu Roland Braddell, Paul Wheatley dan O.W Wolters. Kajian utama Braddell tentang sejarah purba bertajuk The Study of Ancient Times in the Malay Peninsula and Straits of Malacca menyediakan maklumat yang komprehensif mengenai nama-nama tempat, pertembungan pusat-pusat kebudayaan dunia dan beliau berkongsi penulisan bersama F.W Douglas yang bertajuk Notes on the Historical Geography of Malaya and Sidelight on the Malay Annals. Manakala karya Wheatley sehingga kini masih relevan ialah The Golden Khersonese yang menganalisis pelbagai sumber sejarah geografi sebagai landasan untuk mengenalpasti asal usul nama tempat sepertimana kajian Braddell. Dalam bahagian keempat (IV), Wheatley banyak merujuk sumber-sumber sejarah Arab seperti ‘Ajaib al-Hind (Buzurg Ramhurmuz), Kitab al-Masalik al-Mamalik (Ibn Khurdadhbih), Nuzhat al-Mushtaq (al-Idrisi) dan beberapa lagi yang pada asasnya berdasarkan kajian G.R Tibbetts. Akhir sekali O.W Wolters dalam karya beliau The Fall of Srivijaya in Malay History bukan sahaja menggunakan sumber-sumber luar (Arab, Cina, Eropah) malah beliau memasukkan sumber-sumber tempatan contohnya, Sulalat al-Salatin. Oleh itu, bagi meningkatkan lagi kefahaman, para pembaca perlu mendapatkan sumber-sumber yang dinyatakan di atas secara langsung bagi meneliti perbincangan lebih mendalam.



Sesi ini juga boleh diulang tayang melalui laman web Facebook :

http://facebook.com/RZSCASIS.UTM  dan http://facebook.com/hikmafellowship
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.066147 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list