CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1495|Reply: 6

[SARAWAK] Tragedi kepala air Ulu Baram

[Copy link]
Post time 11-1-2021 07:26 PM | Show all posts |Read mode
Tragedi kepala air di Miri: Dua anggota jalankan rondaan di kawasan SSGP

MIRI: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan seorang lagi polis bantuan yang maut selepas dihanyutkan dalam tragedi kepala air di Ulu Baram pada Khamis lepas, sedang melakukan rondaan rutin di kawasan Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP).

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail, mangsa adalah Sarjan Simon Laja, 47, dari Batalion 12 PGA Miri dan anggota polis bantuan dikenali sebagai Sarjan Kemiang.

Simon mengetuai tiga anggota polis bantuan SSGP Kem Layun dan tiga pekerja Syarikat Samling Timber Sdn Bhd dalam satu rondaan di sepanjang Sungai Melana, Long Kerangan di Baram ketika kejadian itu berlaku pada 6 petang.

“Mereka sedang berjalan dalam sungai yang cetek apabila mereka dihanyutkan kepala air yang berlaku secara tiba-tiba.

“Lima daripada mereka berjaya menyelamatkan diri kecuali Sarjan Simon dan Sarjan Kemiang, yang didapati hilang selepas itu,” kata Aidi dalam kenyataan di sini.

Aidi berkata satu pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada tujuh anggota PGA dan 27 pekerja Samling digerakkan selepas itu.

Mayat Simon ditemukan kira-kira 2 petang semalam manakala mayat Kemiang ditemukan pada 2.30 petang, ditemukan pada jarak satu kilometer dari lokasi penemuan mangsa pertama.

Kedua-dua jasad kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Long Lama sebelum dibawa ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut, katanya.

Untuk rekod, Syarikat Samling Timber Sdn Bhd dianugerahkan kontrak oleh Petronas untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sivil di SSGP pada 28 Jan tahun lepas.

Projek SSGP adalah saluran paip gas asli sepanjang 512 kilometer dan berdiameter 91.4cm yang menghubungkan Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di Kimanis ke Kompleks LNG Petronas di Bintulu, Sarawak dan adalah sebahagian Projek Minyak dan Gas Bersepadu Sabah-Sarawak (SSIOGP).




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2021 07:31 PM | Show all posts
Korban 'kepala air': Mendiang Sarjan Simon Laja selamat disemadikan


Ensunie menabur tanah kuning ke pusara mendiang suaminya.

SIBU: Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) mendiang Sarjan Simon Laja, 47, yang terkorban dalam tragedi kepala air di Ulu Baram pada 3 Disember lalu selamat disemadikan di tanah perkuburan Taman Peringatan Nirvana di sini pada jam 11.45 pagi tadi.

Upacara pengebumian mendiang yang dilakukan mengikut istiadat polis, dihadiri oleh ahli keluarganya, saudara-mara dan rakan-rakannya bagi memberi penghormatan terakhir.

Turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir ialah Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani; Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Abd Rahim Jaafar; Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail; Komander PGA Sarawak SAC Mancha Ata dan Ketua Polis Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2021 07:32 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mn la rupa saluran paip tu yer. Syok gak keje jln2 cek paip ni. Outdoor adventure.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2021 08:36 PM | Show all posts
otai_g replied at 11-1-2021 08:27 PM
Mcm mn la rupa saluran paip tu yer. Syok gak keje jln2 cek paip ni. Outdoor adventure.

camni kot ...


alaaa tak boleh pula ...
ni direct link
https://www.facebook.com/100009351280574/videos/2666783100310040

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 11-1-2021 11:32 AM

Ni ke the exact river, FC?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-1-2021 06:33 AM | Show all posts
cha-cha replied at 11-1-2021 09:34 PM
Ni ke the exact river, FC?
kata nya gtu ... tapi gambar tu bukan semasa kejadian. sekadar gambar hiasan...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.069875 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list