CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8269|Reply: 85

[Tempatan] Siapa makan cili dia terasa pedas episod 2:Sultan Nazrin: Jangan serah amanah ke

  [Copy link]
Post time 13-1-2021 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Umat Islam diingatkan supaya tidak menyerahkan amanah atau tanggungjawab kepada golongan yang bermoral rendah, terpalit dengan rasuah, salah guna kuasa, tidak amanah dan tidak ikhlas.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah, umat Islam hendaklah dengan segala daya dan kekuatan menolak perlakuan golongan yang berimej mungkar dan munafik, kerana ia boleh mencemarkan nama baik ummah serta kesucian Islam.

Sultan Nazrin bertitah demikian sempena Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Penggal 2021-2023, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, Hakim Mahkamah Utama Syariah Negeri Perak dan Ketua Pendakwa Syarie Negeri Perak di Dewan Al Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan di Ipoh, hari ini.

Baginda bertitah, umat Islam wajib melindungi kesucian agama daripada sebarang bentuk penodaan atau pencemaran berpunca daripada persaingan untuk mendapatkan laba politik

Masyarakat Islam hendaklah dibina daripada kalangan ummah yang mengamalkan cara hidup Islam yang sempurna dalam semua lapangan, merangkumi kehidupan berkeluarga, berjiran tetangga, bermasyarakat dan bernegara.

"Masyarakat Islam hendaklah diserlahkan melalui kecemerlangan ummah menguasai ilmu dan pengetahuan, pekerjaan dan profesion, penguasaan ekonomi dan pemilikan kekayaan serta kehebatan budaya dan keagungan tamadun," titah baginda.

Dalam titah itu juga, Sultan Nazrin bertitah peruntukan Perlembagaan yang memaktubkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam, memberi jaminan agama Islam dilindungi dan tidak akan terjejas walaupun berlaku perubahan kepimpinan politik negara serta negeri setiap kali selepas pilihan raya.

Baginda bertitah, kemuliaan Islam perlu diangkat dan tidak bergantung semata-mata kepada keistimewaan kedudukannya dalam Perlembagaan kerana tanpa pengisian, perkara yang termaktub dalam Perlembagaan hanya tinggal sebagai frasa perundangan.

"Tanggungjawab memberi erti, makna kepada frasa perundangan tersebut terletak di atas bahu setiap umat Islam yang wajib berusaha menjelmakan Islam secara terserlah dalam budaya hidup harian," titah Sultan Nazrin

Sultan Perak turut bertitah rakyat sedang memerhati, mendengar, mengikuti apa yang berlaku di dalam negara ketika ini dan menyifatkan ujian yang sedang dilalui kini berpunca daripada perbuatan zalim manusia.

"Hamba-Mu memohon agar dilindungi ummah-ummah yang tidak berdosa daripada ditimpa bala bencana akibat daripada perbuatan zalim pihak-pihak yang telah melanggar perintah Mu, Ya Allah. Ya Wahhab! Ya Razak! Ya Rafiq! Ya Muiz!.

"Di atas bahu hamba-Mu ini, Engkau amanahkan tanggungjawab berat sebagai Ketua Agama Islam Negeri Perak Darul Ridzuan. Kepada Mu jua, hamba-Mu memohon dikurniakan hidayah agar dapat membantu hamba-Mu menyempurnakan amanah yang dipertanggungjawabkan, memimpin jemaah menemui jalan lurus yang dapat memberi kebahagiaan dunia serta akhirat.

"Ketika dunia sedang berhadapan pelbagai kemelut sama ada berbentuk wabak penyakit yang terus menular, bencana alam yang sering melanda, polemik politik yang semakin bergelombang dan suasana ekonomi yang suram, kuatkan pegangan dan kukuhkan iman sekalian hamba-Mu agar yakin kepada kuasa-Mu yang Esa," titah Sultan Nazrin.

-Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

3

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2021 11:44 AM | Show all posts
iols pernah kerja dengan rumah menteri jaga maintenance masa zaman paklah sampai dsn. Biasa setiap menteri yg dpt rumah official kat putrajaya mmg ada budget gov utk renovation & maintenance ikut kesesuaian dan citarasa bakal penghuni & penghuni rumah tu nnt. budget yg disediakan mmg lumayan juga satu2 nya org yg tak ambil port utk renovate ke atau maintenance rumah rasmi ni adalah mahyuddin masa dia jadi tpm. rumah seri setia tu dah mcm rumah tinggal, sapu sampah dan kemas2 bila ada majlis official je kalau takda biarkan aja tak payah bazir duit, itu yg wife dia ckp sebab diorg bukan duduk situ pon. mmg lah mahyuddin tak perfect ada juga salah laku mustahil setiap pemimpin boleh zuhud atau betul2 suci naive tahap wali tapi bg iols kita mungkin patut bagi peluang mahyuddin utk buktikan dia boleh terajui negara bila hal covid ni selesai.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 13-1-2021 11:44 AM
iols pernah kerja dengan rumah menteri jaga maintenance masa zaman paklah sampai dsn. Biasa setiap m ...

Aku hidup dlm dunia nyata.. Jadi aku tak percaya ada pemimpin perfect mcm geng2 acah terpelajar yg hidup dlm dunia utopia..

Baik atau buruk.. Bagi aku wak jidin ada sumbangan pada malaysia.. Tambah dalam keadaan wabak skrg yg bukan saja covid-19 tapi kemungkinan kita akan hadap 2nd wabak avian flu yg dah muncul kat China dan saintis anggap lebih deadly dari covid-19.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 12:28 PM | Show all posts
sarah82 replied at 13-1-2021 12:01 PM
Aku hidup dlm dunia nyata.. Jadi aku tak percaya ada pemimpin perfect mcm geng2 acah terpelajar yg ...

aritu kan tak menjadi haemorrhagic virus depa.. cobid ni pun tak membunuh mcm depa nak, takat bunuh rakyat depa je, pastu pi jjcm negara lain cuma contagious but not deadly.. tu yg gigih mencari virus lain pulak.. #donehatihitamberkerak

yang geng suka suki ckp kerajaan tak buat apa2, depa takut apa bila dah tau death rate tak mencanak mcm kat china aritu? tak habis2 merempan kat medsos...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 12:28 PM | Show all posts
sarah82 replied at 13-1-2021 12:01 PM
Aku hidup dlm dunia nyata.. Jadi aku tak percaya ada pemimpin perfect mcm geng2 acah terpelajar yg ...

itu ler yg iols ckp, nak pemimpin mcm wali mmg idok ler wujud. bg iols support je lah abah din buat masa ni, lepas habis covid baru lah kita bagi peluang sebenar utk abah din menerajui negara, takda pemimpin yg perfect pon
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 13-1-2021 12:28 PM
aritu kan tak menjadi haemorrhagic virus depa.. cobid ni pun tak membunuh mcm depa nak, takat bunu ...

Rate china tu boleh dipertikaikan.. Dari sumber gelap.. Covid-19 dah melanda seawal bulan 9 @ 10 2019 kat sana..

Skrg.. Dah ada kematian kat china avian Flu.. Walaupun dikatakan baru 1 kematian.. Komuniti saintis dunia tak percaya pada angka yg china bagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2021 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 13-1-2021 12:28 PM
itu ler yg iols ckp, nak pemimpin mcm wali mmg idok ler wujud. bg iols support je lah abah din bua ...

Yap.. Iols bagi support pada wak jidin.. Better dia dari anwar ibrahim tak guna tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 12:42 PM | Show all posts
sarah82 replied at 13-1-2021 12:38 PM
Yap.. Iols bagi support pada wak jidin.. Better dia dari anwar ibrahim tak guna tu.

mana ko tau nuar x guna.dia penah jadi pm ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2021 12:55 PM | Show all posts
sarah82 replied at 13-1-2021 12:38 PM
Rate china tu boleh dipertikaikan.. Dari sumber gelap.. Covid-19 dah melanda seawal bulan 9 @ 10 2 ...

iols pun tak caya china.. la ni ph dap sumer glabah bubis sbb xleh nak bangkang.. yg vudus termasuk melayu2 yg gigih sokong deme.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 01:00 PM | Show all posts
Auntie setuju dgn kenyataan Sultan Perak.

Ada jer kwn auntie yg cuba "mengajar" auntie dgn berkata kita mesti pilih pemimpin Islam walaupun akhlaknya rendah jika calon yg satu lagi adalah org bukan Islam. Katanya dia diberitahu sedemikian di dlm pengajiannya.  She maybe my BFF but i begged to differ. Sorrylah, wrong number....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 13-1-2021 11:44 AM
iols pernah kerja dengan rumah menteri jaga maintenance masa zaman paklah sampai dsn. Biasa setiap m ...

Sori nk tanya, bajet utk renovate tu kalau xguna bleh claim cash x?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 13-1-2021 12:55 PM
iols pun tak caya china.. la ni ph dap sumer glabah bubis sbb xleh nak bangkang.. yg vudus termasu ...

Biasa la.. Melayu2 tambah geng urban berkerak dan keadilan utk semua rasa terpelajar.. Tapi sebenarnya BENAK SEBENAK2NYA..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 01:17 PM | Show all posts
axl_bach replied at 13-1-2021 01:05 PM
Sori nk tanya, bajet utk renovate tu kalau xguna bleh claim cash x?

ntah. rasa mcm tak boleh kot, sebab duit dtg dari mof, kalau nak claim juga buat la invoice kata ada jalan kerja etc tapi leceh la byk paperwork kang nnt audit lagi duit keluar barang / service nan hado
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 13-1-2021 12:42 PM
mana ko tau nuar x guna.dia penah jadi pm ke

ANWAR IBRAHIM TAK GUNA..

Jadi ang sakit hati apa?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 13-1-2021 01:17 PM
ntah. rasa mcm tak boleh kot, sebab duit dtg dari mof, kalau nak claim juga buat la invoice kata a ...

Ic.......good to noe that
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 01:20 PM | Show all posts
kalau pemimpin di kalangan andartu, maka tiada kumpulan andartu sorang  pun yg bermoral...banyak sudah contoh2 seperti azalina, dira dan lain2...

pendek kata, kita taknak andartu ada dlm kerajaan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2021 01:22 PM | Show all posts
Menjunjung Kasih Sultan Nazrin... daulat Tuanku..

dalam ucapan ada sebut mungkar & munafik ...

Contoh mungkar: Semburit ke hulu ke hilir... tapi masih bebas siap jadi menteri tanpa pendakwaan wpun ada pulis report + khianat pada kawan2 sundri ..  

Contoh Munafik: Cakap tanak campuq urusan kehakiman ka apa kaa kununn keadilan.. semburit tadak dakwa pula?? dakwaan ke atas Zeti tadak siasat?? geng2 lompat Bunga Raya , sebelum tu ada nama untuk didakwa.. masok bunga raya .. semua kes hilang... munafikun lagu tu laa..

Harap2 Allah swt turun bala ke ataih Malaysia ni selagi dipimpin oleh puak2 munafik ni... jujur cakap puak2 ni lagi haram jadah dari Pakatan Hancing kerna depa suka buat kerja2 kotor kat belakang.... depan kalu doa ke hulu ke hilir...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 01:23 PM | Show all posts
sarah82 replied at 13-1-2021 01:16 PM
Biasa la.. Melayu2 tambah geng urban berkerak dan keadilan utk semua rasa terpelajar.. Tapi sebena ...

deme takkan ngaku benak wehh...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
silencekiller replied at 13-1-2021 01:22 PM
Menjunjung Kasih Sultan Nazrin... daulat Tuanku..

dalam ucapan ada sebut mungkar & munafik ... ...

Ko jgn buat fitnahbke atas Abah Mahiadfin yg prihatin lagi berpenjana, Abah bagi seluruh rakyat Malaysia....

Tiada pemimpin terhebat yg prihatin lagi berpenjana selain Abah Mahiaddin yg prihatin lagi berpenjana nan sa-orang
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 13-1-2021 01:23 PM
deme takkan ngaku benak wehh...

Biasa laaa.. Tu bawah aku dah menyalak kononnya nak perli tapi semua forumer tau MUNAFIKNYA dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.075756 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list