CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1292|Reply: 5

[Tempatan] Jualan kereta Proton bulan Nov terus melonjak. 11,411 unit dijual terutama model

[Copy link]
Post time 2-12-2020 11:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 2-12-2020 11:51 PM

Jualan kereta Proton terus meningkat pada November 2020
Bernama
Disember 2, 2020 22:26 MYT

KUALA LUMPUR: Jualan kereta Proton telah meneruskan trajektori pertumbuhannya dengan mencatatkan prestasi kukuh pada akhir 2020 selepas dengan 11,411 unit dijual pada November, 2020, kadar pertumbuhan sebanyak 18 peratus tahun ke tahun.
Dalam satu kenyataan, Proton Holdings Bhd (Proton) berkata jualan yang dicatatkan pada bulan November telah menjadikan jumlah unit kereta Proton dijual setakat tahun ini adalah 96,410 unit.
"Walaupun jualan untuk model Proton lain untuk bulan ini sedikit menurun berbanding Oktober, penghantaran Proton X50 yang baharu mula mendapat momentum dengan 1,756 unit telah dihantar, menjadikannya kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen B (lima tempat duduk) terlaris di Malaysia.

"Digabungkan dengan jualan 2,157 unit Proton X70, ini menjadikan Proton sebagai mendahului jualan SUV secara keseluruhan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah.
Jualan kereta Malaysia terus mengungguli unjuran pasaran dari awal tahun ini, dengan jumlah keseluruhan industri dianggarkan melebihi 56,000 unit untuk bulan ketiga berturut-turut.

"Sebilangan besar ini adalah disebabkan oleh tawaran akhir tahun oleh jenama kereta.
"Tahun ini kami dapat memasukkan insentif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan pelancaran model baharu yang popular seperti Proton X50 sebagai pemacu pertumbuhan volum," kata Roslan.
-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2020 11:55 PM | Show all posts
Port injection tu dah OK tapi x berkenan sebab ada turbo pula.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 2-12-2020 11:55 PM
Port injection tu dah OK tapi x berkenan sebab ada turbo pula.

Sila beli.. Dan buat grab.. Boleh iols order.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 12:16 AM | Show all posts
sarah82 replied at 3-12-2020 12:12 AM
Sila beli.. Dan buat grab.. Boleh iols order.. hahaha

Tak nak beli. Nanti takut kucing kat area rumah i calarkan kereta baru. sedih oooo.

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 3-12-2020 12:16 AM
Tak nak beli. Nanti takut kucing kat area rumah i calarkan kereta baru. sedih oooo.

beli la cover hat mahai sikit...hahahahahahaa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2020 08:58 AM | Show all posts


Proton Holdings Bhd’s overall sales increase 7.5 per cent year-on-year (YoY) to 96,410 units during the first 11 months of 2020. NST pix by Asyraf Hamzah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.425065 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list