CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1990|Reply: 3

Kronologi darurat di Malaysia

[Copy link]
Post time 13-1-2021 09:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 16-1-2021 10:26 AM

Kronologi darurat di MalaysiaJanuari 12, 2021 @ 11:20am

[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=]22[/url]


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan Pengumuman Khas Darurat di negara ini, pagi ini.


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.

Ia adalah darurat yang kesembilan pernah diisytiharkan dalam sejarah negara.

Berikut adalah kronologi pengisytiharan darurat:

Darurat Tanah Melayu (1948-1960)
Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengisytiharkan darurat apabila tentera Indonesia menceroboh masuk ke sempadan Malaysia.

Sarawak (1966)
Kerajaan mengisytiharkan proklamasi Darurat di Sarawak pada 14 September 1966 susulan krisis politik membabitkan Kerajaan Persekutuan dan Ketua Menteri Sarawak pertama Tan Sri Stephen Kalong Ningkan.

Rusuhan Kaum 13 Mei (1969)
Peristiwa 13 Mei adalah insiden rusuhan kaum pada tahun 1969 susulan pilihan raya umum Malaysia pada tahun itu. Parlimen digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan untuk mengembalikan keamanan dan kestabilan di dalam negara.

Kelantan (1977)
Darurat diisytihar oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Yahya Petra yang juga Sultan Kelantan ketika itu pada 8 November 1977. Pengisytiharan itu dibuat susulan krisis politik membabitkan Menteri Besar Kelantan Datuk Muhammad Nasir.

Jerebu (1997, 2005, 2013)
Selain darurat yang berpunca daripada isu politik dan konflik antara kaum, darurat jerebu juga pernah diisytihar pada 1997 (Sarawak), 2005 (Klang) dan 2013 (Muar dan Ledang). Darurat itu dilaksanakan susulan pencemaran udara yang berbahaya dan tidak sihat.

Darurat Parlimen Batu Sapi (2020)
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat di Parlimen Batu Sapi pada 18 November 2020.

Pengisytiharan itu sekali gus membatalkan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi bagi mengekang dan menghalang berlakunya gelombang keempat penularan pandemik COVID-19.

Darurat Parlimen Gerik dan DUN Bugaya (2020)
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah pada 16 Disember 2020.

Ia sekali gus membatalkan dan menangguhkan pilihan raya kecil (PRK) dua kerusi berkenaan yang dijadualkan serentak pada 16 Jan 2021.

Pengisytiharan Proklamasi Darurat (2021)
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan dengan cadangan kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal. - BERNAMA





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2021 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Darurat Masih Ada PM
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 02:00 PM | Show all posts
darurat 2021 yang paling 'darurat' antara semua darurat lain
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 09:15 AM | Show all posts
Edited by mamichik at 9-3-2021 09:16 AM

kena panggil @Normabaru  buat kronologi.

- PKP1
- PKP 2
- Perisytiharan Darurat
- Parlimen digantung
- PM pergi Indonesia
- Sekolah dibuka (guru-guru dan kanak-kanak belum divaksin)
- PM hadiri sambutan setahun pemerintahan
- PM pergi Arab Saudi, mengadap King Salman secara maya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.075949 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list