CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: qqOfficial

Vol.5- AJL35; 7 Feb 2021 AHAD DITUNDA..!!! ; Auditorium MBSA Shah Alam, tanpa p

   Close [Copy link]
 Author| Post time 9-12-2020 07:02 PM | Show all posts
top 3 kedudukan tercorot :


28. Khayal - 3
      telah diundi oleh : @arteias , @nordin84 , @kakakmanis

28. Takkan merubah - 3
      telah diundi oleh : @seribulan ,  @Oyeme , @mamapip

30. panggung -1
      telah diundi oleh @Oyeme   






jgn terkezuttt kalo 3 lagu ni layak ke AJL....heheee...apakata pengundi lagu2 ni.... ahakzzz...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2020 07:04 PM | Show all posts
siapa yg belum mengundi... mehlaaa buat undian chuosss...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2020 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
qqOfficial replied at 9-12-2020 07:02 PM
top 3 kedudukan tercorot :



kannn.. tu iols ckp biar merempan kalau forumer mengulang kejadian tolong ingatkan aku kalau aku kau dan muzik menang..
khayal ni kalau msk final pun da ok
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2020 12:41 PM | Show all posts
qqOfficial replied at 9-12-2020 10:55 AM
seminggu je lagi sebelum sfmm35 bhgn 3 akan diadakan...

makanyaaaa lagu mana yg akan layak ke AJL ...

good job chuolszahhhh!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2020 05:41 PM | Show all posts
confirm Nabila razali tak perform sfmm35 selasa nanti...!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2020 05:43 PM | Show all posts
Edited by qqOfficial at 10-12-2020 05:44 PM

Nabila Razali terlepas peluang kedua, SFMM35 kekal penyanyi gantian - “Siapa tak sedih... jika nyanyi juga saya akan rehat lebih panjang”
sumber : mStar

MASALAH peti suara yang masih belum pulih menyebabkan penyanyi Nabila Razali tidak membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) episod ketiga yang akan berlangsung pada 15 Disember ini.

Penyanyi lagu Peluang Kedua itu mengakui kecewa dan sedih apabila terpaksa melepaskan peluang itu dan menyerahkan tugasan tersebut kepada penyanyi lain.

"Saya tidak menyanyi (di SFMM33) disebabkan keadaan peti suara yang tidak mengizinkan. Siapa tak sedih dan kecewa tak dapat menyanyi di pentas berprestij itu, bukannya saya sengaja tidak mahu menyanyi.

"Kalau degil juga, mungkin dalam jangka masa panjang keadaan peti suara saya akan lebih teruk," kata Nabila kepada mStar.

Nabila ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta jenama minuman kesihatan BeFine yang diadakan di Flora Terrace, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sebelum ini, Nabila mengumumkan terpaksa menarik diri untuk bertanding di SFMM35 yang sepatutnya berlangsung pada 22 November lalu kerana berdepan masalah kesihatan.

Namun, pertandingan itu ditangguhkan selepas salah seorang penyanyi iaitu Alif Satar yang membuat persembahan pada episod pertama SFMM35 disahkan positif Covid-19.

Susulan masalah peti suara yang dihadapinya, Nabila berkata, dia juga meminta nasihat beberapa rakan artis yang pernah mengalami masalah sama.

Katanya, masalah itu bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh, malah jika tetap menyanyi dia mungkin perlu berehat lebih panjang.

"Ramai juga penyanyi yang pernah mengalami masalah ini, mereka memberi nasihat sama iaitu berehat tidak boleh menyanyi, berlakon dan bercakap banyak.

"Malah ada yang mengambil masa enam bulan hingga setahun untuk pulih dan dibenarkan menyanyi. Insya-Allah doakan saya tidak jadi lebih teruk,"

"Saya juga sepatutnya berehat di rumah tapi ada beberapa komitmen kerja yang sudah ditandatangani awal memerlukan saya perlu bekerja," ujarnya.

Sementara itu, Nabila percaya penyanyi yang menggantikannya bakal memberikan satu persembahan hebat dan meninggalkan impak besar terhadap lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu.


"Saya yakin penyanyi itu akan memberikan sepenuh jiwanya untuk persembahan pada malam itu dan ia akan menjadi satu momen yang tidak boleh dilupakan peminat lagu Peluang Kedua," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nabila yang dilantik menjadi duta beberapa produk seperti air minuman yogurt BeFine dan makanan tambahan BeauSiti baru-baru ini meluahkan rasa syukur terhadap rezeki dan kepercayaan yang diberikan kepadanya.

"Alhamdulillah dengan rezeki tidak dijangka dan kepercayaan mereka kepada saya dalam mempromosikan produk sangat saya hargai.

"Insya-Allah saya akan melakukan tanggungjawab ini dengan baik dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak" ujarnya.




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2020 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Anti klimaksnya manila razali..lagu tu x tinggi mana pun
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2020 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
qqOfficial replied at 10-12-2020 05:43 PM
Nabila Razali terlepas peluang kedua, SFMM35 kekal penyanyi gantian - “Siapa tak sedih... jika nyan ...

Sila lampirkan medical report dari doktor pakar hospital kerajaan ye.kalau tak iols tetap tak percaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2020 09:30 PM | Show all posts
meols speku kak haelina sendiri yang akan nyanyi...whyyyyy botherrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2020 09:54 PM | Show all posts
adelea replied at 8-12-2020 08:14 PM
semua lagu ok janji xde aina abdul
until she being more humble then she can be part of juara

nk suruh aina tanam kepala dlm tanah ke baru humble?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2020 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 8-12-2020 09:14 PM
semua lagu ok janji xde aina abdul
until she being more humble then she can be part of juara

Meols nampak aina ni mcm kekwat n sombong mentang2 ramai memuji memuja suara she sedap
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2020 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols syak TV3 akan lepas lagu Alif ke final utk tambah sensasi Road To AJL gitu.. afterall SFMM35 ni tergendala disebabkan heols.. so TV3 akan milking on kes heols.. selain isu Aishah dan lagu BDSM.. also Peluang Kedua juga akan ke final dgn sensasi penyanyi gantian.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2020 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
beta_carotene replied at 10-12-2020 09:54 PM
nk suruh aina tanam kepala dlm tanah ke baru humble?

Kadang2 kita rasa kita humble.
Tapi kita tak .. itulah aina
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2020 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
missmeornot replied at 10-12-2020 10:28 PM
Meols nampak aina ni mcm kekwat n sombong mentang2 ramai memuji memuja suara she sedap

Yup ...
Mengenangkan kejadian mm34
And sheols stil x nak kalah sbb ramai puji suara dia sedap...

Tapi not for all lagu
Certain lagu and tone saja
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2020 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke Lah Ahmad ganti Nabila? Sbb byk2 artis yg buat swab serentak haritu? Heols pn buat jgk. Nak kata perform dgn VE utk slot artis undangan ms malam first tu, xda plak penampakannya? Artis yg stand by utk malam ke-3 semua buat swab test kan tmasuk zizi kirana, syamel, aina suma kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2020 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat arwah abang dee pnh bgtau dlm newspaper, siti nurhaliza sbnrnya boleh buat lebih dr apa yg dia deliver dalam album tp sbg penerbit, arwah tahu apa yg patut disimpan dan part mana yg patut kena all out mengenangkan selera pendengar Malaysia yang xsedia dgn cara nyanyian artis barat. Sbb tu yang kurang pada artis skrg ialah penasihat dari segi A&R serta publicist yang pandai promote n market artis. Ning dulu pun citarasa barat jugak tp syarikat rakaman tahu mcm mana nk market heshe pny genre dalam kelompok pendengar melayu leman ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2020 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
done undi ...harap pilihan aii ada yang masuk
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
qqOfficial replied at 10-12-2020 05:43 PM
Nabila Razali terlepas peluang kedua, SFMM35 kekal penyanyi gantian - “Siapa tak sedih... jika nyan ...

Propa la kau dik bella. Setakat menyanyi satu lagu yang tak perlu jerit keluar anak je pun, bukan kena buat konsert menyanyi 12 buah lagu. Nak kata parah sangat peti suara elok je pulak boleh bercakap.

Atau mgt team dah diadvise supaya penyanyi lain ganti untuk lagu tu layak ke final? Aku suka lagu peluang kedua tu, tapi bella & team tak payah drama sangat boleh tak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 10:21 AM | Show all posts
adelea replied at 10-12-2020 03:18 PM
Kadang2 kita rasa kita humble.
Tapi kita tak .. itulah aina

tak abis2 masalah kau dgn aina ek

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 10:31 AM | Show all posts
qqOfficial replied at 10-12-2020 09:43 AM
Nabila Razali terlepas peluang kedua, SFMM35 kekal penyanyi gantian - “Siapa tak sedih... jika nyan ...

hmm!
takpela Nab, tenang la kau di sana...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.590230 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list