CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20605|Reply: 197

[Dunia] Logesh Kumar mengajar isterinya Rachel bertutur dalam BM sebagai bahasa ibunda n

  [Copy link]
Post time 13-1-2021 12:09 PM | Show all posts |Read mode
'Bukan senang nak ajar isteri orang putih bahasa Melayu'
SYAIRAH ABDUL LAJIS | | 13 Januari 2021


Logesh bersama isteri, Rachel dan dua anaknya, Zaden Kumaar, 2, serta Kyren Kumaar, 5 bulan, gembira memartabatkan bahasa Melayu di negara asing.

SHAH ALAM - Seorang lelaki dari Klang, Selangor yang menetap di San Francisco Bay Area, California mencuri perhatian netizen kerana gigih melatih isterinya supaya fasih menggunakan bahasa Melayu.

Logesh Kumar, 33, yang bertugas sebagai 'media strategies' di sebuah agensi pemasaran di negara itu mengajar isterinya, Rachel, 30, bertutur dalam bahasa Melayu kerana mahukan ahli keluarganya mengetahui bahasa ibunda bagi negara asalnya.

"Saya sudah membimbing isteri sejak beberapa tahun lalu tetapi lebih serius ketika Covid-19 melanda negara, mengakibatkan kami perlu berada di rumah sepanjang hari.

"Mengambil kesempatan ini, saya didik isteri pelajari bahasa Melayu. Saya menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan setiap hari kerana dengan cara ini, Rachel dapat memahami dan lebih mudah untuk dia mengingati sesuatu perkataan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.


Ciapan Logesh tular di laman sosial.

Walaupun sudah menetap di negara itu hampir 10 tahun, Logesh masih menghormati dan menggunakan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi ketika bersama ahli keluarganya.

Bapa kepada dua anak itu mahukan keluarga kecilnya fasih bertutur dan menulis dalam bahasa ibunda kerana mahu menyerlahkan mereka adalah anak Malaysia.

"Sememangnya saya mahukan semua ahli keluarga boleh bertutur, menulis dalam bahasa Melayu. Ini kerana saya anak Malaysia yang bangga membawa budaya negara kita ke luar negara.

"Saya selalu akan berkomunikasi secara bercampur, bahasa Inggeris kadang kala bahasa Melayu. Apabila mahukan cabaran, saya akan bercakap bahasa Melayu selama dua jam atau empat jam. Dalam waktu ini, memang isteri perlu becakap dalam bahasa Melayu sahaja.

"Mungkin sukar, tetapi dia (isteri) gembira dan suka pelajari benda baru," katanya yang turut memiliki akaun YouTube Kumaar Family yang mendapat 110,000 langganan sejak ditubuhkan pada Mei 2020.


Logesh mahukan keluarga kecilnya fasih bertutur dan menulis dalam bahasa ibunda kerana mahu menyerlahkan mereka adalah anak Malaysia.
Bercakap mengenai budaya dan adat resam pula Logesh berpandangan, ramai anak Malaysia kurang menghargai budaya termasuk dirinya.

"Sebelum saya berpindah ke luar negara, saya tidak kisah mengenai budaya, adat resam kita tetapi setelah melanjutkan pelajaran di universiti di Fremont, California dan menetap di sini, baru saya sedar bahawa budaya kita memang sangat indah dan ia lambang identiti saya.

"Hargailah budaya dan asal usul kita kerana kitalah 'duta' kecil mewakili negara tercinta apabila merantau ke negara asing," katanya.

Terdahulu, video dimuat naik di Twitter Logesh, mengenai kisah isterinya belajar bahasa Melayu tular di laman sosial hingga meraih lebih 489,000 tontonan pada Ahad menerusi ciapan, 'Bukan senang nak ajar isteri orang putih Bahasa Melayu. Tapi saya akan terus mencuba sampai dia fasih'.


Logesh juga bertutur dalam bahasa Melayu dengan anaknya.

Bercerita pula mengenai penularan video tersebut, Logesh tidak menyangka rakaman berdurasi 33 saat itu berjaya menarik perhatian orang ramai. Dia gembira kerana netizen terhibur.

Bukan senang nak ajar isteri omputih Bahasa Melayu. Tapi saya akan terus mencuba sampai dia fasih.
pic.twitter.com/NuKZ0vOsND


— Kumaar Family (@kumaarfamily)
January 10, 2021

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/118773/BERITA/Semasa/[VIDEO]-Bukan-senang-nak-ajar-isteri-orang-putih-bahasa-Melayu?utm_source=izooto&utm_medium=push_notifications&utm_campaign=[VIDEO] 'Bukan senang nak ajar isteri orang putih
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

3

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2021 12:11 PM | Show all posts



cute ka tak?


Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 12:12 PM | Show all posts
Akak boleh saja bercakap Bahasa malayu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la org ckp when u got black, u never turn back!!!  
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu perasan suami iols tgk youtube hat ni tapi iols tak tengok pun cuma dengar suara jela mati2 selama ni igtkan suami tu orang melayu rupanya india malaysia.

Isteri dia faham je suami dia cakap BM tu tapi dia jawab dalam BI.

Jujurnya iols lebih suka hat ni berbanding ummah kpop tu rasa bingit sangat suara si bini tu.
Mmg ummah kpop suara perempuan dorang bingit dan kasar gitu ehhh tiada kelembutan apatah lagi kelunakan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Youtuber ni kan. Ada ternampak buat reaction pasal malaysia tu ari
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2021 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah diorang punya sepah ya ampun..
Tibehhh...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka couple ni...simple aje.wife pn x over.
Dia pn x ajar bkn2 bahasa malaysia pada wife.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2021 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 13-1-2021 12:19 PM
Selalu perasan suami iols tgk youtube hat ni tapi iols tak tengok pun cuma dengar suara jela mati2 s ...

Tu lah nampak biadap kdg2, duduk pun mengangkang sambil makan aiskrim ke apa kat luar kedai. Kata lakinya budaya korea duduk mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka tgk video mereka. Wife lemah lembut, reti makan durian plak tu. Anak pun comel sangat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2021 12:55 PM | Show all posts
MissYouSayang replied at 13-1-2021 12:15 PM
Betul la org ckp when u got black, u never turn back!!!

but this is a different kind of black...


Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
msel replied at 13-1-2021 12:50 PM
Tu lah nampak biadap kdg2, duduk pun mengangkang sambil makan aiskrim ke apa kat luar kedai. Kata  ...

Yelaa dahla lakinya suka ajar yg bukan2 kan.
Iols tak follow pun depa tu macam saja buat2 je gitu cth sengaja sebut perkataan mengarut dan ntah apa2 lagi laa.
Selalu sgt video dorang naik kat fb tp iols kurang nak tgk sbb bingit dan kasar.
Yg omputeh ni elok je lembut je, suami pun ajar cakap bahasa melayu elok2 bukan pasar mahupun bahasa wechat.
Iols kagum gak ngan suami dia lepas tahu rupanya orang india sbb kalau dengar suara je sungguh tak sangka berbangsa india. Fasih betul BM dia walupun duk di negara orang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 01:04 PM | Show all posts

hahha.. laki dia sendiri BM pon tak perfect la.. banyak gak words yg laki dia sendiri tak tau.. Lebah stings.. sengat mehh.. bukan gigit. haha.. coconut milk tu santan ler..

tapi cute sangat. Bini dia pon relax aje... teruskan..


Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau jumpa malaysian kat oversea mmg excited depa tegur nak ckp bahasa melayu. Yang jumpa ni cina dan india lah. Siap cakap rindu nak ckp melayu. Kita susah nk cam sbb ingat cina india asal. Depa la yg tegur dulu. In fact, mase kat jepun jumpa mat saleh tegur ckp melayu. 2,3 org yg berlainan. Terbangga jap Rindu nye nak travellllll...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg korea durian kimchi tu tgk DAC punchline lawak betoi la pempuan korea tu..mmg sesuai jgk jadi lawak spontan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la yg ni..dok oversea ajar pasangan ckp BM..sementara itu kat Malaysia pulak, melayu yg asalnya sekolah SK n SMK tetiba claim kurang pandai berkomunikasi @ x faham BM..cam haremmmm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2021 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni not bad jugak, dia buat sambal nasi lemak nampak sedap, siap ada belacan bwg banyak segala.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
i tgk yt channel dorg..i suka la si kumar ni..dia punya bm ok..sdp dgr dia ckp bm..jelas..dia pun geng kicap yg hensem...ada manis dia la
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 13-1-2021 12:19 PM
Selalu perasan suami iols tgk youtube hat ni tapi iols tak tengok pun cuma dengar suara jela mati2 s ...

Acik suka kapel nih sbb deyols tak ajar anak yg sulung tuh makan bukan2
Zayden tuh dah 3thn tapi dia belum besa makan sugary food/drinks
And dia tak merentan pun bila makpaknye makan minum sugary things depan dia
Pandai didik anak
Rumah sepah2 tu besyer2 la bagi org anak2 kecik
Lagipun bini dia bukan jenis bini melayu yg byk SOP neh
Laki acik kata rumah weols ada cop ISO9000
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 01:23 PM | Show all posts
Mina2215 replied at 13-1-2021 12:51 PM
Suka tgk video mereka. Wife lemah lembut, reti makan durian plak tu. Anak pun comel sangat.

ya aku rasa tak jauh beza dengan orang malaysia sbb terasa mcm keluarga malaysia

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.600533 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list