CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1153|Reply: 7

[Tempatan] COVID-19. Kes di AS dijangka meningkat menjelang persiapan menyambut Krismas

  [Copy link]
Post time 5-12-2020 11:21 PM | Show all posts |Read mode
Jangkitan kes COVID-19 AS meningkat ketara
Disember 5, 2020 @ 10:16pm

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) semalam mencatatkan kes harian COVID-19 mencecah 225,201 bagi hari kedua berturut-turut menurut perangkaan Universiti Johns Hopkins.

Dalam pada itu, AS turut merekodkan 2,506 kes kematian akibat COVID-19, mengikut data terkini oleh universiti penyelidikan yang berpangkalan di Baltimore itu.

AS mencatatkan kes COVID-19 dan kematian tertinggi di dunia dengan peningkatan secara drastik dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini.

Angka kes baharu melepasi 200,000 jangkitan sebanyak tiga kali sepanjang bulan lalu dan meningkat lebih 210,000 antara Rabu dan Khamis.

Jurucakap kesihatan AS memberi amaran kadar kenaikan itu mungkin bertambah berikutan jutaan warga AS dijangka memulakan perjalanan bagi meraikan cuti Krismas walaupun orang ramai diminta kekal berada di rumah.

Dalam tempoh dua minggu, AS mencatatkan kematian tertinggi iaitu 2,000 kes sehari, sebagaimana direkodkan pada musim bunga ketika gelombang pertama wabak itu melanda.

Selain itu, angka individu yang dirawat di hospital akibat COVID-19 turut meningkat, terutama dalam kalangan masyarakat di negeri seperti California, Florida, New York dan Texas, menurut Projek Pengesanan Covid.

Setakat ini, AS merekodkan lebih 14.3 juga kes COVID-19 dan 278,00 kematian sejak bermulanya pandemik itu. - AFP

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2020 03:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya.kat malaysia tu pon ada negeri nak buka boder sbb nak sambut chrismas katanyeh
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2020 04:08 AM | Show all posts
Sini chrismas antara family. Yang bukan serumah, balik rumah mak ayah adalah dilarang..

Syukur tiada family so tak terasa sangat larangan tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2020 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ikut kan kalendar org politik.. kobid yg melanda, setakat tahun ini saja.
Tahun depan.. org politik nii akan bukak isu lain pulak.. kita jaga kita dah laa.. diaorg kat sana .. jaga dia org
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2020 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
jiwasemangat replied at 6-12-2020 07:40 AM
Kalau ikut kan kalendar org politik.. kobid yg melanda, setakat tahun ini saja.
Tahun depan.. org  ...

Oooo so betullah teori yg kata covid ni kisah dongeng je?  Means actually sama mcm flu biasanya je...?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2020 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerexxx replied at 6-12-2020 07:44 AM
Oooo so betullah teori yg kata covid ni kisah dongeng je?  Means actually sama mcm flu biasanya je ...

Covid dicipta untuk menghapuskan Trump adja, sekarang Joehari Biden dah naik, covid akan berundur pergi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2020 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bye..bye Trump
Welcome Mr. new war 2021.. hi!
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2020 08:33 AM | Show all posts
faraway1 replied at 6-12-2020 04:08 AM
Sini chrismas antara family. Yang bukan serumah, balik rumah mak ayah adalah dilarang..

Syukur ti ...

Setuju walaupun dibenarkan merentas daerah dan negeri..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.662260 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list