CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 803|Reply: 0

[Tempatan] Penternak cipta rekod jual kambing jantan Jamlo bersama sepasang anak kambing pa

[Copy link]
Post time 3-12-2020 04:24 PM | Show all posts |Read mode
Kambing berharga RM14,500
MyMetroMutakhir


MOHD Shukri bersama kambing baka Jamlo yang dijual pada harga RM14,500. FOTO AHMAD RABIUL ZULKIFLI

Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my

Marang: Penternak mencipta rekod tersendiri apabila berjaya menjual seekor kambing jantan bersama sepasang anak kambing pada harga RM14,500.

Harga jualan tiga kambing baka Jamlo itu adalah rekod harga jualan kambing baka tertinggi di negeri ini berbanding harga pasaran kambing baka iaitu RM1,500 hingga RM2,000 seekor manakala RM700 hingga RM900 untuk kambing biasa.

Mohd Shukri Saat, 32, dari Kampung Durian Guling berkata, dia tidak sangka tiga kambing baka berusia dua tahun dan tiga bulan itu dapat dijual pada harga tinggi.

"Saya anggarkan paling tinggi tiga kambing itu hanya boleh terjual pada harga antara RM5,000 hingga RM7,000 sahaja.

"Bagaimanapun, saya terkejut apabila seorang penternak dari Selangor menghubungi saya dan menawarkan harga tinggi.

"Pembaka iaitu kambing jantan itu dijual pada harga RM6,500 manakala sepasang anak kambing itu pula RM8,000," katanya ketika ditemui di kandang kambingnya, di sini, hari ini.

Menurutnya, dia menganggap kejayaan menjual kambing diternak itu ialah rezeki besar yang diperoleh berkat kesabaran selepas kehidupannya terjejas kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Sebenarnya, selepas PKP, saya tidak mempunyai pekerjaan kerana tidak mendapat tempahan untuk membuat peralatan besi yang diusahakan.

"Bayangkan lebih empat bulan saya tidak bekerja kerana PKP, sebaliknya hanya bekerja di kandang kambing sahaja.

"Alhamdulillah berkat kesabaran, saya berjaya menjual tiga kambing yang diternak itu selepas mengiklankannya di media sosial," katanya.

Menurutnya, dia mempunyai 12 kambing baka Jamlo iaitu baka hasil gabungan dua jenis kambing baka lain, Jamnapari dan Anglo.

"Baka ini berbeza kerana mempunyai saiz besar dan bulu yang cantik hasil kacukan dua jenis kambing baka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Disember 2020 @ 3:13 PM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.060981 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list