CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11091|Reply: 56

Edisi Trivia Tanahairku : Geografi Malaysia

[Copy link]
Post time 24-12-2020 06:30 PM | Show all posts |Read mode
Ini adalah edisi Trivia Tanahairku, untuk melihat sejauh manakah anda tahu mengenai bentuk muka bumi, cuaca, dataran, lautan, sungai-sungai atau apa sahaja mengenai Malaysia. Jom share sama sama

Contoh :
Malaysia terletak di Hemisfera Utara, iaitu bahagian utara dari Garisan Khatulistiwa.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2020 06:31 PM | Show all posts
Edited by keypochino at 24-12-2020 06:45 PM

@seribulan @Spongeiibob @Xim @mrsbob87 @melonmadu meh ler masuk
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 24-12-2020 05:31 PM
@seribulan @Spongeiibob @Xim @mrsbob87 @melonmadu meh ler masuk

Good info....nanti tambah...

@sarah82 moh...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 24-12-2020 06:31 PM
@seribulan @Spongeiibob @Xim @mrsbob87 @melonmadu meh ler masuk

Wah menarik
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Meh kaka sapot benang mod

Banjara-banjaran utama di Malaysia

1.Banjaran Titiwangsa

-Banjaran terpanjang di Semenanjung Malaysia.
-Juga dikenali sebagai Banjaran Besar.
-Merupakan 'tulang belakang' bagi Semenanjung Malaysia.
-Menjadi legeh utama bagi sungai-sungai di Malaysia.
-Kemuncak tertinggi ialah Gunung Tahan (2178m).
-Mempunyai tiga pusat peranginan iaitu, Tanah Tinggi Genting, Bukit Fraser dan Tanah Tinggi Cameron.
-Terdapat stesen penjanaan kuasa hidroelektrik di Tanah Tinggi Cameron.


2.Banjaran Bintang

-Menganjur dari selatan Negara Thai dan merentas negeri Perak.
-Kemuncak tertinggi ialah Gunung Bintang (1880 meter).
-Menjadi legeh utama bagi sungai-sungai di Malaysia.
-Adalah legeh bagi Sungai Perak dan cawangannya, Sungai Kinta.


3.Banjaran Tahan

-Banjaran yang tertinggi di Semenanjung Malaysia.
-Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Tahan (2190 m); kemuncak yang tertinggi di Semenanjung Malaysia.

4.Banjaran Croker

-Banjaran tertinggi dan terpanjang di Sabah.
-Menganjur dari barat daya ke timur laut.
-Kemuncak tertinggi ialah Gunung Kinabalu.
-Gunung ini adalah yang tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara .
-Banjaran ini memisahkan bahagian pantai barat dengan pedalaman Sabah .

5.Banjaran Tama Abu

-Banjaran yang utama di negeri Sarawak
-Gunung Murud (2425m)merupakan kemuncak yang tertinggi di Sarawak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 08:19 PM | Show all posts

Geografi gak

Laluan Warisan Bijih Timah

LUKISAN MURAL: AKTIVITI MENDULANG BIJIH TIMAH

Perusahaan bijih timah merupakan perusahaan yang tertua dan produk eksport utama di Tanah Melayu satu masa dahulu. Sebelum tahun 1820, perlombongan bijih timah diusahakan oleh orang Melayu secara tradisional dengan menggunakan kaedah mendulang. Aktiviti mendulang ini kebiasaannya dijalankan di sungai atau di kawasan lombong. Tanah didulang akan diayak untuk mengasingkan bijih timah dari tanah.

.

SEJARAH BIJIH TIMAH

Perkembangan industri perlombongan bijih timah di negeri Perak menerusi penemuan bijih timah di Larut oleh Long Jaafar pada tahun 1840-an dan Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 menjadi satu titik tolak kepada sejarah moden negeri ini. Perkembangan tersebut mengubah landskap penempatan masyarakatnya daripada perkampungan di tebing sungai yang beratapkan nipah kepada pekan dan bandar yang memiliki bangunan konkrit.

Hal yang demikian ini jelas dibuktikan dengan catatan Sir Hugh Low pada tahun 1881 yang menyatakan penempatan di Perak bukannya sebuah perkampungan kotor dengan pondok atap yang dilalui oleh lorong bengkok sempit, tetapi sebuah bandar baharu mengandungi blok bangunan batu yang memiliki penampilan kemas dan terbaik sama seperti di bandar-bandar Negeri-negeri Selat.

Pada masa dahulu, Lembah Kinta berkembang pesat dan merupakan daerah terkaya di Semenanjung Tanah Melayu hasil dari kegiatan perlombongan bijih timah dan menjadikan Ipoh lebih terkenal berbanding bandar di negeri lain hanya kerana kekuatannya yang kaya dengan hasil bijih timah.


LALUAN WARISAN BIJIH TIMAH – LORONG HALE

Majlis Bandaraya Ipoh telah menjadikan Lorong Hale sebagai Laluan Warisan Bijih Timah melalui Rancangan Kawasan Khas Pekan Ipoh – Bandar Warisan Bijih Timah. Lorong tersebut telah dinaiktaraf bagi memastikan ianya mesra pelancong di samping menyediakan kemudahan infra dan persekitaran yang menarik dan selamat untuk pengunjung.

.

.

Objektif Laluan Warisan Bijih Timah adalah satu usaha murni dalam menyingkap lipatan sejarah Ipoh di era kegemilangan bijih timah kepada generasi sekarang dan akan datang. Prasarana dan bangunan telah dipelihara dan melambangkan warisan yang hidup untuk santapan minda dan tatapan umum.


PROGRAM LOCAL AGENDA 21 (LA21)  .

Local Agenda 21 ialah satu program untuk masyarakat, sektor swasta dan Pihak Berkuasa Tempatan. Ketiga elemen utama bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran ke arah pembangunan mampan.

Pembangunan mampan ialah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa menjejas keperluan generasi-generasi masa hadapan. Ia mengimbangkan pembangunan ekonomi dengan keperluan-keperluan sosial dan alam sekitar.

Majlis Bandaraya Ipoh merupakan peneraju utama dalam mekanisme perkongsian Local Agenda 21. MBI mempelawa pihak berkepentingan iaitu sektor swasta, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan komuniti untuk bersama membangunkan Bandaraya Ipoh sebagai hub-pelancongan dan kota seni di Malaysia.


TANGGUNGJAWAB KORPORAT (CSR)

Majlis Bandaraya Ipoh dengan kerjasama Maybank Foundation dan pemilik bangunan telah menjalankan satu projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) – ‘Tigers on Ipoh Heritage Walk’ di bawah program LA21.  Pihak Maybank Foundation membiayai projek ini dan pemilik bangunan pula memberi kebenaran dinding di lorong belakang dilukis sebuah mural bertajuk ‘Aktiviti Mendulang Bijih Timah’.

Di samping itu, Maybank Foundation juga menjalankan aktiviti dalam membantu Harimau Malaya dari kepupusan melalui projek ‘Save The Tiger’. Legasi Maybank Foundation dalam memberi balik kepada komuniti melalui program pemuliharaan dan pemeliharaan alam semulajadi di Malaysia amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Majlis Bandaraya Ipoh menyokong usaha-usaha murni oleh Maybank Foundation.

.


#TheMalayanTigerProject

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-12-2020 09:25 PM | Show all posts

chuols boleh je tempak apa2 info psl geografi di malaysia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2020 09:26 PM | Show all posts
Titik tertinggi adalah Gunung Kinabalu manakala titik terendah adalah Lautan Hindi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2020 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
CUACA DAN IKLIM DI MALAYSIA (I)

_SISTEM SURIA_

a) Putaran Bumi :
i. Kejadian siang dan malam
ii. Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat        
iii. Pembiasan angin dan arus lautan
iv. Air pasang dan surut

b) Peredaran Bumi
i.  Kejadian empat musim
ii. Siang dan malam tidak sama panjang

Ciri-ciri Cuaca dan iklim di Malaysia

a) Jenis iklim : Khatulistiwa
b) Ciri-ciri iklim

i. Panas dan lembab sepanjang tahun
ii. Purata suhu tahunan 27C
iii. Julat suhu tahunan kecil (1C - 2C)
iv. Hujan tahunan melebihi 2500 mm
v. Kelembapan bandingan yang tinggi

c) Sistem angin

i. Angin monson barat daya (Mei – Sept)
   - hujan lebat di pantai barat Sem Malaysia pantai Sarawak & pantai barat Sabah.

ii. Angin monson timur laut (Nov – Mac)
   -  hujan lebat di pantai timur Sem. Malaysia, pantai barat Sarawak,  pantai barat dan timur Sabah.            
   - Musim tengkujuh di Kelantan, Terenganu dan Pahang. (banjir)

iii. Angin sumatera
    -  bertiup pada musim peralihan monsoon (April – Mei; Sept – Okt)
    - bertiup kencang secara tiba-tiba pada waktu malam hingga subuh
    -  hujan turun dalam bentuk hujan perolakan dan rebut (disertai petir dan kilat)

iv. Bayu darat (waktu malam : udara sejuk dr darat ke laut)

v.  Bayu laut  (waktu siang : udara sejuk dr laut  ke darat)

Jenis-jenis hujan
i.      Hujan relief (Hujan bukit)
ii.     Hujan perolakan
iii.    Hujan perenggan

FAKTA GEOGRAFI

  Taburan hujan di Malaysia tidak sekata.
  Bukit Larut (Perak) : Kawasan paling lembab di Malaysia; hujan lebih 5000 mm.
  Kuala Pilah : kawasan paling kering di Malaysia; hujan 1190 mm.
  Hujan maksimum turun pada peralihan tiupan angin monson (April dan Okt) Hujan lebat diturunkan oleh hujan perolakan).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 24-12-2020 06:31 PM
@seribulan @Spongeiibob @Xim @mrsbob87 @melonmadu meh ler masuk

Iolls loike this one , fresh gitcheww...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm blaja geografi tingkatan satu dan skolah rendah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang terletak di Asia Tenggara. Malaysia mempunyai dua kawasan utama yang terpisah oleh Laut China Selatan iaitu Semenanjung Malaysia (bersempadankan Thailand di utara dan Singapura di selatan) dan Malaysia Timur (bahagian utara Pulau Borneo yang bersempadan dengan Indonesia di selatan dan Brunei di utara). Malaysia terletak berhampiran dengan garisan Khatulistiwa iaitu pada Garisan Lintang 1 dan 7 Utara dan Garisan Bujur 100 dan 119 Timur. Keluasan Malaysia meliputi 330,534 km.

Sumber: Malaysia 2017 (Jabatan Penerangan Malaysia)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2020 11:04 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 24-12-2020 10:42 PM
Mcm blaja geografi tingkatan satu dan skolah rendah.

seronok jugak kan baca info2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 24-12-2020 11:04 PM
seronok jugak kan baca info2 ni

Biasa je. Sumer tu dah blaja dolu2.
Masa skolah rendah, rasanya keluasan Malaysia dekat 400,000 km. Tapi la ni 330,000 km. Tak pasti kalau masa hilang Batu Putih, keluasan Malaysia secara rasmi berkurangan ke apa..
Lagi banyak hilang tanah, lagi berkurangan keluasan rasmi ye...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Titik tengah semenanjung malaysia terletak di Temerloh, Pahang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2020 11:53 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 24-12-2020 11:09 PM
Biasa je. Sumer tu dah blaja dolu2.
Masa skolah rendah, rasanya keluasan Malaysia dekat 400,000 k ...

sayangnya kt malaysia subjek geo ni tak ditekankan sgt.. kita lebih tekankan pentingnya subjek sains & math..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2020 11:56 PM | Show all posts
keypochino replied at 24-12-2020 11:53 PM
sayangnya kt malaysia subjek geo ni tak ditekankan sgt.. kita lebih tekankan pentingnya subjek sai ...

bkn ke geografi wajb blaja sampai tingkatan 3?
apa yg tak ditekankan?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2020 12:34 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 24-12-2020 11:56 PM
bkn ke geografi wajb blaja sampai tingkatan 3?
apa yg tak ditekankan?

Yela sampai form 3 je la.. kalau form 4 & 5 aliran sains tak dpt ambil geo kalau dah max matapelajaran.. kat uni pun tak byk kos geo.. yg ada setahu keypo kat UKM, UM, USM.. tp skg xsure la..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 25-12-2020 12:34 AM
Yela sampai form 3 je la.. kalau form 4 & 5 aliran sains tak dpt ambil geo kalau dah max matapelaj ...

Berapa byk bidang pekerjaan dlm geografi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2020 12:50 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 25-12-2020 12:42 AM
Berapa byk bidang pekerjaan dlm geografi?

sbb kurang pendedahan so kita pun xpasti peluang pekerjaan yg ada dlm bidang ni.. sbb tu student x berapa nmpk future utk ambil kos ni.. x mcm kos IT, medic, account..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.750460 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list