CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5662|Reply: 89

[Tempatan] Stigma sesetengah masyarakat sejak dulu, anak yg lahir hujung bulan Disember dia

  [Copy link]
Post time 2-12-2020 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Stigma 'lembab' lahir disember
Muhamaad Razis Ismail
5 hrs ago


ANAK yang dilahirkan pada Disember dikatakan perkembangannya akan jauh ketinggalan berbanding bulan lain.

Pandangan ini sedikit sebanyak menggusarkan ibu bapa yang bimbang dengan perkembangan anak mereka kelak.

Perunding keibubapaan, Noor Afidah Abu Bakar berkata, ibu bapa perlu sedar bahawa setiap kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza bergantung kepada faktor genetik dan persekitaran.

"Jika dilihat kepada peringkat atau fasa perkembangan, kanak-kanak yang dilahirkan pada hujung tahun ini bukannya lewat atau perlahan perkembangannya tetapi mereka mengikut fasa dan kadar perkembangan yang sepatutnya.

"Cumanya apabila berada dalam satu 'setting' yang sama, mereka yang dilahirkan pada penghujung tahun mungkin kelihatan agak terlewat pada beberapa aspek perkembangan berbanding yang dilahirkan lebih awal," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurutnya perkembangan adalah satu proses yang diukur mengikut peringkat ataupun fasa.

Katanya, sering kali julat usia dijadikan penanda aras kerana ia adalah ukuran yang paling mudah dinilai.

"Secara umumnya, benar, kanak-kanak yang dilahirkan setahun lewat akan berkembang dengan lebih lewat berbanding kanak-kanak lahir setahun awal.

"Contohnya jika dilihat dari segi perkembangan fizikal, kanak-kanak berusia setahun ada sudah boleh berjalan sedangkan bayi yang baharu lahir kita sedia maklum keadaannya.

"Begitu juga kanak-kanak yang berusia setahun sudahpun diberi makanan pejal sedangkan yang baharu sebulan usianya masih lagi menyusu. Kanak-kanak yang berusia setahun sudahpun bertutur beberapa patah perkataan dan bayi hanyalah merengek dan menangis," katanya.

Bagaimanapun katanya, apabila meningkat ke satu usia, kanak-kanak yang dilahirkan hujung tahun ini akan 'catch up.'

"Kedua-duanya mempunyai keupayaan berlari dan bertutur yang hampir sama," katanya.

Tambahnya, dari segi perkembangan kognitif, kajian oleh Dr Sebastian Sugate dari University of Otago mendapati bahawa kanak-kanak mula belajar membaca baik pada usia lima tahun atau pada usia tujuh tahun, mempunyai tahap keupayaan membaca yang sama apabila berusia 11 tahun.

"Oleh itu tidak perlulah dipaksa anak, biar anak berkembang mengikut kadar dan rentaknya yang tersendiri.

"Berikan sokongan kepada anak agar dia terus mendapat stimulasi dan perkembangannya terus terbangun dengan normal," katanya.

Jelasnya, keadaan ini diakui menyebabkan sindrom yang dikenali sebagai 'The Hurried Child' iaitu kanak-kanak yang digesa-gesakan untuk membesar sebelum waktunya.

"Ia berlaku akibat daripada rasa panik ibu bapa, tekanan sistem pendidikan, keinginan untuk mencapai sesuatu standard dalam masyarakat dan juga akibat dari sikap suka membanding-bandingkan yang memberi kesan kepada perkembangan mental dan emosi kanak-kanak," katanya.

"Di negara kita sendiri antara perkara yang sering memberi tekanan dan kegusaran kepada ibu bapa adalah keupayaan anak membaca pada awal usia terutama sebelum memasuki sekolah rendah.

"Keupayaan untuk membaca tidak ada kena mengena dengan usia. Kebolehan membaca ataupun literasi banyak bergantung kepada stimulasi persekitaran, teladan ibu bapa dan amalan membaca yang digalakkan di rumah sehingga menimbulkan minat untuk membaca," katanya.

Sementara itu, bagi pensyarah Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Hazhari Ismail berkata, di Malaysia, kanak-kanak masuk ke alam persekolahan atau mengira umur mengikut tahun.

"Contohnya, kanak-kanak berusia lima tahun yang lahir pada Januari dan Disember tetap akan dimasukkan ke dalam kelas sama kerana kita mengira usia kanak-kanak itu mengikut tahun.

"Cuba kita ubah mengikut bulan, kanak-kanak Januari berusia 49 bulan berbanding kanak-kanak Disember akan berusia 37 bulan.

"Sudah semestinya, kanak-kanak Januari mempunyai perkembangan yang terkehadapan sebab perbezaan bulan ini. Bukanlah kita katakan kanak-kanak yang lahir pada Disember mempunyai perkembangan yang perlahan, tetapi itulah perkembangan mereka yang sebenar," katanya.

Justeru itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya membuat persediaan dengan memantapkan diri dengan ilmu keibubapaan.

"Kita tidak mahu anak sulung menjadi bahan eksperimen ibu bapa baharu. Kita mahukan sebelum mereka memperoleh anak, ibu bapa bersiap sedia untuk mempunyai ilmu mengenai perkembangan dan pendidikan kanak-kanak.

"Selain itu, dunia akan bergerak laju. Sebutlah apa sahaja, Pendidikan abad ke-21, kelestarian dan pembangunan mapan, teknologi dan sebagainya.

"Usah sekali-kali untuk kita meletakkan tahap perkembangan kanak-kanak di peringkat kedua. Ia perlu berada di hadapan dan menjadi yang keutamaan," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2020 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni 1st time dgr org kt kanak2 lahir bln Dec lembab. Kalau fikir logic, takkan la ko nk compare budak yg lahir Jan 2020 dgn yg lahir Dec 2020, mestila pada January 2021, budak lahir Jan 2020 dah pandai berjalan, yg lahir Dec 2020 baru pandai berkodek je. Ape punya discussion pun taktau lah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 01:36 PM | Show all posts
tu belum lg susu badan susu lembu. budak minum susu lembu lambat diri. minum susu badan cepat diri.

walhal lembu punya susu sapi dapat nama
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakan kita seorang petugas barisan hadapan lahir pada Disember. Ibu kita juga, cuma dah bersara. Bolehkah dari sini kita buat kesimpulan mudah bahawa mereka yang lahir pada bulan Disember ini berhati waja?
Tentu tidak, bukan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 01:40 PM | Show all posts
org lain bulan Dec otak mereka tajam & kuat daya ingatan
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
anak abg aku skrg dh golek nk meniarap, anak aku masih lgi dalam hari biarpun tahun yang sama, bru rasa feel bila ank lahir hujung tahun tpi dapat sebab pkp dh lma berusaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2020 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman aku darjah 1 mmg berlaku bnda ni weh. Yg lahir bln 1-3,dok dlm kelas first. Begitu la seterusnya sklh susun. Naik thn 2 baru tukar kelas ikut prestasi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
allshares replied at 2-12-2020 01:11 PM
Ni 1st time dgr org kt kanak2 lahir bln Dec lembab. Kalau fikir logic, takkan la ko nk compare budak ...

U bukan xtaw parent kiasu..
Nak2 kalau hantar pergi pre-k ke anak si a boleh hafal a-z contohnye..
Anak dia xpandai cakap lg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2020 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik?ni first time ai dgr..ai,my friends,relatives ramai je y lahir hujung disember tp cerdik pandai jah...komfem y kuarkan statement ni jeles dgn kecerdikan budak lahir hujung tahun
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 02:34 PM | Show all posts
ya ke..? first time dgr....

ni zaman bila punya pemikiran...aku nk dah tua jugak kategorinya....hahhaa

anyway...my friend lahir bulan 12 elok jek jadi engineer...hahahaha...pandai pun masa kat U...kat sekolah pun pandai...

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 02:38 PM | Show all posts
Stigma makcik2 bawang.. I lahir 30 december, and I felt offended
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 02:51 PM | Show all posts
betul ke pun..anak hakak 2 org december hujung2..helok lah nmpk nya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 02:52 PM | Show all posts
anak abg ipar aku lahir bulan disember..tapi ksian kat budak tu sbab patutnya umo 5 tahun da dihantar ke tadika tpi mak pak dia ckap belum ckup umo lagi hujung tahun bru ckup 5 tahun..sudahnya masuk tadika setahun tpi anak lambat pikap sbab mak pak dia jenis superstitious nk ikut bulan lahir bru hntar msuk skola..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 02:53 PM | Show all posts
nope... ramai je cerdik pandai yang ada title prof sis kenal is december baby
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 02:55 PM | Show all posts
mamajawie replied at 2-12-2020 02:52 PM
anak abg ipar aku lahir bulan disember..tapi ksian kat budak tu sbab patutnya umo 5 tahun da dihanta ...

aduhai parents pun lurus sgt.. anak sis lahir 28/12 ..cukup tahun masuk kindy..tkde nye nk tunggu ngam ngam genap.. bebudak lahir hujung tahun ni mula mula je nmpak beza dgn baby lahir january..  tp bila dah umur 4-5 tahun sama je cergasnye

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 02:56 PM | Show all posts
Logik la kan..

Baby lahir bulan December merah lagi, geng lahir bulan 1 dah pandai berlari. Memang la perkembangan tak sama. Tapi lama-lama dorang boleh catch up.

Kat sekolah aku dulu, ada budak genius lahir akhir tahun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2020 02:56 PM | Show all posts
memang ada parents anak2 bulan Dec di masukkan lewat ke Darjah Satu sebab nak join kelas budak yg lahir tahun selepasnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 03:02 PM | Show all posts
kire aku ni antara yg terer lah kan... lahir bln 12.. kene belajar/ kejar org yg lahir bulan 1 awal tahun... lastnya alhamdulillah..bolehlaa dianggap berjaya dlm pencapaian hidup... lembab ka?.. x semestinya...

boleh katakan byk jer yg genius lahir bulan ni.. menunjuk kan otak diorg lagi cepat matang dan cergas berkerje demi catch up org lain... positif aja...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
family i takde lahir bln dec..i 2 bln sblm dec pun mcm lembs jgk
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 03:04 PM | Show all posts
yg aku tau lembab dpt IC walau org lain dah ade..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.082802 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list