CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22413|Reply: 159

[Jenayah] Saksikan video pemandu lori ais TAMPAR juruwang HAMIL 5 bulan, puncanya isteri s

  [Copy link]
Post time 2-12-2020 06:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 2-12-2020 11:03 AM

Pemandu lori tampar juruwang diberkas
AHMAD ISMADI ISMAIL | | 02 Disember 2020

[youtube]MM2l4cRBm4o[/youtube]
KLANG - Seorang pemandu lori ais ditahan kerana disyaki menampar seorang juruwang di sebuah pasar raya di Klang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara pada jam 8.30 malam semalam.

"Suspek kemudian telah diberi jamin polis pada hari yang sama dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Pendakwaraya untuk tindakan lanjut," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Nurulhuda berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau melibatkan kes jenayah dan dadah.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 323/506 kanun keseksaan," katanya.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira 11.30 malam, mangsa membuat laporan berhubung kejadian ditampar oleh seorang lelaki di pasar raya berkenaan.

"Kejadian itu berlaku disebabkan salah faham ketika isteri suspek membuat pembayaran di kaunter," katanya.

Katanya, mangsa telah memasukkan barang ke dalam plastik dalam keadaan tergesa-gesa kerana premis akan ditutup pada masa itu.

"Isterinya telah menceritakan kejadian itu kepada suspek selepas keluar dari pasar raya berkenaan, suspek kemudian dalam keadaan marah telah menampar mangsa," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2020 06:07 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2020 06:10 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 3-12-2020 05:54 AM

Yang tudung biru dan baju belang-belang itulah wife pemandu lori ais...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2020 06:13 PM | Show all posts
Juruwang hamil ditampar kerana barang pelanggan tercampak
2 Disember 2020, 3:07 pm


NOR Ain Shafinaz menunjukkan bahagian muka yang ditampar lelaki tersebut hingga menyebabkan dia sakit dan trauma hingga kini di kediamannya di Rantau Panjang, Selangor.-UTUSAN/ NOR AZIHAN MD. GHAZALI

KLANG: Hanya kerana barang yang ingin dimasukkan dalam plastik tercampak keluar, juruwang pasar mini yang sedang hamil lima bulan ditampar lelaki dalam kejadian di Rantau Panjang, Ahad lalu.

Menceritakan kejadian, mangsa, Nor Ain Shafinaz Nor Azman, 24, mendakwa, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 malam apabila isteri lelaki terbabit sedang membuat bayaran di kaunter.

Katanya, ketika sedang memasukkan barang ke dalam plastik, dia tidak perasan salah satu barang yang dimasukkan tercampak keluar.

“Wanita terbabit berang dan membebel, namun, saya tidak ambil peduli dan meneruskan kerja. Namun, beberapa saat kemudian, suami wanita ini yang berada di luar kedai meluru ke arah kaunter sambil membebel dan terus menampar muka.

“Malah, lelaki ini juga mempersoalkan insiden barang yang dibeli isterinya tercampak keluar ketika membuat bayaran dan meminta saya berhenti kerja jika tidak ikhlas dan berminat untuk terus bekerja.

“Saya sangat terkejut dengan tindakannya dan kejadian ini disaksikan dua pelanggan lain. Selepas kejadian, muka terasa sakit, namun, cuba menahannya sehingga selesai menguruskan bayaran pelanggan lain,”katanya.

Mengulas lanjut mengenai kejadian, dia tidak menyangka lelaki tersebut tergamak membuat demikian terhadapnya yang sedang hamil lima bulan.

“Saya memang tidak sengaja membuat barang tersebut keluar daripada plastik. Akibat daripada kejadian itu, saya kini mengalami trauma dan hidup dalam ketakutan kerana bimbang insiden sama akan berulang lagi.

“Oleh demikian, saya telah buat laporan polis di Balai Polis Bukit Raja pada malam kejadian kerana khuatir dengan keselamatan,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh mengesahkan menerima laporan daripada mangsa kelmarin.

Menurutnya, pihaknya telah menahan suspek yang berusia 38 tahun di rumahnya di sekitar daerah ini pukul 8.30 malam tadi.

“Suspek bekerja sebagai pemandu lori ais dan semakan mendapati lelaki terbabit mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Lelaki ini telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 35 saat memaparkan seorang juru wang ditampar seorang lelaki di kaunter di Facebook. -UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2020 06:16 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 2-12-2020 11:00 AM








Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm pelik je sebb terjatuh pun sampai nak marah. Aku tgok bukan jatuh atas lantai pun.

Mcm ada menda lain berlaku antara laki dan wife dia yang triger kemarahan ni kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-12-2020 06:19 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 2-12-2020 10:58 AM






Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayamph ni yg aku perasan kalau ada thread psl pemandu mabuk die pun bukak thread jugak. Thread serangan balas hape ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2020 06:23 PM | Show all posts
mesti bini tu indon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2020 06:24 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 2-12-2020 10:30 AM
annehuda replied at 2-12-2020 10:21 AM
Ayamph ni yg aku perasan kalau ada thread psl pemandu mabuk die pun bukak thread jugak. Thread seran ...





Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan nya terjatuh macam mana pun. Kan ke cashier tu kutip balik ltk dlm plastik..ke iols slh tgk?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 2-12-2020 06:16 PM

Sah lepas ni bff pun jauhkan diri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2020 06:34 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pompan tu dah la dpt suami miskin,zalim pulak tu.beras pun bini kena pikul
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
c===8 replied at 2-12-2020 06:39 PM
Kesian pompan tu dah la dpt suami miskin,zalim pulak tu.beras pun bini kena pikul

Aku ingatkan laki dia kurang upaya nak tolong bini  beli barang..ni mesti laki tengah lapar nak mkn takda beras kat umah. Balik keje bini ajak gi kedai. Bini kena leter ngan laki..bini pulak tgah panas kena marah..langsung menda kecik jadi isu. Masing2 nak release pressure..last2 mkn penumbuk .

Harap jgn tarik balik kes
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 06:44 PM | Show all posts
dah la semekin, panas baran plak tu. harap2 tak pensel 2B lah

euuuwwwwww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2020 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
pakcik baju biru tu bom jatuh pn x dulik agaknya asal barang dia dh dpt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2020 07:06 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 2-12-2020 11:09 AM




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2020 07:10 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik aku bini yg sikit2 ngadu kat laki ..lg bangang si laki pulak ambik tindakan bodoh padahal benda remeh je...
Semoga jantan ni kna tampar dgn laki cashier tu pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.064259 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list