CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10321|Reply: 70

[Tempatan] 'Papa mama dia siap pesan kalau kena rogol, jangan salahkan diorang'-Kanak-Kanak

  [Copy link]
Post time 10-1-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Seorang individu kongsi kisah seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui sedang mengayuh basikal bersama sebuah beg galas. Tidak sampai hati melihat keadaan itu, individu ini membuat keputusan untuk berhenti kereta dan bertanya kepada kanak-kanak perempuan itu.

Selepas berbual dengannya, alangkah terkejutnya individu ini mendapat tahu bahawa kanak-kanak itu dipercayai dipukul dan dihalau keluar rumah oleh ibu bapanya sendiri. Kejam betul!

Dalam perjalanan menuju nak balik rumah dekat area Taipan 1, Setia Alam, Abe dengan wife nampak sorang budak perempuan kayuh basikal (jalan besar area Taipan 1) sambil bawak beg galas.

Pastu potong lah dia tengok raut wajah sedih je. Jadi Abe decide untuk berhenti tepi tunggu dia sampai ke arah Abe. Tanya dia “nak pergi mana ni dik?”

Menurut kanak-kanak ini, dia dikatakan dalam perjalanan menuju ke rumah neneknya yang terletak di Batu Belah, Klang. Sementara itu, individu ini bawa kanak-kanak tersebut ke restoran makanan segera untuk makan tengahari kerana dikatakan masih belum makan.

Abe terjumpa budak ni pukul 3.30ptg. Hmm. So wife Abe tolonglah orderkan makanan untuk dia. Katanya dia selalu kena marah, pastu kena dera. Harini dia tak tahan sangat, nak keluar rumah jugak.

Kanak-kanak tersebut turut mendakwa ibu bapanya tahu dia keluar rumah kerana ibu bapanya sendiri yang menghantar dia ke bawah (rumah flat). Malah, kedua-dua ibu bapanya dipercayai menghantarnya ke pondok keselamatan sebelum dia meninggalkan kawasan rumahnya.
Papa mama dia siap pesan kalau kena rogol, jangan salahkan dorang. Nanti kalau hilang, papa mama report polis cakap anak hilang. Apa? Awak nak report polis anak hilang? Kalau betul cerita budak ni ya Allah memang awak KEJAM! Dah marah, dah pukul, siap teman anak keluar dari rumah pastu awak boleh tengok je anak awak kayuh masuk jalan besar.

Orang lain nak anak, kahwin 10,15 tahun tak dapat dapat anak, awak buang je anak awak macam tu? Sumpah takda akal yg waras. Tak kisah lah video ni viral atau tak, tapi saya rasa tindakan awak tak betul.

Individu ini berang dengan tindakan ibu bapa kanak-kanak perempuan ini yang dilihat mengambil sambil lewa hal keselamatan anak mereka. Bayangkan jika anak mereka berjumpa dengan orang yang salah dan mengambil kesempatan.

Kalau orang tak berhati perut macam awak jugak yg jumpa anak awak, taktahu lah apa nasib anak kecil ni. Allahuakbar.

Dia juga berharap agar ibu bapa yang melihat video anaknya ini mengambil iktibar atas apa berlaku jika perkara yang dikongsikan kanak-kanak ini benar. Semoga ini juga menjadi pengajaran buat semua.

Sumber : Faiz

https://www.instagram.com/p/CJ0bTnFgap3/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2021 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
x berani nak kutuk parents budak ni lagi..nak kena tau citer sebenar dulu..kekadang samaritan ni berkobar2 up dlm socmed lepas bantu, padahal baru dengar sebelah pihak..so i simpan emosi dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa TT buka dua threads yg tajuk dan kandungan sama?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena dengar cerita dari dua belah pihak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena dengar cerita dari mak bapak dia pulak
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ingat org melayu mmg style camtu

Ko nk. Lari? Haa pegi lah.
Dalam hati mak ingat ank xberani buat
Rupanya ank nekad
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2021 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Org slalu ckp, budak2 tak pandai berbohong. Tapikan, x semua bdk jujur. Ada yg bohong sbb takut, nak selamatkn diri, nak minta ihsan & etc. Ada yg terpengaruh dgn cite2 psl bdk lari
dari rumah sbb kene tegur or marah. Mcm bdk pompuan ni, kita dgr dulu penjelasan makpak dia.
Kat tmn aku few yrs back, ade kes bdk pompuan umur 10 thn kuar umah x blk smpi mlm. Pastu bila org ramai jumpa dia, bila disoal siasat rupanya dia kene marah dgn mak dia sbb tak dgr ckp.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 04:50 PM | Show all posts
Umur 9 tahun.. keluar rumah.. apa pun alasannya  memang parenting fail.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2021 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap harap budak ni tak menipulah. Siap viral sebelum selidik.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Parent kaki batu kah? X mustahil
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Yela anak degil cmne pon xleh la biar keluar sorg2 ke jalan besar. Lagi2 pmpuan. Aku pn geram je ngn anak2 aku time buat perangai. Tp bila keluar pagar tu aku tgk2 lah jugak jgn sampai gate jalan keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak dengar citer sblh sana dl br nak komen lebih2
Budak2 skrg kecik besar boleh mereka2 citer
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
jika betul story ni..
teruk betul mak bapak budak tu tak tahu jaga amanah Allah dengan baik.
banyak je parents di luar sana perangai mcm ni.
mak lebih sayang tok laki dari anak sendiri.
biar anak terabai
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 05:57 PM | Show all posts
apa kata tahun baru nih kita org dewasa bertekad utk besarkan anak2, tanpa childhood trauma yg akan menghantui mereka sampai bila2?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa umur budak ni?.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannye tgk bdk ni.. hrp2 la ada penyelesaian masalah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2021 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 10-1-2021 05:57 PM
apa kata tahun baru nih kita org dewasa bertekad utk besarkan anak2, tanpa childhood trauma yg akan  ...

Terbaik. Aku takmau tengok muka narcicist di rumah aku
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 06:11 PM | Show all posts
KIM.K replied at 10-1-2021 06:08 PM
Terbaik. Aku takmau tengok muka narcicist di rumah aku

Bertabahlah sis Kim. Kadang2 tanggungjawab kita utk tamatkan toxic pattern turun temurun keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi Allah lindungi budak ni. Dijumpai orang yang baik. Kalau org jahat yang jumpe, headline berita dah jadi budak perempuan umur 9 tahun dikerat 17
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 10-1-2021 06:00 PM
Berapa umur budak ni?.....

9thn cik noor2.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.077414 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list