CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] PKPB. Selangor/ KL/Sabah-DILANJUTKAN kecuali 3 daerah. Rentas negeri DIBENARKAN.

  [Copy link]
 Author| Post time 5-12-2020 11:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2020 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Gomen ofis akan full force minggu depan?
Aku penat call depa tk pernah berangkat. Kena la divert the call to officer in charge, kata wfh boleh dihubungi bila2 masa
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2020 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
X de maknanya wfh bole dihubungi. depa suruh email je..seminggu blom tentu email berjawab
.dok kelepet apa tak tau kat rumah..aku tgok kawan laki aku elok dok bakar sampah seluar pendek time kerja..wfh la sgt
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2020 07:18 AM | Show all posts
Masa pkpb ni byk lagi perkara lain yg dilarang bukan hanya merentas daerah dan negeri je. Mesti kerajaan dah pertimbang baik n buruk kebenaran merentas ni. Bagi yg betul2 tiada keperluan utk merentas memang lah rasa tak ok kebenaran merentas ni sbb itu la yg sebaiknya. Mungkin dari analisa kkm jangkitan di kalangan rakyat biasa masih boleh dikawal contohnya mcm kes alif satar. Kecoh satu malaysia mesti ada kluster retis. Kan dg hisham dah kata kkm dah ada cara atasi covid ni tak mcm bln mac , diaorg masih mencari kaedah terbaik kawal covid.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2020 09:09 AM | Show all posts
farahasyiqin replied at 6-12-2020 07:18 AM
Masa pkpb ni byk lagi perkara lain yg dilarang bukan hanya merentas daerah dan negeri je. Mesti kera ...

Betul.. Walaupun dibenarkan merentas daerah dan negeri tapi biarlah mereka yang ada urusan penting merangkumi kecemasan dan kerja, penggiat-penggiat sukan dan krew-krew yang masih lagi menjalani sebarang penggambaran sahaja.. Tanpa urusan penting kekal berada di kawasan masing-masing..

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2020 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 5-12-2020 10:06 PM
i rasa blh diguna pakai kot kaedah jgn bukak lgsg mask+jgn sentuh2 muka sana sini+jgn mkn then tur ...

Bagusnya. Kalau ikut sop memang berkesan. Warga kkm pun ramai selamat kalau ikut betul2 sop walaupun hari2 jumpa orang positive.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2020 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada yg kemas barang ke nak balik kg bagai, percayala next week jem la highway. Sbb org lembah klang dah lama tak balik kg.
Kalau takat pkpb kena 2 minggu takpe lagi ni dah 2 bulan opkos semua pakat nak balik kg.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2020 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun tamat...sila jaga displin dgn ketat ..jgn pergi tmpt sesak org dan patuh SOP.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2020 09:08 AM | Show all posts

Selepas 24 jam berstatus zon hijau, Kota Marudu catat kes positif Covid-19

R2D2 replied at 5-12-2020 05:24 PM
CMCO in Malaysia: Are you affected?
By New Straits Times - December 5, 2020 @ 5:16pm

Kota Kinabalu: Daerah Kota Marudu yang bertukar zon hijau semalam, kembali ke zon kuning selepas mencatat satu kes positif Covid-19, hari ini.


Ia menjadikan daerah dalam zon hijau di Sabah berkurang kepada dua dengan Tenom dan Sipitang kekal tiada sebarang kes aktif direkodkan setakat hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata, sebanyak 11 daerah berada dalam zon kuning hari ini dengan 10 daerah tidak mencatat sebarang kes.

"Daerah terbabit ialah Kuala Penyu, Kalabakan, Telupid, Beaufort, Kinabatangan, Tongod, Ranau, Kunak, Tambunan dan Tenom," katanya dalam kenyataan media perkembangan Covid-19 Sabah, malam ini.

Masidi yang juga jurucakap Covid-19 Sabah berkata, sebanyak 14 daerah kekal berada dalam zon merah dengan Kota Kinabalu mencatat kes positif tertinggi sebanyak 74, diikuti Sandakan (44), Lahad Datu (43), Tuaran (30) dan Penampang (25).

Daerah lain ialah Tawau sebanyak 11 kes, diikuti Putatan (enam), Semporna (empat), Keningau (tiga), Kudat (dua), Kota Belud (dua), Beluran (dua) dan Papar (satu).

Secara keseluruhan katanya, Sabah mencatat 250 kes baharu positif Covid-19 hari ini menjadikan kumulatif kes setakat ini sebanyak 30,538 kes.

"Tiada kes kematian pada hari ini, manakala seramai 193 pesakit Covid-19 sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh setakat ini seramai 27,502 orang.


"Sejumlah 2,013 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 615 orang di hospital dan 1,398 orang di Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) dengan 63 orang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 27 orang memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.

Katanya, Sabah turut merekodkan satu kluster baharu hari ini iaitu Kluster Pulau Berhala di Sandakan dengan sebanyak 23 kes baharu direkodkan menjadikan kumulatif 24 kes.


Sementara itu, beliau berkata, daripada 250 kes positif Covid-19 hari ini, sebanyak 107 kes atau 42.8 peratus adalah berpunca daripada saringan kontak rapat di 11 daerah, manakala 60 kes atau 24 peratus adalah daripada saringan kluster baharu.

Selebihnya, adalah saringan bergejala sebanyak 29 kes atau 11.6 peratus, saringan komuniti sebanyak 32 kes atau 12.8 peratus dan 22 kes atau 8.80 peratus daripada kategori lain.

Sementara itu, Masidi berkata, hari terakhir sekatan jalan raya (SJR) yang dilaksanakan pihak polis hari ini menyaksikan sebanyak 62 daripada 46,698 kenderaan yang diperiksa di 65 SJR diarah berpatah balik dengan 17 kompaun kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan.

"Bermula esok, tiada lagi sekatan jalan raya oleh polis. Bagaimanapun, polis akan terus membuat pemantauan ketat SOP di semua lokasi dan tempat tumpuan awam," katanya.



P/S: Tidak perlu keluar merentas negeri dan daerah (termasuk balik kampung) jika tiada apa-apa urusan penting.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.191403 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list