CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25066|Reply: 348

[Tempatan] PKPB. Selangor/ KL/Sabah-DILANJUTKAN kecuali 3 daerah. Rentas negeri DIBENARKAN.

  [Copy link]
Post time 2-12-2020 04:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 5-12-2020 11:30 PM

PKPB dilanjutkan atau sebaliknya, pakar berbeza pandangan
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim - Disember 2, 2020 @ 3:41pm

KUALA LUMPUR: Pakar kesihatan awam berbeza pandangan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri yang akan berakhir 6 Disember ini, wajar dilanjutkan atau sebaliknya.

Mengambil kira kes kematian yang bertambah dan pertambahan jangkitan baharu setiap hari melebihi 1,000 kes, pakar menganggap langkah terbaik bagi mengekang penularan wabak itu adalah dengan melanjutkan lagi tempoh PKPB terutama di Lembah Klang.

Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam, Dr Hanafiah Bashirun, berkata tanpa PKPB, usaha kerajaan untuk mengekang wabak berkenaan dan memutuskan rantaian jangkitan sukar dilakukan jika dilihat kepada kes jangkitan yang dilaporkan setiap hari.

"Saya menyokong jika kerajaan melanjutkan PKPB terutama di Selangor dan Kuala Lumpur yang menyaksikan peningkatan kes secara mendadak dan wujudnya kluster baharu.

"Jika dilihat kepada laporan harian kes COVID-19, peningkatan kes tidak menentu, ada hari naik dan ada hari berkurangan.

"Bagaimanapun langkah tepat adalah melanjutkan PKPB sehingga kita berjaya melandaikan lengkuk jangkitan sama seperti sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Dr Hanafiah bagaimanapun berkata, penamatan PKPB di negeri seperti Kedah dan Pulau Pinang mungkin boleh dipertimbangkan kerana dua negeri berkenaan mencatatkan pengurangan kes berturut-turut.

Kerajaan melaksanakan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah sejak 8 November lalu sehingga 6 Disember ini.

PKPB turut dilaksanakan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu selama empat minggu.

Bagaimanapun, PKPB di Johor, Melaka, Kedah dan Terengganu ditamatkan 21 November lalu, lebih awal berbanding 6 Disember seperti diumumkan sebelum ini.

Sementara itu, Pakar Sistem Kesihatan Universiti Oxford, Dr Khor Swee Kheng, berpandangan PKPB tidak wajar dilanjutkan kerana pertambahan kes harian COVID-19 lebih tertumpu di kawasan khusus.

"Walaupun kes harian COVID-19 masih tinggi, kita boleh lihat bahawa kebanyakan kes dikesan dalam kawasan yang tersasar ataupun di dalam sebuah syarikat, kilang atau tapak pembinaan.

"Memandangkan kebanyakan kes adalah di dalam kawasan yang kecil dan spesifik, maka mungkin wajar untuk PKPB tidak dilanjutkan.

"Sebaliknya, langkah lain boleh dilaksanakan, seperti PKPB bersasar (TEMCO), penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih mantap dan saksama serta strategi ujian penyaringan untuk Covid-19," katanya.

Beliau berkata, hasil penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Nature pada 16 November lalu menunjukkan 'non-pharmaceutical interventions' (NPI) yang lebih longgar mempunyai kesan yang sama dengan NPI yang tegas.

"NPI adalah strategi kesihatan awam untuk wabak yang tidak menggunakan ubat atau vaksin. Contoh NPI adalah pelitup muka yang diwajibkan, penjarakan fizikal, PKPB dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2020 04:56 PM | Show all posts
ade beza ke tamat ke sambung ke
bersepah je orang g sana sini bangga upload2 sume tunjuk merata
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bezanya bukak border negeri je, benda lain macam sama tadak beza..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
arareez replied at 2-12-2020 05:05 PM
Bezanya bukak border negeri je, benda lain macam sama tadak beza..

Boleh kuar penuh keta sblm ni boleh 3 org je pastu boleh rentas negeri, boleh buat kenduri kawen bagai.

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 05:22 PM | Show all posts
bole rentas daerah dah ke nti?

sudah lama sgt ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 05:25 PM | Show all posts
Suchi replied at 2-12-2020 05:19 PM
Boleh kuar penuh keta sblm ni boleh 3 org je pastu boleh rentas negeri, boleh buat kenduri kawen b ...

bersepah je sebelum ni org buat kenduri n rentas negeri daerah bagaitgk utuber2 tu jela
ride2 sana sini bebas je
btw kenapa aritu kata suruh stop buat swab test?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2020 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
pkpb pun ramai je yg langgar, berbasikal luar daerah, naik kereta lebih 3 org, soping mall sesak time gaji, serupa takde

jadi baiklah takpayah pkpb ni, nak balik kg
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 05:37 PM | Show all posts
rakyat dah letih berkurung tak boleh ke sana sini
elok dah zero kes tapi sebab politik habis mencanak2 naik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2020 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah2 la.. kena learn to live with it.. jaga diri masing2.. jgn bersentuh, jgn masuk kalau nmpk ada tmpt2 crowded.. x nampak apa beza pun sejak bln 10.. makin naik lg ade.. org pun dah bosan.. bersungguh2 dari bulan 3 sampai rasa selesa sikit bergerak dlm bln 7.. tiba2 dek kerana sesetengah org terus naik kes tak turun2 dah.. hidup je la mcm biasa..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 05:39 PM | Show all posts
sakit hati je tgk org senang2 rentas daerah/negeri......punye la tahan xnk balik kg....satu negeri je pun....xnk rentas daerah punye pasal....hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Pkp pun macam bukan pkp, baik tak payah
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 06:02 PM | Show all posts
mana blastoff
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 06:13 PM | Show all posts
nak buat PKPB tu buatlah betul2.
ni mcm takde beza jer.


sambung sambung sambung


huh sgt
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
hasil penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Nature pada 16 November lalu menunjukkan 'non-pharmaceutical interventions' (NPI) yang lebih longgar mempunyai kesan yang sama dengan NPI yang tegas.

"NPI adalah strategi kesihatan awam untuk wabak yang tidak menggunakan ubat atau vaksin. Contoh NPI adalah pelitup muka yang diwajibkan, penjarakan fizikal, PKPB dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 06:30 PM | Show all posts
sekarang kes banyak dlm hostel bukan komuniti...
harap stop la...
aku nak balek kampung jumpa mak aku..plisss
rindu namatey....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 06:33 PM | Show all posts
hotmak replied at 2-12-2020 05:35 PM
pkpb pun ramai je yg langgar, berbasikal luar daerah, naik kereta lebih 3 org, soping mall sesak tim ...

pastu update kat socmed...bangga
benci aku...
aku patuh SOP...
x brani nak curi2 balek kg..
sat g lepas blk kampung x lepas blk KL...
x ke naya...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2020 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju untuk tamatkan pkpb
Biarlah masing2 ada kesedaran sendiri
Sampai bila nak kurung yang entah bila akan berakhir
Cuma pastikan keluar rumah pakai mask walau dimana berada, jaga kebersihan, jaga jarak
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 06:49 PM | Show all posts
ada beza ke?

smorang helok jah ke sana ke sini, lama dah tak nampak pulis buat road block kecuali if nak naik highway..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 2-12-2020 05:19 PM
Boleh kuar penuh keta sblm ni boleh 3 org je pastu boleh rentas negeri, boleh buat kenduri kawen b ...

yee kan..tp bg laa rentas daerah at least kan huhuu.if buka je ni kompem kosong selangor ni weiii
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
qicki replied at 2-12-2020 05:39 PM
sakit hati je tgk org senang2 rentas daerah/negeri......punye la tahan xnk balik kg....satu negeri j ...

yee mampu sakit hati jee..sendiri nk buat x berani takut suwey
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.285168 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list