CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6256|Reply: 43

[Tempatan] takde siapa update lagi ke ??: jumpa Rangka Tergantung di rumah terbiar di Jalan

  [Copy link]
Post time 8-12-2020 07:47 PM | Show all posts |Read mode
Harian Metro :
Gombak: Polis menemui mayat lelaki sudah reput di sebuah rumah terbiar dalam hutan di Kilometer 10, Jalan Gombak Tengah Tambahan di sini, hari ini.
Dalam penemuan 10.50 pagi itu, badan mayat itu ditemui tergantung manakala kepala berada di lantai. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, polis menerima maklumat daripada seorang lelaki berusia 40 tahun sebelum sepasukan anggota bersama bomba dan forensik ke lokasi.
"Hasil pemeriksaan menemui satu rangka mayat lelaki berseluar jeans warna biru dan baju belang koko dalam keadaan tidak sempurna.
"Bahagian tengkorak kepala di lantai dan badan masih tergantung dengan tali yang diikat pada kayu bumbung," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut tidak menemui pengenalan diri mayat itu dan tiada sebarang unsur jenayah dikesan di lokasi.
Katanya, semakan mendapati rumah berkenaan sudah lama tidak berpenghuni dan tidak diketahui pemiliknya selain tiada rumah lain berhampiran.
"Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan lanjut," katanya kes diklasifikasi sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat diperoleh.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau ada kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ketua Balai Polis Gombak Asisten Superintendan Syed Azizi Jamalullail Syed Abdul Aziz di talian 012-3766220 atau 03-61895222.

Sinar Harian :
GOMBAK - Mayat seorang lelaki ditemui tergantung dalam sebuah rumah di hutan Gombak Tengah Tambahan, Kilometer 10 di sini hari ini.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, polis menerima laporan berhubung penemuan tersebut pada jam 10.50 pagi tadi sebelum pihaknya bersama pasukan bomba, unit forensik dan anjing pengesan ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati satu rangka lengkap berpakaian, berseluar jeans biru dan baju belang coklat putih ditemui dalam keadaan tidak sempurna di lokasi tersebut.
"Bahagian tengkorak kepala berada di lantai, manakala bahagian badan masih tergantung dengan tali yang diikat pada kayu bumbung rumah tersebut.
"Pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian tidak menjumpai apa-apa pengenalan diri pada mayat tersebut. Status masih belum diketahui," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Arifai berkata, rumah tersebut telah lama ditinggalkan namun tidak diketahui pemiliknya selain tiada penduduk tinggal berdekatan kawasan tersebut.
Beliau bagaimanapun berkata, siasatan awal mendapati tiada sebarang tanda adanya unsur jenayah dalam kejadian itu.


"Rangka manusia tersebut dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-12-2020 07:49 PM | Show all posts
Lelaki mati tergantung disahkan warga tempatan
Gombak: Lelaki yang ditemui tergantung di sebuah rumah kosong di Kilometer 10, Jalan Gombak Tengah Tambahan di sini, semalam disahkan sebagai warga tempatan.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, hasil semakan mendapati mayat yang ditemui tergantung adalah lelaki berusia 43 tahun.

"Individu berkenaan adalah warga Malaysia beralamat di Taman Wilayah, Batu Caves.
"Hasil keputusan bedah siasat mendapati punca kematian konsisten dengan gantung diri dan anggaran kematian melebihi dua minggu," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Arifai berkata, polis kini sedang mengenalpasti waris bagi menuntut jenazah.
Semalam, polis menemui mayat lelaki sudah reput di sebuah rumah terbiar dalam hutan di Kilometer 10, Jalan Gombak Tengah Tambahan di sini.
Dalam penemuan 10.50 pagi itu, badan mayat itu ditemui tergantung manakala kepala berada di lantai.
Polis yang menerima maklumat daripada seorang lelaki berusia 40 tahun sebelum sepasukan anggota bersama bomba dan forensik ke lokasi.


Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2020 09:27 PM | Show all posts
xde gambar ke
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2020 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Diseksa sebelum mati

Dendam kot
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2020 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
rasa mcm ada thread kelmarin...dekat UIA ka apa kan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2020 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
2 minggu lbh baru jumpa. Ada gmbar blh tgk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2020 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 8-12-2020 09:36 PM
rasa mcm ada thread kelmarin...dekat UIA ka apa kan?

Kelmarin lusa atau kelmarin semlm?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2020 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 8-12-2020 09:27 PM
xde gambar ke

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2020 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
kimsa-ra replied at 8-12-2020 09:39 PM
Kelmarin lusa atau kelmarin semlm?

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1226653&mobile=2

tapi tak ada banyak maklumat...ada 7 komen saja...nak tau juga apa yg sebenarnya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2020 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
TENGKUTAHAR replied at 8-12-2020 09:41 PM

kalau ikut dalam thread kelmarin katanya meninggal dalam 3-4 hari mcm tu.

tapi dari gambar nampak mcm dah lama...sbb tu tinggal kulit saja melekat kat tulang.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2020 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
TENGKUTAHAR replied at 8-12-2020 09:41 PM

Dh tak rupa rangka org kalau sekali tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2020 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 8-12-2020 09:41 PM
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1226653&mobile=2

tapi tak ada banyak maklum ...

Dh tgk thread kongsi tular tu. 3 hari tp kt sini 2 minggu. Klu tgk keadaan rangka 2 minggu. Jauh kedalam skpi nk kena daki 30minit.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2020 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
kimsa-ra replied at 8-12-2020 09:48 PM
Dh tgk thread kongsi tular tu. 3 hari tp kt sini 2 minggu. Klu tgk keadaan rangka 2 minggu. Jauh k ...

tu la....tali yg dia guna utk gantung diri tu rasa tajam...makan bahagian leher tu yg terputus kepala.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2020 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kering camtu, takde la npk ngeri
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2020 10:17 PM | Show all posts
Pendatang asing ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2020 10:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-12-2020 10:29 PM | Show all posts
sarah82 replied at 8-12-2020 09:41 PM
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1226653&mobile=2

tapi tak ada banyak maklum ...

Oo kat benang tular kahhhh


Takde sapa caritizen nak csi kahh....hehehh
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2020 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 8-12-2020 10:17 PM
Pendatang asing ni.

polis dah kata rakyat tempatan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2020 10:31 PM | Show all posts

Macam kes bunuh diri jah...

Sbb dah tinggal rangka....reput tu yg kepala terkulai jatuh kot
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2020 10:31 PM | Show all posts
mujur kaka update... btw berita ni keluar kat youtube feed iols tadi... tertanya jugak macam mana boleh ada mayat kat rumah usang.. sah2 ler kes bunuh atau bnuh diri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.093751 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list