Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
484
View
5
Reply

[Dunia] Isu etnik Uighur: Britain, Kanada tuduh China langgar hak asasi manusia

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-1-2021 12:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 13-1-2021 08:37 AM

Isu etnik Uighur: Britain, Kanada tuduh China langgar hak asasi manusia

Januari 13, 2021 @ 1:52pm

Setiausaha Luar Britain, Dominic Raab, di Parlimen United Kingdom. - FOTO AFP



LONDON: Britain dan Kanada semalam menuduh China melanggar hak asasi manusia serta melakukan 'barbarisme' terhadap etnik minoriti Uighur.
Kedua-dua negara itu turut mengumumkan peraturan baharu untuk melarang import barangan yang disyaki dihasil menggunakan buruh paksa berkaitan.

Setiausaha Luar Britain, Dominic Raab, menyifatkan kesalahan yang didakwa itu sebagai amat berat.
"Ia tindakan barbarisme ngeri yang tidak sepatutnya berlaku dalam era ini, oleh salah satu anggota utama komuniti antarabangsa.


Kita ada tanggungjawab moral untuk bertindak balas," katanya di Parlimen.
Raab juga membentangkan pelan bagi menghalang syarikat British daripada kontrak kerajaan jika mereka didapati meraih keuntungan atau menyumbang kepada pelanggaran hak asasi manusia yang didakwa menimpa etnik Uighur di wilayah Xinjiang, China.

Langkah itu termasuk memperkasakan Akta Hamba Abdi Moden United Kingdom (UK) dengan memperkenalkan denda ke atas perniagaan yang tidak mematuhi undang-undang berkenaan, selain mengkaji semula kawalan eksport di sekitar Xinjiang.

Namun, Duta China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kepada Britain supaya tidak mencampuri hal ehwal negara itu.

Sementara itu, Kanada menuruti langkah Britain dengan mengumumkan larangan serupa ke atas barangan disyaki dihasil menggunakan buruh paksa di Xinjiang. - AFP







Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 14-1-2021 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Negara kapir gigih bela Muslim Uiyghur,
Sementara parti Mulayu Isele sebok cemolot dgn.parti.Komunis...



https://1.bp.blogspot.com/-fE6zX3jLFIE/WjExmFAcPUI/AAAAAAAAAAc/gPDJt_RSjt4W9qcXmAv8-qv5jIz5vNELQCLcBGAs/s1600/WhatsApp%2BImage%2B2017-12-11%2Bat%2B11.11.29.jpeg
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 05:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru perasan ke? Padahal dah lama Etnik Uyghur ni ditindas. Patutnya amik je tindakan tegas kat kerajaan China ni. Buruk nau perangai
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 07:50 AM | Show all posts
Isu etnik uyghur ni dah lama.. baru nak take action.. Aku rasa depa just nak guna point ni utk lemahkan china.. China kan skrg hubungan tak berapa baik dengan beberapa negara barat..

Meanwhile malaysia still kena berbaik2 dengan china sebab ekonomi negara kita byk dipengaruhi china..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ujung2 negara kapir jgk yg bg tekanan supaya komunih x seksa org islam..negara islam plak aman2 comolot dgn prc komunih
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 10:36 AM | Show all posts
Negara besar2 buat apa? Kaw tak terkontrol lar banyak2 province, bodowh!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list