CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15187|Reply: 179

[Tempatan] Takut kahwin risau dapat suami songsang

  [Copy link]
Post time 29-11-2020 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SEPANJANG tempoh dua tahun iaitu dari 2012 hingga 2014, sebanyak 92,768 kes perceraian direkodkan berlaku di negara ini berpunca daripada mempunyai pasangan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Membaca angka itu sebesar itu, situasi ini tidak boleh dipandang enteng kerana dalam Islam sendiri, perceraian adalah perkara yang sangat tidak digalakkan untuk mana-mana pasangan.

Melihat jumlah itu, mengingatkan penulis kepada isu wanita yang memilih untuk hidup bujang meskipun usia sudah menginjak 30-an. Walaupun rakan-rakan sekeliling sudah beranak-pinak, mereka selesa hidup solo.

Apakah jumlah kes perceraian setinggi itu menjadi sebab sehingga mencetuskan ketakutan bagi golongan wanita sehingga sanggup hidup membujang gara-gara bimbang tersilap pilih? Tidak mustahil perkara itu berlaku.

Punca-punca lain seperti selesa dengan karier yang bagus, mampu berdikari serta tidak terfikir untuk berkahwin sudah biasa didengar. Akan tetapi, bagaimana pula dengan alasan takut kahwin kerana bimbang dapat suami songsang?

Apatah lagi pada era serba moden sebegini dengan kewujudan banyak platform media sosial yang menjadi lubuk kepada golongan LBGT memuaskan nafsu membuatkan golongan wanita semakin takut untuk mengenali jantina berlawanan.

Itu belum lagi menyentuh pelbagai kisah golongan lelaki yang songsang terpaksa berkahwin demi menutup ‘lubang’ ataupun tidak kurang yang dipaksa keluarga.

Laporan akhbar pada Mac lalu merekodkan bahawa lebih sejuta wanita Selangor berusia 30 tahun ke atas masih bujang. Jumlah itu diikuti dengan wanita bujang di Johor seramai lebih 600,000 orang.

Bagi yang gemar mengikuti kisah terkini dan menarik dalam laman sosial seperti Facebook dan Twitter, pastinya kisah main kayu tiga sering mendapat perhatian.

Kalau dahulu, kayu tiga selalunya membabitkan seorang lelaki dan dua wanita. Bagaimanapun, pada era serba moden dan wujudnya ramai golongan liberal yang berfikiran terlalu terbuka, sering kita dengar tentang keruntuhan rumah tangga mahupun hubungan cinta seorang wanita gara-gara dicurangi orang ketiga iaitu lelaki.

Mengulas perkara itu, Pensyarah Universiti Cyberjaya, Profesor Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub menjelaskan, ada tiga faktor paling utama mengapa wanita pilih hidup membujang.

Mengaitkan dengan isu bimbang tersalah pilih pasangan, selesa hidup bujang disebabkan ramai kawan dan saudara yang mempunyai pengalaman kegagalan dalam kehidupan berumah tangga antara sebab utama ramai wanita berstatus solo.

“Selain itu, salah satu sebab paling banyak adalah disebabkan kaum wanita sekarang kebanyakannya bekerja dan mempunyai pendapatan stabil untuk menanggung diri sendiri.

“Tidak seperti suatu ketika dahulu, si isteri bergantung kepada suami untuk mendapatkan wang sesuai dengan zaman itu yang tidak menggunakan kos tinggi dalam kehidupan seharian,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Tambah Noran lagi, faktor ketiga adalah berkaitan dengan emosi berikutan pengalaman pahit yang pernah dilalui.

“Pengalaman pahit dalam episod bercinta dan selalunya wanita agak berat untuk mengulanginya semula. Jadi, sebab itu wanita zaman sekarang tidak kisah menjalani kehidupan sendirian,” katanya lagi.

https://www.kosmo.com.my/2020/11/26/takut-kahwin-risau-dapat-suami-songsang/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2020 02:55 AM | Show all posts
Ikut nasib la.. tak dpt laki gei, terkawen lak dgn biawak hidup atau buaya darat. Doa2 jer la dpt jumpa jodoh yg sesuai.. Tapi ramai jer member2 perempuan aku yg dok single sampai umur 40an.. tgk happy jer life diorg.. cuma kdg2 meroyan jer la bila mood swing.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah semakin bertambah andartu forever di mano-mano
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 03:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Sabarlah, lom jodoh lg
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 04:26 AM | Show all posts
kalau dapat baisex, si bini masih selamat sebab laki masih bernafsu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 04:59 AM From the mobile phone | Show all posts
hamboi sedap je misrepresent angka 92678 tu

dahla 12.4k rujuk balik tak quote pulak

nak cakap gei lesbo ramai tak perlu salah guna statistik

Putrajaya: Seramai 92,678 pasangan di seluruh negara mendaftarkan perceraian masing-masing antara 2012 dan 2014 dan kebanyakan mereka baru berkahwin dalam tempoh kurang lima tahun.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2016/03/120188/92678-bahagia-hanya-seketika



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2020 05:23 AM From the mobile phone | Show all posts
My friend nak lelaki kaya punya pasal alih2 terkawen dgn si gayah..si gayah pula memang nak cari mangsa yg bleh kwen dgn dia sebab makpak dia desak dia kawen utk menutup aktiviti songsang anak dia.. alih2 lepas 6 bulan kawen n pregnant si pompuan kena cerai, si gayah mencari bontot utk ditala juga.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab no 1 ialah tiada yang mengorat kan?

Be honest.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2020 08:31 AM | Show all posts
ataupun sebab perempuan camtu kawan2 laki dia semua gay belaka. pastu sangkut dengan sorang kawan dia ataupun ex kepada kawan gay dia tu. dah ko berkawan dengan LGBT saja memang lah kebarangkalian untuk kahwin dengan gayah tu tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kelapaparut at 29-11-2020 08:42 AM

masalahnye gay2 ramai yg hensem, yg bjaya dlm kerjaya, dan nmpk mcm jantan straight, yg bkopiah pun ramai yg tu lg bhy uolz.
yg jantan sengkek muke pecah tongkang bwk lori pompuan xnak pdhal yg tu ramai straight
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Gayah jenis nak coverina ni bila dia nampak pompuan lawa, bekerjaya, pandai jaga diri.. mmg diirg tanpa segan silu je terus approach n bgtau utk tujuan kawen... they just cut the crap, sbb diorg bukan ada nervous crush kat pompuan tu pun... semua pakai logik otak je, sbb dia rasa pompuan tu cukup syarat for sure punya family approve and hidup dia pun senang sbb pompuan ni jenis berdikari dan pandai jaga diri, boleh bawak majlis lahhh....

And ada je kawan2 iols yg kawen rogayah yg hidup bahagia, maybe sbb they mutually nak companionship je, sex tu x penting sgt bg diorg.... kawan2 i rogayah ni mmg jenis appreciate sgt wife diorg sbb memenuhi impian dan naluri diorg urk settle down... i tengok diorang kemahen beli mcm2 barang branded utk wife, siap mintak i pilihkan, tolong belikan.... bab ada BF ssisi gelap tu sbb nak fulfil tuntutan nafsu semata, bukan syg pun... tp i tak judge la diorg samada still continue menggayah ke tidok.. diorang ada je anak sorang dua...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 08:44 AM | Show all posts
kelapaparut replied at 29-11-2020 08:40 AM
masalahnye gay2 ramai yg hensem, yg bjaya dlm kerjaya, dan nmpk mcm jantan straight, yg bkopiah pun  ...

hahahah choiii!
betul sangat yang last tu kaka...
selalu yang rhoper kelindan lori tu memang straight merait yang muka macam baby siap berfoundation dan janggut shaved clean bagai tu yang gegayah
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 08:47 AM | Show all posts
Zack8hunter replied at 29-11-2020 02:55 AM
Ikut nasib la.. tak dpt laki gei, terkawen lak dgn biawak hidup atau buaya darat. Doa2 jer la dpt ju ...

klu dpt lelaki yg bertanggungjawab pun bahaya
takut2 nti anak omak


Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Perempuan jugak jd mangsa kan? Tak penah lg aku dengar lelaki takut kawen sbb takut bini lesbian
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 29-11-2020 08:47 AM
klu dpt lelaki yg bertanggungjawab pun bahaya
takut2 nti anak omak

Gayah2, kalau rasa tak boleh tolak kote & jantan, jangan kawen. Kesian bini korang... Iols cakap dekat member iols yg pompuan, jangan cari laki gay. Tapi, jantan straight ni kalau gayah raba paha pun dia layan jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 29-11-2020 08:44 AM
hahahah choiii!
betul sangat yang last tu kaka...
selalu yang rhoper kelindan lori tu memang str ...

tu la bg akka yg muke pch longkang tu sbnrnye hot dr muke babyface, tp akka ade tanye kwn gayah akka, dieorg trend skrg suke muke pecah tongkang jugak skrg ni, kwn akka kate rupe xkesah jaman skrg tp brg kne tip top, akka xtau brg ape maksud kwn gayah akka tu.. pastu kwn gayah akka tu kate abam2 buncit hot daddy tu sedap, helloo yg perut buncit daddy 30an 40an pun korang nak brebut dgn pompuan straight mcm iols, carilah jantan2 mude muke flawless 6 pax tu kan, tu kan taste korang, tinggalkanlah yg buncit2 tu kat kiteorg k
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2020 09:05 AM | Show all posts
kelapaparut replied at 29-11-2020 09:00 AM
tu la bg akka yg muke pch longkang tu sbnrnye hot dr muke babyface, tp akka ade tanye kwn gayah ak ...

okla tu dorang dah beralih arah

peluang utk dpt jantan sedap utk dijilatin

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
ai tak minat lelaki kulit cerah gara gara ni la...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Ceramah agama kat tv mcm oasis ke tv hijrah ke ustaz2 nya jarang nak berdakwah isu gay ni. Sedangkan patutnya banyakkan berdakwah utk insafkan golongan ini supaya tak jadi mcm umat nabi luth.  Atau tgk apa yg jadi kat masyarakat pompei. Kena info kat golongan lelaki ni azab yg tuhan turunkan mcamana. Kat masjid pun jarang geng2 ust ni nak sentuh bab ni. Yg sibuk nak cerita isu poligami je
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Awat ada gambar wartawan eksekutif ni?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.082138 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list