CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] PKPB. Selangor/ KL/Sabah-DILANJUTKAN kecuali 3 daerah. Rentas negeri DIBENARKAN.

  [Copy link]
Post time 5-12-2020 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari ni kes pun 4 angka ye..  
uncofirmed 1123
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2020 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
aderaderker replied at 5-12-2020 07:59 AM
PKPB extend ke tak ke, dah ramai parent bawak anak kecik masuk mall.
Dlm stroller lagi.

Betul tu. Tadi I baru balik dari mall, meriah je parents bawa anak kecik2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2020 04:21 PM | Show all posts
COVID-19: Ikut petunjuk saintifik, bukan 'pukul rata'
Oleh Luqman Arif Abdul Karim - Disember 5, 2020 @ 4:09pm


KUALA LUMPUR: Strategi kawalan pergerakan yang dilaksanakan ketika ini perlu diperhalusi semula bersandarkan bukti saintifik dan beberapa petunjuk.

Pakar epidemiologi dari Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud, berkata Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan secara 'pukul rata' ketika ini tidak berkesan dalam mengawal penularan jangkitan.

Selain itu, katanya, ia tidak berupaya mengimbangi antara kepentingan menjaga kelestarian kehidupan atau ekonomi domestik, dengan mengekang penularan jangkitan COVID-19.

"Ia memerlukan pemikiran yang menyeluruh, justeru kita tidak boleh terus buat PKPB secara 'on and off' (bersilih ganti) kerana pendekatan sedemikian memberi kesan kepada faktor kehidupan.

"Kita perlu sedar hakikat virus ini sudah ada dalam komuniti berikutan kadar kes sporadik yang dicatatkan ketika ini.

"Oleh itu, jalan terbaik untuk kita mengekang penularan jangkitan ialah bukan dengan hanya meletakkan sandaran kepada perangkaan kes secara pukal mengikut negeri.

"Langkah kawalan pergerakan sebaliknya perlu bersandarkan beberapa petunjuk dan bukti sains," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor ditukar kepada PKPB, mulai 14 hingga 27 Oktober lalu, berikutan penularan gelombang ketiga kes COVID-19.

Peningkatan kes, khususnya di Lembah Klang itu kemudian menyaksikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) melanjutkan tempoh PKPB dari 9 November hingga esok.

Kerajaan melaksanakan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah sejak 8 November lalu sehingga esok.

Ia disusuli dengan PKPB yang turut merangkumi Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu selama empat minggu.

Bagaimanapun, PKPB di Johor, Melaka, Kedah dan Terengganu ditamatkan 21 November lalu, lebih awal berbanding 6 Disember seperti diumumkan sebelum ini.

Pendekatan itu bagaimanapun dilihat kurang berkesan dalam mengawal kadar penularan jangkitan, apabila Kluster Teratai yang dikesan hasil saringan dalam kalangan pekerja asing menjadi punca utama peningkatan kadar kes di sekitar Lembah Klang.

Perangkaan pada 24 November lalu menyaksikan kadar kes positif harian tertinggi direkodkan di Malaysia, iaitu 2,188 kes dan empat kematian, manakala Sabah ketika ini mendahului jumlah keseluruhan kes sebanyak 29,897 kes, diikuti Selangor (15,854 kes), Kuala Lumpur (6,622 kes), Negeri Sembilan (5,190 kes), Kedah (2,666 kes) serta Pulau Pinang (2,268 kes).

Industri antara pemacu utama ekonomi domestik iaitu pelancongan turut sekali lagi terjejas apabila penduduk di Lembah Klang 'dikurung' susulan larangan rentas daerah dan negeri yang dikenakan sepanjang PKPB berkuat kuasa.

Awang Bulgiba berkata, kerajaan perlu mengimbangi kesan kepada kelangsungan hidup dengan kesihatan, selain mendapatkan pendapat daripada semua pihak, termasuk ahli ekonomi, aktivis sosial dan pakar komunikasi.

Menyentuh kesan kesihatan, katanya, antara petunjuk yang perlu digunakan ketika mengenal pasti mekanisme kawalan pergerakan terbaik ialah kapasiti perkhidmatan kesihatan, kadar insiden bagi setiap 1,000 populasi penduduk dan fasa klinikal jangkitan baharu.

"Kena teliti jangkaan setakat mana perkhidmatan kesihatan boleh tampung kes baharu dan dibandingkan dengan kadar pemulihan.

"Kita juga kena pantau daripada lima fasa klinikal jangkitan kes positif, berapa ramai yang direkodkan mengalami fasa pertama, iaitu tiada gejala dan gejala sederhana apabila memasuki fasa kedua.

"Faktor lain yang perlu diperhalusi ialah seberapa segera virus ini merebak dalam komuniti, menggunakan model 'spatio temporal' (mengikut kawasan dan tempoh) dan sebagainya.

"Justeru, semua pertimbangan harus dibuat bersandarkan bukti saintifik, dengan mengimbangi kesan kepada kelangsungan hidup," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 5-12-2020 08:02 AM
Exactly. Kalau nak enforce. Enforce betul2

Kan..

Kalau tak just fokus by area jelah. Mcm Kluster Teratai kat Meru tu.

Itu pun mcm tak strict sgt.

Tensen betul tak dpt nak rentas negeri sbb PKPB bersambung2.

Dari 9 October 2020. Huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ed_Lyn replied at 5-12-2020 04:18 PM
Hari ni kes pun 4 angka ye..  
uncofirmed 1123

Kalau mcm tu akak teka 1300....

Awatla x 5k sekali.... biar insof sikit dan berjalan otak semua yg terlibat terutama pemimpin
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ed_Lyn replied at 5-12-2020 08:18 AM
Hari ni kes pun 4 angka ye..  
uncofirmed 1123

Penyumbang Top Glove ka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2020 04:23 PM | Show all posts
Tak sambung kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 04:23 PM | Show all posts
hungryhenry replied at 5-12-2020 02:22 PM
So ada hearsay tak pkpb continues??

katanya sambung sampai 31 Dec
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2020 04:24 PM | Show all posts
eyansss replied at 5-12-2020 04:23 PM
katanya sambung sampai 31 Dec

Itu khabar angin sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 04:26 PM | Show all posts

betul la sebab soalan tu pun tanya ada dengar hearsay tak...  jadinya aku jawab la hearsay yang aku dengar
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
harap2 pkpb diganti pkp 2 bulan lg.
sebaik je turu 1 angka, bubar parlimen.
lepas 60 hari kita sambut pru15
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Will be lifted up with immediate effect...

yipeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2020 04:40 PM | Show all posts
PKPB Pulau Pinang ditamatkan
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tamat ke tak? Td nampak live MKN kata ada 30 muka surat nak kena baca, byknyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok Mail umum satu2 ikut negeri ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2020 04:43 PM | Show all posts
PKPB Perak ditamatkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2020 04:45 PM | Show all posts
PKPB | Pulau Pinang Bebas PKPB Kecuali 2 Mukim

MKN memaklumkan pelaksanaan PKPB di Pulau Pinang tamat kecuali dua mukim iaitu Mukim 12 Barat Daya dan Mukim 13 Timur Laut.

Video: Ihsan RTM
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 5-12-2020 04:43 PM
PKPB Perak ditamatkan

Bukan semua. Yg red zone mcm kinta, teja, masih bersambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2020 04:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2020 04:47 PM | Show all posts
#PKP: KDNK negara dijangka kehilangan RM300 juta sehari sekiranya PKPB diteruskan: Ismail Sabri  - Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.156967 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list