Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
5622
View
129
Reply

[Tempatan] Kedah kaya woi

[Copy link]

Author: TENGKUTAHAR    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 2-12-2020 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kedah temui mineral baharu dianggar bernilai RM43 trilion
December 2, 2020

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kedah telah meluluskan permit teroka kepada satu mineral baharu Rare Earth Element (REE) yang dianggarkan bernilai RM43 trilion tersimpan di bawah bumi ditemui di Daerah Sik.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan, Majlis Tanah Negara telah bermesyuarat dua bulan dahulu telah meluluskan satu rangka dasar mineral negara yang akan dimuktamadkan.

Sebelum daripada itu, kita telah meluluskan usahasama sebuah syarikat berpangkalan di Kuala Lumpur untuk melakukan penerokaan, ujarnya memaklumkan REE itu selain di Sik, terdapat juga di Ulu Muda dan Baling, termasuk sedikit di Lenggong, Perak.

Advertisement

Beliau juga menyifatkan penemuan tersebut adalah rezeki anugerah Allah secara tidak disangka-sangka kerana melaksanakan tuntutan beriman dan bertakwa sebagaimana janji Allah yang terdapat pada ayat 2 dan 3 surah at-Thalaq.

Beliau berharap Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Asli akan merangka dasar-dasar yang sesuai dengan kehendak Majlis Tanah Negara berkaitan Dasar Mineral Negara supaya negara tidak lagi menjadi seperti sejarah lampau.

Semua hasil bumi sumber-sumber asli kita diangkut untuk mempercepatkan revolusi industri Perancis di Britain di Barat menggunakan sumber asli negara-negara yang dijajah. Akhirnya mereka menjadi kaya raya, kita menjadi papa kedana terjajah.

Anugerah-anugerah mineral yang baru ini pun kita harap Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri dapat merangka supaya kekayaan itu menjadi milik penduduk di mana mineral itu ada. Kalau mineral itu timbul di Kedah, rakyat Kedah lebih dahulu yang rasai nikmatnya.

Sama macam dasar percukaian dalam Islam. Di mana cukai itu dikutip, belanja daripada cukai itu patut diutamakan di tempat cukai itu dikutip. Kalau ada lebihan baru boleh bawa ke lain. Itu dasar Islam.

Sama dengan mineral ini, kalau mineral ini digali ditemui di Kedah, nikmat daripada timbulnya mineral dan bahan berharga ini, patut diagihkan dulu di Kedah atau di mana sahaja tempat itu ditemui, syarahnya mengenai dasar Islam itu.

Jelas Sanusi, REE yang ditemui itu adalah jenis yang tidak mengandungi radioaktif dan lebih mahal daripada emas di mana difahamkan sudah diketahui dalam kajian geosains sejak lebih 20 tahun dahulu, namun ketika itu belum dimajukan.

Namun kini kata beliau, penggunaan REE makin diperlukan dalam barang-barang teknologi seperti telefon pintar, komputer riba, barang-barang digital dan lain-lain yang sesuai perkembangan zaman.

Bila dunia makin berkembang ke arah itu, permintaan kepada itu makin tinggi. Dan alhamdulillah benda itu ada di Kedah. Cuma kita nak pastikan rakyat Kedah tak nganga lah. Ada orang duduk angkut pergi, kita nganga saja. Insya-Allah.

Lepas ini banyaklah kerja-kerja kebajikan yang boleh dilaksanakan bila Rare Earth Element ini dapat diekstrak daripada bumi kita. Ada sebahagiannya dikatakan tersimpan di bawah bandar-bandar besar.

Yang ini kita tak boleh buat apa, tak akan nak tebuk situ kan. Jadi kita explore tempat-tempat yang belum ada penghuni lah, contohnya di hutan, di bukit. Dan cara ekstrak daripada REE ini dia tidak melibatkan perlombongan, tidak melombong, dia hanya pakai paip 4 inci, tebuk boarding itu, dan dia keluar sikit-sikit.

Sudah diluluskan permit, orang itu pun dah masuk. Cuma permit teroka ini dia tak boleh pakai mesin, tak boleh pakai jentera, dia masuk pakai manual. Dan bila dia teroka, dia temu element itu, dia kena declare kepada kerajaan, ujarnya teruja.

Menurutnya, syarikat yang diberi permit itu berpangkalan di Kuala Lumpur dan akan bekerjasama syarikat antarabangsa serta syarikat kerajaan negeri. C HARAKAHDAILY 2/12/2020

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 2-12-2020 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke 43 trilion?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 09:41 PM | Show all posts
boleh beli mecedes
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga ada la sesuatu untuk rakyat sik baling semua tu.. aku pergi jauh n remote sungguhla situ
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 09:47 PM | Show all posts
tolong belajar dari negara darul bauksit
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
depresio replied at 2-12-2020 09:46 PM
Moga ada la sesuatu untuk rakyat sik baling semua tu.. aku pergi jauh n remote sungguhla situ

Jgn lupa padang terap skali
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
@sarah82 hg takdak ka sedara kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 2-12-2020 09:49 PM
Jgn lupa padang terap skali

Padang terap kat mana tu?
Dekat2 situ jugak ke
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kryptonite ke....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
depresio replied at 2-12-2020 09:46 PM
Moga ada la sesuatu untuk rakyat sik baling semua tu.. aku pergi jauh n remote sungguhla situ

Kann...moga peluang pekerjaan utk rakyat tempatan luas...jgn pulak nnt pi import bangla paki nepal rohongya keje situ sbb nk tenaga buruh gaji hamba kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kiwak la mb kedah sekoq ni...ahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 10:06 PM | Show all posts
trilion terus dia bagi...ko ade?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-12-2020 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts


cepat betul ekonomi kedah jatuh
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 10:14 PM | Show all posts
rare earth ni cm kuantan tu ke ? planet marikh?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 2-12-2020 09:55 PM
@sarah82 hg takdak ka sedara kat sini

ada...aku ada saudara siam dan melayu area sini...

kedah mmg banyak sumber asli cuma tak diterokai...dan juga kena rampas dgn siam...contoh phuket...tu dulu kantung emas kedah...lombong bijih timah tak salah aku kat phuket besar hat Sultan Kedah...salah satu sebab kenapa si Inggeris sakit hati sangat dan bantu siam sbb Sultan tak bagi depa buka lombong, nak beli kena beli direct dari Sultan...hahahaha...

hatta zaman Tamadun Sungai Batu, dunia silam akui besi keluaran Kedah Tua antara 3 besi terbaik dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 10:15 PM | Show all posts
why not duit hasil mineral malaysia ni di laburkan semula ke sektor2 yang boleh generate ekonomi.

gali gali gali lama2 jd cm indonesia. cuba bina sektor cm fintech mesra pelabur cm singapore.  malaysia kaya hasil mineral tak bermaksud kena sodok semua.

kena check and balance moga ada cara mapan untuk generasi akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 2-12-2020 02:14 PM
rare earth ni cm kuantan tu ke ? planet marikh?

Biasa yang leading bende ni China.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
depresio replied at 2-12-2020 09:57 PM
Padang terap kat mana tu?
Dekat2 situ jugak ke

Dekat situ jugak. Sebelah sik kot . Baling tu ok lah lagi compare pdg terap, sik ,pendang n yan
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Haa?  Ape??  Lasindah Kafe?

Bersiap la jadi cam Palestin..  Bijih timah pon omputih kemarok nak korek.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 10:27 PM | Show all posts
Edited by NBH at 2-12-2020 10:28 PM

yang ni betoi ka? habihla hutan kedah. tang mna pulak tak radioaktif tu kalau betui thorium?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list