CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Catpaw

[Pelbagai] Jom Bina Ayat Mudah

  [Copy link]
Post time 21-8-2021 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Alin bersemangat menyambut bulan kemerdekaan apabila ternampak Jalur Gemilang berkibar dengan megahnya di sekolah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2021 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebih seratus Jalur Gemilang berkibar megah di lapan stesen lrt sekitar  Selangor  bersempena bulan kemerdekaan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 08:45 PM | Show all posts
Jiwa kemerdekaan terasa begitu membara apabila melihat bendera jalur gemilang megah berkibar di angkasa.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 08:46 PM | Show all posts
Bendera Sekolah Kebangsaan Tun Fatimah berkibar megah di Pertandingan Bahas peringkat kebangsaan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Di Bulan Kemerdekaan, dapat kita lihat Jalur Gemilang megah berkibar di sepanjang jalan, pada premis-premis perniagaan juga kediaman rakyat Malaysia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2021 11:07 PM | Show all posts




Syabas, semangat patriotik semua membina ayat!



Pada masa-masa istimewa, tacang akan ditaburkan macam Raya Puasa dan Raya Haji. Jadi, setialah bersama-sama membina ayat, ecewah!

Pandemik dah nak jadi endemik, betul ke? Saya pun tak pasti, kita tunggu pengumumannya.

Semua dah suntik vaksin ke? Ada kesan sampingan tak? Jom kita bina ayat yang berkaitan.


Perbendaharaan kata yang seterusnya.



31) Menyuntik


Kamus Bahasa Melayu


menyuntik
menyuntik

[me.nyun.ti/] | مڽونتيق

Definisi : 1. mengorek keluar (duri dr dlm kulit dll) dgn jarum, mencungkil, mencucuk; 2. mengukir dgn benda tajam (pd logam dll); 3. memasukkan ubat ke dlm badan dgn jarum: kemudian jururawat memanggil doktor, doktor datang ~nya; 4. = ~ cacar memasukkan benih penyakit cacar ke dlm badan (utk mencegah penyakit cacar), menanam cacar; 5. bp mengapi-apikan, mengacum, menghasut: mereka akan disuntik dgn fikiran--fikiran anti-Barat; 6. memberikan, menye-diakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)




Masih bermain dengan ayat aktif.

Mulakan dengan subjek diikuti predikat.

Gunakan kata nama sebagai subjek contohnya jarum, dewan, jururawat, Covid-19 dan sebagainya.

Contoh : Jururawat menyuntik lengan Ucop dengan muka yang masam mencuka.

Selamat membina ayat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2021 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejayaan atlet paralimpik kita di temasaya olimpik dunia menyuntik semangat untuk berusaha bersungguh - sungguh untuk mencapai kejayaan
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan telah menyuntik modal kepada usahawan iks supaya mereka dapat meneruskan kegiatan mereka di zaman pandemik ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2021 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ana terjumpa laman web yang menyebut nyamuk sebenarnya menyuntik anggota badannya ke dalam kulit manusia untuk mendapatkan darah bukannya secara menggigit.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ibubapa dapat menyuntik keyakinan kepada anak-anak sejak dari kecil dengan sentiasa memberi nasihat yang bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 10:59 PM | Show all posts
Kejayaan Andrew dalam pelajarannya telah menyuntik semangat Liza untuk terus berusaha untuk berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 11:00 PM | Show all posts
Dr Vikram telah menyuntik ubat bius terlebih dahulu sebelum memulakan pembedahan kecil di lengan Sanusi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Penagih dadah yang menyuntik dadah menggunakan jarum yang dikongsi bersama mempunyai risiko mendapat penyakit AIDS.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Doktor Adam menyuntik ubat dengan berhati-hati supaya pesakitnya yang merupakan kanak-kanak istimewa itu merasa tenang dan tidak takut.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Keputusan peperiksaan yang cemerlang bagi adam telah menyuntik semangat kepada adiknya untuk mengikut jejak langkah adam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2021 12:34 AM | Show all posts


Syabas semua, bagus dan kreatif!



Pada masa-masa istimewa, tacang akan ditaburkan macam Raya Puasa dan Raya Haji. Jadi, setialah bersama-sama membina ayat, ecewah!


Perbendaharaan kata yang seterusnya.



32) Merentas


Kamus Bahasa Melayu


Kamus Bahasa Melayu

merentas
merentas

[me.ren.tas] | مرنتس

Definisi : 1 melalui atau menempuh jalan yg terdekat; memintas; melintasi: Mereka berlari ~ desa. Dia ~ padang yg penuh dgn lalang. 2 membersihkan hutan utk membuat jalan; merintis: ~ jalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)




Masih bermain dengan ayat aktif.

Mulakan dengan subjek diikuti predikat.

Gunakan kata nama sebagai subjek contohnya kereta, Langkawi, balai polis, kahwin dan sebagainya.

Contoh : Mak Ngah mahu merentas desa, dia memakai pakaian sukan serba merah.


Selamat membina ayat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2021 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ani berjaya merentas sungai yang deras itu walaupun dia sangat takut
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Majlis Keselamatan Negara telah menetapkan pasangan yang berjauhan boleh merentas negeri.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Dina memohon kebenaran polis untuk merentas negeri kerana ingin melawat ayahnya yang uzur di kampung.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ana bermimpi merentas sebuah padang pasir menaiki unta selepas melihat dokumentari kehidupan manusia dikawasan gurun Sahara.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.100531 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list