Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
451
View
0
Reply

[2020] Syaitan Munafik 'Tunggu' 12 tahun

[Copy link]

Author: Aking       Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-1-2021 12:02 PM | Show all posts |Read mode

Faizal Hussein, Raja Farah dan Ruminah Sidek antara pelakon yang membintangi filem Syaitan Munafik.


Harian Metro

Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my

TAHUN lalu Datuk Mohd Rosdi Shair sepatutnya ke Indonesia untuk bertemu pelakon Ashraf Sinclair yang terbabit sebagai pelakon utama filem Syaitan Munafik terbitan syarikatnya MRE Network Alliance (M) Sdn Bhd.

Ia bagi membincangkan rangka promosi dan hala tuju pemasaran filem terbabit di sana.

Bagaimanapun seluruh penggiat seni dan peminat kedua-dua negara dikejutkan dengan kematian Ashraf pada Februari tahun lalu.

"Saya termenung sekejap kerana tak sangka Allahyarham akan meninggalkan kita secepat ini. Ashraf pun hanya sempat tengok trailer dan bukannya filem penuh. Dia memang teruja dan puji filem hasil arahan Majeed Salleh ini. Diikutkan saya bercadang untuk pasarkan filem ini di Indonesia dan sudah berurusan dengan pengedar di sana.

"Kalau boleh saya nak buat tayangan serentak di dua negara, tapi dengan masalah pandemik yang berlaku dan kematian Ashraf, ia membantutkan perancangan ini," katanya.

Filem genre seram dengan modal RM1.7 juta ini dibuat sejak 2008 dan mengambil masa selama 12 tahun sebelum ditayangkan.

Rosdi berkata, ia bagaimanapun masih relevan untuk ditayangkan kepada peminat.

"Tiada apa-apa perbezaan masa dan latar cerita untuk genre ini. Lainlah kalau genre cinta kerana pasti ada perbezaan aspek yang disebutkan tadi. Filem ini tertangguh akibat masalah tertentu seperti aspek teknikal. Ikutkan, perasaan putus asa memang ada. Tapi, kerana saya dah biasa dalam industri walaupun bermula dalam bidang rakaman lagu, saya dah tahu permainan dan dugaan dalam industri dan teruskan juga," katanya.

Rosdi menyedari daripada terus membiarkannya terperap, baiklah tayangannya diteruskan juga.

"Memang saya pernah terfikir tak nak tayang terus kerana merajuk dengan industri. Tambah lagi saya tak jumpa dengan orang yang betul kerana saya masih baru. Saya tak kenal sangat orang produksi. Pelakon Yank Kassim adalah orang yang banyak mendorong saya supaya tayangkan filem ini.

"Saya pula selagi tak dapat dana yang betul-betul kukuh, memang takkan keluarkan. Tapi dengan sokongan kawan-kawan, saya bersemangat untuk bangkit," katanya.

Mengulas mengenai tayangan, Rosdi berkata, ia akan menemui peminat menerusi saluran Astro First.

"Bagaimanapun saya tak tergesa-gesa sangat kerana dalam keadaan banjir yang melanda beberapa negeri, orang tak boleh tumpukan perhatian pada TV.

"Saya dapati peminat Astro First kebanyakan dari luar bandar. Daripada ambil risiko biarlah saya tunggu dulu. Mungkin pada bulan Mac nanti keadaan akan okey dan barulah saya tayangkan filem ini," katanya.

Rosdi berkata, filem ini asalnya berjudul Ee Hantu dan bergenre komedi.

"Tapi apabila difikirkan semula, saya dapati pasaran komedi seram dah perlahan. Syaitan Munafik 80 peratus seram tapi elemen komedi tetap ditampilkan," katanya.

Selain Ashraf, filem ini turut menampilkan pelakon Dea Lestari (Indonesia), Tessa Mariska (Indonesia), Raja Farah, Ruminah Sidek, Faizal Hussein, Dian P Ramlee, Airiz Yasmin, S Samsudin, Chik Pak Man Telo, Nabil Ahmad, Yank Kassim, Datuk Jalaluddin Hassan, Latif Borgiba, Fatimah Yahya, Zila Bakarin, Ramly Saleh, Munir, Linda Hashim, Nadia, A Galak, Fathil Dani, S Azli, Maidin dan Erry Putra.

Lima pelakonnya iaitu Ashraf, Maiden, S Samsudin, Latif Borgiba dan Fatimah Yahya sudah meninggal dunia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list