CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5103|Reply: 15

Akaun Whatsapp anda perlu dipadam selepas 8 Februari jika tidak setuju dengan sy

[Copy link]
Post time 13-1-2021 04:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 13-1-2021 04:35 AM



    WhatsApp bidas dakwaan data pengguna dikongsi dengan Facebook dan pihak lain

Awal bulan ini, ramai pengguna WhatsApp menerima notis pop-up dari WhatsApp, yang menyatakan terdapat kemaskini di dalam terma dan polisi privasi aplikasi permesejan tersebut. Kemaskini ini akan berkuatkuasa pada 8 Februari 2021 dan pengguna perlu bersetuju dengan terma dan polisi privasi ini jika mahu terus menggunakan WhatsApp. Jika tidak setuju, pengguna boleh memadamkan akaun WhatsApp mereka.



Perkara ini membuatkan ramai pengguna terpinga-pinga kerana memang jarang membaca terma dan syarat yang panjangnya berjela-jela. Tetapi ringkasan kunci kemaskini yang disenaraikan WhatsApp di dalam notis pop-up tersebut, membuatkan orang ramai berasa was-was untuk bersetuju dengan kenyataan kemaskini baru WhatsApp.

Bagi menjelaskan keadaan, WhatsApp tampil menyatakan bahawa mesej peribadi pengguna adalah selamat dan terjamin. WhatsApp menyenaraikan 7 perkara berkaitan keselamatan dan perlindungan mesej pengguna iaitu:
  • WhatsApp dan Facebook tidak boleh melihat mesej peribadi atau mendengar panggilan pengguna
Semua mesej peribadi pengguna dilindungi dengan penyulitan hujung-ke-hujung (end-to-end encyrption). Jadi hanya penghantar dan penerima sahaja boleh membaca mesej dan mendengar panggilan.



  • WhatsApp tidak menyimpan log mesej atau panggilan
Disebabkan ia adalah maklumat peribadi dan risiko keselamatan, WhatsApp tidak menyimpan data ini.
  • WhatsApp dan Facebook tidak boleh melihat lokasi yang dikongsi
Sama seperti mesej, lokasi yang dikongsi hanya boleh diketahui penghantar dan penerima kerana dilindungi dengan penyulitan hujung-ke-hujung.



  • WhatsApp tidak berkongsi maklumat kenalan penguna dengan Facebook
Hanya selepas diberi kebenaran, barulah WhatsApp boleh melihat semua nombor kenalan dari buku alamat. WhatsApp tidak berkongsi data ini dengan Facebook.
  • WhatsApp Group akan kekal peribadi
Sama seperti mesej peribadi, WhatsApp Group juga dilindungi dengan penyulitan hujung-ke-hujung. WhastApp juga tidak berkongsi data ini dengan Facebook untuk tujuan iklan


  • Mesej WhatsApp boleh ditetapkan terpadam sendiri
Untuk privasi tambahan, pengguna boleh menetapkan mesej untuk terpadam sendiri selepas dihantar, menggunakan fungsi Disappearing Messages.

  • Pengguna boleh memuat turun data
Pengguna boleh mengetahui apakah jenis data yang disimpan oleh WhatsApp dengan memuat turun laporan akaun. Ia boleh didapati di dalam aplikasi menerusi Settings > Account > Request Account Info. Kemudian pilih Request Report. Laporan akan disediakan dalam masa 3 hari.





Dari kenyataan ini, ia kelihatan sama seperti apa yang telah sedia ada di WhatsApp sebelum ini. Jadi apakah pembaharuan terma dan polisi privasi WhatsApp, yang memaksa pengguna menerimanya, paling lewat pada 8 Februari 2021?

Apabila dibandingkan dengan Telegram dan Signal, dua aplikasi permesejan ini menyediakan fungsi yang serupa atau lebih dari WhatsApp, tetapi mengumpul sedikit data pengguna. Di Signal, ia tidak mengumpul langsung sebarang data pengguna.




Perbandingan data dikumpul WhatsApp, Telegram dan Signal ,Kami sedang berhubung dengan WhatsApp untuk mendapatkan penerangan lebih jelas tentang perubahan ini dan mengapa pengguna wajib menerima terma baru mereka. [Sumber: WhatsApp] via

---------------------------------------
buat masa ini di saat2 saya tengah menaip ni,di pagi2 buta yang sangat hening ini   .sesambil layan stim dengan crush.saya akan guna saja whatsapp ni hinggalah ada macam hidup dan mati yang meyebabkan,kita semua terpaksa beralih arah la kan.. hehe ,korang baca2 lah dulu dan  buat keputusan



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2021 04:44 AM | Show all posts
Edited by trunks at 13-1-2021 04:56 AM

Polisi Terbaru Facebook Bakal Sekat Akses Whatsapp Bersyarat


Dalam artikel-artikel sebelum ini, sudah beberapa kali kami menyebarkan peringatan bahawa sesuatu yang percuma untuk digunakan pasti ada sebab disebaliknya kenapa ia percumaBegitu jugalah dengan pengguna media sosial yang selama ini mampu menggunakan keseluruhan fungsi dan kelebihan yang dibangunkan, tanpa mengeluarkan satu sen.Ini kerana kita semua sudah tahu bayaran yang perlu kita bayar bukanlah dalam bentuk wang ringgit, sebaliknya dibayar melalui tabiat penggunaan serta informasi peribadi kita semua.

Kecuali Whatsapp satu masa dahulu sebelum diambil alih oleh gergasi media sosial, Facebook. Whatsapp dahulunya mampu menjalankan operasi hanya dengan bayaran $1 yang dikenakan (dan bukan semua pengguna membayarnya) sebelum syarikat tersebut dibeli Facebook.
Selepas pertelingkahan besar antara Whatsapp dan Facebookyang mengakibatkan pengasas Whatsapp Jan Koum dan Brian Acton terpaksa melepaskan hasil kerja mereka, Koum dan Acton mula lantang mengeluarkan amaran agar orang ramai membuang akaun Facebook mereka.
[size=1em]Perubahan yang bakal dilakukan terhadap Whatsapp bermula Februari ini, seakan membenarkan amaran yang telah mereka keluarkan.

Apa yang bakal berubah bagi pengguna Whatsapp?

Semua pengguna Whatsapp sudah menerima notifikasi berkenaan perubahan syarat yang bakal diperkenalkan Facebook untuk semua pengguna Whatsapp.Perubahan itu dijadualkan bermula 8 Februari 2021.Perubahan terbesar dan bakal berlaku adalah bagaimana integrasi di antara Facebook dan Whatsapp dari segi koleksi dan perkongsian data peribadi pengguna, akan dilakukan dalam skala lebih terbuka.Tidak ada pengecualian diberikan sekiranya anda salah seorang pengguna Whatsapp yang tidak mahu data anda dikongsikan.Facebook sebagai pemilik Whatsapp menyifatkan pengguna sudah diberikan masa yang cukup untuk membuat keputusan, walaupun anda bukanlah seorang pengguna Facebook.

Sesuatu yang perlu anda tahu - sekiranya anda tidak menyatakan persetujuan anda melalui pengesahan selewat-lewatnya tanggal tarikh 8 Februari 2021, secara automatik anda tidak lagi diberikan akses kepada aplikasi Whatsapp dalam peranti anda.
[size=1em]Hanya pengguna di Eropah dikecualikan daripada perubahan ini disebabkan oleh kewujudan akta Regulasi Perlindungan Data Awam atau General Data Protection Regulation (GDPR), yang diperkenalkan oleh Kesatuan Eropah pada bulan Mei tahun 2018.

Kepentingan regulasi yang diperkenalkan Kesatuan Eropah


[
Ramai di antara kita di Malaysiamenggunakan Whatsapp sebagai ruang rasmi perbincangan melibatkan peringkat profesional, dengan kebenaran/arahan penggunaan tidak rasmi diberikan pengurus atau pentadbir kita.Berbeza dengan kita, penggunaan Whatsapp dalam tahap profesional di Eropah sebenarnya kesalahan yang melanggar akta GDPR di kalangan majikan Eropah.Namun masalah utamanya, hampir 41% kumpulan pekerja di Eropah dilaporkan masih menggunakannya untuk tujuan profesional.

Kebergantungan syarikat dan pekerja kepada Whatsapp ini menjadi penyebab utama isu ini sering hangat di kalangan masyarakat Eropah.Ini kerana golongan pekerja dan sesetengah majikan melihat penggunaan Whatsapp memberikan cara mudah untuk komunikasi secara percuma, walaupun bertentangan dengan dasar Kesatuan Eropah sendiri.Whatsapp melalui Facebook turut tidak membantu.

Gergasi media sosial itu dilihat sengaja terus tidak membantu Kesatuan Eropah memperketatkan undang-undang ini, sebaliknya mengambil peluang terhadap keengganan pengguna yang mahu terus bergantung dengan Whatsapp.Salah satu fungsi paling kontroversi dalam perdebatan antara pendokong GDPR dengan Whatsapp, adalah bagaimana Whatsapp diberikan akses penuh terhadap buku telefon peribadi dalam semua telefon yang dipasangkan Whatsapp.

Fungsi ini membolehkan Whatsapp mengakses dan merekodkan semua nombor telefon dalam buku telefon tersebut, walaupun nama-nama yang disenaraikan berkemungkinan bukanlah seorang pengguna Whatsapp.Sehingga kini Kesatuan Eropah berdepan kesukaran dalam memastikan pekerja dan majikan mematuhi syarat ini bagi melindungi data mereka, walaupun pelbagai alternatif dan akta cuba diperkenalkan.

Apa yang bakal berubah berkaitan data anda?



Kita di Malaysia di peringkat kerajaan serta komuniti serantau agak kurang kesedaran berkenaan isu ini, berbanding kumpulan di Eropah yang inisiatifnya dipacu Kesatuan Eropah. Sudah menjadi amalan biasa kita menggunakan Whatsapp sebagai ruang diskusi satu pejabat, sebagai medium utama komunikasi antara majikan, pentadbir dan pekerja tanpa wujud sekelumit rasa bimbang dalam hal berkaitan data perniagaan.Isu data perniagaan ini sebenarnya sudah lama didebatkan oleh pengasas Whatsapp sendiri yang tidak bersetuju semasa mereka di bawah Facebook.Mereka menyuarakan kebimbangan berlakunya integrasi menyeluruh melibatkan perkongsian data antara keduanya, yang dikatakan akan menyebabkan Whatsapp hilang keistimewaannya yang sebenar; privasi.

Apakah alternatif kepada Whatsapp?



[ntegrasi data antara Facebook dan Whatsapp sebenarnya sudah pun bermula dalam skala lebih kecil sejak tahun 2016, sesuatu yang berkemungkinan besar ramai tak sedari terjadi. Bagaimanapun pengguna sejak 2016 masih diberikan hak untuk memilih sama ada untuk membenarkan atau tidak membenarkan data dalam Whatsapp dikongsikan kepada Facebook, tanpa menjejaskan akses anda kepada Whatsapp.



Perubahan yang bakal dilakukan bulan Februari 2021 ini dikritik banyak pihak Facebook menarik balik pilihan tersebut, memaksa pengguna bersetuju untuk data maklumat mereka dikongsikan kepada Facebook. Seandainya anda sebagau pengguna memilih untuk tidak bersetuju, akaun Whatsapp anda akan disekat aksesnya tanpa ada kompromi.Bagi kumpulan pengguna Whatsapp yang tidak mahu integrasi ini dikenakan ke atas mereka, apakah alternatif yang ada?


Banyak individu berpengaruh seperti Edward Snowden sudah bertahun lamanya mengesyorkan aplikasi Signal yang sebenarnya dibangunkan oleh bekas pengasas Whatsapp sendiri.
Signal, Telegram dan juga Skype dilihat menjadi antara sebagai alternatif terbaik untuk anda terus berkomunikasi secara mudah tanpa perlu risau campur tangan gergasi media sosial.
Pengasas Tesla serta individu yang baru diisytiharkan sebagai paling kaya dunia Elon Musk juga melalui ciapan pendek di akaun Twitter miliknya, mengesyorkan Signal sebagai pilihan.




Signal masih mengekalkan modus operandi Whatsapp terawal, mengenakan caj minima, mengutip derma serta tidak berorientasikan keuntungan. Namun, usaha untuk mengalihkan orang ramai ke platform baru pasti berdepan kesukaran yang besar 2 billion pengguna sudah selesa dengan Whatsapp.Terlalu ramai pengguna khasnya di Malaysia bergantung sepenuhnya dengan Whatsapp yang sudah jadi satu kewajipan untuk dipasang dan digunakan.

Penulis secara peribadi mengharapkan dapat diwujudkan inisiatif kerajaan Malaysia sendiri untuk memperkenalkan akta yang mirip dengan GDPR di Eropah, yang mampu mencegah masyarakat kita daripada terus diperkotak-katikkan syarikat-syarikat gergasi seperti Facebook.

Apabila difikirkan, kita seolah-olah perlu tunduk ke atas apa saja yang ditetapkan pengendali perkhidmatan 'percuma' ini tanpa mampu melawan - kerana apa yang mereka perkenalkan, sudah jadi sebahagian daripada kebiasaan.Kita sanggup hilang privasi dan hilang kawalan ke atas maklumat peribadi dan orang terdekat kita, hanya atas dasar keselesaan kita semua.




Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
panjangnya en momod
ringkasan xde ke
maksud kaka what sld we do? setuju dgn terma yg wassup berikan ke camner
pepg baca terus pening jdnya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejak facebook ambik alih whatsapp & instagram, takda lagi keseronokan bersocial media.. Semua jadi boring mcm facebook

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau takde pesbuk?akaun wasap iol pun tak bole akses ke acaner

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah seminggu uninstall WhatsApp ni..
Aku nak cuba hidup seperti sebelum 2010.. now, hanya ada Telegram..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2021 10:01 AM | Show all posts
chat wasap aku selama hampir 5 tahun sume terpadam

gara2 memory full

da tak dpt nak belek chat2 info penting

lantak la duniah ja suma ni

mati tinggal ayat nak sedapkan hati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2021 07:04 PM | Show all posts
takayama replied at 13-1-2021 06:11 AM
panjangnya en momod
ringkasan xde ke
maksud kaka what sld we do? setuju dgn terma yg wassup berika ...

haha,memang panjang,tapi,kena detect isi penting saja

secara paling terpendek yang amat pendek melainkan pendek2 belaka

beginilah
------------
yang saya faham,whatsapp akan 'spy' chat kita-walaupun dia tak mengaku sangatlah
sebab,yang saya baca, dia akan spy keyword2 chat kita itu, katalah kita chat dengan
kawan atau saudara mara itu chat hal beli iphone 12, nanti,cookies chat itu keyword dia
iphone 12 kan. nanti akan ada wujudlah iklan2 di Facebook berkaitan iphone 12.

nampak tak 'kaitan nya" " kan what's app dan facebook -Mark yang punya, so
fokus beliau 'spy' chat kita nak spy keyword apa tu UNTUK TUJUAN IKLAN
iklan yang lebih fokus -iaitu- kalau iklan tu related dengan kita seharian
akan menyebabkan kita akan cenderung untuk beli,

dia guna kan style iklan Google Adsense,iklan akan di paparkan di website
yang kita masuk berdasarkan cookies di browser kita -apa yang kita browse
dan search di Google.
jadi,menjawab soalan awak ni- kalau awak tak setuju dengan rules baru dia ni
tak payah accept dan dia akan block lah awak dari guna-cara block saya tak
pasti, tapi,mungkin dia akan block nombor telefon kita kot.

dan alternativenya. kalaua wak tak nak guna whatsapp itu, awak boleh guna
Signal- application ini orang cerita -founder dia adalah founder yang cipta
whatsapp itu juga,lepas dia jual dengan Mark, dia buat Signal ni



saya sudah pun install pagi tadi, bolehla sedap juga macam whatsapp juga
cuma tak adalah fungsi update status-mungkin belum lagi nak buat hehe

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2021 07:10 PM | Show all posts
nazzse replied at 13-1-2021 07:35 AM
Sejak facebook ambik alih whatsapp & instagram, takda lagi keseronokan bersocial media.. Semua jadi  ...

saya pula, kalau masuk Instagram dan twitter lagi laju nak keluar

Instagram -orang gila update gambar-kalau boleh gambar buang
air pun nak upload hehe

twitter-serabut interface,,penuh dengan budak2 yang anggap diri urban
konon la, lepastu,penuh dengan porn juga.bukanlah tak boleh layan


facebook ni -tempat saya kerja,saya tak nampak pun iklan2 sebab
biasala block dengan adblock.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2021 07:11 PM | Show all posts
fishcracker replied at 13-1-2021 08:03 AM
Kalau takde pesbuk?akaun wasap iol pun tak bole akses ke acaner

yang bab ini.kita kena tunggu lepas tarikh kuatkuasa kan nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2021 07:14 PM | Show all posts
najib888 replied at 13-1-2021 08:09 AM
Aku dah seminggu uninstall WhatsApp ni..
Aku nak cuba hidup seperti sebelum 2010.. now, hanya ada  ...

kalau ada cara lain percuma komunikasi dengan keluarga,tak perlu layan
whatsapp ni pun ok  awak hehe..

telegram pun ok aje,takla kita bergantung hanya pada
satu application saja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2021 07:15 PM | Show all posts
tagas replied at 13-1-2021 10:01 AM
chat wasap aku selama hampir 5 tahun sume terpadam

gara2 memory full

terdelete di handphone saja kan.ada lagi tu kalau backup
di icloud atau di Android punya backup
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2021 07:21 PM | Show all posts
komen Netizen
---------------------
Perubahan privasi yang diumumkan whatsapp 7 jan lepas, membuatkan ramai bimbang tentang data peribadi

Ramai berniat untuk tinggalkan aplikasi whatsapp,

Tetapi ingin kemana jika tak gunakan whatsapp?

Elon Musk, orang terkaya didunia ketika ini,  keluarkan kenyataan suggest gunakan alternatif baru selain whatsapp, iaitu SIGNAL

===
KENAPA ELON MUSK SUGGEST APPS SIGNAL?



===

-SIGNAL dibuat oleh founder WhatsApp asal, yaitu Brian Acton pada tahun 2018

-SIGNAL dibina oleh dari wang derma orang ramai kepada Signal Foundation

-Aplikasi ini dikatakan tidak menyimpan data penggunanya sama sekali.

-Perkara ini juga diungkapkan oleh Forbes yang membuat perbandingan pelbagai aplikasi penghantar pesanan, seperti WhatsApp, iMessage, Facebook Messenger, hingga Signal.

-Forbes menyebut, Signal tidak mengumpul data apapun dari penggunanya, jauh berbeza dari WhatsApp dan Facebook Messenger.

-SIGNAL boleh digunakan di destop seperti whatsapp

Saya dah cuba, ini komen saya

-Bagi saya fungsinya sangat bagus,

-Hampir sama seperti whatsapp, tak sama seperti telegram,

-Dan ada beberapa perkara yang lagi bagus berbanding whatsapp & telegram

1- ada note untuk diri sendiri-

2-ada fungsi masukkan password- belum studi detail


Saya yakin, part kekurangan ni mereka akan baiki dari masa ke semasa.

Jom Cuba Apps ini sekarang
https://signal.org/install




Bila dah insall, jom Join Grup Nasihat Bisnes Khas Untuk pengguna SIGNAL
https://signal.group/#CjQKINl-J5weitVAj8b0tAzDB7Bfnskts6JKVQfPuu3XmpTjEhAyvF3qtLxJHkvnpB6L4w0


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 13-1-2021 07:14 PM
kalau ada cara lain percuma komunikasi dengan keluarga,tak perlu layan
whatsapp ni pun ok  awak h ...

Ye betul.. tapi, masa mula2 dulu, whatsapp bukan free tau. I beli kat Apple App Store $0.99.. masa tu, whatsapp pun tak ramai org guna, cuma kawan2 study dan kerja je ada.. walaupun ramai suggest guna viber la, kakao talk la.. we all prefer WhatsApp..sebab tak berat, tak macam2 t&c.. things has changed once Facebook beli whatsapp ni.. since then, dah agak pun, secara implicit or explicit FB akan gain user info dan maybe akan start buat user profiling.. untuk apa dan untuk siapa?  I have some idea..tapi simpan dulu la
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 13-1-2021 11:10 AM
saya pula, kalau masuk Instagram dan twitter lagi laju nak keluar

Instagram -orang gila update  ...

Dah deactivate semua socmed kecuali whatsapp, sebab perlu lagi buat masa skrg. In future klu makin boring & ada option lain which is better akan opted for that. Sekarang, telegram masih tak sampai fungsi dia.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 10:57 PM | Show all posts
trunks replied at 13-1-2021 07:15 PM
terdelete di handphone saja kan.ada lagi tu kalau backup
di icloud atau di Android punya backup

tu la tp selagi memory full ni mmg

susah la kot nak donlod balik

tgh tunggu s21 released esok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.384018 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list