Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
685
View
2
Reply

[SARAWAK] 20 tahun terkandas di Sibu

[Copy link]

Author: FanTasyCreaTioN       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-1-2021 07:39 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Hospital Sibu mencari waris atau ahli keluarga  pesakit wanita, Salmah Adik, 70 tahun yang kini masih berada di Wad Perubatan 10, Hospital Sibu.

Menurut kenyataan yang diterima daripada hospital berkenaan, Salmah telah dimasukkan ke Hospital Sibu sejak 8 Januari yang lalu menggunakan ambulans setelah menerima panggilan daripada orang awam.

Sehingga hari ini, pihak hospital masih gagal mengesan waris pesakit.  

Pesakit memaklumkan beliau berasal dari Batu Arang, Labuan namun telah terkandas di Sibu sejak 20 tahun lalu setelah diragut semasa lawatan ke Sibu pada masa itu.

Kejadian itu menyebabkan kehilangan dokumen pengenalan diri selain tiada mempunyai wang yang mencukupi untuk pulang semula ke Labuan.

Pesakit juga tidak dapat memaklumkan keadaan dirinya kepada keluarga kerana semasa berlaku kejadian itu dahulu keluarganya tidak mempunyai telefon.

Menurut pesakit lagi, beliau mempunyai adik beradik iaitu, Mohd Yunus (dikenali sebagai Awang) yang menetap di Kudat, Sabah serta Yusuf dan Jaafar yang menetap di Bukit Kalam, Labuan.


Sarawak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 11-1-2021 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Cap jari takleh detect ke?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-1-2021 06:12 AM | Show all posts
zeed replied at 11-1-2021 10:18 PM
Cap jari takleh detect ke?
ha`ah pernah terpikir camtu ...

tapi mungkin juga cap jari acik ni takde dalam data...?

kehilangan dokumen pengenalan diri
mungkin dia ni pendatang ... sebab ramai kat sana tu pendatang bukan penduduk asal.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list