CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2447|Reply: 2

'Mawar' Tapak Projek

  [Copy link]
Post time 14-1-2021 08:01 AM | Show all posts |Read mode
Kontraktor, Aina Mardiah Ferdaus, 33, turut melakukan kerja-kerja berat seperti kontraktor lelaki. FOTO AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN


Mohd Khidir Zakaria
am@hmetro.com.my

Rembau: Kecil-kecil cili api. Itu perumpamaan sesuai menggambarkan kegigihan wanita bertubuh kecil ini yang mampu bergelar kontraktor pembinaan yang dipelopori golongan lelaki.

Bukan sekadar menguruskan projek pembinaan malah Aina Mardiah Ferdaus, 32, turut turun padang dan membuat kerja-kerja berat biarpun mempunyai ramai pekerja lelaki.

Aina berkata, dia mula berminat dengan kerjaya ini sejak kanak-kanak lagi apabila sering mengikut arwah ayahnya, Ferdaus Adnan yang juga seorang kontraktor dan juga arkitek pembinaan.

"Arwah ayah sering membawa saya ke tapak projek sejak saya berusia sembilan tahun lagi. Sejak itu saya menanam azam mahu mengikut jejaknya sebagai kontraktor pembinaan.

"Saya kemudian menyambung pelajaran sehingga memperolehi Ijazah Kejuteraan Awam di Universiti Selangor (Unisel). Ketika itu saya sudah berani mengambil projek mengubah suai rumah.

"Setiap kali cuti semester, saya mengambil peluang belajar selok belok bidang ini yang kebanyakannya dipelopori kaum lelaki," katanya ketika ditemui di tapak projek menyiapkan sebuah rumah di Rembau di sini.

Katanya, atas nasihat ayah, saya membuka sebuah syarikat pembinaan sendiri walaupun ketika itu masih lagi bergelar penuntut di Unisel.

"Habis sahaja belajar, saya tidak menoleh ke belakang lagi dan terus mengurus syarikat sendiri walaupun ada cabaran seperti pernah ditipu sehingga ratusan ribu ringgit oleh rakan kongsi.

"Namun saya bangkit kembali dan mengambil rakan kongsi wanita muda, Norhanani Mohamed, 27, yang menguruskan kewangan syarikat serta pentadbiran. Manakala saya menumpukan tugas di lapangan," kata ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Dia kini gembira kerana menerima banyak projek di beberapa negeri seperti di Johor, Melaka, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

"Saya perlu bergerak pantas bagi mengejar masa setiap projek yang mesti disiapkan dalam masa yang ditetapkan," kata Pengarah Urusan A&Z Cahaya Venture itu.

Tambahnya, syarikatnya tidak ada masalah beroperasi dalam keadaan pandemik Covid-19 melanda negara.

Rakan kongsinya, Norhanani berkata, dia gembira dapat bekerja bersama dengan Aina yang komited bertugas di lapangan atau di tapak projek.

"Saya banyak belajar darinya cara menguruskan syarikat. Ramai memandang rendah hanya kerana kami wanita dan berkecimpung dalam bidang yang dikuasai lelaki.

"Sesekali saya turun juga di tapak projek untuk melihat permasalahan dan cara menyelesaikannya," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2021 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya berlambak juga wanita yg ada sykt pembinaan. Bukannya depa buat 100% pun. Hantar sebutharga, undi, kalau dapat projek, cari tukang. Ada ketika je turun site...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 14-1-2021 09:06 AM
Rasanya berlambak juga wanita yg ada sykt pembinaan. Bukannya depa buat 100% pun. Hantar sebutharga, ...

Betul jugak, but depa very strong will la...dah la keje sekeliling lelaki...surely banyak cabaran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 12883 Replies : 3
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.146754 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list