CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: safriehalim

[Jenayah] Campak cucu tiri setelah gagal rogol ibunya.

  [Copy link]
Post time 8-12-2020 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 8-12-2020 05:54 PM
Itulah dorang pun takde update pun pasal mak dia tu,nak tanya pun segan nanti la try nak tanya.

...

Hari tu keluar article kata dia on drugs masa tu. Tu yg masih boleh sengeh lepas lompat dan terlentang hari tu. Tp akak harap apapun keadaan dia masa tu, jangan la dilepaskan begitu saja..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2020 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuhhh sakit pulak ati kita lepas baca serangan2 kat fb kim tu.. sampai ati dorang provok ibu yg baru hilang anak, baru lepas hadap pengalaman dasyat dalam hidup. Mmg elok la kim & family jauhkan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2020 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 8-12-2020 06:08 PM
Hari tu keluar article kata dia on drugs masa tu. Tu yg masih boleh sengeh lepas lompat dan terlen ...

Taktau plak tapi dia memang dlm keadaan tak betul je kan boleh tersengih2 gitu.
Kalau ikut kata kim, mak kepada adam tu dia memang nak fight keadilan buat ank dia tu.
Dia berharap mental dan fizikal dia semakin pulih dan kuat.
Buat masa ni dia kena sembuh dulu mungkin akan ambil masa tapi insya Allah masa akan mengubati semua.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2020 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
bictoria replied at 8-12-2020 07:19 PM
Fuhhh sakit pulak ati kita lepas baca serangan2 kat fb kim tu.. sampai ati dorang provok ibu yg baru ...

Kan.. tambah plak yang provok tu bukan orang lain dikira keluarga la juga.
Bukan nak bantu orang yang ditimpa musibah tu sibuk dengan terkilan dia je tak abis.
Ada dorang tolong carikan rumah baru, kemas barang rumah, bersihkan kesan darah? Bergilir jaga kat hospital? Nope,takat carikan tanah kubur yg sama ngn arwah ayah adam tu je tu pun bukanlah penting sgt cuma nak menyenangkan dorang nak melawat je kebumi kat mana tak penting pun.
Fikir sendirilah kenapa orang jauhkan diri kalau dah masing2 mulut gitu.Berulang kali duk hina kata tak sekufu dan keturunan entah apa2.
Kalau aku pun angkat kaki seram ipar duai mulut camtu.
Kononnya tak jumpa bagai tapi socmed tahu plak kan.
Pastu dorang gak yang ngaku tak bagi nafkah iddah dan tak bagi duit arwah pada Kim tu.
Kalau pun bengang ada benda tak puas hati dengan Kim tu tak boleh ke tunggu masa sesuai.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2020 08:38 AM | Show all posts
Apa info mutakhir tentang kes jenayah ini?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 01:06 PM | Show all posts

Lelaki Nigeria didakwa membunuh cucu tiri

kelapaparut replied at 29-11-2020 04:55 PM
xmabuk xhigh, xtau sbb ape mcm kepuasan sgt lps bunuh org omg..nanti iols korek lg

                                                        PETALING JAYA – Seorang lelaki warga Nigeria yang dipercayai bertindak mencampak cucu ti­rinya dari tingkat tiga di Apartmen Villa Danau, Setapak pada 30 November 2020 dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, suspek berhadapan lima pertuduhan di mahkamah termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Menurut beliau, lelaki itu turut berhadapan pertuduhan Seksyen 307 (cubaan membunuh), Seksyen 325/326A (mendatangkan kece­deraan), Seksyen 377 CA (kesalahan seksual) dan Seksyen 309 (cubaan membunuh diri) yang masing-masing di bawah Kanun Keseksaan.

“Kertas Siasatan telah dimajukan kepada Jabatan Peguam Negara Putrajaya pada 10 Disember lalu pada pukul 9.40 pagi dan arahan pertuduhan keatas suspek telah diterima.

“Suspek telah dituduh di mahkamah pada 11 Disember 2020 di bawah Seksyen 302, Seksyen 307, Seksyen 309, Seksyen 325/326A dan Seksyen 377 CA KK,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Nik Ros Azhan berkata, suspek berusia 42 tahun itu bagaima­napun mengaku tidak salah di mahkamah dan kini ditahan di penjara.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, warga Nigeria tersebut dipercayai bertindak mencampak cucu tirinya dari tingkat tiga Apartmen Villa Danau gara-gara berang gagal merogol anak ti­rinya.

Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, mangsa, Muhammad Adam Sufi Muhd. Norkhusairi, 4, ditemui maut dalam keadaan tidak berseluar sebelum disusuli de­ngan kejadian suspek bertindak terjun dalam keadaan bogel.

Pemeriksaan awal polis mendapati suspek dipercayai mengalami masalah mental kerana mengambil ubat-ubatan berkaitan penyakit tersebut.

Bagaimanapun, polis beberapa hari kemudian mengesahkan warga Nigeria tersebut tiada masalah mental selepas menjalankan siasatan ke atas anak tirinya dan penghuni lain yang tinggal di rumah tersebut bersama suspek.


P/S: Semoga dia diusir keluar dari Malaysia tercinta ini.

               
                               

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2020 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat bandar sunway lagoon ramai niggers ni..style pun mcm samseng..heran jugak hampir setahun pkp byk eh duit depa duk mesia...keje apa..nk kata student mcm bkn umur student..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 7-12-2020 10:39 PM
Sempat follow ig mak adam tu masa ig dia public kejap, so dapatlah baca igs dia bagai.
Ramai mi ...

Aku memula fikir bkn juga pasal kuarga terdekat arwah ni.. Kita (aku) org luar mmg mudah judge itu ini. Sebuk tanya itu ini kenapa kenapa. Semoga aku lebih manusiawi la lps ni.. Dan harap sgt hukuman tiada maaf utk si pelaku tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2020 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 14-12-2020 01:06 PM
PETALING JAYA – Seorang lelaki warga Nigeria yang dipercayai bertindak mencampak cucu ti&# ...

Aik haritu kata ada masalah mental? Patutlah kim tu siap bersumpah akan pastikan suspek mendapat balasan. Dia kata nyawa dibalas nyawa.
So memang mental ke idok?
Kalau peguam bela dia dapat sahkan dia mental akan selamat kah beliau??
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 05:05 PM | Show all posts

Lelaki Nigeria campak cucu tiri didakwa di hospital

Suchi replied at 14-12-2020 10:31 PM
Aik haritu kata ada masalah mental? Patutlah kim tu siap bersumpah akan pastikan suspek mendapat b ...


Laporan Sinar Harian mengenai lelaki Nigeria yang mencampak cucu tirinya berumur empat tahun dari tingkat tiga sebuah apartment di Danau Kota 29 November lalu.



KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Nigeria yang tular dalam kes mencampak cucu tirinya, didakwa di Hospital Kuala Lumpur pada 11 Disember lalu.

Ibekwe Emeka Augustine, 42, didakwa atas enam pertuduhan membunuh, cubaan membunuh, melakukan seks tanpa rela, mencederakan, cubaan bunuh diri dan memasukkan dadah dalam badan.

Dia didakwa di hospital berkenaan kerana masih menerima rawatan akibat kecederaan selepas terjun dari tingkat tiga rumahnya.

Pertuduhan dibaca dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Emilia Kaswati Mohamad Khalid.

Mengikut pertuduhan pertama, Augustine didakwa membunuh cucu tirinya yang berusia empat tahun.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Bagi pertuduhan kedua, dia mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan perhubungan seks dengan anak tirinya yang berusia 25 tahun tanpa kebenarannya dan dia dituduh mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, bagi pertuduhan cubaan membunuh, menyebabkan cedera parah ke atas isterinya, memasukkan dadah dalam badan dan cubaan bunuh diri, dia mengaku bersalah atas tuduhan yang dibuat.

Bagi pertuduhan cubaan membunuh anak lelaki kandungnya yang berusia tujuh tahun, dia dipertuduhkan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan hendaklah dikenakan denda.

Augustine didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas isterinya yang berusia 48 tahun dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 325 yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum tujuh tahun dan hendaklah dikenakan denda.

Sementara bagi pertuduhan cubaan bunuh diri, dia dituduh mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan bagi tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin bagi kesemua kesalahan memandangkan dia turut didakwa atas kesalahan membunuh.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di sebuah unit sebuah pangsapuri di Danau Villa, Setapak di sini antara jam 7.45 hingga 8.15 pagi pada 29 November lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Shahrizzat Amadan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 11 Januari tahun depan sebagai sebutan semula kes dan menjatuhkan hukuman.

Pada 29 November lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut, dipercayai dicampak datuk tirinya yang juga warga Nigeria berusia 42 tahun.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, berdasarkan keterangan rakan dan keluarga, suspek berusia 42 tahun itu didakwa mengalami masalah mental.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 18-12-2020 05:05 PM
Laporan Sinar Harian mengenai lelaki Nigeria yang mencampak cucu tirinya berumur empat tahun dar ...

Motif tak ngaku padahal jelas2 dia yg campak cucu tu adoii. Tp ngaku plak dia cederakan bini dan anak sendiri tu.

Ambil dadah rupanya igtkan betul alami gangguan mental.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 05:14 PM | Show all posts
kata cubaan merogol...
lain macam dakwaan nya
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
aku tak faham pertuduhan kedua..dalam pertuduhan lain ada perkataan 'percubaan' tapi pertuduhan kedua ni terus 'melakukan perhubungan seks tanpa rela' tanpa perkataan percubaan...maksudnya memang dah buat seks atau bagaimana? maaf aku tak faham bahasa law..mohon kalau ada yang tahu sila jelaskan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
~boolean replied at 18-12-2020 05:53 PM
aku tak faham pertuduhan kedua..dalam pertuduhan lain ada perkataan 'percubaan' tapi pertuduhan kedu ...

Baca paper online dah masukkan jari
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 18-12-2020 06:07 PM
arasham replied at 18-12-2020 06:02 PM
Baca paper online dah masukkan jari


Ehhh jaatnyaa kira sempat masukkan jari jelah eh sbb tgk anak tiri dia masih berbaju elok.
Gaknya tu anak tiri dia tersedar menjerit ke apa kan.

Tapi anak tiri dia cedera teruk gak retak tulang pelvis tu sampai kena operate.
Ni pun belum sembuh lagi cuma dah keluar hospital la.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 18-12-2020 06:18 PM
~boolean replied at 18-12-2020 05:53 PM
aku tak faham pertuduhan kedua..dalam pertuduhan lain ada perkataan 'percubaan' tapi pertuduhan kedu ...


Sama tak paham sebab kat metro pun tulis melakukan hubungan seks di dakwa bawah akta 377CA.
Ikutkan 377CA tu guna objek.
Ada yg komen kira gesel2 je ntahla.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2020 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 18-12-2020 06:06 PM
Ehhh jaatnyaa kira sempat masukkan jari jelah eh sbb tgk anak tiri dia masih berbaju elok.
Gakn ...

Itulah yg akak baca tadi. Memasukkn jari katanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.350913 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list