CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: safriehalim

[Jenayah] Campak cucu tiri setelah gagal rogol ibunya.

  [Copy link]
Post time 7-12-2020 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 6-12-2020 08:16 PM
Bukan siam kak jgn sebut siam, nnt adik badik arwah ayah adam ni marah lak.
Baru dapat tau hubung ...

Oo.. x tahu pulak kalau sebut nampak macam pun diaorg nak marah. Maaf..
Ada yg masuk fb clarify apa2 kat netizen ke? Akak buka fb masuk group DIY je tgk hasil diaorg buat mcm2 sepjg PKPB/PKPP. Hi hihihih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2020 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
iminidin replied at 7-12-2020 01:38 AM
itu ler pasey nya..
ha..
hal umah tangga share kat medsoc..

Post ni buat akak terpaksa back log kejap..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2020 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
iminidin replied at 1-12-2020 06:40 PM
dak aih.. bapa Adam asal orang Penang. Menetap di KL

Oo.. Ingat org negara jiran. Sebab tgk Mak Adam pakai tudung mcm org sana.
Natural causes rupanya. Moga roh keduanya tenang disana..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2020 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 2-12-2020 03:44 PM
Rasanya ada pergelutan ni berlaku dlm rumah bila pak tiri tu nk rape anak tiri dia.
Dh lama kut men ...

Isterinya dihempuk kepala ke dinding. Tu yg berdarah2 tu masa tu .
Ada berita ke kenapa nenek di ICU? Xde terjumpa pun maklumat lanjut kecederaan yg dia alami.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2020 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 7-12-2020 07:24 AM
Kim ada balas yang dia tak dapat nk dengar luahan ke, pasal nk ungkit apa2 ke buat masa skrg ni, ...

betoi..
banyak buruk dari baik apa2 yg di share ke medsoc...

bila baca respond family arwah kushairi pun rasa tak sedap.. tapi nak ckp mcm mna.. depa pun rasa ralat, bertahun nak jumpa si Adam ni.. tengok tragedi mcm ni lak.. "Allah jawab semua doa dan solat hajat Apak.. nak sangat jumpa Adam. rindu sgt.. takpe lah dpt jumpa dah jadi jenazah pun..." apa perasaan? bertahun atoknya rindukan cucu....

maybe masing2 emosional lg..
kena amik masa.. tempoh utk bertenang..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2020 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 7-12-2020 08:52 AM
Post ni buat akak terpaksa back log kejap..

sy cerita pun sebelah pihak je Kak Leen.. kita tak dok dlm family depa..
mana2 ibu pastinya sangat terkesan bila bab2 kehilangan anak.. dan suami..


sure lah trauma.. kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2020 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
iminidin replied at 7-12-2020 10:16 AM
sy cerita pun sebelah pihak je Kak Leen.. kita tak dok dlm family depa..
mana2 ibu pastinya sanga ...

Ya kan.. Tu sebab akak x nak judge mak sedara arwah atau Mak arwah sendiri. Sebab kita x tau kisah dalaman.
Neneknya dah keluar ICU ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2020 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Shayang at 7-12-2020 11:44 PM
Kak-Leen replied at 7-12-2020 10:31 AM
Ya kan.. Tu sebab akak x nak judge mak sedara arwah atau Mak arwah sendiri. Sebab kita x tau kisah ...


Sempat follow ig mak adam tu masa ig dia public kejap, so dapatlah baca igs dia bagai.
Ramai minta dia cerita apa yg jd masa hari kejadian tu tapi lawyer minta jgn cerita apa2  kat socmed hingga si bangsat tu ke tali gantung.
Ok dia sebut si bangsat ya, maknanya dia mmg nak keadilan tuk anak dia.
Harap yg tuduh bukan2 tu rentikanlah.
Dalam kejadian ni dorang ni semua mangsa patutnya kita ada sikit rasa empati dengan apa yg dorang ni alami.Ujian dia ni dah cukup besar rasanya kalau kita2 ni kat tempat dia mau mental gaknya.Dahlah diuji dengan ipar duai yang emm paham2 sendirilah ye nasib mana2 wanita yg menjadi balu.
Dia pun belum keluar hospital ni pun baru lepas operate, tak silap tulang pelvis dia patah/retak.

Buat masa ni tak perlu la kita judge dorang patutnya doakan semoga dorang ni pulih drpd kecederaan dan trauma.
Dorang sampai pindah rumah, mungkin tak sanggup lagi duk umah yang meninggalkan kenangan paling pahit tu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2020 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 7-12-2020 11:39 PM
Sempat follow ig mak adam tu masa ig dia public kejap, so dapatlah baca igs dia bagai.
Ramai mi ...

Itu la.. X nak judge. Dan simpati sangat sebab kehilangan anak dgn cara yg kejam mcm ni.
Akak menunggu je kes ni bicara dan keluar la apa kejadian pagi tu sampai si b lompat kat dia tu.  Moga dipermudahkan kesembuhan diaorg anak-beranak.
Kat mana nak tgk update ttg nenek Adam ek? Akak nak tahu juga kecederaan dia sampai dimasukkan ke ICU.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2020 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 8-12-2020 04:58 PM
Itu la.. X nak judge. Dan simpati sangat sebab kehilangan anak dgn cara yg kejam mcm ni.
Akak me ...

Itulah dorang pun takde update pun pasal mak dia tu,nak tanya pun segan nanti la try nak tanya.

Ada nampak video kat fb masa bulan 10 tu arwah adam tu lukis ikan ditemani datuk tiri tu.Elok je datuk tiri tu layan dia suara pun lembut mcm atuk2 layan cucu.Tak nampak muka datuk tu tapi dengar la suara dan nampak tangan dia tunjuk2 gambar ikan. Adam pun nampak mesra je dengan dia takda takut2 pun.

Entah apa jadi pada hari tersebut sampai dia tergamak campak budak tu.Dia memang tengah tak waras ke apa.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2020 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 8-12-2020 05:54 PM
Itulah dorang pun takde update pun pasal mak dia tu,nak tanya pun segan nanti la try nak tanya.

...

Hari tu keluar article kata dia on drugs masa tu. Tu yg masih boleh sengeh lepas lompat dan terlentang hari tu. Tp akak harap apapun keadaan dia masa tu, jangan la dilepaskan begitu saja..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2020 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuhhh sakit pulak ati kita lepas baca serangan2 kat fb kim tu.. sampai ati dorang provok ibu yg baru hilang anak, baru lepas hadap pengalaman dasyat dalam hidup. Mmg elok la kim & family jauhkan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2020 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 8-12-2020 06:08 PM
Hari tu keluar article kata dia on drugs masa tu. Tu yg masih boleh sengeh lepas lompat dan terlen ...

Taktau plak tapi dia memang dlm keadaan tak betul je kan boleh tersengih2 gitu.
Kalau ikut kata kim, mak kepada adam tu dia memang nak fight keadilan buat ank dia tu.
Dia berharap mental dan fizikal dia semakin pulih dan kuat.
Buat masa ni dia kena sembuh dulu mungkin akan ambil masa tapi insya Allah masa akan mengubati semua.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2020 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
bictoria replied at 8-12-2020 07:19 PM
Fuhhh sakit pulak ati kita lepas baca serangan2 kat fb kim tu.. sampai ati dorang provok ibu yg baru ...

Kan.. tambah plak yang provok tu bukan orang lain dikira keluarga la juga.
Bukan nak bantu orang yang ditimpa musibah tu sibuk dengan terkilan dia je tak abis.
Ada dorang tolong carikan rumah baru, kemas barang rumah, bersihkan kesan darah? Bergilir jaga kat hospital? Nope,takat carikan tanah kubur yg sama ngn arwah ayah adam tu je tu pun bukanlah penting sgt cuma nak menyenangkan dorang nak melawat je kebumi kat mana tak penting pun.
Fikir sendirilah kenapa orang jauhkan diri kalau dah masing2 mulut gitu.Berulang kali duk hina kata tak sekufu dan keturunan entah apa2.
Kalau aku pun angkat kaki seram ipar duai mulut camtu.
Kononnya tak jumpa bagai tapi socmed tahu plak kan.
Pastu dorang gak yang ngaku tak bagi nafkah iddah dan tak bagi duit arwah pada Kim tu.
Kalau pun bengang ada benda tak puas hati dengan Kim tu tak boleh ke tunggu masa sesuai.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2020 08:38 AM | Show all posts
Apa info mutakhir tentang kes jenayah ini?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 01:06 PM | Show all posts

Lelaki Nigeria didakwa membunuh cucu tiri

kelapaparut replied at 29-11-2020 04:55 PM
xmabuk xhigh, xtau sbb ape mcm kepuasan sgt lps bunuh org omg..nanti iols korek lg

                                                        PETALING JAYA – Seorang lelaki warga Nigeria yang dipercayai bertindak mencampak cucu ti­rinya dari tingkat tiga di Apartmen Villa Danau, Setapak pada 30 November 2020 dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, suspek berhadapan lima pertuduhan di mahkamah termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Menurut beliau, lelaki itu turut berhadapan pertuduhan Seksyen 307 (cubaan membunuh), Seksyen 325/326A (mendatangkan kece­deraan), Seksyen 377 CA (kesalahan seksual) dan Seksyen 309 (cubaan membunuh diri) yang masing-masing di bawah Kanun Keseksaan.

“Kertas Siasatan telah dimajukan kepada Jabatan Peguam Negara Putrajaya pada 10 Disember lalu pada pukul 9.40 pagi dan arahan pertuduhan keatas suspek telah diterima.

“Suspek telah dituduh di mahkamah pada 11 Disember 2020 di bawah Seksyen 302, Seksyen 307, Seksyen 309, Seksyen 325/326A dan Seksyen 377 CA KK,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Nik Ros Azhan berkata, suspek berusia 42 tahun itu bagaima­napun mengaku tidak salah di mahkamah dan kini ditahan di penjara.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, warga Nigeria tersebut dipercayai bertindak mencampak cucu tirinya dari tingkat tiga Apartmen Villa Danau gara-gara berang gagal merogol anak ti­rinya.

Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, mangsa, Muhammad Adam Sufi Muhd. Norkhusairi, 4, ditemui maut dalam keadaan tidak berseluar sebelum disusuli de­ngan kejadian suspek bertindak terjun dalam keadaan bogel.

Pemeriksaan awal polis mendapati suspek dipercayai mengalami masalah mental kerana mengambil ubat-ubatan berkaitan penyakit tersebut.

Bagaimanapun, polis beberapa hari kemudian mengesahkan warga Nigeria tersebut tiada masalah mental selepas menjalankan siasatan ke atas anak tirinya dan penghuni lain yang tinggal di rumah tersebut bersama suspek.


P/S: Semoga dia diusir keluar dari Malaysia tercinta ini.

               
                               

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2020 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat bandar sunway lagoon ramai niggers ni..style pun mcm samseng..heran jugak hampir setahun pkp byk eh duit depa duk mesia...keje apa..nk kata student mcm bkn umur student..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 7-12-2020 10:39 PM
Sempat follow ig mak adam tu masa ig dia public kejap, so dapatlah baca igs dia bagai.
Ramai mi ...

Aku memula fikir bkn juga pasal kuarga terdekat arwah ni.. Kita (aku) org luar mmg mudah judge itu ini. Sebuk tanya itu ini kenapa kenapa. Semoga aku lebih manusiawi la lps ni.. Dan harap sgt hukuman tiada maaf utk si pelaku tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 14-12-2020 01:06 PM
PETALING JAYA – Seorang lelaki warga Nigeria yang dipercayai bertindak mencampak cucu ti&# ...

Aik haritu kata ada masalah mental? Patutlah kim tu siap bersumpah akan pastikan suspek mendapat balasan. Dia kata nyawa dibalas nyawa.
So memang mental ke idok?
Kalau peguam bela dia dapat sahkan dia mental akan selamat kah beliau??
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 05:05 PM | Show all posts

Lelaki Nigeria campak cucu tiri didakwa di hospital

Suchi replied at 14-12-2020 10:31 PM
Aik haritu kata ada masalah mental? Patutlah kim tu siap bersumpah akan pastikan suspek mendapat b ...


Laporan Sinar Harian mengenai lelaki Nigeria yang mencampak cucu tirinya berumur empat tahun dari tingkat tiga sebuah apartment di Danau Kota 29 November lalu.



KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Nigeria yang tular dalam kes mencampak cucu tirinya, didakwa di Hospital Kuala Lumpur pada 11 Disember lalu.

Ibekwe Emeka Augustine, 42, didakwa atas enam pertuduhan membunuh, cubaan membunuh, melakukan seks tanpa rela, mencederakan, cubaan bunuh diri dan memasukkan dadah dalam badan.

Dia didakwa di hospital berkenaan kerana masih menerima rawatan akibat kecederaan selepas terjun dari tingkat tiga rumahnya.

Pertuduhan dibaca dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Emilia Kaswati Mohamad Khalid.

Mengikut pertuduhan pertama, Augustine didakwa membunuh cucu tirinya yang berusia empat tahun.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Bagi pertuduhan kedua, dia mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan perhubungan seks dengan anak tirinya yang berusia 25 tahun tanpa kebenarannya dan dia dituduh mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, bagi pertuduhan cubaan membunuh, menyebabkan cedera parah ke atas isterinya, memasukkan dadah dalam badan dan cubaan bunuh diri, dia mengaku bersalah atas tuduhan yang dibuat.

Bagi pertuduhan cubaan membunuh anak lelaki kandungnya yang berusia tujuh tahun, dia dipertuduhkan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan hendaklah dikenakan denda.

Augustine didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas isterinya yang berusia 48 tahun dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 325 yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum tujuh tahun dan hendaklah dikenakan denda.

Sementara bagi pertuduhan cubaan bunuh diri, dia dituduh mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan bagi tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin bagi kesemua kesalahan memandangkan dia turut didakwa atas kesalahan membunuh.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di sebuah unit sebuah pangsapuri di Danau Villa, Setapak di sini antara jam 7.45 hingga 8.15 pagi pada 29 November lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Shahrizzat Amadan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 11 Januari tahun depan sebagai sebutan semula kes dan menjatuhkan hukuman.

Pada 29 November lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut, dipercayai dicampak datuk tirinya yang juga warga Nigeria berusia 42 tahun.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, berdasarkan keterangan rakan dan keluarga, suspek berusia 42 tahun itu didakwa mengalami masalah mental.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.112598 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list