CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6979|Reply: 29

5 Resepi Maggi Yang Anda Boleh Cuba. Pasti Lazat!

[Copy link]
Post time 18-12-2020 03:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 18-12-2020 03:30 AM

Selain masakan maggi yang tersedia di plastik tersebut, sebenarnya banyak lagi resepi yang anda boleh cuba. Jom ikuti 5 resepi maggi yang anda boleh cuba di rumah.



Kita tahu, kalau beli maggi, kita buka, rendam dalam air sampai 2 minit, masukkan perencah dah siap maggi sup kan. Sebenarnya daripada maggi tersebut banyak lagi resepi yang boleh kita cuba. Daripada maggi boleh lagi menjadi masakan yang lain dengan tambahan beberapa bahan.

Mungkin kita sudah terbiasa maggi adalah makanan segera. Jadi dengan pantas boleh siap dan terus makan. Tetapi kalau anda mempunyai masa, apa kata cuba dulu resepi lain ini tetapi bahan utamanya adalah maggi yang ada pada anda ketika ini.

Jom ikuti perkongsian 5 jenis resepi maggi yang anda boleh cuba ketika berada di rumah dengan penambahan beberapa bahan sahaja. Boleh buat murtabak maggi, maggi goreng, pizza maggi, oden maggi dan sebagainya.

Pelbagai Resepi. Ikuti 5 Resepi Maggi Yang Anda Boleh Cuba
#1. Murtabak MaggiDaripada maggi yang kita ada, kita boleh buat murtabak maggi. Biasa kita jumpa murtabak ni pada bulan puasa dengan bazar ramadhan kan. Tetapi kali ni anda boleh buat sendiri tetapi isi adalah bahan daripada maggi. Ikuti perkongsian Shai Anne Ahemed di facebook cara dan resepi untuk buat murtabak maggi





Bahan-Bahan
  • Maggi kari 1 bungkus
  • Telur 3 biji
  • Bawang Merah 3 biji
  • Sosej (rebus sekejap) bersama Garam
  • Ajinomoto
  • Daun bawang




Cara Masak
  • Masukkan perencah maggi kari dan kesemua bahan di atas dan kacau sampai sebati. Kemudian masukkan 3 biji telur ke dalam bahan yang kita masak tadi kacau sampai sebati.
  • Rebus mee maggi sampai lembut.
  • Masukkan mee maggi kedalam bahan-bahan yang kacau tadi sampai sebati dan bahagi kan kepada 2 bahagian.
  • Kemudian barulah panaskan minyak dan masukkan mee maggi kedalam kuali sehingga masak, kemudian kita terbalik kan mee maggi.
  • Kemudian kita angkat mee maggi kita hiaskan dengan mayonis dan cili sos. Dah siap untuk dihidangkan



#2. Oden MaggiBiasa oden ni kita beli di Family Mart kan. Jadi apa kata dengan maggi yang ada, kita jadikan ianya sebagai salah satu bahan untuk hasilkan Oden Maggi. Jimat dan pastinya sedap bila dimasak dengan kasih sayang kan. Jadi ikuti perkongsian daripada Nur Nadhirah Mohd Noor di facebook cara buat oden maggi.




Bahan-Bahan
  • Air secukupnya
  • 2 perencah Asam pedas Adabi
  • 2 perencah Tom yam Adabi
  • Nisan sedikit
  • Garam dan perasa
  • Sepeket steamboat mix
  • 1 paket Sosej
  • Maggi/mee hoon/mee/kueh teaw dan pilihan yang anda mahu


Cara Masak
  • Masukkan air di dalam kuali ikut sukatan sendiri, pastikan tidak terlalu cair
  • Masukkan 2 paket pes asam pedas adabi & 2 paket pes tomyam adabi
  • Masukkan sedikit nisan dan garam
  • Letakkan perasa sedikit dan panaskan kesemua bahan tersebut
  • Bila dah gelegak masukkan 1 paket mix steamboat & 1 paket sosej
  • Akhir sekali, masukkan maggi/mee hoon/mee/kueh teaw. Kalau taknak maggi kembang, asingkan pun takpa. SIAP!



#3. Donut MaggiDengan maggi pun boleh buat kueh tau iaitu Donut Maggi. Haa ni anda patut cuba, pernah viral suatu masa dulu bagaimana Aznie Khasri kongsikan resepi cara buat donut maggi dengan beberapa bahan dan bahan utamanya pastilah maggi.



Bahan-Bahan
  • 1 bungkus maggi
  • 2 batang sosej yang dipotong dadu
  • 4 biji telur yang dipukul sebati
  • 2 serbuk maggi kari



Bahan Butter
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air + 2 sudu besar air
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Serbuk roti secukupnya***

  • Sebatikan kesemua bahan kecuali serbuk roti*** Jika masih pekat, tambah sedikit air lagi dan pastikan jangan terlalu cair. Buat seperti goreng pisang


Cara Masak
  • Rebus maggi sehingga kembang, kemudian toskan
  • Masukkan telur, sosej juga serbuk perencah maggi ke dalam maggi. Kemudia gaul sehingga sebati
  • Panaskan kukusan
  • Sapukan acuan dengan sedikit minyak (apa-apa acuan yang mempunyai lubang ditengah)
  • Masukkan adunan maggi tadi di dalam acuan, dan dikukus. Kukus selama 12 minit (Unutk acuan seri ayu kukus 5 minit sahaja)
  • Bila dah masak, angkat dan boleh dikeluarkan daripada acuan tersebut
  • Panaskan minyak di dalam kuali
  • Celupkan seketul maggi yang dah siap kukus tadi ke dalam adunan butter sehingga rata
  • Kemudian salutkan pula dengan serbuk roti sehingga rata
  • Boleh mula menggoreng. Biar hingga warna keemasan dan boleh diangkat. SIAP!



#4. Pizza MaggiIanya sama seperti murtabak maggi tetapi pastinya dibentuk dalam bentuk bulat dan dipotong dalam bentuk pizza. Jadi jom kita tengok resepi buat pizza maggi.



Bahan-Bahan
  • Maggi kari 1 peket
  • Telur 2 biji
  • Bawang merah 1 ulas


Cara Masak
  • Masak magi kosong. Dah masak angkat dan tapis.
  • Pecah telur bersama bawang merah. Bubuh perencah maggi kari.
  • Satukan maggi yang direbus tadi ke dalam telur dan gaul.
  • Gorengkan di dalam frying pan dengan sedikit minyak. Guna api kecil je tau. Kang rentungg
  • Balik-balik kan. SIAP!



#5. Maggi BakarKita pergi kepada resepi lain iaitu maggi bakar. Dengan maggi pun anda boleh buat dan cuba resepi ini. Ianya dikongsikan oleh Siti Asa di facebook.



Bahan-Bahan
  • Maggi
  • Bawang besar potong dadu
  • Lobak potong dadu
  • Kentang potong dadu
  • Cendawan butang
  • Tomato ceri utk hiasan.
  • Bawang putih di cincang
  • Sosej/ isi ayam / daging kisar
  • Jejari ketam (kalau ada/ suka)
  • Serbuk kari 1 sudu besar
  • Sos pasta 4 sudu besar
  • Telur 6/7 biji bergantung saiz
  • Garam
  • Gula
  • Chees untuk toping



Cara Masak
  • Rebus kentang dan lobak
  • Rebus maggi sehingga kembang dan toskan. Asingkan terlebih dahulu
  • Tumis bawang putih
  • Masuk serbuk kari, sos pasta dan perencah maggi.
  • Masuk setengah cawan air dan kacau
  • Masukkan sosej/ isi ayam / daging kisar.. Pilih sahaja pilihan ini
  • Masuk bahan direbus termasuk bawang dan cendawan.
  • Biar masak seketika.
  • Boleh kacau sekali dlm kuali
  • Masukkan dalam loyang pembakar
  • Tuang telur yg telah siap dipukul (Kalau rajin layerkan maggi dulu pastu buh bahan.. buat 3 lapis dan Baru tuangkan telur)
  • Hias sikit ikut suka dan tabur chees.
  • Bakar selama 35 minit dengan suhu 180०C
  • Dah siap boleh dihidangkan. SIAP! sumber




----------------------------------------------------------------
err,,yang senarai atas ni saya belum berapa nak cuba, tapi
saya baru pekena maggi kari campur telor 2 biji ,pagi2 ni
lapar pula






Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2020 05:26 AM From the mobile phone | Show all posts
menarik, tq tt!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru baca tajuk dah telan air liur


Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 07:29 AM | Show all posts
sedapnya.. tq tt share resepi..

Ina takdelah hampir putus asa..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang oden tu ok lah ....tapi yg lain tekak aku x leh terima....tapi member aku kata murtabak Maggi tu sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Thanks sharing tt.. Tp jgn mkn megi selalu ye.. Xbgs utk bdn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2020 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 18-12-2020 07:29 AM
sedapnya.. tq tt share resepi..

Ina takdelah hampir putus asa..

Hahahha...iklan




Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 04:02 PM | Show all posts
murtabak megi tu favourite
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2020 06:48 PM | Show all posts
donat megi tu nampak menyelerakan!
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2020 04:16 PM | Show all posts
I'll try all the recipes. Maggie is the only saviour when you cant find your favourate food to eat. How many of you agree with me?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2020 04:16 PM | Show all posts
Really seems awsome recipes.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2020 04:32 PM | Show all posts
murtabak megi and pizza megi basically sama je..cuma ada tambahan bahan sikit kat murtabak tu...but megi masak apa pun i loike
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2020 05:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow amazing tp byk Meggi ni bahaya kata anti Meggi CPT dimasak sdp dimakan .   
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2020 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Maggi tumis macam vid last sekali tu memang febret
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2020 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak resepi megi goreng pasar malam tu. Dia letak kicap apa eh? Rasa dia ala2 megi indomie perisa asli.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2020 05:08 PM | Show all posts
ninnakarinna replied at 28-12-2020 11:14 AM
Nak resepi megi goreng pasar malam tu. Dia letak kicap apa eh? Rasa dia ala2 megi indomie perisa asl ...

tak berapa jumpa pula yang tu awak ..

yang jumpa ni aje

https://bidadari.my/resepi-maggi-goreng/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2020 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 28-12-2020 05:08 PM
tak berapa jumpa pula yang tu awak ..

yang jumpa ni aje

Thanks mod.. Yg letak rencah ni da biasa buat.. Yg kat pasar malam tu x letak rencah. Ada kicap dia.. Tp x tau jenama apa..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
ninnakarinna replied at 28-12-2020 11:14 AM
Nak resepi megi goreng pasar malam tu. Dia letak kicap apa eh? Rasa dia ala2 megi indomie perisa asl ...

Kalau kicap dlm paket megi goreng indomie perisa asli tu kicap dia thick kan.. mcm kicap ABC.. kicap indonesia tu.. kalau kicap pekat msia dia mcm xmanis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni ada resepi corn dog maggi. Bole la try kalau bosan2
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni pulak resepi popia megi..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.073558 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list